Sunday 19 January 2014

ALAT CURI WI-FI KINI BOLEH DIDAPATI SECARA MUDAH.



Ini baru betul orang tengah ambil untung atas kepayahan orang lain.!!!! ... Pihak lain susah payah bayar RM150 sebulan orang tengah senang lenang curi line tenet.

Malang bagi pelanggan Internet yang membelanjakan kira-kira RM150 sebulan untuk menggunakan perkhidmatan sambungan Internet tanpa wayar (Wi-fi), terutama di kediaman masing-masing, tetapi akhirnya mendapati talian itu kerap terganggu.

Jika ia berlaku, anda mungkin menjadi mangsa talian Wi-fi digodam atau ‘dicuri’ individu tidak bertanggungjawab meng­gunakan satu peralatan terbaru yang kini dijual secara meluas menerusi online.

Peralatan itu semakin popular digunakan di negara ini, terutama bagi mereka yang mahir teknologi maklumat (IT) untuk tujuan menggodam Wi-fi tanpa disedari pemiliknya walaupun dimasukkan kata laluan (password) rumit.

Lebih mengejutkan, alat buatan Taiwan dan China itu mudah dibeli melalui Internet dengan harga serendah RM150 yang dijual berserta perisian mendekod atau menggodam kata laluan.

Alat itu juga tidak mempunyai label SIRIM, sekali gus membuktikan ia dijual terus kepada pembeli tanpa kebenaran pihak berkuasa selepas mengimportnya dari dua negara berkenaan.

6 comments:

  1. tak payah pakai alat tu la..itu utk kuatkan isyarat.. beli satu & dibagi backtrack live. backtrack tu bkn semua org sanggup pakai..MOST format windows pun x tau apalagi mau cuba backtrack. Ko beli lps tu x blh hack wifi ko kasik bising..apa ko ingat beli,pasang,terus blh guna wifi free??? kena kerja jgk bro..haha

    Pglman aku kerja telco.. semua salah pengguna.. 1) asal blh guna internet cukup. 2)buat apa susah2 tukar setting,benda warantty ada. ramai user masih guna default password ISP..yg tu xpyah hack ..teka shj.

    ReplyDelete
  2. rajin2 ler buat benda haram tu..... esok kat kubor bawak sekali alat tu sama. boleh tengok tenet kat kubor

    ReplyDelete
  3. Tu ler internet Mlaysia mahal sgt sama dgn Pm kangkung. Dah lembap gile kalh Kemboja Mynmar yg lbih lju...kroni pm kangkung untung...mcm astro gak mahsl je tpi rcngan ngarut c kualiti..ikut kaum lgi pecah belah rkyat mana slogan 1Mlysia yg idea PM kangkung

    ReplyDelete
  4. buka aja password..biar ramai ramai pakai..biar telekom rugi..setakat tumpang wifi tiada masalahnya..yang bodoh bodoh aja percaya cakap orang telekom yang suruh guna kan password.

    ReplyDelete
  5. kalau ak tutup wifi ak leh curi x?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...