Monday, 20 April 2015

RUPA-RUPANYA KETUA KAMPONG YANG BANTAH GEREJA TAMAN MEDAN TURUNKAN SALIB PERNAH BERGAMBAR DALAM KASINO?????




Sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang baru dibina hari ini dikejutkan apabila penduduk setempat mengadakan bantahan di premis itu mendesak supaya salib diturunkan.

Kira-kira 50 penduduk berada di bangunan kedai di mana gereja itu ditempatkan, menuntut supaya salib yang diletak pada dinding premis itu diturunkan, demikian menurut video yang dimuatnaik oleh The Star Online.

Mereka juga membawa beberapa plakad antara lain bertulis "wakil rakyat Taman Medan tidur" serta mendesak supaya tidak mencetus kemarahan dan mencabar orang Islam di Taman Medan itu - yang majoritinya didiami orang Melayu-Islam.

Ketua kampung yang mengetuai bantahan itu Datuk Abdullah Abu Bakar mengulangi amaran bahawa gereja tersebut beroperasi di kawasan yang majoritinya orang Melayu-Islam.

"Jika mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan (operasi gereja), bagaimana kami boleh menghalangnya, tapi yang menjadi perhatian kami ialah kawasan ini adalah kawasan Melayu dan ia tidak sepatutnya berlaku," beliau dipetik sebagai berkata.

Abdullah juga kelihatan memaklumkan kepada pemberita kemudiannya bahawa pihak gereja bersetuju untuk menurunkan salib itu "hari ini atau esok" dan telah mengadakan pertemuan dengan paderi.

Menurut laman berita itu lagi, pihak polis tiba di kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian yang mengawal perserta sementara sekumpulan 15 jemaah gereja minta privasi.

Exco yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.


KENYATAAN MEDIA
PUAN HJH HANIZA MOHD. TALHA
ADUN TAMAN MEDAN
20 APRIL 2015


Agenda politik sempit dalam insiden salib di gereja di Taman Medan

Insiden sekumpulan ahli Umno PJS mengugut pihak gereja agar menurunkan salib pada bangunan gereja suatu tindakan bermotif politik.

Saya merasa terpanggil untuk menjelaskan situasi tersebut memandangkan tindakan ahli Umno PJS itu telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Islam dan umat Islam khususnya.


Umno sekali lagi menggunakan Islam untuk agenda politik sempit dan perkauman mereka.


Insiden gereja di Taman Medan ini sarat dengan motif politik. Salah seorang demonstran Munaliza Hamzah merupakan calon Umno/BN di N33 Taman Medan pada PRU 12 melawan saya. Beliau kalah pada saya.


Seorang lagi demostran, Datuk Abdullah Abu Bakar yang mengaku dirinya sebagai Ketua Kampung, jelas sudah berbohong kerana tidak wujud kampung di Taman Medan. Beliau juga salah seorang Ketua Cawangan Umno di PJS.


Bila disiasat, individu-individu lain yang hadir juga mempunyai kaitan dengan Umno PJS, sama ada pernah/masih memegang jawatan di bahagian/cawangan, Pemuda dan Wanita.


Tindakan keji mereka telah menghina umat Islam khususnya di Taman Medan. Mereka beranggapan aqidah umat Islam sungguh rapuh, hanya dengan ada gereja di kawasan dan menggantung salib akan membuatkan penduduk Islam berpaling dari Islam.


Malah, sikap keterlaluan itu telah memberi persepsi negatif terhadap Islam dan muslim. Kini, muslim dilihat sebagai taksub dan ekstrim sehingga menghalang orang bukan Islam mengamalkan agama masing-masing.


Sejak 2008 sehingga kini, pengajian dan kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau sentiasa ada berbanding sebelum itu. Penduduk Islam khususnya sangat gembira dan berpuashati dengan perkembangan ini kerana sebelum itu, sukar diadakan majlis-majlis ilmu kerana didakwa para ustaz adalah dari pembangkang. Kefahaman penduduk Islam tentang Islam juga lebih baik.


Islam mengajar umatnya untuk melayan penganut agama lain dengan baik supaya Islam tidak diserang secara melampau. Surah Al-kaafirun menyatakan dengan jelas, masing-masing dengan agama mereka sendiri dan tidak memaksa ajaran Islam ke atas agama lain.


Saya menasihatkan semua yang terlibat dalam insiden Gereja di Taman Medan untuk kembali kepada penghayatan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad (saw) dan tinggalkan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama.


PUAN HJH HANIZA MOHD. TALHA
ADUN TAMAN MEDAN
20 APRIL 2015

PERISTIWA BERGAMBAR YANG PASTI TIDAK DISIARKAN OLEH UTUSAN DAN BERITA HARIAN.



Omak Kau  mendapat beberapa keping foto majlis penutupan Pekan Budaya di Pantai Kelulut Marang, Kuala Terengganu oleh YB A.Latiff Awang Exco Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Terengganu yang menunjukkan beberapa orang yang boleh dikategorikan sebagai warga emas dan menghampiri umur warga emas sedang berjoget di atas pentas bersama dengan beberapa perempuan yang boleh disifatkan sebagai anak ataupun cucu kepada lelaki-lelaki tersebut yang berasa amat malu dengan aksinya.

Rakyat Terengganu menzahirkan rasa kekesalan yang amat sangat dengan apa yang telah berlaku. Lebih-lebih lagi majlis penutupan itu adalah terbuka kepada orang awam dan pastinya terdedah kepada kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa. Bukan ini caranya berhibur yang diharuskan syarak.
 

Amat malang penganjur memilih untuk membakar semangat dosa dan noda penduduk Marang. Dalam pada kerajaan Terengganu kononnya bertegas untuk mengenakan hukuman kepada orang ramai yang berpakaian tidak sopan dan juga denda keatas mereka yang berpeleseran tanpa ikatan yang sah, penganjur nampaknya kebal daripada semua itu.

KENALI PRESIDEN PAS, DATO SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG



Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mendapat pendidikan sehingga ke Universiti Islam Madinah untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah (1969-1973) dan menerima Ijazah Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir (1974 hingga 1976 )

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

1) Anugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39
2) Anugerah 'Tokoh Alim Rabbani' oleh Universiti Islam Yala, Pattani, Thailand pada 15 April 2011. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut.

PENGALAMAN MEMIMPIN DI DALAM MASYARAKAT & POLITIK.

1) Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah
2) Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah
3) Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
4)Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978
5) Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu pada 1982
7) Setiausaha Ranting (sekarang dikenali sebagai Cawangan) PAS kampung Rusila, Marang
8) Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu
9) Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
10) Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (mulai1977)
11) Ahli Parlimen Marang (2004-kini)
12) ADUN Rhu Rendang (1982-kini)
13) Menteri Besar Terengganu (1999-2004)
14) Timbalan Presiden PAS mulai tahun 1989
15) Memangku seketika jawatan Presiden PAS pada Jun 2002
16) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isu Palestin, berpusat di Amman, Jordan pada 1990.
17) Ahli al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam) berpusat di Tehran, Iran.
18) Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam Sedunia, berpusat di Istanbul, Turki pada 1994.
19) Presiden PAS (2003-kini)
20) Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (2014-kini)

PENGLIBATAN BELIAU DI ARENA ANTARABANGSA

Tuan Guru mempunyai pengalaman yang sarat dalam Gerakan Islam dan penglibatan di peringkat antarabangsa. Semasa beliau belajar di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan Sheikh Said Hawwa menjadi mentor Siasah Syar'iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.

Diantara penglibatan beliau di arena antarabangsa ialah;

1) Memberi sokongan terhadap Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS).
2) Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimin dalam membela isu Palestin
Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.
3) Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang
4) Menyertai delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Boutros Boutros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
5) Bersama pemimpin gerakan Islam yang lain ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk.
6) Menyertai delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan.
7) Sering diundang menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan Parti Islam Pakistan (Jamaat-e-Islami), dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.
8) Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.
9) Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada 1996.
10) Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia, Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
11) Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013. Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannoushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, Dr Mohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran).

KARYA PENULISAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI

1) Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
2) Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014
3) Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Jundi Resources, 2012
4) Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012 5) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011[39]
6) Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
7) Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010 [40]
8) Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
9) Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
10) Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
11) Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008
Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
12) Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
13) Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.
14)Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
15) Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
16) Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
17) Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
18) Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
19) Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
20) Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
21) Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
22) Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
23) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
24) Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
25) At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
26) Khutbah Jumaat & Hari Raya: Dari Mimbar Masjid Rusila : As-Syabab Media, 2002
27) Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
28) Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
29) Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002
30) Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
31) Tafsir Surah Yaasin : Penerbitan Muttaqin, 2000
32) Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
33) Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993
34) Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991.
Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988
35) Muqaddimah Aqidah Muslimin : Gedung Gua, 1985
36) Hizbullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
37) Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984

PEGESERAN NAJIB/MAHATHIR ... MUHYIDDIN YASSIN BERSAMA-SAMA DENGAN TEAM MAHATHIR???????




Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran, sambil melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.

Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.

"Bercakap tentang kebenaran dan keberanian... itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk 'Engaging the young to criminalise war and energise peace' di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.

Susulan memberi kata dua supaya Najib berundur, bekas pemimpin negara yang lantang mengkritik Najib sebelum ini itu mengakui dirinya keseorangan dalam menyuarakan pandangannya dan tidak mempunyai sokongan.


ULASAN OMAK KAU:-

Kini sudah jelas dan terang tanpa perlu lagi bersuluh dimana pendirian Muhyiddin Yassin dalam pergeseran Najib/Mahathir ini.


Menyatakan bahawa Tun Mahathir sentiasa menyatakan kebenaran bermakna dia setuju 100% apa jua yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Najib Razak adalah benar tiada apa melainkan benar belaka.

Ini jua sebagai menyokong desakan Mahathir agar Najib berundur dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Menyokong sudah pasti dilihat ada nikmat dan untung diperolehi .. ikut hukum akal logik apabila Najib turun beliau selaku Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri maka beliaulah yang amat layak menggantikan tempat Najib Razak.

Walaupun sebelum ini nama yang cukup kuat dan kencang diapung dan disebut untuk ambil alih tempat Najib ialah Ahli Parlimen Gua Musang yang merupakan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaliegh Hamzah (Ku Li) namun ianya tidak masuk akal, sebab beliau hanya berjawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian sahaja tanpa memegang jaatan tinggi dalam UMNO peringkat pusat.

Jika perkembangan ini diambil kira maka percakaran dalam UMNO kini sudah masuk ke fasa yang lebih kritikal.

Dari team Najib lawan Mahathir kini pergeseran lebih merupakan Team Najib lawan proksi Muhyiddin, sebab kini persepsi sudah terbentuk bahawa Mahathir kini merupakan proksi Muhyiddin Yassin.

Cara keseluruhannya sokongan akar umbi UMNO masih memihak kepada Najib.





KETUA UMNO BAHAGIAN SEPANGGAR MERANGKAP AHLI PARLIMEN SEPANGGAR MENGELUH MENGENAI PENANGAN GST APABILA HANTAR ANAKNYA MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL SWASTA.




"Saya memahami kesusahan rakyat kena GST ni. Cukai tu bukan sekali pagi ni saya bawa anak buat rawatan kat kpj dan kena bayar dua kali gst. Kos konsultasi kena 6% bayar kos rayatan 6% lagi . Anak admitted sakit saraf dan tulang belakang bengkok. Rawatan saraf 20k gst rm 1200. Belum masuk bill lain hari ni dah kena 5k memang membebankan rakyat sebenarnya. Bulan mei ni kena berteriak kat parlimen pula."

Begitulah bunyi rasa keluhan tidak puas hati dan faham mengapa rakyat menentang pelaksanaan GST awal bulan ini oleh Ahli Parlimen Sepanggar merangkap Ketua UMNO Bahagian Sepanggar YB Datuk Jumat Idris yang beliau muat naik diakaun laman sosial Facebooknya.

Bila sendiri kena hadapi baru tahu perasaan dan derita rakyat diakar umbi.

Peliknya masa diistiharkan mau dilaksanakan GST sokong habis da tidak dengar pun membantah dan bangkang.


Dah kena baru nak berteriak diparlimen???? .. Sudah lambat sebab Ahmad Maslan cakap walaupun menerima kritikan GST tetap diteruskan malahan sanggup hilang undi katanya.


12 Mac 2015: 
  Putrajaya akan tetap meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perrkhidmatan (GST) tanpa mengira siapakah yang mengkritik sistem tersebut, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan‎ itu berkata, GST akan tetap dilaksanakan pada April memandangkan cukai sedia ada, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak berkesan dan tidak  sistematik.

"Saya sensitif nak komen orang yang saya amat hormati," katanya kepada pemberita merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan Putrajaya mungkin akan hilang undi kerana GST.

"GST akan tetap diteruskan, siapa yang cakap tidak diteruskan ia akan diteruskan kerana GST ialah untuk kita ubah sistem percukaian sistem negara sedia ada yang tidak berkesan," kata Ahmad.

Sunday, 19 April 2015

HIMPUNAN TOLAK GST ANJURAN PAS DI KUALA TERENGGANU HAMBAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN?????




Himpunan Tolak GST yang julung kali diadakan di Taman Awam Batu Burok, petang kelmarin dilihat berjaya mencapai sasaran apabila berjaya menghimpunkan lebih 3,000 orang.

Pesuruhjaya Pas negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun hanya bersandarkan media sosial bagi menghimpunkan orang ramai untuk menyertai program berkenaan, sambutan yang diterima di luar jangkaan pihaknya.

Menurutnya, ia menunjukkan orang ramai sangat terkesan dan menolak pelaksanaan GST yang mula diperkenalkan sejak awal April lalu.

“Kita buat himpunan ini pada waktu siang, bukan pada waktu malam seperti kebiasaannya supaya orang ramai mendapat maklumat tepat, termasuk golongan atas pagar dan yang tidak cakna politik sebelum ini.

“Sekarang ini kita dapat lihat, semua orang merasai dan peka dengan kesan GST. Jadi kita harap ia dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa GST ini harus ditolak daripada terus dilaksanakan,” katanya.

Satiful berkata, selain ucapan oleh pimpinan Pas negeri, wakil NGO dan mahasiswa turut menyertai program itu.

Susulan kejayaan program itu, Pas negeri sekali lagi akan menganjurkan program yang sama pada program Hindar yang dijangka akan dibuat pada 22 April depan, sebelum diperluaskan di setiap parlimen.

“Kita gerakkan program ini awal untuk di Terengganu agar rakyat negeri ini mendapat maklumat lebih awal. Lagipun sebenarnya sebelum pelaksanaan GST lagi kita sudah mula terangkan kesan GST.

“Jadi apabila mereka merasai sendiri kesannya, kita dapat lihat sendiri bagaimana rakyat respons terhadap pelaksaannya. Sebab itu kita akan turun ke akar umbi bagi memberikan maklumat yang jelas mengenai GST ini agar mereka dapat menilai sendiri,” katanya.

PAS TIDAK AKAN TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT TEGAS SETIAUSAHA AGUNG PAS


Pas tidak akan tinggalkan PR. Demikian tegas Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Ini kerana insiatif untuk menubuhkan gabungan atau pakatan parti pembangkang adalah daripada Pas, bukan parti-parti lain yang menganggotai PR.

"Jadi, tidak ada sebab untuk Pas meninggalkan apa yang pemimpinnya sendiri usahakan," kata Mustafa.

Menurut beliau, PR yang dahulunya bermula sebagai Barisan Alternatif diwujudkan atas insiatif presiden Pas yang terdahulu, Datuk Fadzil Nor.

"Allahyarham yang ambil inisiatif tubuhkan kerjasama ini selepas apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam PR, tidak ada perjanjian bertulis. PR bukan parti yang berdaftar dengan ROS, dan tidak ada peraturan bertulis yang mengikat kita (Pas) dengan sesiapa.

“Jadi jika ada yang berasa nak keluar, keluarlah. Itu pilihan mereka, tetapi antara kita tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk keluar dari PR,” tegasnya dalam ucapan perasmian mesyuarat Pas kawasan Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Kenyataan beliau dipercayai merujuk gesaan beberapa pemimpin DAP yang mendesak Pas meninggalkan pakatan itu berikutan beberapa perkembangan mutakhir ini terutama yang berkaitan dengan cadangan Pas melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

GAMBAR KHALID IBRAHIM BERSAMA DENGAN HADI AWANG BERTEMU DI JAKARTA TERJAWAB.



Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tampil menjelaskan pertemuannya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Jakarta baru-baru ini, menjawab spekulasi mengatakan beliau berhasrat mengambil alih kembali pentadbiran negeri Selangor.

Khalid berkata, pertemuan pada 16 April yang turut disertai pelbagai ketua komuniti Islam diadakan atas kesedaran betapa pentingnya Malaysia terus memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan pemimpin badan bukan kerajaan Islam di republik itu.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata perbincangan berkenaan bertujuan membina satu rangkaian kerjasama menyeluruh dan berkesan, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat Asean.

"Amat kritikal untuk kita semua memastikan masyarakat Islam tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan ekonomi terutama memanfaatkan potensi besar dengan wujudnya Asean Economic Community (AEC), iaitu satu pasaran bebas bagi 600 juta penduduk, atau setara dengan lebih 9% daripada pasaran pengguna dunia.

"Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, perlu ada kestabilan sosio-ekonomi dan politik terlebih dulu," tulisnya di dalam posting status Facebook beliau petang semalam.

Penjelasannya itu dilihat bagi menjernihkan situasi yang kuat bertiup kencang yang meramalkan Khalid akan kembali menerajui Selangor menggantikan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Pada 16 April, Khalid memuat naik statusnya di Facebook, berserta gambar dan menulis beliau dan Hadi berkesempatan mengunjungi rakan lama mereka iaitu Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Irman Gusman di Jakarta.

"Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhuwah antara masyarakat Islam, khususnya di rantau ini," katanya.

DOKTOR HAIWAN BERHATI HAIWAN.



BRENHAM
: Seorang doktor haiwan dipecat dari klinik selepas memuat naik gambar ngeri dia membunuh kucing dengan memanah di kepala di laman social Facebook.

Kristen Linsey,31, yang tinggal di Brenham, Texas dituduh melakukan perbuatan tidak berperikemanusian di belakang rumahnya dan mendakwa menyangka haiwan berkenaan kucing jalanan.

Dalam status yang dimuat naik bersama tangannya memegang haiwan berkenaan, dia tanpa rasa bersalah menulis dan seakan bangga dengan perbuatannya.

Bagaimanapun kenyataan itu disangkal pasukan penyelamat tempatan yang menegaskan kucing berkenaan adalah haiwan peliharaan yang hilang sejak dua minggu lalu.

“Panah pertama saya membunuh….lol. Seekor kucing bersama busur menembusi kepala. Anugerah Vet (doktor haiwan) tahunan…dengan bangganya diterima,” katanya yang dipetik dari Facebooknya, Kristen Lindsey.

Graduan daripada Colorado State University itu kemudian kehilangan kerja selepas Washington Animal Clinic memecatnya sebaik imej perbuatannya tersebar di laman sosial.

Menurut laporan Dailymail UK, pendakwa raya sedang menimbang untuk mengambil tindakan dan Linsey dikatakan bakal berdepan melakukan jenayah.

Sementara itu, satu akauan Facebook telah diwujudkan bagi membela kucing yang diainaya Lindsey dan ia mendapat sokongan “like” daripada beribu orang yang mengecam perbuatan itu.

KITA LAWAN KAYUH BANTAH GST HAMBAR TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN??????



Kini telah menjadi perbualan umum diperingkat akar umbi betapa Perhimpunan #KitaLawan anjuran AMK sudah dilihat semakin tidak mendapat sambutan sepertimana yang diharapkan.

Walaupun pelbagai usaha dan buah fikiran baru digunakan untuk menarik penyertaan orang ramai khususnya anak muda, perlu akui ianya masih gagal.

Terbaru, berarak menaiki basikal yang bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu, hanya disertai 25 peserta termasuk anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha.

Begitupun, kumpulan anak muda ini yang memakai serba hitam tetap bersemangat mengelilingi bandar raya dengan memakai baju serba hitam yang tertera ‘Kita lawan sampai menang’.

Biarpun sambutan dingin dan hambar, Sekretariat #KitaLawan optimis anak muda pasti menyokong misi yang dibawa iaitu menentang GST yang membebankan rakyat.

Anggota Sekretariat, Akmal Nasir berkata, bilangan peserta bukan ukuran kerana aktiviti ini dikongsi pengguna laman sosial.

“Kehadiran peserta kali ini berkemungkinan disebabkan mereka tidak memiliki basikal selain sibuk di hujung minggu,” katanya.

Dia berkata, himpunan #Kitalawan akan tetap diteruskan setiap minggu dan pada minggu hadapan akan diadakan di Pahang dan Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Katanya, protes yang digelar 'Critical Mass Kuala Lumpur' itu akan diadakan di Dataran Merdeka bermula jam 4 petang dan menggesa rakyat Malaysia menyertainya bagi menuntut GST atas barangan dan aktiviti berkaitan sukan dimansuhkan.

'Critical Mass' ialah acara berbasikal yang berasal dari Eropah dan merupakan protes menunggang basikal secara bulanan dengan ribuan peserta berarak memenuhi jalan raya dengan berbasikal.

Setibanya di Dataran Merdeka, Akmal memberitahu mereka yang hadir untuk berkayuh, protes itu bertujuan meminta Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengusahakan supaya GST atas barangan sukan dimansuhkan.

Akmal berkata, laluan berbasikal mereka hari ini diadakan dalam lingkungan sekitar ibu kota, dari beberapa lokasi menuju ke kompleks membeli-belah Sogo, kemudian ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sebelum berakhir di Dataran Merdeka.

#KitaLawan sejak hujung Februari mengadakan demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur pada hampir setiap Sabtu.

Pada awalnya, ia bertujuan membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, dan menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kehadiran terbesar di perhimpunan itu setakat ini adalah pada 7 Mac, di mana dianggarkan antara 5,000 dan 10,000 orang menyertainya.

Tidak seperti himpunan #KitaLawan sebelum ini, tiada pemimpin pembangkang atau ahli Parlimen kelihatan turut serta, kata Akmal yang menyatakan protes 'critical mass' ialah acara untuk orang muda.

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha, bagaimanapun, turut hadir dan memberitahu orang ramai beliau mewakili ahli keluarganya.

"Saya menyokong protes ini kerana GST membebankan rakyat," katanya.

Pada jam 5 petang, Nurul Nuha menyertai kumpulan berbasikal yang melaungkan 'Batal GST' sambil berkayuh.

Kumpulan itu kemudiannya tiba di KLCC apabila rintik hujan mula turun. Wartawan The Malaysian Insider mengekori kayuhan mereka dengan menaiki motosikal.

Seorang marsyal himpunan itu mengarahkan kumpulan itu bergerak ke kawasan membeli belah Bukit Bintang, sambil kenderaan lain memberi laluan kepada mereka.

Keadaan trafik lancar dan anggota polis kelihatan di beberapa tempat.

Tiada ucapan yang dibuat tetapi mereka yang berbasikal terus melaungkan dan melagukan slogan sambil berkayuh.

Di luar kompleks beli belah Farenheit 88 di Jalan Bukit Bintang, peserta kayuhan berhenti untuk mendengar kumpulan The BangsArt yang menyanyikan lagu 'Rasa Sayang' yang liriknya ditukar bagi membawa maksud bantahan kepada GST.

Mereka kemudiannya bergerak ke depan Hotel Grand Millennium, dengan turut disertai Nurul Nuha, dan membentangkan kain rentang yang tertulis 'Kayuh Bantah GST' di luar bangunan itu.

Dalam perjalanan balik ke Dataran Merdeka, kumpulan itu menyebabkan satu kemalangan kecil antara dua biji teksi berhampiran Pudu Raya, yang pemandunya sedang memerhatikan mereka.

Selepas berbasikal sejauh 13km, kumpulan itu tiba di Dataran Merdeka sekitar jam 6.15 petang.

Akmal berkata, #KitaLawan juga akan mengadakan protes di negeri lain, termasuk Pahang dan Pulau Pinang di mana pilihan raya kecil akan diadakan bulan depan.

Katanya, bilangan kecil yang menyertai acara ini tidak melemahkan semangat mereka kerana, "kami tidak pentingkan nombor, tetapi kami pentingkan isu yang dibawa."

Saturday, 18 April 2015

BETUL KE KISAH 5 ADUN PKR BAKAL LOMPAT MERUPAKAN SPEKULASI KISAH DOGENG ZAMAN PURBA???????



Timbalan Presiden PKR, merangkap Dato' Menteri Besar Selangor YAB Tuan Hj Mohamed Azmin Hj Ali enggan dakwaan spekulasi lima Adun PKR Selangor akan ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap bekas Menteri Besar, YB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, spekulasi ini diumpamakan seperti satu kisah dongeng zaman purba.

“Takkan saya nak mengiyakan cerita dongeng,” katanya apabila diminta menafikan spekulasi itu.

Sejak semalam bertebaran khabar angin bahawa lima ADUN PKR akan ‘melompat’ dan menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

Dengan sokongan PAS dan Umno ditambah beberapa ADUN dari PKR itu, Khalid dikatakan bakal memperolehi majoriti mudah.

Kononnya Khalid mengadakan perjumpaan bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Jakarta untuk membincangkan hal tersebut.


Angin jika tidak cukup kencang meniup masakan pokok boleh bergoyang sampai nak tumbang menyembah bumi pokok dibuatnya.

Cerita-cerita begini tidak boleh dipandang enteng sebelah mata .. jangan dicampakkan begitu sahaja dengan memberikan labelan sekadar untuk memujuk hati yang gelora dan menyejuk kepala yang sedang berasap panas.

Sekiranya cerita yang sedang bertiup kencang ini hanya berita gred khabar angin dan cerita dogeng zaman purba, syukur alhamdulillah ... tetapi jika benar, dari dongeng akan buat kedudukan kerajaan PR Selangor tertonggeng.

Dalam politik tidak ada yang mustahil .. sebarang maklumat tidak boleh dibakul sampahkan begitu sahaja .. tiada musuh dan kawan yang kekal.


DALANG KERETA KLON DI CEKUP SPRM DAN 14 BUAH KERETA MEWAH DI SITA.



Sebanyak 14 buah kenderaan mewah pelbagai jenama yang telah dikategorikan sebagai kenderaan lusuh bernilai lebih RM1.5 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran dan dijadikan “kenderaan klon” telah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dalam satu operasi selama dua hari sejak Selasa lepas.

Hasil maklumat daripada orang awam serta intipan dan risikan pegawai SPRM selama hampir sebulan, tujuh individu turut ditangkap dalam operasi berkenaan.

Kenderaan yang dikategorikan sebagai kenderaan lusuh dilarang diimport ke negara ini tanpa kebenaran khas kecuali dalam bentuk alat ganti terpakai atau untuk sukan permotoran.

Kesemua tangkapan dan rampasan itu dibuat SPRM itu dalam operasi selama dua hari sejak Selasa lepas di sekitar Seremban dan Johor Bahru.

Dua individu ditahan dan dua buah kenderaan disita di Seremban kerana didapati menggunakan pelekat cukai jalan asli dengan nombor pendaftaran kenderaan sah atau sering dikenali sebagai kereta kembar, klon atau pendua.

Susulan penahan dua lelaki berkenaan, pasukan SPRM yang diketuai oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan Shaharom Nizam Abd Manap sendiri membuat serbuan ke sebuah rumah di Johor Baharu dan menahan tiga lelaki saerta seorang wanita berumur antara 22 hingga 46 tahun.

Dalam serbuan itu, pasukan SPRM turut menyita 12 buah kenderaan pelbagai jenama termasuk kenderaan mewah yang disyaki diseludup dari negara jiran.

Difahamkan sebuah premis pejabat juga telah diserbu dan beberapa peralatan seperti komputer dan pencetak telah dirampas termasuk pelekat cukai jalan asli yang telah siap bercetak dan seorang lelaki ditahan.

Semua yang ditangkap telah ditahan reman antara dua hingga empat hari.

Shaharom Nizam ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan sitaan kenderaan terbabit, lapor portal berita Astro AWANI.

Beliau turut meminta semua pemilik kenderaan lusuh atau klon menyerahkan kenderaan dalam milikan mereka ke pejabat SPRM yang berhampiran secara sukarela atau tindakan undang-undang akan diambil jika enggan berbuat demikian.

Pemilikan kenderaan lusuh adalah berbahaya kerana jika digunakan dalam aktiviti jenayah dan berlaku kesalahan trafik akan mengakibatkan penganiayaan kepada pemilik yang sah.

Selain itu, jika berlaku kemalangan tiada tuntutan insuran boleh dibuat kerana kenderaan lusuh tidak mempunyai perlindungan insuran.

Kerajaan juga mengalami kerugian kerana tiada hasil cukai dapat dikutip dan industri automobil negara juga terjejas jika kenderaan lusuh tidak dikawal.

Shaharom Nizam memaklumkan siasatan kes itu dibuat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini di Teluk Intan, seorang ejen insurans buntu apabila nombor pendaftaran kereta jenis Volkswagen Golf miliknya di ‘klon’ bersama pemilik lain dalam satu kejadian di Jalan Speedy.

Lebih menarik perhatian, gambar dua kereta mempunyai nombor pendaftaran sama itu juga menjadi viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

Ejen insurans berkenaan menerima maklumat menerusi aplikasi sosial WhatsApp daripada rakannya yang menyatakan mereka ternampak kereta Volkswagen Golf menggunakan nombor pendaftaran sama dengannya.

Apabila lelaki berusia 34 tahun tiba di Jalan Speedy, beliau mendapati ada kereta dan nombor pendaftaran sama, namun dimiliki orang lain.

Ketika itu berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan lelaki disyaki pemilik kereta berkenaan namun pihak polis yang dihubungi segera menghantar anggota bertugas ke tempat kejadian.

GURU DI BELASAH TERUK OLEH SEKUMPULAN MAT REMPIT.


Difahamkan guru ini baharu sahaja ditukarkan dari Gua Musang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

Motif kejadian masih dalan siasatan pihak polis.

ISTERI TERKILAN SUAMI ZIARAH JENAZAH IBUNYA DENGAN TANGAN BERGARI




Isteri Ismail SM Kadir terkilan kerana tangan suaminya digari ketika dibenarkan pulang untuk menatap kali terakhir wajah ibunya yang meninggal dunia.

Menurut Rokiah Oon, kepulangan seketika ke rumahnya di Kuala Kangsar, Perak, turut diberi kawalan ketat dan sentiasa diawasi dua anggota polis.

“Masih bergari dan dalam rumah pun masih bergari. Dua orang anggota polis sentiasa memantau,” ujarnya.

Di sebalik perasaan hiba, dia dan anak-anak tetap bersyukur kerana buat pertama kali dapat bertemu secara bersemuka selepas dia dipenjara.

Sebelum mereka hanya dapat berjumpa tetapi ia dipisahkan dinding kaca.

Ditanya mengenai reaksi anak-anaknya mengenai status Ismail sebagai banduan, dia menjelaskan semua anak-anaknya dapat menerima kenyataan dan menegaskan suaminya tidak bersalah.

“Anak-anak semua sudah tahu mengenai perkara ini kerana ayah bukannya melakukan apa-apa jenayah. Ini semua hanyalah dugaan,” katanya.

Tambahnya, suaminya sebelum itu pernah ditahan seminggu di dalam penjara ekoran terlibat dalam demonstrasi haram ketika krisis kuasa di Perak pada tahun 2009.

Friday, 17 April 2015

NAJIB DAN ROSMAH AKHIRNYA SAMAN FITNAH RAFIZI DAN MEDIA RAKYAT BERHUBUNG ISU SUBSIDI MINYAK.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak.

Saman tersebut difailkan semalam (16 April) menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan ia diserahkan kepada Mohd Rafizi dan Chan hari ini.

Menerusi writ saman, Najib dan Rosmah menamakan Mohd Rafizi sebagai defendan pertama manakala Chan, defendan kedua.

Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014.

Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk  'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.

Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.

Kata mereka, rakaman tersebut telah ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti Facebook milik Rafizi dan 162,118 lagi dalam Facebook Chan.

Najib dan Rosmah berkata Mohd Rafizi mempunyai niat supaya perkataan yang disebut olehnya diterbitkan semula oleh media massa untuk dibaca oleh orang ramai dan Mohd Rafizi bertanggungjawap dalam memfitnah mereka.

Menurut mereka lagi Chan telah gagal mengamalkan prinsip 'responsible journalism' atau kewartawanan bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan yang terkandung di dalam perkataan fitnah tersebut sebelum menerbitkannya.

“Defendan-defendan mempunyai pengetahuan bahawa dengan penerbitan semula perkataan fitnah tersebut akan menyebabkan kerosakan yang teruk dan meninggalkan kesan terhadap reputasi kedua-dua plaintif," kata mereka menerusi penyata tuntutan itu.

Najib dan Rosmah menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsir oleh mahkamah.

Mereka juga menuntut faedah ke atas ganti rugi tersebut atas kadar 5 peratus setahun daripada tarikh penerbitan sehingga tarikh penghakiman dan tarikh penyelesaian penuh.

Turut dituntut ialah satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah terhadap plaintif dan perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.

Najib dan Rosmah juga menuntut satu perintah supaya Chan mengeluarkan rakaman tersebut daripada laman YouTube Media Rakyat, laman web Media Rakyat dan Facebook Media Rakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman.

AHMAD MASLAN CGPA 3.85 BERI TAKLIMAT MENGENAI GST KEPADA RANI KULUP YANG LANGSUNG TIDAK ADA CGPA???????


Dahsyat juga Rani Kulup ini ek?????? ... Selain di gelar Raja Buat Repot Polis sekurang-kurangnya Timbalan Menteri CGPA 3.85 jaga GST ajak dia bermesyuarat ataupun dengar taklimat.

Tinggi juga martabat dia dimata sekerat pemimpin UMNO.

Rasanya ni mesyuarat berkaitan dengan kegiatan UMNO langsung tidak ada kena mengena dengan taklimat GST.

Dalam bilik mesyuarat pun masih pakai cermin mata hitam .. lain macam kepala Rani Kulup ni.

DUA BERANAK DITUDUH DIMAHKAMAH KERANA LUDAH DAN TAMPAR ANGGOTA POLIS.



Gara-gara meludah dan menampar seorang anggota polis Rabu lalu, dua beranak didakwa di Mahkamah Majistret di George Town hari ini.

Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, seorang peniaga, dan bapanya Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

Mengikut pertuduhan, Shaikh Abdul Shukor dan bapanya didakwa bersama-sama melakukan kekerasan jenayah terhadap Koperal Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh dengan menampar dan meludah anggota polis itu ketika mangsa sedang menjalankan kewajipannya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Patani di George Town pada jam 9.50 malam 15 April lalu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh bagaimanapun peguam Muhammad Asri Abdul Hamid yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan minimum dikenakan ke atas anak guamnya.

"Anak guam saya Shaikh Abdul Shukor menghidap bengkak hati dan perlu menyara isteri dan seorang anak manakala tertuduh kedua (Shaikh Abdul Wahab) menghidap sakit jantung dan mempunyai isteri yang uzur," katanya.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 Mei depan untuk sebutan bagi serahan dokumen.

ZAHID HAMIDI BANTU ANGGOTA POLIS TRAFIK YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN


Walaupun dari dulu lagi gaya politik amalan Zahid Hamidi ini banyak yang Omak Kau tentang,  namun gelagat beliau sudi menghulurkan bantuan kepada seorang anggota polis trafik di Pulau Pinang yang terlibat dalam kemalangan walaupun tidak seberapa harus juga diberikan pujian.

Benar tetap benar ... siapa jua yang melakukan kerja baik hatta tidak sehaluan dalam fahaman dan anutan politik jangan kedekut berikan pujian.


PATUTLAH BERNAMA TV TERLINGKUP


Kalau benarlah Bernama TV menjemput Rani Kulup dalam salah satu programnya, maka tidak hairan mengapa stesen TV berkenaan terlingkup sampai tidak mampu nak bayar gaji para pekerjanya.

Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya.

Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.

"Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya (kiri).

Gaji terakhir dibayar oleh BTV adalah pada 20 Oktober lalu.

Ketika dihubungi, Ibrahim sendiri berkata pihaknya juga belum pasti bila gaji penuh boleh dibayar, kerana mereka tiada lagi wang untuk itu.

Katanya, BTV sebuah syarikat swasta yang agensi berita nasional Bernama hanya memiliki satu pertiga pegangannya.

“(Tetapi) apabila Bernama TV menghadapi masalah, Bernamalah yang membayar gaji-gaji ini dan juga segala keperluan," katanya.

"Lama-kelamaan, simpanan Bernama untuk bayar gaji Bernama TV itu habis, apabila tiada kemasukan baru."

KHALID IBRAHIM DAN HADI AWANG KUNJUNG HORMAT KETUA DEWAN PERWAKILAN DAERAH REPUBLIK INDONESIA (DPD RI)


Walaupun sudah tidak menjawat sebagai Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang sekadar Ahli Parlimen biasa dan Presiden PAS, namun mereka dianggap sebagai pemimpin yang dihormati disudut hati ikhlas pemimpin Indonesia berjawatan sebagai Ketua Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPD RI) Bapak Irman Gusman ketika menerima kunjungan kedua pemimpin ini.


Thursday, 16 April 2015

BEBERAPA GAMBAR BILIK PAMERAN AUDI DI JALAN BUKIT BINTANG MENDAP GARA-GARA KERJA TEROWONG BAWAH TANAH MRT SEHINGGA PONDOK POLIS PUN RUNTUH.



Omak Kau mendapat kiriman beberapa gambar yang menunjukkan bilik pameran kereta Audi di Jalan Bukit Bintang mendap teruk dipercayai berpunca dari kerja-kerja korek terowong bawah tanah MRT.

Kejadian berlaku petang tadi.

Mendapan diberitakan agak teruk juga sehingga pondok polis runtuh .. tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BEZANYA KOS DAN KELAJUAN JALUR LEBAR NEGARA LAIN TERUTAMANYA ASIA TENGGARA DENGAN MALAYSIA.


Malaysia mensasarkan menjadi sebuah negara maju dalam masa lima tahun lagi. Dan biarpun rakyat negara ini semakin celik IT, hakikatnya kadar kelajuan jalur lebar di negara ini masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kos langganan jalur lebar yang dilihat tinggi berbanding negara-negara serantau.

Jika dilihat pada kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar. Singapura dan Thailand, masing-masing secara purata memiliki kepantasan jalur lebar 61 megabits per saat (Mbps) dan 17.7Mbps. Ini diikuti Vietnam (13.1Mbps) dan Kemboja (5.7Mbps). Malaysia pula, mempunyai kepantasan 5.5Mbps.

Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata.

Kos jalur lebar 10Mbps di Malaysia dianggarkan RM199 (TM, September 2014). Di Singapura, kos jalur lebar 15Mbps ialah RM95.15 manakala di Thailand, kos jalur lebar 12Mbps ialah RM79.30.

Agak menarik juga untuk melihat bagaimana perkembangan jalur lebar di Korea Selatan yang diiktiraf negara dengan kelajuan Internet terpantas.

Korea Selatan tahun lalu, memperkenalkan jalur lebar dengan kelajuan 10Gbps, yang berupaya memuat turun fail dengan saiz 1GB dalam masa 0.8 saat.

Secara purata, kos jalur lebar 100Mbps di Korea Selatan ialah US$27 (RM98.88).

Amerika Syarikat pula, biarpun memegang status negara maju, turut berdepan situasi yang sama dengan Malaysia. Untuk jalur lebar dengan kelajuan 45Mbps, pengguna di sana perlu membayar kira-kira US$90 (RM330).

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan penuurunan kadar kos jalur lebar dalam masa dua bulan lagi.

Kadar terbaharu itu menyaksikan penurunan di antara 10 peratus dan 57 peratus dari kadar sedia ada.

Tarif asas berharga RM25 untuk 1GB akan ditawarkan oleh semua pembekal perkhidmatan.



MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... TUN MAHATHIR ADALAH ANUGERAH TUHAN DAN PERMATA NEGARA KATA IBRAHIM ALI.


Tidak dinafikan Tun Mahathir ada berjasa dan menyumbang kepada pembangunan negara ... tetapi sampai bodek melangit kata ianya suatu anugerah Tuhan rasanya itu sudah melampau.



Tun Dr Mahathir Mohamad adalah anugerah dari Allah kepada rakyat negara ini.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, sumbangan yang dibuat bekas Perdana Menteri mengatasi kelemahan yang pernah dilakukannya.

Sebab itu jelasnya, semakin banyak orang hentam bertambah kuat sokongan yang beliau dapat.

“Sebenarnya Tuhan beri anugerah pada Malaysia. Kalau dulu Dr Wan Azizah kata Anwar anugerah Tuhan. Sebenarnya anugerah Allah kepada Malaysia ialah Dr Mahathir. Dia permata negara,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi menyangkal dakwaan sesetangah pihak yang mendakwa bahawa Tun Mahathir tidak layak untuk bercakap soal negara apatah lagi mengkritik kemimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Tindakan Tun Mahathir mebuat buat kritikan kepada Najib berhubung 1MDB dan pembunuhan Altantuya adalah untuk meminta Najib membuat penjelasan itu sahaja.

“Kenapa pula penyokong bahawahan Najib kata Tun Mahathir mempunyai kepentingan dengan mengkritik Najib. Macam sekarang orang kata dia ada kepentingan. Dia ada kepentingan apa? Dia tak nak jadi Perdana Menteri lagi,” katanya.

Sehubungan itu, PERKASA mengulangi pendirian bahawa mereka menyokong pendirian Tun Mahathir yang menggesa Najib memberi pejelasan berhubung isu yang berbangkit.

“Kita sokong Tun Mahathir berdasarkan pada kebenaran bukan kerana kita rapat dengan beliau,” katanya.

HEBAT SANGAT KAH SITI NURHALIZA SEHINGGA MAMPU TENGGELAMKAN SUARA UMNO YANG MENYOKONG NAJIB RAZAK?????




Bekas Menteri Penerangan merangkap bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia Zainuddin Maidin berkata kenyataan menyokong secara terbuka penyanyi Siti Nurhaliza kepada Tun Mahathir sudah cukup mampu untuk menenggelamkam sokongan yang diterima oleh Najib termasuk hampir keseluruhan Ketua-ketua Bahagian UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO.

Pergh!!!!! ... dahsyat sungguh pengaruh dan suara Siti Nurhaliza dikalangan para pendokong, penyokong dan ahli UMNO dimata Zainuddin Maidin (ZAM).

Kalau begitu, baik serahkan sahaja jawatan Ketua Wanita UMNO kalau tidak Presiden UMNO kepada Siti Nurhaliza .. sebab sekali buka mulut mampu tenggelamkan suara-suara penentang.

Kini Tun Dr Mahathir sudah tidak perlukan lagi suara menyokong beliau sebab dengan Siti Nurhaliza seorang sudah lebih dari mencukupi.

Inilah dinamakan kalau membodek jangan terlampau mengampu melangit sebab daya dan cara rakyat kini bukannya jenis tahun 80an.

Perlu di akui bahawa Siti Nurhaliza sedikit sebanyak ada jua pengaruh dan boleh membawa sokongan tetapi tidaklah seperti apa yang dikatakan oleh ZAM sehingga menenggelamkan terus UMNO.

Masih ingat lagi betapa Siti Nurhaliza suami isteri turun berkempen untuk calon UMNO/BN di DUN Templer PRU lalu ... agak-agak calon UMNO/BN itu menang atau terlingkup.

 

Kenyataan secara terbuka Penyanyi No 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, menenggelamkan sokongan yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada ahli UMNO.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, sokongan yang dibuat secara ikhlas itu amat merbahaya ke atas Najib.

Atas sebab itu, ia tidak diketengahkan oleh akhbar perdana yang pro Najib.

“Jika tidak “ merbahaya” sokongan ini masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini. Bodohkah semua Ketua Pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?

“Suara Siti Nurhaliza berada dihati pencintanya dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit. Sokongan dalam pilihanraya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik.

Dalam entri terbarunya zamkata.blogspot.com, beliau menulis, artis seperti Siti Nurhaliza dan Che Ta mewakili suara rakyat dan fakta itu dikaitkan dengan kejatuhan Presiden Suharto sebagai Presiden Indonesia.

Katanya, lagu Singkong dan Keju telah membangkit perasaan marah rakyat republik itu presiden yang berkuasa lebih 30 tahun.

Sebelum ini, dalam albumnya Siti Norhaliza pernah mendendangkan lagu Lelaki yang dikatakan ditujukan khas kepada Dr. Mahathir dan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

KENYATAAN AHMAD MASLAN CGPA 3.85 MENGENAI GST MEMBUAT RAKYAT JADI EMOSI KATA PAKAR PSIKOLOGI



Emosi rakyat negara ini yang terganggu dengan beberapa kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilihat bakal pulih dalam sedikit masa lagi.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Dr Abdul Jalil Hassan berkata, pelbagai pendapat rakyat terutama di media sosial dilihat proses biasa meluahkan perasaan yang normal bagi setiap manusia.

"Mereka akan menggunakan medium media sosial yang dilihat lebih mudah, selain diakui ia menjadi viral namun masih dilihat normal.

"Memang lumrah bagi manusia apabila rasa ditekan, mereka akan menyatakan rasa tidak puas hati namun ia hanya berbentuk sementara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Abdul Jalil mengulas keluhan masyarakat terutama di media sosial mengenai reaksi pelaksanaan GST.

Ia menjadi lebih 'panas' apabila Ahmad mengeluarkan beberapa kenyataan yang dilihat tidak menyebelahi pelajar kampus.

Ahmad dilaporkan berkata, kenyataannya tentang saranan untuk masak sendiri dimanipulasi kumpulan tertentu.

Bagaimanapun, Bekas Naib Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah menasihati pelajar universiti itu untuk tidak membesarkan isu keperluan memasak di kampus atau rumah sewa selepas pelaksanaan GST sebagai faktor yang boleh menjadikan mereka mati kebuluran.

Dalam pada itu jelas Dr Abdul Jalil, masyarakat akan faham kelak mengenai kenyataan Ahmad mengenai GST yang memberi faedah kepada semua.

"Macam seorang ayah yang memberi nasihat kepada anaknya, semasa kecil anak itu mungkin memberontak dan enggan menurut kata.

"Namun akhirnya apabila anak itu berjaya, dia akan ingat kembali nasihat itu yang membawa kejayaan kepada dirinya, pastinya ia mengambil sedikit masa," ujarnya.

Katanya lagi, walaupun dilihat menjadi kambing hitam, ia disifatkan tidak mematahkan semangat Ahmad untuk terus menjadi perantara kerajaan dengan rakyat dalam isu berkenaan.

"Kemarahan rakyat kini seumpama air limpah, mereka emosi dan ia seharusnya dialurkan ke jalan yang betul agar tidak timbul kesan negatif pada masa akan datang.

"Ahmad perlu bijak menyerap tekanan dan terus memberi penerangan tentang isu yang membawa kebaikan kepada negara," jelasnya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan kenyataan Ahmad yang memaafkan semua pihak yang menohmahnya mengenai isu GST.

"Saya sedia dari segi mental dan fizikal, tetapi harap pihak-pihak tertentu berlaku adil, janganlah kata ibu saya khinzir, janganlah kata saya mati malam tadi, itu terlalu teruk.

"Menurut pihak kastam, pelaksanaan GST ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk stabil sepenuhnya, jadi saya bersedia untuk dihentam dalam tempoh ini. Tetapi saya harap operasi berkaitan GST akan stabil dalam tempoh tiga bulan ini," katanya.

Sebelum ini, Ahmad menjelaskan pelaksanaan GST boleh menurunkan harga barang seperti kereta, perabot dan juga barangan elektrik.

CEO MUDA AS POTONG GAJI 90% UNTUK NAIKKAN GAJI PARA PEKERJANYA .. DIMALAYSIA AHLI PARLIMEN NAIK GAJI 150% DAN RAKYAT DIKENAKAN GST.




Seorang lelaki berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), menjadi topik perbualan ramai apabila dia mengumumkan akan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya dengan cara memotong gajinya sendiri.

Lelaki tersebut, Dan Price, yang merupakan CEO syarikat Gravity Payments yang beribu pejabat di Seattle, Amerika Syarikat, mengumumkan polisi gaji minimum di syarikatnya iaitu $70,000 (RM257,533.13).

Ia merupakan pelan jangka panjang untuk mengelakkan syarikat tersebut menanggung hutang yang banyak, dan Price, 30, akan melaksanakan rancangan itu dengan cara memotong gajinya sendiri sebanyak 90 peratus.

Kata Price, gaji yang diterimanya sekarang adalah mengikut kadar pasaran dan ia terlalu tinggi jika dinilai mengikut keadaan semasa.

Biarpun sudah biasa hidup mewah sebelum ini, namun pergaulannya dengan rakan-rakan yang berpendapatan rendah dan sederhana membuka mata Price betapa dia sangat perlu bertimbang rasa dengan para pekerjanya.

Dia juga nampaknya tidak kisah untuk menukar cara hidup mewah kepada cara hidup yang lebih sederhana.

"Saya masih bujang, dan saya cuma punya seekor anjing. Lagipun, kadangkala, lebih banyak duit yang anda miliki, lebih sukar hidup anda," kata Price.

Price mengasaskan Gravity, sebuah syarikat pemprosesan pembayaran kad kredit, ketika berusia 19 tahun.


Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lepas.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen.

"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).
  
Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Pada 27 Nov tahun lepas, Dewan menangguhkan rang undang-undang itu setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.

UGUTAN RANI KULUP DISAMBUT ANAK WATAN SARAWAK.


 


Jawapan dari Sarawak. Cabaran disambut baik. Kalau dia mau, kalau dia berani... just say when and where. Dia jual sya beli. Pecah muka terabur gigi dia tanggung sendiri. Itu cermin mata sya ambik gantung kat rumah panjang. Cincin & jam sya jual lelong. Bukan nak takbur. Tpi org dah jual sya beli. Sya bukannya muda lagi umur dah lepas 40an. Tpi sya geram kerna Najib Razak tak setuju bagi kenaikkan royalti minyak kpd Swak baru2 ini. Sya as a Sarawakian mmg kritik decision Najib. Keluar plak kenyataan mamat ni dia akan tumbuk sesiapa yg berani kritik Perdana Menteri dia. Wow! Nya wakil Najib lah tek. Aku tok wakil Adenan lah mun cam ya. Apa gik tumbok jak sampei leput sak puas ati. Bring it on! ... KRIS ISKANDAR

Nampaknya ugutan dari Raja Buat repot Polis Abdul Rani Kulup sudah disambut secara terbuka oleh seorang anak watan Sarawak yang tidak bersetuju apabila Najib Razak tidak bersetuju naikkan royalti minyak kepada negeri Sarawak.

Omak Kau cukup kuat yakin dan percaya bahawa cara membodek mengampu yang dilakukan oleh Rani Kulup in i tidak pun digemari oleh Najib razak dan jua para penyokong dan pendokongnya terutama dari kalangna ahli-ahli UMNO .. cara tidak mencerminkan kematangan sebaliknya berpolitik secara budak hingusan yang hidup dizaman batu purba.

Bila berpolitik secara tidak cerdik sudap pasti reaksi dan respon diterima begitu juga.


Kepada sesiapa yang ada akses kepada Rani Kulup ini agar berilah sedikit nasihat .. hentikan segera berpolitik macam budak belum akil baliq .. jangan berterusan berpolitik macam badut sarkas kerana kesan dan tempiasnya ialah parti yang didokonginya .. cara politik tidak memberi nilai tambah apatah lagi melonjak sokongan rakyat.

Para pendokong dan penyokong UMNO perlu ubah sikap dan gelagat dalam melakukan perang saraf politik jika tidak mau kedudukkan UMNO berubah sebab cara ini akan menambah rakyat menyampah dan meluat kepada UMNO.

Sebagai contoh yang sahut cabaran Rani Kulup ini adalah penyokong tegar BN jua.

SETIAUSAHA SULIT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATUK JOSEPH ENTULU BELAUN DITAHAN REMAN 7 HARI OLEH SPRM KERANA TUNTUTAN PALSU MEMBABITKAN RM500,000



Setiausaha sulit seorang menteri Kabinet yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor Borneo Post semalam.

Akhbar itu mendakwa suspek berusia 41 tahun itu merupakan setiausaha sulit kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Entulu bagaimanapun menafikan suspek didakwa, dan cuma disiasat.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Low Chin How membuat permohonan melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman, lapor Borneo Post.

Walaupun ada bilik mahkamah khas mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup atas alasan anak guamnya adalah individu yang sangat penting, lapor akhbar berkenaan.

Suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan beberapa program dan jumlah terbabit dikatakan sebanyak RM500,000.

Menurut Boreo Post, siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur.

KEMPEN YANG MEMPERLEKEH DAN MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT PERMATANG PAUH.



Permatang Pauh dari dulu sampai sekarang tak berubah, kalau undi PKR lagi memang tak nak pembangunan kot

Ini dinamakan kempen nak memperlekeh dan menghina kebijaksanaan rakyat berfikiran waras berfikir dan menilai.

Dari dulu sampai sekarang gambar yang dibulatkan dengan warna merah tidak pernah berganjak .. hebat sungguh.


Kalau kualiti sebegini yang mau dijaja sebagai cara mau menambat dan memikat hati rakyat Permatang Pauh agar berubah pilihan ... rasanya buang masa dan tenaga .. tidak akan berkesan malahan rakyat Permatang Pauh anggap ianya suatu kempen menghina mereka.

Kempen politik pembangunan sebenarnya sudah tidak berapa laku lagi sekarang ini.

Kalau berterusan laskar siber UMNO berkempen kualiti sebegini bukannya UMNO makin subur sebaliknya UMNO bakal tersungkur berkubur.

Pantang rakyat bila merasakan dirinya dihina.

Wednesday, 15 April 2015

GST PUNYA PENANGAN ... PAPAN IKLAN ELEKTRONIK PUN KENA GODAM.


Punyalah rakyat berang dan bengang dengan penangan GST sampaikan papan iklan elektronik pun kena godam ... SEKSYEN 13 MAKAN MAHAL KAPITALIS.

Perkara sebegini tidak sepatutnya dilakukan sebab sudah melanggar undang-undang tetapi jika dilihat pada suatu sudut lain ianya lebih merupakan maklum balas rakyat tentang pelaksanaan GST kesan dan impaknya kepada rakyat marhean.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...