Saturday, 4 April 2015

TUN DR MAHATHIR SUDAH LAYAK BERGELAR KETUA PEMBANGKANG KINI ... DEMI DINOBATKAN SECARA SAH APA KATA TANDING DI PRK PERMATANG PAUH.



Serangan terbaru terhadap Dato' Seri Najib Razak oleh Tun Mahathir, sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Padikar Amin Mulia mengistiharkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim bukan lagi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang, dilihat seolah-olah Tun Mahathir sudah ambil alih peranan dan watak sebagai Ketua Pembangkang pula.


Kalau dibaca apa yang beliau tulis diblognya kelmarin dulu yang tersebar dimerata portal tertentu ,laman sosial dan blog ,adalah apa yang sekian lama didesak dan diasak oleh para pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari mulut DSAI sendiri.

Dari isu BR1M, 1MDB, GST termasuk kes pembunuhan Altantuya.

Omak Kau secara jujur akui pada permulaan BR1M dilancarkan agak kurang yakin niat sebenar pemberian itu tetapi setelah melihat betapa kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin kini semakin terhimpin dengan kos sara hidup yang semakin memuncak naik sudah pasti RM950 setahun itu dikira amat tinggi nilainya kepada kelompok ini.

Mungkin pada Tun Mahathir RM950 masih belum mampu beli sepasang kasut untuk dirinya .. lagi pun salah seorang anak lelakinya adalah antara individu terkaya dinegara ini .. jadi apalah sangat RM950 ... cuba tanya kepada para penerima BR1M seluruh negara pasti mereka akan jawab yang mereka ternanti-nanti tarikh bilakah kerajaan mau masukkan lagi duit BR1M di akaun banknya.

Masalah BR1M dijadikan bahan gurau senda dan kutukan, sebab cara media arus perdana memainkan pemberian BR1M secara keterlaluan, seolah-olah para penerima terus hidup senang lenang dan para peniaga kecil terus menjadi usahawan berjaya.  Jika sekadar para penerima digambarkan mengucapkan terima kasih dan berkata sebanyak sedikit dapat meringankan bebanan hidup .. Omak Kau rasanya rakyat boleh terima.

Berasa pelik juga mengapa Tun Mahathir menjaja dan serang Najib dengan menggunakan peluru yang sudah diguna sekian lama oleh pihak pembangkang .. ketika itu mengapa beliau senyap membisu mati kutu diam membatu????

Adakah kerana sifat dendam Najib tidak sokong anaknya Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden UMNO semasa pemilihan baru-baru ini????

Semasa Najib lantik anaknya jadi MB Kedah bukan main lunak dan sanjung lagi kepada Najib Razak ... puji melangit kata jauh lebih hebat dan baik dari Pak Lah ... kini selepas pemilihan UMNO nada sudah berubah .. habis semuanya tidak kena dan berkenan dimata dan hatinya.

Apabila kritikan dan teguran dipersoalkan akan keikhlasannya maka pasti kritikan dan teguran itu tidak mempunyai nilai kejujuran dan pasti dipandang dan diterima dengan rasa sinis dan sinikal.

Jadi nampak sangat tujuan dan matlamat serangan Tun Mahathir kepada Najib Razak ini .. mungkin ada segelintir rakyat rasa seronok, ghairah dan terhibur.

Pelik dengan para pengkagum dan pentaksub Tun M ... bukan main lagi sokong kenyataan dan serangan Tun M ini .. sedangkan mereka tahu semua pati serangan ini dicilok 100% dari pihak pembangkang yang sudah lama canangkan isu-isu ini .. Ketika itu mengapa tidak sokong ... sebaliknya tuduh sebagai suatu fitnah jahat pula??? Apabila Tun M bersuara barulah dari fitnah tukar gred menjadi sahih dan benar????

Nak sokong kebenarang perlu konsisten bukannya flip flop tengok siapa yang bersuara sebab kebenaran dari siapa pun yang berkata asalkan benar tetap kena terima itu adalah benar .. baru rakyat hormat pendirian .. barulah sokongan ada nilai kepercayaan.

GST memang kelam kabu,t kucar kacir dan menyusahkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana .. bab ini Omak Kau tidak ada kompromi ... Omak Kau merasakan belum masanya lagi untuk dilaksanakan ... masalah besar GST ini ialah penyampaian maklumat kepada akar umbi yang dilihat gagal dijalankan oleh pemimpin yang diberikan amanah dan tugas serta tanggung ini .. iaitu tidak lain tidak bukan Ahmad Maslan CGPA 3.85 .. sekejap kata begini sekejap begitu pula .. sekejap nak ambil tindakan undang-undang tak sampai beberapa jam cakap setuju pula kehendak syarikat-syarikat Telko ... macam mana rakyat tak pening, bercelaru dan keliru.

Bab kes pembunuhan Altantuya ini Omak berpendapat begini sahaja ... kes sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan .. mahkamah tertinggi negara ... semasa perbicaraan dimahkamah tinggi lalu ketika dipanggil membela diri mengapa Koperal Sirul tidak nyatakan dimahkamah terbuka secara bersumpah yang beliau lakukan atas arahan orang penting???? Mengapa???  Semasa percakapan dirakam menagapa tidak nyatakan kepada pegawai perakam kenyataannya yang dia lakukan pembunuhan atas arahan orang penting ... MENGAPA????? Itu yang menjadi tanda tanya dan persoalan sekarang ini????

Jika didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh mahkamah persekutuan tempuh hari, adakah kata-kata terima arahan dari orang penting akan terhambur dari mulutnya????

Keikhlasan dan kejujuran menjadi pokok dan asas kepada tuduhan ini juga .. Omak Kau mudah ... jika ada keraguan yang munasabah pada setiap pertuduhan maka mau tidak mau suka ataupun tidak hendaklah kelebihan dan keuntungan dari rasa keraguan itu diberikan kepada yang kena tuduh. Noktah!!!!

Sudah dilihat macam nak dijadikan terima arahan orang penting sebagai bargaining chip untuk melepaskan tengkuknya dari terjerut ditali gantung.


34 comments:

  1. Baca lah sejarah sikit --- sejarah Mamali -- sejarah Al-Maunah di Sauk,Perak...
    waris yg terkurban banyak yang hidup lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya la, tun tu tak tuduh apa2 pun. Dia cuma cadangkan supaya kes tu:
      1. Disiasat semula sbb ada perkembangan terbaru. Tsk kan cadang siasat pun tak boleh.
      2. Dia tak tuduh sapa2. Dia cuma bgtau masa jadi bodigat tun, dia tak bunuh sapa2.

      Tun bagi cadangan saja.
      Nak ikut boleh, tak ikut pun tak kisah.
      Yg kecoh nak serang Tun tu buat apa?

      Delete
  2. Sejarah memali pasal amanat adi dan kafir mengkafir yg di mainkan ahli pas yg kemaruk hantar anak belajar di Qum Iran.....rupa rupa nya disini lah ajaran syiah meresap masuk dan terjadi peristiwa memali...Fakta tu...isu hudud kafir mengkafir makanan org lain haram sembahyang 2 imam suami isteri cerai berai disebabkan syiah bertapak...ini fakta ajaran syiah memerangi asunnah...anak pas ramai
    belajar di iran ajaran syiah...skg syiah banyak dlm PAS ini bala yg berlaku dlm mesia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Berapa byk kes sembahyang 2 imam? Yg imam umno kenapa x nak mengalah?

      2. Yg bercerai berai dgn alasan syiah tu berapa ramai? Ada sampai 5000 kes?

      3. Berapa ratus yg mati, yg cedera, yg parah di Msia sbb org Syiah memerangi org sunnah?

      Buat fitnah pandai betul. Babi pun tabik kat korang......

      Delete
  3. anom 1438 kau mabuk ketum ker siang ari ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bukan mabuk .. sebaliknya hanya memetik sesuatu dari lipatan sejarah

      Delete
    2. Lipatan sejarah yg hanya dilihat dari sudut pandang sang penguasa. Para akademisian yg bertunjangkan disiplin ilmu sebenar juga tidak sabar2 utk mengubahnya apabila sang penguasa bertukar kerana sejarah itu berlingkar pada ulasan politisian dan bukan berasaskan kajian ilmiah. Ia tidak berasaskan "abid", "lopcit" dll yg boleh diyakini kebenarannya.

      Memang tidak ada, jika sejarah itu lahir dari mulut ahli politik yg menindas dan menakluk minda.

      Delete
  4. Bila orang bodoh sllu lupa kan sejarah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang akan mudah lupa jika sejarah itu direka2, diubah suai atau dibuat2. Sejarah yg tidak pernah berlaku hanya mampu bertahan selagi mana sang penciptanya masih bertahan.

      Delete
  5. Apa pasal Sirul tu tiba2 pergi bunuh orang yang dia tak kenal. Itulah sebenarnya soalan pembangkang dan TDM. Takde jawapan. Kadang2 politik ni membelakangkan kewarasan, ugama dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu dunia pun ingin tahu.
      Ada satu garisan terang yg belum habis diungkap dan masih perlukan analisa yg jurus dan mendalam. Garisan itu kian melingkar2 dan berselirat dari semua sudut pandang maha karya.

      Delete
  6. Apalah omak kau ni.sirul tu kan ada keluarga.klau bongkarkan habislah keluarga dia.jgn ingat kau tu pandai sgt omak kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha......
      omak kau rasa dirinya lebih bijak bila dah lama tulis blog ini....sedangkan sampai mana tahap kebijakan berfikir dgn mendalam memahami sesuatu keadaan bukan hanya melihat luar semata2 sedangkan byk yg tersirat tersembunyi yg tidak diketahui oleh sesiapa .
      mungkin omak kau beralih arah tujuan sejak mula...pujaannya dipecat mentah2 oleh pihak pr terhadap khalid ibrahim ....apatah lagi skrg pr dalam dilema sesama sdr lepas dtg lagi satu selesai satu wujud kembali satu ....terbaru hudud menyebabkan party antara party berpaling janji antara mrk.
      dgn ini omak kau mula sediakan panyung sebelum hujan dgn perlahan dgn diam melangitkan si abang najib.kesetiaan omak kau pada party pr telah pudar dan dia mungkin akan kianati party pada bila2 masa sebelum pru 14 nanti.

      Delete
    2. Bukan omak kau yg mintak siasat. Tun Mahathir yg cadang mintak siasat. Ko kenal ker Tun Mahathir tu parti mana? Polis pun OK aje. Ko aje yg lebih2

      Delete
  7. MASING2 BILA BERBICARA TENTANG POLITIK BKN MAIN HEBAT TP GAGAL BACA KENAPA TUN TIBA2 BISING PASAL SIRUL...LANGSUNG TAKDE KENA MENGENA PASAL KEADAAN POLITIK SEMASA. HAL LAPUK..KENAPA?? TUN SBNRNYA CUKUP TAKUT SEKIRANYA ADA PIHAK YG MENGUNGKIT PERBELAJAAN MEGA KERAJAAN SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN BELIAU. GST DIRANCANG PADA MASA PAK LAH JD PM. NAJIB TERPAKSA MENERUSKAN SBB TELAH DIRANCANG DR AWAL. SEMMGNYA KERAJAAN KEKURANGAN WANG..KURANG KECAIRAN TUNAI. PUNCANYA MAHATHIR..CUMA PAK LAH & NAJIB MASIH LG HORMATKAN BELIAU & TUTUP CERITA. MAHATHIR SERANG DULU SBLM NAJIB SERANG. KES SIRUL NI DIVERSION JE. LG 1, ORG MALAYSIA CENDERUNG LUPAKAN KISAH LAMA. KECOH KEJAP SAJE. MAHATHIR LAH PUNCA SEGALA2NYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi apa yang Tun kata tu memang betul dan tepat walaupun dari segi pengurusan RM mereka 5X 2 aje.

      Delete
  8. MAHATHIR JENIS PEMIMPIN YG SUKA SIMPAN DENDAM. SIAPA BERANI LAWAN DIA? BERAPA RAMAI YG KENA "SEJUK BEKU" LPS LAWAN. SEBURUK2 KUAN YEW, SUHARTO, LPS LETAK JAWATAN X PENAH KACAU PENGGANTINYA. MAHATHIR INGAT NEGARA NI DIA PUNYA?? POOORAHHH...BAU MINYAK SAPI X HILANG DLM PELUH TUN. KITA HORMAT BERPADA2..ANWAR SILAP KITA HENTAM, TUN SILAP PUN KITA HENTAM. KALAU TUN MASIH PM SAMPAI SKRG, OMAKKAU DAH LAMA DOK DLM KEM KAMUNTING. HEHE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua malas nak cakap apa2 sbb dua2 pun pemimpin umno. Gua cuma simpan utk catatan. Dekat pru14 nanti baru Gua buat ulasan...

      Delete
  9. DM bersuara kerana najib x mahu turun takhta. Mcm hj Hadi juga. Hutang negara makin bertambah. Ekonomi msia dlm dua tahun ni suram. Najib dr keturunan org kaya pahang. Tak pernah rasa susah. Bila diminta berundur secara baik Najib x mahu. Jd inilah cara DM. Kita sama2 lihat kesudahan permainan politik ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kak rose ada, tiada apa-apa perubahan bakal berlaku. DM cuma mantan. Tak siapa nak dengar cakap mantan. Tak kena akta hasutan pun sudah cukup baik dan syukur nikmat

      Delete
  10. Bagus kawasan Permatang Pauh bagi Tun Dr. Mahathir bertanding.

    ReplyDelete
  11. Bagus kawasan Permatang Pauh bagi Tun Dr. Mahathir bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pru besok lawan Pekan lagi baik.
      Mesti sengit

      Delete
  12. hahaha.......
    semua betul........najib betul tun m betul pak lah lagi betul jadi siapa salah???? anwar lagi ke???????
    BR1M SALAH KATA BETUL.....OLEH OMAK KAU UTK ORG MISKIN......!
    GST BETUL KATA SALAH ....OLEH OMAK KAU UTK ORG MISKIN.....!
    HABIS........KERAJAAN HANYA PERLU JAGA ORG MISKIN SAJA KE?????
    KALAU TIADA ORG KAYA MACAMMANA NEGARA INI BOLEH MAJU DAN MEMBANGGUN .....NAK HARAPKAN ORG MISKIN KE?????BOLEH KE NEGARA MAJU TANPA WANG???? BUKAN NAK HINA ORG MISKIN ....SEBUAH NEGARA MAJU MEMERLUKAN ORG KAYA DAN ORG BIJAK KALAU TAK ! MANA MUNGKIN AKAN MAJU.......!
    SY TAK KATA BAGI BR1M TAK BAIK.....KALAU SESIAPA BAGI WANG SAMA SY PUN AKAN TERIMA DGN GEMBIRA MALAH TERIMA KASIH BANYAK2....! TETAPI KALAU BAGI BR1M SEDANGKAN KERAJAAN TAK MAMPU ....SEBALIKNYA NAK PUNGUT BALIK LEPAS BERI BR1M , MALAH BERLIPAT SERAP BALIK . ADAKAH BR1M YG ORG MISKIN DAPAT BOLEH SENANGKAN MRK????? MESTILAH SEBALIKNYA KAN! SAYA TAK KATA GST TAK BAIK SEBAB SEMEMANGNYA RAKYAT PERLU BAYAR CUKAI PADA KERAJAAN TAK KIRA MISKIN ATAU KAYA , DIMANA YG KAYA BAYAR LEBIH BILA BERLANJA LEBIH DAN YG MISKIN BAYAR KURANG BILA BERLANJA KURANG . KECUALI NEGARA KITA KAYARAYA KERAJAAN MAMPU TANGGUNG SEGALA PERBERLANJAAN NEGARA TANPA PERLU RAKYAT MEMBAYAR CUKAI.
    TETAPI MASALAH SKRG BUKAN INI......SEBALIKNYA MASA YG KURANG TEPAT ,DIMANA GAJI DAN PURATA PENDAPATAN MASIH TERLALU RENDAH ,NILAI MATA WANG YG SUSUT NILAI DAN INFLASI SEMAKIN TINGGI ,MALAH HARGA MINYAK YG TURUN SEPARUH HARGA TETAPI HARGA MINYAK KERETA TAK TURUN SEPARUH APA JADI PADA HARGA INI......LAGI TERUK SUBSIDI DITARIK BALIK DGN SEGERA APA JADI????
    INI SEBAB GST TERPAKSA DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NAMUN KENAPA MASIH NAK KATA EKONOMI MALAYSIA STBIL ????
    MAKA SEBAB ITU PIHAK NAK NAJIB TURUN DAN JELASKAN KENAPA ???SEBALIKNYA ,BUAT DEK...JE...BUAT PEKAK TELINGA.
    MASA DEPAN NEGARA BUKAN TERLETAK DI TANGAN KITA TETAPI SEMUA RAKYAT MALAYSIA .....BUKAN MELAYU SJ...CINA SJ....INDIA SJ...DAYAK SJ....TETAPI SEMUA!!!! KALAU RAKYAT MAJORITINYA LEMAH DAN TIADA PEMIKIRAN YG WARAS .....MAKA MASA DEPAN NEGARA BURUK BAIK SAUDARALAH YG MENCIPTANYA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis tu cam ne nak bayor utang yg dah sampai lubang hidong? Cam ner nak bayor utang jet?

      Delete
    2. hahaha.......
      selagi tak pandai buat untung sampai bila pun tak akan dapat tutup lubang besar itu malah dgn hidung tinggi boros tak sudah memang dah pasti lubang semakin besar sukar nak di tampong balik lubang itu.kuasa di pegang utk selesaikan masalah negara bukan berkomplot menambahkan lagi masalah negara.

      Delete
  13. Bagus kawasan Permatang Pauh bagi Tun Dr. Mahathir bertanding.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun ni yg eloknya masa pru nanti tanding kat Pekan aje.....

      Hiduppppppp Madeyyyy.....
      Hiduppppppp Madeyyyy.....

      Delete

  14. Semua benda yang diciptakan oleh manusia ada baik ada buruknya (semuanya ada kebaikan / kelemahan masing2) tak kira samaada BRIM ke Sabsidi ke vat ke gst ke cukai jualan ke cukai pendapatan (termasuk sistem demokrasi itu sendiri). Yang penting mencari jalan pertengahan supaya satu pehak tidak terasa di tindas oleh pehak satu lagi.

    Satu lagi mesyuarah, mengambil pandangan dari pelbagai pehak, dan memilih pandangan yang terbaik daripadanya, adalah lebih baik dari pandangan seorang saja. (dua otak adalah lebih baik dp satu otak)

    ITULAH DIA DUNIA

    T/Kaseh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua otak tapi kalu standard 3.85 tak bule pakai jugak.

      Delete
  15. ORANG TUA TU BARU KENTUT DUA KALI PUN KORANG DAH KELAM- KABUT. KALU DIA BERAK TAK TAU LER MACAM MANER. MUNGKIN KORANG TERUS SASAU KOT.....

    ReplyDelete
  16. Ada najib kesah.....
    pru lambat lagi, dap semaking bangsat.
    Orang melayu pedulikah, gst cacar marba khabarnya tapi ada orang kisah.
    P.P naik bil air adakan tol, lembah kelang tiada air, tol bersepah ada orang kesah.
    Sebab utama yg duduk dlm alam maya sedikit berbanding yg baca surat khabar, tonto tv dan dengar radio.

    ReplyDelete
  17. Bagai cacing kepanasan bila keadaan politik yang tak menguntungkan sekiranya berpanjangan keburukan yang ada dibawah PM yang ada. Ia hanya merupakan ketakutan yang amat sangat apabila berlakunya peralihan kuasa dari parti yang memerintah sekarang. Pelbagai keburukan dan skandal akan terbongkar nanti. Jadi untuk menutup getaran jiwa-jiwani, direkalah sesuatu agar UMNO ciptaan baru terus memegang tampuk kuasa. Biarlah ramai yang berteka-teki namuin hajat kelansungan parti pemerintahan yang ada sangat2 diharapkan. Siapa nak gali lobang timbus diri sendiri.Sebagai orang Muslim ketentuan dari Allah SWT akan tiba jua masanya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...