Wednesday, 22 January 2014

5 GAMBAR MEMBUKTIKAN KERAJAAN DAP/PR PULAU PINANG BUKAN ANTI ISLAM DAN BENCI MELAYU .... LAWATAN KETUA MENTERI PULAU PINANG DAN EXCO KE RUMAH MANGSA TRAGEDI LEMAS PANTAI KERACHUT.


Lawatan Ketua Menteri Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng dengan exco kerajaan negeri kerumah bapa mangsa mati lemas Teluk Bahang di Kubang Ulu, Penanti Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam untuk mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan kewangan.

Lihat dengan mata kepala sendiri, fikir dan nilai akan rakam gambar-gambar diatas .. tolak ketepi fahaman politik yang dianuti ... inilah rupa bentuk kepimpinan yang kita mau ..  membantu rakyat tanpa kira kaum, agama dan fahaman politik.

Lihat betapa sempoi dan perihatinnya YAB Lim Guan Eng kepada keluarga magsa.

Bukan jenis cakap berdegar-degar lain skrip dikelompok yang berlainan dan situasi yang berbeza.

Rakyat boleh berfikir dan menilai negeri Pulau Pinang semasa pemerintahan UMNO/BN dengan DAP/PR.

Isu perkauman sempit dan agama jijik yang dimainkan oleh pihak tertentu tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang .. Lagi kuat diserang dengan dakyah jijik makin kuat sokongan rakyat berikan.


Dalam kejadian Sabtu lalu, Ku Muhammad Ilyas hilang selepas dipercayai lemas bersama empat lagi rakannya ketika sedang mandi di Pantai Kerachut.

Namun dua rakannya berjaya diselamatkan orang awam yang berada di pantai berkenaan dan kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang manakala dua lagi rakannya ditemui maut masing-masing pada Sabtu lalu dan kelmarin.


Bapa mangsa, Ku Abdul Halim Ku Taha, 53, reda dengan semua ketentuan ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus-lumus mencari mayat anaknya selain semua pihak yang sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat sehingga mayat anaknya dipertemukan semula.


“Dengan berkat doa dan usaha semua pihak, akhirnya ALLAH dah temukan kembali anak saya.

“Selepas semua urusan selesai, jenazah dikebumikan di kampung kami di Kubang Ulu, Penanti, Bukit Mertajam,” katanya.

Ditanya mengenai amalan anaknya selama ini, Ku Abdul Halim yang merupakan guru agama berkata, anaknya itu sering membaca ayat-ayat al-Quran selain menghafaz surah-surah panjang.

“Arwah selalu membaca al-Quran dan dia juga menghafaz dan sering membaca surah Yasin, Sejadah dan Duha.

“Selain itu dia sering melakukan solat tahajud. Sebagai bapa saya berharap dia diberi rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

9 comments:

  1. yg rasis sbnarnyer UMNO/BN.. dan skrang sedang berseronok sbb dapat memperbodohkan dan mencekik harta rakyat...

    ReplyDelete
  2. Tunggu apa Keza komen.... tungguuuu...

    Pastinya memaklumkan keburukan LGE atau DAP Pulau Pinang.

    Tungguuuu.....

    Ada teratak dihujung kampung
    Bawah cermin kopak ada kotak
    Tersembunyi dalamnya ada tempurung
    Sembunyi bawahnya Keza melalak...

    ReplyDelete
  3. Tahniah LGE yang tidak 'fobia' dengan orang berjanggut dan berkopiah putih apatah lagi berserban tidak seperti sesetengah pemimpin yang mengaku pejuang Islam nak pakai kopiah putih pun malu!!!

    ReplyDelete
  4. dah nama ketua menteri kena lah main peranan.... cuma IKHLAS ke? atau hanya sekadar lakonan politik semata2...... selagi tanah melayu belum dapat dikuasai, selagi itulah LAKONAN POLITK perlu diteruskan..... kekuatan orang melayu adalah AJARAN AGAMA ISLAM dan kelemahan orang melayu adalah ISLAM DIPOLITIKkan.....

    aku bukan KEZA tapi SAUDARA kalian......

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah orang berbuat baik, terimalah seadanya
      jangan jadi menteri yang tak peduli rakyat masa Pahang banjir hari tu

      Delete
    2. IKHLAS ke x tu bukan masalah kita. yg penting dia BUAT KERJA. dan jangan keliru diantara melayu islam dgn islam melayu. Islam, Iman & Amal x kira bangsa. xdenye pasal melayu dapat diskaun masa kene hisab. ingat2 la ye.

      Delete
  5. Anon 20:50
    this is a excellent case of a pot calling the kettle black..or... the UMNO's Mamak call the Malaysia Indian a Keling.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. make it clear plz..... don't understand.....

      Delete
    2. "Oho!" said the pot to the kettle;
      "You are dirty and ugly and black!
      Sure no one would think you were metal,
      Except when you're given a crack. "Not so! not so!" kettle said to the pot;
      "'This your own dirty image you see;
      For I am so clean – without blemish or blot –
      That your blackness is mirrored in me."

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...