Saturday, 4 April 2015
KETUA PENERANGAN PEMUDA UMNO MALAYSIA BELASAH KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA SEBAB GAGAL BERI PENJELASAN BERKESAN KEPADA RAKYAT PELAKSANAAN GST SAMPAI JADI KUCAR KACIR.
Penerangan Pemuda UMNO Malaysia semalam menerusi ketuanya, Jamawi Jaafar melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang dilihat kucar kacir dan tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan meskipun setelah dua tahun perancangan pelaksanaannya dibincang dan persedian pelaksaannya dibuat oleh pihak kerajaan.
“Saya amat sedih kerana sejak hari pertama penguatkuasaan, terlalu banyak isu yang timbul dari segi pelaksanaannya. Semua pihak yang terlibat seperti KPDNKK dan Kastam seakan-akan tidak bersedia dan sistem yang digunakan tidak seragam menyebabkan ramai peniaga yang mengambil kesempatan.
Pada mulanya rakyat dijanjikan dalam setiap ceramah penerangan Tolak SST dan baru tambah GST dalam penentuan harga barang dan perkhidmatan berkenaan. Tetapi ketika pelaksanaannya, kita mendapat maklumat terutamanya kedai kedai di luarbandar harga barangan asal masih dicampur dengan SST dan ditambah dengan GST sekaligus menjadikan harga semakin mahal dan terpaksa ditanggung oleh rakyat.”
Beliau juga juga mendapat keluhan dan suara hati orang kampung yang kecewa dgn keadaan peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan sesuka hati dengan menyalahkan kerajaan kononnya ianya semua berpunca daripada GST.
Menurutnya lagi, kegagalan kerajaan menangani isu kecil seperti pertambahan harga kad prabayar telefon juga sangat tidak wajar. Sepatutnya pihak TELCO mendengar arahan daripada pihak kerajaan dan bukannya pihak kerajaan yang terpaksa akur dengan keputusan TELCO.
Percanggahan kenyataan mengenai status harga kad prabayar yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri dan juga Pengarah GST sebenarnya menaikkan lagi kemarahan masyarakat kerana jika perkara sekecil ini pun kerajaan tidak dapat tangani bagaimana pula kerajaan hendak tangani isu kenaikan harga beribu barangan lain yang lebih kompleks?
Tambah beliau lagi, sewajarnya sebelum melaksanakan apa-apa jua penguatkuasaan yang melibatkan kepentingan rakyat,kerajaan perlu bersiap siaga secara keseluruhan bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. Ia termasuklah dengan mewujudkan satu prosedur operasi seragam (SOP) yang lengkap untuk penguatkuasaan, sistem cetakan
Alasan kakitangan penguatkuasaan tidak mencukupi yang diberikan oleh menteri berkenaan bukanlah satu jawapan yang boleh diterima akal. Dalam konteks ini, beliau merasakan pihak kerajaan perlu menubuhkan sebuah jawatankuasa pengurusan krisis yang lengkap dengan pelan pengurusan krisis yang bertindak sebagai pusat penerangan, pengumpulan maklumat, aduan dan juga sebagai penampan terhadap sebarang isu yang timbul akibat daripada pelaksanaan tersebut.
Hanya seorang jurucakap sahaja dilantik untuk memberikan penerangan dan menjawab segala isu yang timbul bagi mengelakkan sebarang percanggahan maklumat, pendapat dan mengawal berita yang tidak benar.
Ia penting bagi mengelakkan wujudnya sebarang kekeliruan antara semua pihak yang terlibat.
“Saya bagi pihak Pemuda UMNO Malaysia menyeru pihak kerajaan supaya lebih bertegas dalam setiap tindakan, tetap dengan pendirian serta tidak tunduk dengan tekanan daripada mana-mana pihak untuk memastikan kredibiliti kerajaan tidak sewenang wenangnya diperkotak katikkan. Sistem GST ini amat mudah dilaksanakan jika semua pihak tahu tanggungjawab dan peranan masing-masing" katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Apa nak buat IQ ahmad maslan sama dgn Anwar ibrahim
ReplyDeleteSayang sekali ibu puspita giginya jongang...jikalau tidak boleh juga saya mengentot...barangkali boleh dapat nomor ramalan yang baik.....
DeleteHahahahhah... tahniah ngko tlah brjaya mmbuat kn stress gst aku ilang jap.. bodo punya ibu puspita..
DeleteWartawan hiburan terkenal "Mama Juwie" (gambar, kanan) atau nama sebenarnya Abdul Jalil Salleh, 62, meninggal dunia akibat kanser usus di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Kuala Lumpur hari ini.
ReplyDeleteAdik Mama Juwie, Osman Salleh ketika dihubungi Bernama berkata abangnya meninggal dunia pada 10.41 malam tadi
"Arwah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan usus kali kedua semalam dan pembedahan pertama dijalankan pada 23 Mac lepas," katanya.
Beliau berkata Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HUKM selama 12 hari, selepas menjalani pembedahan pertama itu.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah kakaknya di Selayang Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang esok, katanya.
Mama Juwie yang berasal dari Singapura merupakan anak keenam daripada lapan beradik dan pernah menulis lirik lagu popular era 80-an, termasuk "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hati Mu", "Cinta Hanyut Di Lautan Sepi' dan 'Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu".
Beliau memulakan kerjaya sebagai wartawan hiburan di Berita Harian, sebelum menyertai Utusan Malaysia dan dilantik sebagai pengarang majalah Mangga terbitan Utusan Karya. - Bernama
Aku ingatkan mama juwie tu pompuan.
Delete
ReplyDeletePULAU PINANG 3 April - Berikutan pergeseran yang semakin memuncak antara parti dalam pakatan pembangkang, seorang pemimpin tertinggi Pas negeri hari ini mencadangkan supaya ahli parti itu dan jentera mereka tidak turun padang bagi membantu kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh kelak.
Tak kisah pun..
DeleteGST ... perkara baru yang hendak diterapkan.
ReplyDeleteKetirisan dalam rumah sendiri pun tak mampu ditangani. Ini pulak GST.
Harapkan depa ibarat tikus membaiki labu.
Depa bukan tahu di mana punca masalah atau sengaja tak mahu ambil tahu di mana punca masalah. Dengan kononnya perlaksanaan GST, maka akan bertambahlah hasil negara.
Pengurusan perbendaharaan yang begitu lemah, apa itu NKRA? Kalau dengan pengurusan perbendaharaan yang cekap, sudah tentu GST ini tak diperlukan lagi. Ketirisan ini bukan berlaku sehari dua tapi dan berpuluh tahun. Laporan audit negara tidak diambil tindakan dengan alasan tiada peruntukan perundangan. Ini semua alasan cuba mengelakkan diri. Dengan alasan ini juga, pegawai kerajaan semakin berani melakukan ketirisan.
Kalau selagi ketirisan berlaku, betapa banyak peruntukdan yang ada pun tak mampu menampungnya. Apatah lagi keborosan?
Jangan lupa yang dok melakukan ketirisan tu 90% ialah orang Melayu tau yang pada masa sama adalah orang Islam. Cuba kita fikir-fikirkan kenapa selama ini orang Melayu tak mampu menegakkan keadilan atau seketul daging di dalam badannya sudah dicemari?????? Muhasabahlah.
Ya.. Setuju dgn statement ni..
Delete
ReplyDeleteSingapura antara yang tinggi hutang
KUALA LUMPUR 3 April - Walaupun berbangga kerana sentiasa berada dalam kelompok teratas dalam mana-mana carta prestasi ekonomi dan perniagaan peringkat dunia, Singapura kini juga boleh berbangga apabila turut tergolong antara tujuh negara yang mempunyai hutang paling tinggi di dunia menurut majalah kewangan, Forbes.
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh majalah itu bertajuk Tujuh Negara Yang Berhutang Paling Tinggi, selain Singapura, negara-negara lain yang turut berada dalam kelompok tersebut ialah Jepun, Greece, Itali, Portugal, Amerika Syarikat (AS) dan Belgium.
Kaedah pengiraan hutang itu dilakukan secara nisbah hutang ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setiap negara tersebut bagi tahun 2014.
Menurut Forbes, asas pengiraan itu dilakukan dengan mengandaikan sesebuah negara A itu mempunyai hutang berjumlah AS$1.5 juta dan KDNK bernilai AS$1 juta. Berdasarkan angka tersebut, jumlah hutang itu perlu dibahagikan dengan nilai KDNK. Dalam kiraan itu, negara A mempunyai nisbah hutang ke atas KDNK 150 peratus.
Daripada tujuh negara itu, Jepun mempunyai nisbah hutang yang paling tinggi iaitu 227.2 peratus, diikuti Greece 175.1 peratus, Itali 132.6 peratus dan Portugal 129 peratus.
Singapura pula mempunyai nisbah yang lebih baik iaitu 105.5 peratus hanya diatasi oleh AS dan Belgium dengan masing-masing mempunyai nisbah hutang 101.5 peratus.
Jelas majalah itu, nisbah hutang ke atas KDNK adalah untuk mengukur kedudukan hutang berbanding output ekonomi sesebuah negara. Jika sesebuah ekonomi itu bergerak perlahan, kerajaan terpaksa berhutang bagi berbelanja untuk menggalakkan semula pertumbuhan ekonomi.
“Setiap individu mempunyai had yang membolehkan mereka meminjam. Ini kerana pada satu tahap mereka tidak mampu untuk menanggung hutang yang dilakukan dan akhirnya perlu diisytihar bangkrap.
Kita telah menyaksikan bagaimana hutang berlebihan boleh memudaratkan ekonomi, misalnya krisis hutang dunia yang berlaku pada 2008 lalu,” menurut petikan artikel tersebut.
Dalam artikel yang ditulis oleh Mike Patton itu, walaupun setiap peratusan yang dicapai menerusi perkiraan itu tidak semestinya menggambarkan sesebuah ekonomi itu berada dalam keadaan tidak selamat, namun katanya, jika nisbah itu lebih rendah ia lebih baik.
Statistik yang dikumpul oleh Forbes pada 2004 menunjukkan nisbah hutang Singapura adalah 98 peratus. Seperti kesemua negara dalam senarai tersebut, trend hutang menunjukkan peningkatan.
“Ini jelas menunjukkan kerajaan akan terus melakukan hutang. Jika tujuannya untuk menjana pertumbuhan ekonomi, barangkali hasilnya boleh dilihat dalam tempoh beberapa tahun.
“Namun, jika berlakunya sebarang kejutan yang tidak boleh ditangani dan sesebuah kerajaan itu gagal membayar hutangnya. Hanya menunggu masa untuk berlaku sesuatu yang buruk,” jelas artikel tersebut.
Di peringkat ASEAN dan Asia Pasifik, Singapura dianggap sebagai sebuah negara maju dengan ekonominya berkembang pesat dalam tempoh 50 tahun.
Negara itu turut menjadi tumpuan sebagai pusat operasi serantau beberapa syarikat ternama dunia dan hal itu dilihat menjadi sebab nilai hartanah di negara itu terlalu mahal. Negara itu turut dipacu dengan syarikat pelaburan milik kerajaannya seperti Temasek dan GIC Private Ltd.
Sistem ekonomi kapitalis adalah pro koporat bukan pro rakyat. Slogan "Rakyat didahulukan" adalah utk rakyat yg bodoh yg CGPA 3.85. Rakyat tidak pernah didahulukan. Cth adalah pelaksanaan GST. Semua kena borong - anak dlm kandungan pun kena GST.
ReplyDeleteSemoga huru hara lah lagi kumpulan ini. Amin.
ReplyDelete