
KOH KOH KOH KOH KOH ... MUAHAHAHAHAHAHAHAHA ... KWAH KWAH KWAH KWAH .... HO HO HO HO .... KAH KAH KAH KAH KAH ... HA HA HA HA HA HA .... HI HI HI HI HI HI ..... HU HU HU HU HU.
Ini betul-betul lawak paling gila dalam sejarah politik ... hebahkan beritahu satu dnuia kononnya anak Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, Nik Omar sudah masuh PAN siap ada diberikan jawatan lagi sebagai Pengerusi Panel Syariah PAN Kelantan.
Bila diasak dan diajukan soalan ... tukang hebahkan pula menafikannya siap cakap silap lapor lagi tu.
Paling lawaknya Nik Omar Nik Aziz tidak pun hadir dalam majlis malam tadi .. kira pengumuman dibuat tanpa hadir dan pengesahan .. sebiji seketulah mengumumkan kemasukan pembantu khas Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Ustaz Idris Ahmad kedalam PAN baru-baru ini dengan menyerahkan borang kosong.
Boleh pula cakap sudah masuk PAN tapi tidak mau heboh kerana menghormati balu Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang juga bondanya.
Punyalah terdesak juak-juak PAN ini sampai sanggup lakukan kerja haprak, hapak lagi jijik dan meloyakan.
Yang ini kisah beritahu satu dunia Nik Omar Nik Aziz dah masuk PAN.
Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.
Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.
GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu.
Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.
Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.
Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.
"Kedatangan yang tidak dijangka pihak penganjur ini membayangkan sokongan khasnya orang Melayu kepada Amanah di Kelantan," kata seorang pemerhati politik yang turut menyertai majlis itu bagi melihat sendiri sambutan yang diterima parti pimpinan Mohamad Sabu itu.
"Mat Sabu yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah sudah tentu gembira dengan sambutan ini," katanya kepada The Malaysia Insider sambil mendengar alunan dikir barat yang dipersembahkan pendikir dari Kelantan.
"Saya mohon maaf atas segala kekurangan majlis malam ini," kata Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyedari masalah yang dihadapi ekoran kedatangan di luar jangkaan itu ... MALAYSIAN INSIDER
Yang ini berita menafikannya ...
Salah seorang anak kepada bekas mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat dikatakan telah menyertai Parti AMANAH Negara (AMANAH).
Dalam
satu majlis makan malam anjuran parti itu malam tadi, Pengarah
Komunikasi Amanah Kelantan Nordin Hussin mengumumkan Nik Omar Nik Aziz
dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah AMANAH Kelantan.
Nik Omar bagaimanapun tidak hadir dalam majlis tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya.
Namun ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Nordin menafikan beliau ada menyebut penyertaan Nik Omar dalam AMANAH.
Malah, beliau mengatakan mungkin wartawan tersalah dengar berhubung pengumuman tersebut.
"Eh mana ada anak Nik Aziz masuk AMANAH. Kamu salah
dengar ni. Mana ada," katanya selepas majlis yang dihadiri kira-kira
1000 penyokong parti itu.
Bagaimanapun, menurut seorang pemimpin AMANAH Kelantan yang ditemui Malaysiakini mengesahkan anak lelaki sulung kepada bekas menteri besar Kelantan itu memang telah menyertai parti berkenaan.
Sumber tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata
Nik Omar bagaimanapun tidak akan hadir pada majlis-majlis yang
melibatkan orang ramai pada ketika ini.
Hormati permintaan keluarga
Katanya, ia bagi menghormati permintaan keluarganya serta kematian bapanya yang meninggal dunia pada Februari lalu.
"Sebenarnya dia (Nik Omar) memang dah sertai AMANAH tapi sebab nak menghormati permintaan bondanya serta keluarganya yang lain.
"Tetapi kalau ada mesyuarat dalaman memang dia akan hadir
cuma di majlis terbuka seperti ini dia tak mahu menonjol," katanya
kepada Malaysiakini.
Masih belum bersedia.
Selain
itu, beliau menambah Nik Omar belum bersedia "menunjukkan" dirinya
kerana permintaan ibunya sendiri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
"Lagi pun permintaan bonda dia. Iyalah, seorang (anak) PAS, seorang AMANAH.
"Tapi sebenarnya, dialah (Nik Omar) yang betul-betul mewarisi seperti ayahnya dari segala segi," kata sumber itu lagi.
Nik Omar merupakan anak kedua daripada sepuluh
adik-beradik. Sebelum ini beliau dikhabarkan akan menyertai AMANAH
tetapi menafikannya.
Manakala adiknya, Nik Abduh yang merupakan anak kelima pula merupakan Ketua Pemuda PAS dan anggota parlimen Pasir Mas.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Nik Omar untuk mendapatkan pengesahan daripada beliau sendiri..... MALAYSIA KINI.
MEMANG KALUT MENGARUT CACAR MERBA HARU BIRU HURU HARA SAKIT MENTAL DAN JIWA JUAK-JUAK PAN INI.