Sunday, 5 April 2015

MAHATHIR SERANG NAJIB SEBAB TERDESAK DAN BERSIFAT PERIBADI DEMI KEPENTINGAN KELUARGA SENDIRI KATA LOKMAN ADAM.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak menghentam Perdana Menteri untuk mencari pengaruh serta populariti demi kepentingan keluarga sendiri.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam berkata, ‎pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi.

"Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian wang bantuan 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.  Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Dr Mahathir.
‎
‎"Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Dr Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.

"Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Dr Mahathir ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Lokman mengulas‎ mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tidak akan bertemu Najib untuk membincangkan kritikannya kepada negara melalui blognya.

Kata Dr Mahathir, tempoh perbincangan senyap sudah berakhir selain mengakui sudah berjumpa Najib sebelum ini dan kini mengambil jalan terakhir iaitu mendedahkan isu berkenaan.

Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan pemberian BR1M merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

Minggu lalu, Dr Mahatir melalui blognya turut mendesak Najib untuk menentukan nasib serta masa depan UMNO.‎

‎Kata Lokman, setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.

"Seperti  di zaman Dr Mahathir,  salah satu pendekatan yang digunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

"Saya masih ingat, Dr Mahathir selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".

"Itu cara Dr Mahathir dan kerana itu jugalah bila Datuk Seri Anwar pada masa itu tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 bilion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat," ujarnya.

Tegasnya, walaupun diakui  Anwar seorang peliwat,  tetapi kalau betul Dr Mahathir tidak boleh menerima seorang peliwat untuk menggantikannya, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar.

"Tetapi Dr Mahathir tidak pernah kisah soal moral insan yang setia bersamanya ketika itu.  Dr Mahathir hanya bertindak ke atas Anwar apabila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi pada1997 sehingga1998.

"Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

"Di bawah kepimpinan Najib, dia tidak menggunakan pendekatan yang diambil Dr Mahathir.  Lagipun, jika RM5 bilion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan," jelasnya.

Kata Lokman lagi, matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran selain tiada beza pun dengan matlamat Dr Mahathir.

" Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.  Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

"Dr Mahathir bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun jet yang turut dia dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi dahulu.  Isu tersebut hampir semuanya sudah  dijawab dan Dr Mahathir bukanlah seorang yang malas membaca," katanya.
‎
Oleh itu jelasnya, apa yang menyebabkan Dr Mahathir gelabah hari ini adalah apabila dia melihat beberapa tokoh politik seangkatan dengannya sudah meninggal dunia.

"Dr Mahathir tahu yang masanya juga akan sampai dan dia kekurangan masa kini.  Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Dr Mahathir membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.

"Setiap Perdana Menteri selepasnya dianggap hanya 'Calon Sementara' sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.  Tempoh masa yang diberikan juga sekitar lima tahun supaya dia sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi nombor dua sebelum dia meninggal dunia," katanya.

Lokman turut memberi pesan kepada Dr Mahathir agar mengingat kembali ayat yang selalu disebut dahulu iaitu, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.  Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".‎

" Kalau Dr Mahathir terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan Najib, saya risau bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi Barisan Nasional (BN) juga akan tumbang sebagai parti memerintah.

" Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa.  Masa itu,  bukankah anak Dr Mahathir sendiri juga salah seorang yang akan berputih mata?"  jelasnya.

GAMBARAN YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI.



PIC OF THE DAY: Anggota polis membantu menolak lori milik seorang lelaki yang mengalami masalah di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berhampiran persimpangan Ampang Jaya

KOLEKSI GAMBAR KESEMUA ENAM MAYAT MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH YANG BERJAYA DITEMUI


Kesemua 6 mayat itu telah di Hantar Ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk tujuan bedah siasat .. Dato' Seri Najib Razak hadir dilokasi untuk pantau situasi.

PENJAGA GOL PASUKAN JDT II KENA CEKUP SEBAB MAKI ANGGOTA FRU.




PENJAGA gawang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Mohd Anis Faron Ahmad Arsidi ditahan polis selepas tamat perlawanan membabitkan pasukannya menentang Pulau Pinang di Stadium Bandar raya, kelmarin.

Penahanan itu dipercayai atas dakwaan pemain berusia 33 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Difahamkan, ia berlaku ketika pemain itu berjalan masuk ke bilik persalinan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penahanan itu.

“Ya, kita tahan pemain tersebut dan setelah siasatan, kita akan bebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana tegang itu menyaksikan Pulau Pinang bangkit di babak terakhir dengan menundukkan JDT II, 2-1.


Mohd Anis Faron Bin Ahmad Arsidi, penjaga gol utama pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) telah didapati melanggar disiplin apabila melakukan tindakan yang memalukan pasukan.

Beliau yang ditahan oleh pihak berkuasa setelah melemparkan kata-kata kesat kepada pegawai bertugas dan jika didapati bersalah beliau akan ditamatkan kontraknya bersama JDT II.

Penamatan kontrak tersebut adalah selaras dengan polisi Persatuan Bolasepak Negeri Johor yang tidak akan bertoleransi terhadap sebarang perbuatan yang berkaitan dengan disiplin.

Kami masih menunggu laporan penuh dari pihak polis sebelum Persatuan Bolasepak Negeri Johor mengambil tindakan selanjutnya.


VETERAN UMNO UMPAMAKAN MAHATHIR SERANG NAJIB SEPERTI DISERANG HISTERIA DAN HILANG KEWARASAN




Veteran Umno melahirkan rasa kecewa terhadap serangan bertali arus oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.


Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, walaupun Dr Mahathir ada alasan untuk mengkritik Najib tetapi serangannya lebih berupa serangan peribadi yang bermotif untuk mendesak Najib berundur dari jawatan PM.

"Tun M seperti diserang histeria dan hilang kewarasan sebagai seorang negarawan yang disegani dan disanjung.
‎
"Sedangkan beliau boleh melakukannya dengan penuh berhemah dan berhikmah," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut Mustapha berkata sekiranya Najib perlu dijatuhkan, Dr Mahathir perlu menggunakan 'saluran' yang betul. 



"Najib menjadi PM kerana beliau adalah Presiden Umno.

"Beliau dipilih oleh perwakilan Umno, Jadi, cara yang paling demokratik ialah melalui pemilihan Umno juga.

"Sesiapa saja boleh menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden, termasuk Tun M, Najib hanya alat institusi Umno.

" Najib boleh diganti, tetapi Umno sebagai satu institusi mesti dipertahankan oleh setiap ahli Umno," ujarnya.

Oleh itu,veteran berharap, Dr Mahathir
menghentikan serangan itu, kerana beranggapan natijahnya akan menghancurkan Umno dan merugikan Melayu.



"Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya Tun M kembali ke pangkal jalan.

"Bertindaklah sebagai negarawan yang rasional dan bijak kerana veteran mahu Tun M terus dikenang sebagai tokoh kebanggaan Melayu sepanjang zaman," katanya.



Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blogchedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14.

Saturday, 4 April 2015

WAJAH JURUTERBANG DAN PEMBANTU JURUTERBANG HELIKOPTER YANG TERHEMPAS DI SEMENYIH PETANG TADI YANG MENGORBANKAN 6 NYAWA TERMASUK TAN SRI JARJIS JAMALUDDIN DAN DATO' SERI AZLIN ALIAS



Helikopter peribadi yang dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang itu terhempas di sebuah ladang getang Jalan Sungai Lalang dekat Kampung Sungai Pening di Semenyih, Kajang kira-kira jam 4.50 petang tadi.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis  antara enam penumpang helikopter yang terhempas itu.

“Kami masih mengumpul maklumat mengenai kemalangan itu.

“Polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Orang kenamaan (VIP) lain yang turut terkorban ialah ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias.

Turut terbunuh juruterbang helikopter Kapten Cliff Fournier, pemilik Chempaka Aviation, Ajdiana Baiziera dan pengawal peribadi, yang dikenal pasti sebagai Raskan.

Jamaluddin dalam penerbangan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias di Kuala Lumpur malam ini.

Sementara itu, saksi kejadian sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

BEBERAPA GAMBAR TAN SRI JARJIS JAMALUDDIN DAN KETUA SETIAUSAHA SULIT PM DI MAJLIS KENDURI KAHWIN ANAK PEREMPUAN NAJIB RAZAK DI PEKAN, PAHANG SEBELUM TRAGEDI HELIKOPTER TERHEMPAS.


Antara 6 orang yang dikatakan terkorban dalam nahas helikopter terhempas petang tadi di Semenyih  ialah Tan Sri Ir Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit YAB Perdana Menteri , Dato' Seri Azlin Alias.

Mereka semua dikatakan baru lepas menghadiri kenduri kahwin anak YAB Perdana Menteri di Pekan, terbang ke Kuantan menuju ke Subang sebelum terhempas di Semenyih.


Takziah kepada seluruh ahli keluarga dan kaum kerabat yang terkorban. Hidup ini hanya satu perjalanan yang sementara dan amat singkat rupanya.


"Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali".
"Dari Allah datangnya perintah, kepada Allah juga amal kita dirujuk" ... AL FATIHAH.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
اِنّا لله واِنّا اليه راجعون..

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, AMPUNILAH DIA, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburannya, cucilah kesalahannya dengan air, ais dan embun sebagaimana Engkau mencuci pakaian putih dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, gantilah isterinya dengan isteri yang lebih baik, hindarkanlah dari fitnah kubur dan siksa neraka (Sahih Muslim).


Semoga roh-roh arwah ditempatkan bersama dengan para siddiqiin, shuhada dan solihin.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

HELIKOPTER MEMBAWA 6 PENUMPANG TERMASUK TAN SRI JAMALUDDIN JARJIS TERHEMPAS DI SEMENYIH PETANG TADI.




Sebuah helikopter awam yang membawa 6 penumpang termasuk bekas Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen Rompin yang juga mantan Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat Tan Sri Jarjis Jamaluddin dan seorang Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri dilaporkan terhempas di Kampong Pasir Baru, Semenyih pada petang tadi.

Pasukan bomba Kajang dilapor telah dihantar ke lokasi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam Twitternya mengesahkan bahawa ada enam penumpang di dalam helikopter tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebagai berkata tiga mayat nahas helikopter itu telah ditemui, dan pihak berkuasa sedang mencari tiga lagi penumpang lain.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

"Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu," katanya kepada Bernama.

Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung
.

Seorang saksi yang juga penduduk kampung mendakwa melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini, petang tadi.

Pengawal keselamatan, Roslan Harun, 53, berkata, ketika kejadian pada kira-kira jam 4.30 itu, beliau sedang berehat di rumahnya.

"Mula-mula pak cik dengar bunyi kipas kuat...nampak helikopter meletup dan terbakar di udara. Selepas itu helikopter mula jatuh ke bawah.

"Tiba-tiba, pak cik dengar letupan kali kedua, mungkin waktu itu, ia sudah berada di darat. Hujan juga ketika itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan. Kawasan kejadian itu juga sudah ditutup kepada orang awam sejak jam 6.30 petang.

MAHATHIR MENGAKU DIRINYA MAKSUM SEBAB TIDAK PERNAH BUAT SALAH SEMASA MENJADI PERDANA MENTERI.



Tun Dr Mahathir berkata dirinya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sepanjang memegang jawatan sebagai perdana menteri‎.

Ditanya dalam forum mengenai kesalahan terbesarnya‎, Dr Mahathir berkata, beliau langsung tidak pernah mencuri duit kerajaan.

"Saya masih tertanya apa kesalahan yang saya buat? Saya tak pernah curi duit kerajaan. Tak banyak yang saya buat. Sila beritahu apa kesalahan saya," katanya.

Katanya, ramai yang menuduhnya sebagai kuku besi tetapi jelasnya beliau sendiri yang berundur sebagai perdana menteri, sesuatu yang tidak akan dibuat oleh seseorang pemerintah kuku besi.

"Saya dituduh sebagai seorang kuku besi. Saya bukan. Kalau saya kuku besi saya tak akan letak jawatan.

"Saya boleh bersuka ria, terbang sana sini, semuanya dibayar kerajaan.

"Jadi beritahu saya di mana saya silap. Saya akan selidik dan tulis kajian mengenainya," katanya dalam forum di Cyberjaya, hari ini.

Katanya, ramai yang memberitahunya kesalahan terbesarnya adalah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, tetapi menegaskan tindakannya itu adalah betul.

Jelasnya, apa yang penting bagi seorang pemimpin jangan terlalu selesa dengan kedudukannya, tidak kira betapa masyhur sanjungan yang diberikan.

"Semasa tahun 2002 saya fikir semuanya akan menjadi baik, kewangan, kerajaan, parti, semuanya okay, saya boleh letak jawatan.

"Tetapi tak sangka apa yang dilakukan pengganti saya.

"Jadi itu bukan kesalahan, itu perkara betul. Berundur," kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara.

Katanya, berbanding dengan pentadbiran mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura itu masih kekal dalam kabinet walaupun sudah‎ meletakkan jawatan.

"Kuan Yew letak jawatan tetapi masih jadi menteri kanan dan mentor menteri...saya tak mahu kembali, cukuplah 22 tahun," katanya.

Katanya, tindakan paling betul yang dirasakannya adalah memastikan keamanan dan tiada konflik perkauman di Malaysia.

Ditanya punca Malaysia tidak menjadi maju seperti Singapura, katanya lebih mudah menguruskan sebuah negara kepulauan kecil.

"Tak perlu buat banyak ‎jalan raya. Mereka tidak ada masalah perkauman dan mereka boleh ketepikan isu minoriti dan lakukan apa yang mereka mahu.

"Tetapi di sini kita tidak boleh buat begitu, kita perlu fikit tentang minoriti, hak rakyat dan sebagainya.

"Jadi ada beberapa perkara yang kita buat tetapi di Singapura tidak perlu.

"Maka boleh katakan pentadbiran dia (Lee) ‎lebih mudah berbanding saya," katanya.


ULASAN OMAK KAU:-


Pergh!!!! Selama 22 tahun lebih menjadi Perdana Menteri Malaysia dia boleh mengaku sedikit habuk pun tidak pernah buat salah dan silap ... dahsyat!!!!! ... belum pernah lagi ada pemimpin yang sebegini kencang mendabik dada sampai tergamak berkata sebegitu rupa .. bukan setahun dua tetapi 22 tahun lebih menjadi Perdana Menteri tidak pernah melakukan kesalahan langsung.

Mungkin Mahathir jadikan kayu ukur dia tidak pernah lagi diheret ke Mahkamah atas kesalahan apa-apa jua jenayah kot ... dia kini sudah angkat mertabat dia cukup tinggi ... satu-satunya Perdana Menteri didunia untuk sekian lama memerintah tidak pernah membuat salah.

Segala kata-kata dan tindakannya betul belaka .. kalau dah berhenti tetapi masih membuat sibuk dan onar kepada pentadbiran yang ditinggalkannya sifat apakah itu?
 
Berikut kata-kata Tun Musa Hitam yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri selama 5 tahun lebih dibawah Tun Dr Mahathir mengenai pandangannya terhadapa Mahathir:-


Sebagai seorang ahli politik, pada Musa, Dr. Mahathir adalah super politician.

``Dr. Mahathir mahir dan tahu bila perlu bertindak dan jangan sesekali melawan dia kerana bila Dr. Mahathir bertindak....habislah kau...

``Beliau juga tidak pernah mengalah, berani buat dan berani menanggung risikonya.

``Bagi saya dia super politician kalau tidak masakan dia boleh hidup begitu lama dalam politik.

``Saya ni minor politician dibandingkan dengan dia. Saya sempat lima tahun je,'' katanya.

Sebagai manusia biasa pula Dr. Mahathir pada Musa adalah seorang yang pemalu dan lembut tutur bicaranya yang seringkali disalah anggap sebagai satu kelemahannya.

Itulah pandangan tipikal kebanyakan orang tetapi sebenarnya tidak.

``Beliau adalah seorang yang `degil' Apabila beliau telah buat satu-satu keputusan, beliau tidak akan berganjak.

``Inilah salah satu kelemahan yang juga satu kekuatan beliau. Dr. Mahathir tidak akan berganjak kecualilah bagi kes-kes ekstrem.

Lebih 90 peratus keputusan Dr. Mahathir pada ingatan Musa, kekal dan tidak berubah..

``Kalaupun dia salah, jarang sekali dia berkata : ``Maaflah saya salah.''

Dengan kata lain mengaku salah dan mengaku kalah ialah satu karakter yang tidak ada pada Dr. Mahathir.


Patutlah mengaku dia maksum .... ermmmm.

AKHIRNYA TERBUKTI KATA-KATA AHMAD MASLAN CGPA 3.85 BETAPA HARGA BARANG-BARANG AKAN LEBIH MURAH SETELAH DILAKSANAKAN GST


Memang sahih Ahmad maslan tidak menipu .. dia bercakap benar .. dia seorang pemimpin yang amat jujur .. tidak berbelit-belit lidah apabila berbicara ... tidak berdolak dalik apabila membuat janji.

Kenyataannya betapa harga barangan akan menjadi lebih murah apabila GST dilaksana ternyata benar .. nah!!! mohon siapa yang kutuk dan kritik pemimpin amat hebat yang memiliki CGPA 3.85 ini supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Bukti barangan menjadi murah adalah seperti berikut:-

Dulu Beras Super Tempatan (ST 15%) 10 kg berharga RM19.65 sen sekarang menjadi RM19.61 sen murah 4 sen. ....  2)  Beras Cap Rambutan (ST15%) 10 KG RM25.90 sen menjadi RM25.80 sen murah 5 sen ...
3)  Bawang besar kuning (Holland) 1 kg RM3.30 sen jadi RM3.29sen murah 1 sen   ...  4)  Roti Sandwic Gardenia 400g RM2.40 sen jadi RM2.39sen murah 1sen ... 5)  Nescafe Classic 200g RM17.00 jadi RM16.38 murah 62 sen ... 6)  Yogurt Nestle (tanpa lemak) 135g RM1.90 jadi RM1.88 murah 2sen ... 7)  Ayam bersih standard 1kn RM7.10 jadi RM7.08 murah 2 sen  ...  8)  Ayam bersih - super 1kg RM8.50 jadi RM8.47 murah 3 sen  ....  9)  Minyak Angin Cap Kapak 10ml RM4.95 jadi RM4.94 murah 1 sen.

Apakah tidak benar akan janji Ahmad Maslan????? .. Masih nak bising dan kecoh ke???? Masih nak merungut dan tidak puas hati ????

DI PUKUL SEHINGGA PENGSAN PENDUDUK KAMPUNG KERANA CURI PISANG.


Kejadian dikatakan berlaku di Terengganu .. seorang lelaki teruk dipukul sampai pengsan gara-gara mencuri pisang.

TUN DR MAHATHIR SUDAH LAYAK BERGELAR KETUA PEMBANGKANG KINI ... DEMI DINOBATKAN SECARA SAH APA KATA TANDING DI PRK PERMATANG PAUH.



Serangan terbaru terhadap Dato' Seri Najib Razak oleh Tun Mahathir, sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Padikar Amin Mulia mengistiharkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang, dilihat seolah-olah Tun Mahathir sudah ambil alih peranan dan watak sebagai Ketua Pembangkang pula.


Kalau dibaca apa yang beliau tulis diblognya kelmarin dulu yang tersebar dimerata portal tertentu ,laman sosial dan blog ,adalah apa yang sekian lama didesak dan diasak oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari mulut DSAI sendiri.

Dari isu BR1M, 1MDB, GST termasuk kes pembunuhan Altantuya.

Omak Kau secara jujur akui pada permulaan BR1M dilancarkan agak kurang yakin niat sebenar pemberian itu tetapi setelah melihat betapa kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin kini semakin terhimpin dengan kos sara hidup yang semakin memuncak naik sudah pasti RM950 setahun itu dikira amat tinggi nilainya kepada kelompok ini.

Mungkin pada Tun Mahathir RM950 masih belum mampu beli sepasang kasut untuk dirinya .. lagi pun salah seorang anak lelakinya adalah antara individu terkaya dinegara ini .. jadi apalah sangat RM950 ... cuba tanya kepada para penerima BR1M seluruh negara pasti mereka akan jawab yang mereka ternanti-nanti tarikh bilakah kerajaan mau masukkan lagi duit BR1M di akaun banknya.

Masalah BR1M dijadikan bahan gurau senda dan kutukan, sebab cara media arus perdana memainkan pemberian BR1M secara keterlaluan, seolah-olah para penerima terus hidup senang lenang dan para peniaga kecil terus menjadi usahawan berjaya.  Jika sekadar para penerima digambarkan mengucapkan terima kasih dan berkata sebanyak sedikit dapat meringankan bebanan hidup .. Omak Kau rasanya rakyat boleh terima.

Berasa pelik juga mengapa Tun Mahathir menjaja dan serang Najib dengan menggunakan peluru yang sudah diguna sekian lama oleh pihak pembangkang .. ketika itu mengapa beliau senyap membisu mati kutu diam membatu????

Adakah kerana sifat dendam Najib tidak sokong anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO semasa pemilihan baru-baru ini????

Semasa Najib lantik anaknya jadi MB Kedah bukan main lunak dan sanjung lagi kepada Najib Razak ... puji melangit kata jauh lebih hebat dan baik dari Pak Lah ... kini selepas pemilihan UMNO nada sudah berubah .. habis semuanya tidak kena dan berkenan dimata dan hatinya.

Apabila kritikan dan teguran dipersoalkan akan keikhlasannya maka pasti kritikan dan teguran itu tidak mempunyai nilai kejujuran dan pasti dipandang dan diterima dengan rasa sinis dan sinikal.

Jadi nampak sangat tujuan dan matlamat serangan Tun Mahathir kepada Najib Razak ini .. mungkin ada segelintir rakyat rasa seronok, ghairah dan terhibur.

Pelik dengan para pengkagum dan pentaksub Tun M ... bukan main lagi sokong kenyataan dan serangan Tun M ini .. sedangkan mereka tahu semua pati serangan ini dicilok 100% dari pihak pembangkang yang sudah lama canangkan isu-isu ini .. Ketika itu mengapa tidak sokong ... sebaliknya tuduh sebagai suatu fitnah jahat pula??? Apabila Tun M bersuara barulah dari fitnah tukar gred menjadi sahih dan benar????

Nak sokong kebenarang perlu konsisten bukannya flip flop tengok siapa yang bersuara sebab kebenaran dari siapa pun yang berkata asalkan benar tetap kena terima itu adalah benar .. baru rakyat hormat pendirian .. barulah sokongan ada nilai kepercayaan.

GST memang kelam kabu,t kucar kacir dan menyusahkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana .. bab ini Omak Kau tidak ada kompromi ... Omak Kau merasakan belum masanya lagi untuk dilaksanakan ... masalah besar GST ini ialah penyampaian maklumat kepada akar umbi yang dilihat gagal dijalankan oleh pemimpin yang diberikan amanah dan tugas serta tanggung ini .. iaitu tidak lain tidak bukan Ahmad Maslan CGPA 3.85 .. sekejap kata begini sekejap begitu pula .. sekejap nak ambil tindakan undang-undang tak sampai beberapa jam cakap setuju pula kehendak syarikat-syarikat Telko ... macam mana rakyat tak pening, bercelaru dan keliru.

Bab kes pembunuhan Altantuya ini Omak berpendapat begini sahaja ... kes sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan .. mahkamah tertinggi negara ... semasa perbicaraan dimahkamah tinggi lalu ketika dipanggil membela diri mengapa Koperal Sirul tidak nyatakan dimahkamah terbuka secara bersumpah yang beliau lakukan atas arahan orang penting???? Mengapa???  Semasa percakapan dirakam menagapa tidak nyatakan kepada pegawai perakam kenyataannya yang dia lakukan pembunuhan atas arahan orang penting ... MENGAPA????? Itu yang menjadi tanda tanya dan persoalan sekarang ini????

Jika didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh mahkamah persekutuan tempuh hari, adakah kata-kata terima arahan dari orang penting akan terhambur dari mulutnya????

Keikhlasan dan kejujuran menjadi pokok dan asas kepada tuduhan ini juga .. Omak Kau mudah ... jika ada keraguan yang munasabah pada setiap pertuduhan maka mau tidak mau suka ataupun tidak hendaklah kelebihan dan keuntungan dari rasa keraguan itu diberikan kepada yang kena tuduh. Noktah!!!!

Sudah dilihat macam nak dijadikan terima arahan orang penting sebagai bargaining chip untuk melepaskan tengkuknya dari terjerut ditali gantung.


RUPA-RUPANYA PELAJAR UiTM JIKA LAKUKAN KESALAHAN LALU LINTAS DALAM KAMPUS DI KENAKAN GST JUGA.


SEPASANG PENGANTIN BAHARU BENGANG KISAH DIA DISAMAN PDRM ATAS KESALAHAN TRAFIK DI PUTAR BELITKAN OLEH AKHBAR HARIAN METRO.





Semalam saya telah di tag oleh kawan kawan saya berkaitan kes seorang pengantin lelaki disaman oleh Polis Trafik di Rompin dibawah tajuk " PERSANDINGAN TERTANGGUH " yg telah disebarkan melalui page myMetro .. Dipage itu juga dipaparkan gambar pengantin yg sedang bersalam dgn seorang Pegawai Turus Trafik yg telah disamarkan wajahnya..

Dikatakan pengantin itu disaman lantaran lampu brek ketiga kenderaan yg dinaiki tidak bernyala.. Pengantin itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat utk menghadiri majlis persandingannya..


Saya mengaku gambar yg dipaparkan itu memang gambar suami saya Encik Hafiz Jamal .. Namun saya hairan bercampur keliru kerana jalan cerita yg ditulis dalam akhbar itu bukan cerita yg sebenar dan banyak yg ditokok tambahkan..


Walhal kami dalam perjalanan untuk shooting gambar outdoor kami di Bukit Ibam .. Bukanlah utk menghadiri majlis persandingan kami di segamat.. kami datang dari pasir mas kelantan dan menuju ke Muadzam Shah.. Saya jd pelik dengan berita yg disiarkan yg bercanggah dengan situasi sebenar..


Memang benar lampu brek ketiga kenderaan yg kami naiki tidak berfungsi .. Jenis kenderaan yg dinyatakan di dalam akhbar adalah perodua myvi namun sebaliknya kami menaiki nissan navara.. Saya jd kesal bila baca komen komen yg negatif berkaitan dengan PDRM diluahka pd gambar kami.. sedangkan polis terbabit hanya memberikan amaran kepada kami bahkan menghulurkan salam dan mengucapkan " selamat pengantin baru kepada kami "


Saya percaya wartawan mymetro dapatkan gambar kami di page Polis Pahang yg telah memuatnaik gambar kami pada 1 April 2015.. yg kemudiannya gambar yg sama disamarkan muka diletakkan pd page mymetro..


Konklusinya saya dan suami xmarah gambar kami diviral kan namun kami jd sangsi dengan dengan kisah yg dipaparkan bukan dari kisah yg sebenar..

Terima kasih PDRM atas budi bicara yg baik buat kami..


Nak baca akhbar sekarang jd takot sebab banyak kisah yg ternyata belum sahih.. Nauzubillah...

BARU TAHU PENANGAN AKHBAR MILIK UMNO PUNYA PUTAR!!!!

MOHON SIMPAN BAIK-BAIK JANJI AHMAD MASLAN CGPA 3.85 YANG TERKENAL SEANTARO DUNIA KAKI FLIP FLOP ... TAMBAH NILAI PRABAYAR KEMBALI KE ASAL MULAI 1 MEI 2015.



Harga kupon tambah nilai prabayar akan kembali kepada harga sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diputuskan dalam pertemuan kementeriannya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan empat syarikat telekomunikasi (telco) semalam.

" Kelmarin, syarikat telco  memutuskan, selepas berbincang dengan kastam,untuk mengekalkan harga RM10.60 (contoh bagi kad prabayar RM10) tetapi mendapat bonus 'air time' bernilai hingga RM1.30.

"Namun selepas menerima bantahan daripada rakyat, saya mengadakan satu lagi mesyuarat bersama telco untuk mengubah keputusan tersebut kepada pengekalan harga RM10 ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Proton Holdings Bhd, di Shah Alam, semalam.

Beliau juga mengulangi  kupon tambah nilai prabayar itu sememangnya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar enam peratus sebelum ini.

Justeru katanya harga tidak sepatutnya berubah apabila GST dilaksanakan.

Beliau turut menegaskan perkhidmatan agensi kerajaan termasuk agensi penguatkuasaan dan badan berkanun tidak tertakluk kepada GST.

Ahmad mengulas aduan yang tersebar menerusi laman sosial mengenai seorang pelajar dikenakan GST dalam kes saman universiti terhadap dirinya.

"Tiada GST yang dikenakan ke atas saman kerana ia adalah perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan, kecuali perkhidmatan itu ialah perkhidmatan perniagaan seperti tempat parkir kereta oleh majlis-majlis perbandaran, sebagai contoh," katanya
.

IBU KEPADA ANAK YANG MALANG MATI JATUH DARI TINGKAT DUA DI KENANGA, WHOLESALE CITY MALL KERANA LEKA MAIN TELEFON BIMBIT WAJAR DIHERET KE MAHKAMAH ATAS KESALAHAN CUAI SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN.



Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di Kuala Lumpur, semalam

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang semalam 3hb April 2015, ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.

Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.

"Punca kejadian masih disiasat," katanya.

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Detik-detik akhir seorang kanak-kanak enam sebelum terjatuh di sebuah kompleks membeli belah di ibu negara berjaya dirakam litar kamera tertutup (CCTV).

Dalam kejadian pada jam 3.04 petang Jumaat semalam, mangsa kelihatan bermain di eskalator kemudian terjatuh dari tingkat dua.

Dalam rakaman berdurasi seminit itu, kelihatan seorang wanita yang berada berhampiran sambil leka menggunakan telefon bimbit tanpa mempedulikan gelagat anaknya yang asyik bermain dengan seorang lagi yang hampir sebaya dengannya.

Kanak-kanak malang berkenaan, Nurhayada Sofia Musa dikatakan datang ke Kenanga Wholesale City Mall dengan ditemani ibu bapanya.

Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Omak Kau berpendapat ibu kepada anak perempuan yang malang itu wajar diheret ke muka pengadilan atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Ini berdasarkan kepada rakaman CCTV jelas beliau asyik dan leka mengodek telefon bimbitnya sehingga tidak mempedulikan gelagat anaknya yang ketika itu jelas dalam kedudukkan membahayakan nyawa.

Masa untuk berlembut sudah berlalu .. kini masa untuk melaksanakan undang-undang sebagai menyampai suatu mesej yang jelas dan tegas betapa tiada kompromi kepada mana-mana individu dalam negara yang cuai dalam amanah dan tanggung jawab sehingga menyebabkan kematian.

Memang benar, bukan disengajakan lagi pun anaknya yang mati sudah pun suatu hukuman, tetapi jika dilihat pada kronologi kejadian, alasan ini langsung tidak boleh diguna pakai dan diterima .. mungkin semasa nak jatuh hukum bolehlah digunakan sebagai alasan untuk meringankan hukuman.

KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO MALAYSIA BELASAH KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA SEBAB GAGAL BERI PENJELASAN BERKESAN KEPADA RAKYAT PELAKSANAAN GST SAMPAI JADI KUCAR KACIR.



Penerangan Pemuda UMNO Malaysia semalam menerusi ketuanya, Jamawi Jaafar melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang dilihat kucar kacir dan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan meskipun setelah dua tahun perancangan pelaksanaannya dibincang dan persedian pelaksaannya dibuat oleh pihak kerajaan.

“Saya amat sedih kerana sejak hari pertama penguatkuasaan, terlalu banyak isu yang timbul dari segi pelaksanaannya. Semua pihak yang terlibat seperti KPDNKK dan Kastam seakan-akan tidak bersedia dan sistem yang digunakan tidak seragam menyebabkan ramai peniaga yang mengambil kesempatan.

Pada mulanya rakyat dijanjikan dalam setiap ceramah penerangan Tolak SST dan baru tambah GST dalam penentuan harga barang dan perkhidmatan berkenaan. Tetapi ketika pelaksanaannya, kita mendapat maklumat terutamanya kedai kedai di luarbandar harga barangan asal masih dicampur dengan SST dan ditambah dengan GST sekaligus menjadikan harga semakin mahal dan terpaksa ditanggung oleh rakyat.”


Beliau juga juga mendapat keluhan dan suara hati orang kampung yang kecewa dgn keadaan peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati dengan menyalahkan kerajaan kononnya ianya semua berpunca daripada GST.


Menurutnya lagi, kegagalan kerajaan menangani isu kecil seperti pertambahan harga kad prabayar telefon juga sangat tidak wajar. Sepatutnya pihak TELCO mendengar arahan daripada pihak kerajaan dan bukannya pihak kerajaan yang terpaksa akur dengan keputusan TELCO.

Percanggahan kenyataan mengenai status harga kad prabayar yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri dan juga Pengarah GST sebenarnya menaikkan lagi kemarahan masyarakat kerana jika perkara sekecil ini pun kerajaan tidak dapat tangani bagaimana pula kerajaan hendak tangani isu kenaikan harga beribu barangan lain yang lebih kompleks?

Tambah beliau lagi, sewajarnya sebelum melaksanakan apa-apa jua penguatkuasaan yang melibatkan kepentingan rakyat,kerajaan perlu bersiap siaga secara keseluruhan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Ia termasuklah dengan mewujudkan satu prosedur operasi seragam (SOP) yang lengkap untuk penguatkuasaan, sistem cetakan

Alasan kakitangan penguatkuasaan tidak mencukupi yang diberikan oleh menteri berkenaan bukanlah satu jawapan yang boleh diterima akal. Dalam konteks ini, beliau merasakan pihak kerajaan perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa pengurusan krisis yang lengkap dengan pelan pengurusan krisis yang bertindak sebagai pusat penerangan, pengumpulan maklumat, aduan dan juga sebagai penampan terhadap sebarang isu yang timbul akibat daripada pelaksanaan tersebut.

Hanya seorang jurucakap sahaja dilantik untuk memberikan penerangan dan menjawab segala isu yang timbul bagi mengelakkan sebarang percanggahan maklumat, pendapat dan mengawal berita yang tidak benar.

Ia penting bagi mengelakkan wujudnya sebarang kekeliruan antara semua pihak yang terlibat.

“Saya bagi pihak Pemuda UMNO Malaysia menyeru pihak kerajaan supaya lebih bertegas dalam setiap tindakan, tetap dengan pendirian serta tidak tunduk dengan tekanan daripada mana-mana pihak untuk memastikan kredibiliti kerajaan tidak sewenang wenangnya diperkotak katikkan. Sistem GST ini amat mudah dilaksanakan jika semua pihak tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing" katanya lagi.

PENAMPAR GST .... GUNA TANDAS PUN KENA GST.


Macam mana rakyat tak berang dan marah dengan GST .... setiap 30 sen dikutip KDRM ambil 2 sen.

Mohon pihak yang terbabit memberikan respon adakah apa yang dilakukan oleh syarikat pengendali perkhidmatan tandas awam ini tepat dan dibenarkan mengikut undang-undang.

Friday, 3 April 2015

KE-EMPAT EMPAT TAYAR KERETA MYVI INI DIPANCITKAN SEBAB HALANG LALUAN SEHINGGA RAMAI YANG LAMBAT PERGI KERJA.


Kerana bersikap pentingkan diri sendiri, tidak berakal, tiada sifat sivik dan tidak bertamadun, sebuah kereta MyVi no plat W 4574 Y warna putih, telah dipancitkan ke-empat empat tayarnya kerana menghalang laluan puluhan kereta lain untuk keluar, sehingga menyebakan ramai yang lambat pergi kerja dan ada yang tidak pergi kerja langsung.

Selain kempat tayar kena pancit dicermin belakang kereta ini ditempel dngan sehelai kertas tertulis perkataan "BODOH".

Nasib baik empat tayar kena pancit .. jika semua cermin pecah dan badan kereta di calar balar .. macam mana????





KERANA ENAM PULUH SEN KERAJAAN UMNO/BN BAKAL TUMBANG PADA PRU 14 ????????


Dari maklum balas serta dengar rungutan di akar umbi untuk merasai denyutan nadi rakyat dan melihat akan kesan serta impak GST dilaksanakan ... jelas sekali isu tunduk dan akur akan kehendak syarikat-syarikat Telco dinegara ini yang berkeras maukan para pengguna talian prabayar membayar GST6% setiap kali membuat tambah nilai mendapat reaksi negatif.

Isu ini tidak boleh dipandang ringan dan sebelah mata oleh pemerintah jika masih mau duduk di Putrajaya.

Isu ini dilihat sebagai isu perdana yang mampu mengubah kedudukan kerajaan dari pemerintah menjadi pembangkang bukan lagi mustahil.

Para pengguna talian prabayar yang majoritinya adalah warga luar bandar dan anak-anak muda serta yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kelompok ini adalah kelompok terbesar pengundi berdaftar, yang sudah pasti kelompok terutamanya anak-anak muda yang terkenal dengan sifat semula jadi sebagai berdarah panas, yang akan menentukan siapa yang layak duduk di Putrajaya.

Anak-anak muda tidak berang dan naik angin jika diberi penjelasan secara jujur dan intelek mengapa perlu dilayan kerenah nafsu serakah syarikat-syarikat telco yang sudah mengaut keuntungan puluhan malahan ada yang jutaan ringgit setahun, untuk mengenakan GST 6% setiap kali mereka melakukan top-up.

Mereka amat benci, meluat dan menyampah serta geram jika pemimpim bersikap dan bergelagat berdolak dalik dan flip-flop .. sekejap kata tiada GST dikenakan .. sekejap dengan gaya sombong beritahu satu dunia yang tindakan tegas akan diambil jika mana-mana syarikat telco yang berdegil mau meneruskan niat dan hasrat menggenakan GST 6% keatas kegiatan pembelian top-up .. lepas itu tidak sampai 24 jam buat kenyataan U turn lintang pungkang 360 darjah kata syarikat-syarikat telco dibenarkan kenakan GST 6% pula.

Bukankah mereka ini melihat yang kerajaan tiada keberanian tulang belakang takut menikus tunduk ketar kepala lutut dengan syarikat-syarikat telco dinegara ini?????

Tidak kah mereka terasa ditipu dan dipermainkan???? .... Merasa kebijaksanaan mereka dihina dan diperlekehkan????

Kini yang menentang keputusan flip flop ini, yang diumumkan melalui Timbalan Menteri Kewangan 1 merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan, bukan saja penentang UMNO/BN, malahan cukup ramai dikalangan pendokong dan ahli UMNO terutamanya dari pemuda dan puteri.

Bagi mereka, kesetiaan kepada parti ada batasan dan mengikut keadaan .. kumpulan ini tahap pemikiran dan dakapan fahaman politik, tidak sama dan seiring dengan golongan veteran dan konservatif dalam UMNO.

Sebab itu lagi sekali diperingatkan .. tidak mustahil kerana 60 sen, kerajaan boleh berubah kedudukkan jika keputusan kenakan GST 6% kepada setiap pelanggan talian prabayar ketika mau membuat tambah nilai tidak di ubah.

Isu ini umpama barah yang sedang memamah tubuh UMNO/BN, dan ketika sampai PRU 14 nanti, jika dibiarkan tanpa diberikan rawatan sewajarnya,  maka akan menjadi tahap kronik, dan ketika itu lakukanlah apa jua polisi, rakyat golongan ini tidak akan lagi termakan dan menerimanya dengan hati terbuka dan bersifat pemaaf,  akhirnya rasa berang dan geram mereka akan diluah dan diterjemahkan dipeti undi kelak.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...