Tuesday, 28 January 2014

KECOH SATU DUNIA PASAL NAJIB DAN ADIKNYA BERTENGKAR MENGENAI SATU ARTIKEL YANG DIKATAKAN MENYINDIR KEPIMPINAN BELIAU SEBAGAI PM.



Artikel bertajuk “Mengenang kembali bapa saya, Tun Razak” yang ditulis jurubank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak dikatakan menyebabkan kemarahan keluarga perdana menteri dan penyokongnya -  dengan kemungkinan akan menyebabkan bos CIMB itu menerima akibatnya.

Menurut kem Datuk Seri Najib Razak, artikel tersebut yang menggambarkan legasi perdana menteri kedua Malaysia ibarat memberikan peluru kepada musuh beliau – kini menyerang dirinya dan isteri daripada pelbagai sudut.


Dalam artikel dikeluarkan sempena ulang tahun ke-38 kematian Tun Abdul Razak Hussein, Nazir meceritakan tentang kualiti yang menyebabkan bapanya dihormati. Sebagai seorang pemegang amanah aset negara, kesederhanaannya adalah lagenda.


Nazir berkata, bapanya sudah melaksanakan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran dan percaya terdapat tempat bagi semua rakyat di bawah matahari Malaysia.


Difahamkan, artikel tersebut dikeluarkan untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi Razak dan juga mempertahankan nama keluarganya.


Artikel tersebut disukai ramai terutama yang tidak gembira dengan pencapaian Najib sebagai perdana menteri serta membiarkan peningkatan ektremisme kaum dan agama.


Ramai beranggapan artikel tersebut dikeluarkan tepat pada masanya di kala kerajaan berbelanja secara mewah dan sikap angkuh ahli politik pemerintah pada ketika rakyat Malaysia menderita akibat kenaikan kos kehidupan.


Tetapi di Putrajaya, artikel tersebut tidak disukai dan Nazir kini terpinggir daripada koridor kuasa.


Beliau kini tidak menikmati sokongan kerajaan sehingga terpaksa memikirkan pilihan pekerjaannya.


Wujud cakap-cakap mengatakan Nazir dilihat sebagai pengkhianat.


Apa yang pasti, hubungan di antara keluarga Najib dan penyokongnya dengan pengurus bank itu semakin dingin.


Sumber dekat memberitahu The Malaysian Insider terdapat banyak penentangan terhadap artikel tersebut termasuk nada tulisan, masa dikeluarkan dan motif di belakangnya.


Kumpulan Najib berkata, seolah-olah hanya Nazir yang menjaga legasi Razak. Sebagai tambahan mereka berkata, perlu ada kesetiaan kepada keluarga, terutamanya pada waktu sukar.


Dan mesej kepada perdana menteri dihantar melalui artikel disiarkan media tidak dikawal Umno. Artikel bertarikh 14 Januari itu disiarkan The Malaysian Insider, The Star dan Sinar Harian.


Difahamkan Najib dan adiknya bertengkar mengenai artikel tersebut, dan sebuah lagi artikel tentang isu sama disiarkan akhbar milik Umno New Straits Times, dua hari kemudian.


Walaupun diserang penulis blog pro kerajaan berhubung artikel tersebut, Nazir tidak berganjak dan mempercayai beliau mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi ayahnya dan mempertahankannya walau apa pun terjadi.

15 comments:

  1. Sekarang ni orang heboh pasal ' kuku besi' merampas kuasa di Selangor...

    ReplyDelete
  2. Tunjukkan seorang rakyat yang tidak sukakan dan tidak sayangkan Allahyarham Tun Abdul Razak hari ini dan tunjukkan seorang rakyat yang sukakan dan sayangkan Najib Tun Abdul Razak. Tun Razak adalah teladan " Rakyat diDahulukan" manakala Najib adalah sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.... Allahyarham Perdana Menteri terbaik dalan sejarah negara. Sikapnya yang terpuji serta wawasan dimiliki masih tiada tandingan di kalangan PM yang lain. SAYANG anakandanya tidak mewarisi sikap terpuji malahan merosakkan legasi terpuji yang telah ditinggalkan oleh ayahandanya. Inilah PM yang begitu cintakan bangsanya dan semoga allahyarham diletakkan di kalangan mereka yang dicintaiNYa.

      Delete
  3. Dah bagusx Tan ri Khalid jaga Selangor, ada pulak perangai ahli politik celup PKR (nama PKR tapi hati dan perangai macam UMNO aje) yang pentingkan diri sendiri dan kroni memusnahkan harapan rakyat Selangor kepada Tan Sri Khalid. TSK pun telah mendapat kepercayaan PAS, DAP dan rakyat marhaen dan terutama DYMM Sultan Selangor untuk menjaga Selangor, apalah akal cetek dan kangkung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg perangai mcm umno ni??? kau ingat pkr sial babi tu baik ker...dasar pengikut ketum pandai berjubur aja. pakai anonymus, pengecut.

      Delete
  4. Ini anak sayang bapak nya betul betul sangat.

    Anwar masok Adun bukan nak jadi MB , saja nak bagi Azmin senyap mulut dan ajar Azmin buat apa cari TUNGGAO di KANGKONG , cari lah KAILAN di Pasar Borong !

    Apa pun Tan Sri Khalid Ibrahim sesuai jadi Menteri Kewangan juga , dan Rafizi jadi Menteri Dalam Negeri.

    Dua dua bukan POYO otak KANGKONG pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rafizi pondan sial tu bagus. kau dah giler ke aper

      Delete
  5. Khalid atau Anwar jadi MB Sangor wa no hal tapi biar dengan cara berhemah! Dari Azmin, lebih baik wa pilih Saifudin. Saifudin cool apa.....!

    ReplyDelete
  6. keluarga firaun brgaduh gak...harta bertimbun2 pn leh bergaduh ker...?

    ReplyDelete
  7. Rosmah yg bermasaalah

    ReplyDelete
  8. Nsjib undurlah.....malu melayu ada pm macam ni. Pm macam bn boleh kalah pru 14. Jib bon boleh tolong sat tak? Tolong belah.....aku orang umno malu sungguh pm umno cap ayam

    ReplyDelete
  9. Tun Abdul Razak memang seorang pemimpin berjiwa melayu tulen, yg mempunyai wawasan dan amanah pd rakyat. Dgn sifat dimilikinya dicipta Rukun Negara dan DEB demi keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama. Sebelumnya diwujudkan Felda untuk membantu orang melayu yg miskin dan baru2 ini anaknya pula memperjudikan nasib Felda dgn penawaran saham terbuka.

    ReplyDelete
  10. Azmin i pun sibuk nak peggng kuasa...gla kuasa n glmour mcm adiknya su auw2ctu

    ReplyDelete
  11. Betul-betul tapi bila dapat kat melayu kacuk, terus habih lingkup jahanam segala. Pepatah mengatakan kalau jumpa ular dan keling, ketuk keling dulu.wakaka

    ReplyDelete
  12. Betul tu , Najib sepatutnya contohi ayah nya
    Alangkah aman Malaysia sekiranya Najib ikut cara ayahanda nya mentadbir dah pasti rakyat sokong.


    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...