Monday, 29 February 2016

MEMANG TEPAT LAGI SAHIH PENGAKUAN MAT SABU BETAPA PAN AMAT SUKAR CARI SOKONGAN ..... JAMUAN MAKAN MALAM MUHIBAH PAN SEBENTAR TADI SEBAGAI BUKTI KUKUH LAGI PADU ABADI.


Minggu lepas Presiden PAN Tuan Hj Mohamad Sabu @ Mat Sabu @ Mike Sabu membuat pengakuan jujur, ikhlas dan terbuka betapa PAN amat sukar cari sokongan dikalangan rakyat.

Malam ini Jamuan Muhibbah PAN di Dewan Perhimpunan Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur sambutan dan suasana telah menyokong dan membuktikan betapa kata-kata Mat Sabu yang terbit dari lubuk hatinya itu adalah melebehi seratus peratus benar lagi sahih.

Lihat sahaja sambutan diberikan oleh rakyat.

Jangan ada yang cuba nak putar berita kata foto-foto majlis ini dirakam ketika majlis sudah tamat sedangkan makanan belum lagi terusik dan dijamah atau ianya belum bermula sedangkan pengerusi majlis sedang rancak menyampaikan ucapannya.

Yang hadir semuanya jenis otai-otai veteran sahaja sedangkan masa majlis penubuhan PAN dulu bukan main lagi berkata yang PAN sasarannya ialah anak-anak muda kerana PRU ke-14 adalah PRU anak-anak muda.  Tetapi hakikatnya???? Yang menyokong PAN yang angka tidak seberapa ialah jenis kelompok otai-otai yang juga penyokongkong tegar Anwar Ibrahim.

Apakah ada masa hadapan dan mempunyai harapan PAN mampu bertahan????

Sunday, 28 February 2016

BEGINILAH SUASANA DAN SAMBUTAN MAJLIS HIMPUNAN HARAPAN SEMUA (HARAP 3.3) DIMARANG YANG MELABUHKAN TIRAINYA MALAM TADI ... APAKAH PAKATAN HARAPAN TANPA PAS ADA HARAPAN TAWAN TERENGGANU PADA PRU KE-14 NANTI?????



Program HARAP 3.3 di Marang Terengganu melabuhkan tirai semalam setelah empat hari berlangsung dengan berbagai-bagai aktiviti menarik.

Sambutan amat menggalakkan. Kita memohon doa kepada Allah SWT agar Terengganu dikembali ke pangkuan PAS di dalam PRU 14 NANTI ... Insya'Allah.


Kita hanya berusaha, kalah atau menang Allah SWT lebih mengetahui.

Alhamdulillah sempena HARAP3.3, menerima 5030 keping borang permohonan untuk menjadi ahli PAS daripada Pesuruhjaya PAS Terengganu.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN.

MAJLIS PELANCARAN DAN CERAMAH PAN KELANA JAYA DI PJCC MENDAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA HEBAT ... PAS SELANGOR SUDAH BOLEH DI ISYTIHARKAN LUMPUH??????



Memang benarlah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Setiausaha Agung PAN betapa penubuhan PAN menyebabkan PAS sudah lumpuh dan ditolak rakyat.

Rakyat yang dulu menyokong PAS kini secara berduyun-duyun lari melompat masuk PAN parti yang dianggap Rahmatan Lil 'Alamin, Progresif, Amanah, Peduli, Profesional dan Inklusif ... pendek kata parti Islam yang paling Islamik seantaro dunia.

Majlis Pelancaran dan Ceramah PAN Kelana Jaya di PJCC sebagai bukti kukuh betapa PAS sudah lumpuh dan berkubur di Selangor khasnya dan Malaysia amnya.

Kalaulah begini suasana dan sambutan diberikan kepada setiap ceramah dan majlis PAN maka sewajarnyalah PAN menerajui Pakatan Harapan dinegeri Selangor pada PRU ke-14 nanti dan bukannya PKR.

Harapan rakyat untuk melihat Pengerusi PAN Selangor menjadi MB Selangor amat cerah sekali.

Saturday, 27 February 2016

EDISI BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA .... MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA DUN CHEMPAKA DAN DUN LEMBAH JAYA .. BETULKAH KAUM TIONGHUA SUDAH TOLAK PAS SECARA MUTLAK????



Lihat dengan mata kepala sendiri ... cakap banyak pun tidak ada gunanya ... apakah ini suatu pemandangan yang PAS sudah ditolak oleh kaum Tionghua secara mutlak sepertimana digembar gemburkan oleh para pembenci PAS dan penghina ulama????

Kononnya sejak berlakunya pergeseran antara PAS dan DAP maka kaum Tionghua sudah menjarakkan diri dengan PAS ... kaum Tionghua sudah tidak lagi mempercayai PAS.

Realitinya????? ... kaum Tionghua adalah suatu kaum yang bijak berpolitik ... berpolitik secara realiti jenis tidak mudah termakan dengan hasutan dan politik benci.

Ini adalah suasana Majlis Sambutan Tahun Baru Cina DUN Chempaka dan DUN Lembah Jaya di Kg Baru Ampang  yang diadakan malam tadi 26hb Feb 2016.

Friday, 26 February 2016

HOUSE OF MALAY WELLNESS MENYEDIAKAN HARMONY CLASSROOM/TRAINING SESUAI UNTUK LATIHAN SPA, BIDAN DAN ANDAMAN DALAM SUASANA YANG CERIA MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA.



LOKASI: No. 2, Laman Damaisari@Mont Kiara, Jalan 1/61 Bukit Segambut, Kuala Lumpur.
Kami menawarkan:-

๐Ÿ‘‰
KESELESAAN
๐Ÿ‘‰ FULLY AIRCONDITION
๐Ÿ‘‰ PAKEJ LUNCH DAN SNACK
๐Ÿ‘‰ BILIK SOLAT
๐Ÿ‘‰ LOKASI STRATEGIK
๐Ÿ‘‰ PROJECTOR
๐Ÿ‘‰ SISTEM AUDIO
๐Ÿ‘‰ WHITE BOARD
๐Ÿ‘‰ PERALATAN LENGKAP UNTUK MEMBUAT PRAKTIKAL UNTUK SPA, BIDAN DAN ANDAMAN.

✅ UNTUK 20 PERSERTA
✅ PENJIMATAN MAKSIMUM

✅ HARGA:
Sabtu-Ahad dan Cuti Umum
๐ŸŒนRM250/hari (Terhad 8jam)* ๐ŸŒนRM150/hari (Terhad 4jam)*

๐Ÿ“ž
Whatsapp/sms/call : 0193447788/0149811850

Datin Zamzarina Zambri
Pengasas Zarra Sinar Puteri & Pengarah Urusan Harmony Mall Sdn. Bhd.


Untuk dapat info terkini tentang Promosi dan Perniagaan jom "connect" dengan kami di:

Facebook : www.facebook.com/officialzarrasinarputeri
Instagram : www.instagram.com/officialzarrasinarputeri
Twitter : www.twitter.com/officialzarrasinarputeri
Website : www.harmonymall.com.my
1-300-22-7622
SMS: ZR<jarak>INFO hantar ke 32828

๐Ÿš—
SILA DATANG KE ALAMAT DI ATAS UNTUK LIHAT SENDIRI KERANA KESELESAAN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB KAMI.

DALAMAN PKR SUDAH MULA BERGOLAK .... TINDAK TANDUK AZMIN MERESAHKAN ANGGOTA PARTI PERINGKAT AKAR UMBI PKR TEGAS PENGERUSI MPN PKR TERENGGANU DAN MAUKAN LEMBAGA DISIPLIN BERTINDAK .


Susulan teguran terbuka di dalam PKR terhadap Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak mustahil parti itu melancarkan gerakan ala “Langkah Kajang” untuk menurunkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor, kata sumber parti.

Sumber berkenaan - seorang wakil rakyat PKR - mendedahkan tidak mustahil Azmin menerima nasib sama seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau percaya Lembaga Displin parti mempunyai asas kukuh untuk meneliti beberapa rungutan yang kian menular terhadap pemimpin nombor dua PKR itu.

"PKR mempunyai Lembaga Disiplin yang akan melihat sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya. Undang-undang di dalam parti tidak kenal siapa, kena tegas, “ kata sumber berkenaan.

Azmin dibelit dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah dan pemborosan sebagai MB oleh kalangan ahli parti namun pemimpin berkenaan menafikan segalanya sebagai fitnah oleh musuh poliik beliau.

Sumber itu yang juga ahli veteran parti menegaskan tindakan terhadap Azmin boleh diambil seandainya Timbalan Presiden PKR itu enggan merubah ketempangan di dalam pentadbiran negeri.

"Jika kesalahan itu dilakukan, mengapa tidak (pecat) seperti Khalid? Apakah PKR tidak ada orang lain yang lebih berwibawa? Kita punya ramai lagi.

"Untuk lihat bagaimana sikap seseorang itu, kita beri mereka jawatan. Dan itulah yang berlaku terhadap Azmin. Saya benar-benar kecewa, menyesal yang teramat sangat.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) sering berkata PKR adalah parti reformasi. Jika gagal, kena ada gantinya. Jika tidak nampak kejayaannya, kena tukar.

"Saya tidak nampak apa sebab yang kita tidak boleh tukar sebab kita sudah lakukan perkara yang sama terhadap Khalid. Jika ia (dakwaan) itu benar, kita kena lakukan (singkir Azmin)," tegasnya.

Pemimpin ini adalah antara individu yang sering dikaitkan dengan 'kem Azmin' sebelum ini dan antara yang paling lantang menyerang pentadbiran Khalid suatu ketika dahulu sehingga digantikan oleh Azmin.

Sebagai individu yang pernah rapat dengan Azmin, beliau kini meluahkan rasa kesalnya memberi sokongan kepada ADUN Bukit Antarabangsa itu.

"Saya sebagai panglima dan pahlawan yang menaikkan Azmin, yang menyerang Khalid secara konsisten tanpa henti. Balun sehingga Khalid tersingkir. Namun masih ada lagi individu yang bongkak, jauh dari luar kemampuan saya untuk berfikir.

"Saya berdoa jangan dibukakan nafsu serangan saya seperti sebelum ini (terhadap Khalid). Biarlah nafsu serangan itu dibaluti dengan janji dan amanah Azmin," tegasnya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak gentar sekiranya parti mahu mengenakan tindakan jika mengambil keputusan untuk mendedahkan dakwaan-dakwaan tertentu terhadap Azmin secara terbuka.

"Saya bertapak dalam politik kerana Anwar. Mana mungkin saya mengkhianati amanah itu. Jika saya terpaksa menyelamatkan rakyat dan parti serta menjaga maruah pemimpin saya, saya tidak teragak-agak untuk buat serangan," tambahnya.

Azmin menggantikan Khalid sebagai menteri besar pada September 2014. Khald disingkirkan setelah dituduh oleh Azmin dan ramai pemimpin PKR lain sebagai membelakangkan parti dan sering mengambil sikap tidak peduli terhadap masalah rakyat.

Azmin berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan itu namun beliau turut dibelit dengan beberapa kontrovesi melibatkan peruntukan jutaan ringgit.

Azmin dikaitkan dengan peruntukan kontrovesi RM9.7 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

Beliau juga dibelit dengan dakwaan pemberian projek balak secara tidak telus, selain dakwaan campurtangan dalam pelantikan ahli-ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tindakan Azmin merestui projek penukaran kubah Masjid Negeri Shah Alam yang berjumlah RM32.4 juta dipersoal pelbagai pihak, namun beliau menggunakan alasan ia 'dibenarkan' atas nama Islam.

Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail akur ramai ahli PKR resah terhadap Azmin.

"Yang merungut sekarang adalah ahli parti kan? Maksudnya (rungutan) kegagalan itu datangnya ahli parti dan parti. Saya tidak mahu dan tidak berminat untuk ambil tahu kegagalan beliau sebagai MB. Saya hanya berminat untuk ambil tahu sekiranya beliau gagal menjalankan tugas mewakili PKR.

"Sepatutnya sebagai MB yang mewakili PKR, selain daripada menguruskan negeri, Azmin tidak boleh melupakan tanggungjawabnya mewakili PKR untuk membantu PKR," kata beliau.

SEBUAH PESAWAT PENGANGKUT MILIK TUDM TERHEMPAS DI PANTAI KUALA SELANGOR ... KESEMUA 8 ANAK KAPAL SELAMAT.



Sebuah pesawat
pesawat pengangkut CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Difahamkan, pesawat terbabit terhempas di kawasan hutan sekitar pantai itu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

Kesemua 8 anak kapal selamat.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...