Saturday, 4 April 2015
MAHATHIR MENGAKU DIRINYA MAKSUM SEBAB TIDAK PERNAH BUAT SALAH SEMASA MENJADI PERDANA MENTERI.
Tun Dr Mahathir berkata dirinya tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sepanjang memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Ditanya dalam forum mengenai kesalahan terbesarnya, Dr Mahathir berkata, beliau langsung tidak pernah mencuri duit kerajaan.
"Saya masih tertanya apa kesalahan yang saya buat? Saya tak pernah curi duit kerajaan. Tak banyak yang saya buat. Sila beritahu apa kesalahan saya," katanya.
Katanya, ramai yang menuduhnya sebagai kuku besi tetapi jelasnya beliau sendiri yang berundur sebagai perdana menteri, sesuatu yang tidak akan dibuat oleh seseorang pemerintah kuku besi.
"Saya dituduh sebagai seorang kuku besi. Saya bukan. Kalau saya kuku besi saya tak akan letak jawatan.
"Saya boleh bersuka ria, terbang sana sini, semuanya dibayar kerajaan.
"Jadi beritahu saya di mana saya silap. Saya akan selidik dan tulis kajian mengenainya," katanya dalam forum di Cyberjaya, hari ini.
Katanya, ramai yang memberitahunya kesalahan terbesarnya adalah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri, tetapi menegaskan tindakannya itu adalah betul.
Jelasnya, apa yang penting bagi seorang pemimpin jangan terlalu selesa dengan kedudukannya, tidak kira betapa masyhur sanjungan yang diberikan.
"Semasa tahun 2002 saya fikir semuanya akan menjadi baik, kewangan, kerajaan, parti, semuanya okay, saya boleh letak jawatan.
"Tetapi tak sangka apa yang dilakukan pengganti saya.
"Jadi itu bukan kesalahan, itu perkara betul. Berundur," kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara.
Katanya, berbanding dengan pentadbiran mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura itu masih kekal dalam kabinet walaupun sudah meletakkan jawatan.
"Kuan Yew letak jawatan tetapi masih jadi menteri kanan dan mentor menteri...saya tak mahu kembali, cukuplah 22 tahun," katanya.
Katanya, tindakan paling betul yang dirasakannya adalah memastikan keamanan dan tiada konflik perkauman di Malaysia.
Ditanya punca Malaysia tidak menjadi maju seperti Singapura, katanya lebih mudah menguruskan sebuah negara kepulauan kecil.
"Tak perlu buat banyak jalan raya. Mereka tidak ada masalah perkauman dan mereka boleh ketepikan isu minoriti dan lakukan apa yang mereka mahu.
"Tetapi di sini kita tidak boleh buat begitu, kita perlu fikit tentang minoriti, hak rakyat dan sebagainya.
"Jadi ada beberapa perkara yang kita buat tetapi di Singapura tidak perlu.
"Maka boleh katakan pentadbiran dia (Lee) lebih mudah berbanding saya," katanya.
ULASAN OMAK KAU:-
Pergh!!!! Selama 22 tahun lebih menjadi Perdana Menteri Malaysia dia boleh mengaku sedikit habuk pun tidak pernah buat salah dan silap ... dahsyat!!!!! ... belum pernah lagi ada pemimpin yang sebegini kencang mendabik dada sampai tergamak berkata sebegitu rupa .. bukan setahun dua tetapi 22 tahun lebih menjadi Perdana Menteri tidak pernah melakukan kesalahan langsung.
Mungkin Mahathir jadikan kayu ukur dia tidak pernah lagi diheret ke Mahkamah atas kesalahan apa-apa jua jenayah kot ... dia kini sudah angkat mertabat dia cukup tinggi ... satu-satunya Perdana Menteri didunia untuk sekian lama memerintah tidak pernah membuat salah.
Segala kata-kata dan tindakannya betul belaka .. kalau dah berhenti tetapi masih membuat sibuk dan onar kepada pentadbiran yang ditinggalkannya sifat apakah itu?
Berikut kata-kata Tun Musa Hitam yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri selama 5 tahun lebih dibawah Tun Dr Mahathir mengenai pandangannya terhadapa Mahathir:-
Sebagai seorang ahli politik, pada Musa, Dr. Mahathir adalah super politician.
``Dr. Mahathir mahir dan tahu bila perlu bertindak dan jangan sesekali melawan dia kerana bila Dr. Mahathir bertindak....habislah kau...
``Beliau juga tidak pernah mengalah, berani buat dan berani menanggung risikonya.
``Bagi saya dia super politician kalau tidak masakan dia boleh hidup begitu lama dalam politik.
``Saya ni minor politician dibandingkan dengan dia. Saya sempat lima tahun je,'' katanya.
Sebagai manusia biasa pula Dr. Mahathir pada Musa adalah seorang yang pemalu dan lembut tutur bicaranya yang seringkali disalah anggap sebagai satu kelemahannya.
Itulah pandangan tipikal kebanyakan orang tetapi sebenarnya tidak.
``Beliau adalah seorang yang `degil' Apabila beliau telah buat satu-satu keputusan, beliau tidak akan berganjak.
``Inilah salah satu kelemahan yang juga satu kekuatan beliau. Dr. Mahathir tidak akan berganjak kecualilah bagi kes-kes ekstrem.
Lebih 90 peratus keputusan Dr. Mahathir pada ingatan Musa, kekal dan tidak berubah..
``Kalaupun dia salah, jarang sekali dia berkata : ``Maaflah saya salah.''
Dengan kata lain mengaku salah dan mengaku kalah ialah satu karakter yang tidak ada pada Dr. Mahathir.
Patutlah mengaku dia maksum .... ermmmm.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Yang Tengku singkir hang dp UMNO dulu sebab apa? , cuba hang jawab mai.
ReplyDeleteApa kata hang yg jwp cai...hang tau ka sbb apa???klu tk tau diam lg baik cai...awat tngku betui ka bila singkir tum m...
DeleteCekdet PM ka masa tu ??? Bodoh piang betoi..
DeleteYg ak taw bukan pasai liwat la.. so x sama anwar ngan mahadet kna buang dri party ok.
DeleteMudah lupa ka, buat2 lupa ka atau terlupa ka ...biaq betui che det ni ...jgn dlm dia kata dia x nyayok rupa2 nya dh nyayok sudah lah ...
ReplyDeleteMadey selagi belum mati kerjanya melalak melalak. Pergi buat ibadat banyak2..dah tak lama sangat dah. Tak payah beri2 pendapat yg haprak2 lagi cukup2lah.
ReplyDeleteAnak hang semua jadi kaya raya...mana depa dapat duit.!!!. Anak hang semua bodo-bodo...tapi boleh jadi billion air. Pak hang dulu mai dari Karala pakai cawat. Macam mana la ni keluarga hang terlalu kaya!!!. Memang betui keling Karala.
ReplyDeleteIsh ish ish..
ReplyDeletejawapan mudah je mahu kah melihat anak jadi miskin dan suadara mara jadi miskin, dan tak perdulikan mereka ini, satu aku kagung dengan tun m ini tun m tak amal nepostima macam anwar, lupa ia anwar lagi teruk adik beradik yg penagih dadah pun mahu di menjadi kaya dengan pemberian saham dan bini pun mahu di lantik jadi mb korang fikir kan ia
ReplyDeleteYang kau orng dok layan orang nyanyok tu apa hal? Manusia mahathir sudah ni sudah nyanyok. Tapi masih ada yang melayan royanan beliau.
ReplyDeleteMana ada orang gila mengaku dia gila. ? Memang dia tak salah. Tak salah mwngikut perkiraan dia. Tapi bagi orang lain ,dia manusia paling jahat.
Dia hebat. Tapi adakah orang hebat itu semestinya baik?
Mai tzi tong,hebat. Hitler hebat. Moshe dayan hebat. Tapi adakah mereka tidak jahat?
HANIPA MAIDIN JE MAKSUM DLM DUNIA NI
ReplyDeleteKAH KAH KAH
HANIPA MAIDIN MAMAKSUM