Sunday, 5 April 2015

MAHATHIR SERANG NAJIB SEBAB TERDESAK DAN BERSIFAT PERIBADI DEMI KEPENTINGAN KELUARGA SENDIRI KATA LOKMAN ADAM.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghormati pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak menghentam Perdana Menteri untuk mencari pengaruh serta populariti demi kepentingan keluarga sendiri.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam berkata, ‎pelbagai pertikaian Dr Mahathir kepada Najib disifatkan tindakan terdesak yang mempunyai maksud tersirat selain memenuhi impian politik peribadi.

"Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Najib oleh Dr Mahathir semakin menjadi-jadi.  Yang terkini,  pemberian wang bantuan 1Malaysia (BR1M) kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya.  Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Dr Mahathir.

‎"Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Dr Mahathir, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokongnya yang menganggap Dr Mahathir sebagai seorang yang maksum umpama nabi.

"Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Dr Mahathir ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Lokman mengulas‎ mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyifatkan tidak akan bertemu Najib untuk membincangkan kritikannya kepada negara melalui blognya.

Kata Dr Mahathir, tempoh perbincangan senyap sudah berakhir selain mengakui sudah berjumpa Najib sebelum ini dan kini mengambil jalan terakhir iaitu mendedahkan isu berkenaan.

Terdahulu, Dr Mahathir menyatakan pemberian BR1M merupakan satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

Minggu lalu, Dr Mahatir melalui blognya turut mendesak Najib untuk menentukan nasib serta masa depan UMNO.‎

‎Kata Lokman, setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara.

"Seperti  di zaman Dr Mahathir,  salah satu pendekatan yang digunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar.

"Saya masih ingat, Dr Mahathir selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai".

"Itu cara Dr Mahathir dan kerana itu jugalah bila Datuk Seri Anwar pada masa itu tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 bilion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat," ujarnya.

Tegasnya, walaupun diakui  Anwar seorang peliwat,  tetapi kalau betul Dr Mahathir tidak boleh menerima seorang peliwat untuk menggantikannya, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar.

"Tetapi Dr Mahathir tidak pernah kisah soal moral insan yang setia bersamanya ketika itu.  Dr Mahathir hanya bertindak ke atas Anwar apabila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi pada1997 sehingga1998.

"Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

"Di bawah kepimpinan Najib, dia tidak menggunakan pendekatan yang diambil Dr Mahathir.  Lagipun, jika RM5 bilion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan," jelasnya.

Kata Lokman lagi, matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran selain tiada beza pun dengan matlamat Dr Mahathir.

" Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka.  Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

"Dr Mahathir bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun jet yang turut dia dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi dahulu.  Isu tersebut hampir semuanya sudah  dijawab dan Dr Mahathir bukanlah seorang yang malas membaca," katanya.

Oleh itu jelasnya, apa yang menyebabkan Dr Mahathir gelabah hari ini adalah apabila dia melihat beberapa tokoh politik seangkatan dengannya sudah meninggal dunia.

"Dr Mahathir tahu yang masanya juga akan sampai dan dia kekurangan masa kini.  Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Dr Mahathir membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik.

"Setiap Perdana Menteri selepasnya dianggap hanya 'Calon Sementara' sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri.  Tempoh masa yang diberikan juga sekitar lima tahun supaya dia sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi nombor dua sebelum dia meninggal dunia," katanya.

Lokman turut memberi pesan kepada Dr Mahathir agar mengingat kembali ayat yang selalu disebut dahulu iaitu, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran.  Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar".‎

" Kalau Dr Mahathir terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan Najib, saya risau bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi Barisan Nasional (BN) juga akan tumbang sebagai parti memerintah.

" Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa.  Masa itu,  bukankah anak Dr Mahathir sendiri juga salah seorang yang akan berputih mata?"  jelasnya.

16 comments:

  1. Lokman Noor Adam ni bukan bekas Keadilan ks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita menyokong Tun Dr mahathir mempersoalkan pentadbiran Najib kerana pentadbiran Najib perlu menjawab skandal-skandal yang melibatkan BN seperti skandal hutang kerajaan berjumlah RM740 billion, kebocraon dan ketirisan wang kerajaan yang berlaku setiap tahun, Skandal PKFZ, Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) , Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta, kes pembunuhan Altantuya dan lain-lain skandal yang amat merugikan rakyat dan negara ini.

      Mengapa Najib berdiam diri apabila Mahathir mempersoalkan pentadbiran Najib.? Bahkan Najib tidak patut membiarkan orang lain menjawab soalan-soalan Mahathir yang ditujukan kepada Najib !

      Delete
  2. Kini lebih mudah dibeli
    Oleh Rizanizam Abdul Hamid
    mrizanizam@hmetro.com.my

    Kuala Lumpur: Hasil pendedahan eksklusif secara bersiri oleh Harian Metro mengenai isu ketirisan subsidi beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) sejak dua bulan lalu, masalah kekurangan penjualan komoditi itu di pasaran kini tidak lagi membelenggu pembeli, terutama golongan berpendapatan rendah.

    Tinjauan di beberapa pasar mini termasuk kedai runcit sekitar Nusaputra, Puchong Perdana, Subang Jaya dan Bangsar mendapati beras jenama Beras Nasional dalam pek biru, boleh didapati dengan mudah di semua lokasi berkenaan.

    Pekerja swasta, Faizal Mohd Rafie, 38, berkata, sebelum ini dia memang membeli beras Beras Nasional pada harga RM17.50 untuk kampit 10 kilogram, tetapi terpaksa menggunakan jenama lain yang lebih mahal apabila ia sukar didapati sejak hampir dua bulan lalu.

    “Bagaimanapun, hari ini saya terkejut apabila mendapati bekalan beras Beras Nasional ini begitu banyak di rak jualan pasar berhampiran rumah sedangkan sebelum ini ia cepat habis atau sukar didapati.

    “Terima kasih kepada peruncit dan kerajaan kerana mengembalikan beras ST15 ke pasaran untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti saya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

    Kerani, Norkhalilah Ahmad Nawawi, 33, turut lega apabila bekalan komoditi itu dapat membantu meringankan bebannya yang tinggal di bandar berikutan kos sara hidup yang tinggi.

    “Bagi keluarga tiada anak, perbelanjaan dapur mereka mungkin tidak terkesan tanpa subsidi beras, tetapi untuk ibu beranak empat seperti saya, ia memberi banyak penjimatan.

    “Setiap bulan kami memerlukan 15 kilogram beras untuk bekalan selama dua bulan dan dengan harga RM17.50 sekampit, ia menjimatkan perbelanjaan dapur, ” katanya.

    Pandangan sama dikongsi Norazlin Tajol Amiruddin, 25, yang berterima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kerana berjaya menyelesaikan isu rakyat yang dibebani dengan penyelewengan beras ST15 sebelum ini.

    “Pemberian subsidi ini menyebabkan rakyat tidak lagi dibebani dengan masalah kewangan dan saya yakin kesannya amat besar kepada seluruh masyarakat,” katanya.

    Sementara itu, kakitangan pemasaran Kedai Rakyat Agro Bazar di Puchong Perdana Mustafa Hassan berkata, dia baru menerima bekalan 500 kampit beras 10 kilogram beras ST15 semalam yang permintaannya tinggi sejak beberapa minggu lalu.

    “Mungkin ia disebabkan pendedahan isu penyelewengan sebelum ini, tetapi kami akan sentiasa memastikan bekalan ini mencukupi walaupun mendapat keuntungan sedikit,” katanya.

    Pembantu Pengurus sebuah kedai serbaneka di Bangsar Muhammd Firdaus Yusoff, 22, berkata, pihaknya menerima kira-kira 15 kampit beras Beras Nasional ST15 beberapa hari lalu, selepas mengalami kekurangan bekalan sejak sebulan lalu.

    “Kami harap bekalan yang baru sampai ini mencukupi untuk menampung permintaan,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan aku mudah je sebab pergaduhan antara pembekas beras dengan persatuan beras mesti hentikan, itu sumber ekonomi orang melayu, jika tak dihentikan habis ekonomi orang melayu ini, jawatan kuasa pnc pun tak melihat jika beras st15 tak sesuai untuk masak nasi berani dan tak sesuai masak nasi arab, bagi aku jika hotel dan restoren, kedai makanan segera jika ia mengunakan beras bermutu tinggi tuntukan meningkat kos mereka tuntu mereka akan meningkat lagi kos pada harga makanan, tempat restoren itu jadi tak dapat rakyat makanan murah pada rakyat ini

      Delete
  3. Gasak lh ko sama ko...dlm x sedo ko bukak pekong di dada mcm mane tabiat pemimpin2 umno ni ...x kira madey ke najib ke semuanye sama ...iaitu lanun ...

    ReplyDelete
  4. Disini aku memang setuju 1000% peratus. Lokman Eden, Mahadeath, Najin dll semua berjuang menipu rakyat dan untuk peribadi.

    ReplyDelete
  5. penyamun menipu penyamun.. penipu menipu penipu... rkyat tetap menderita..x de sape tpt mengadu..

    ReplyDelete
  6. Hahaha........
    Selagi malaysia bukan negara demokrasi sepenuhnya selagi itu rakyat punyai hak yg terbatas. Kuasa yg dipengang dlm talian keluarga bersaudara hanya akan dikuasai mutlak oleh mrk tanpa rakyat bisa berbuat apa2. Malah selagi rakyat tamak wang sanggup gadai maruah tidak bersatu malah berpecah bertelingkah diantara kaum hanya akan melemahkan kuasa rakyat ,ini memberi peluang kuasa terus di pengang tanpa dpt bertukar tangan. Jadi jgn hanya salahkan kerajaan shj atau pemimpin lama dan baru sebab rakyat juga yg memberi kuasa malah tamakkan wang maka tidakkah mrk juga sama dapatkan wang lagi byk dari diberi pada rakyatnya.

    ReplyDelete
  7. Ni kenapa haa?
    Beriya2 nak tolong cuci berak org laen
    Berak sendri pun belom bercuci
    Lepas pru14 cuci jamban

    ReplyDelete
  8. Hohohoho
    Bagi orang 1 tawon 900 ringgit
    Bagi diri sendiri berapa banyak?

    Hohohohoho
    Lagi mau kelentong ho?
    Berak sudah basuh?

    ReplyDelete
  9. Lokman mengakui akhirnya, kenapa anwar kena pecat
    " Itu cara Dr Mahathir dan kerana itu jugalah bila Datuk Seri Anwar pada masa itu tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 bilion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat," ujarnya.

    ReplyDelete
  10. [05/04 11:07] ‪+60 194807260‬: Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
    Bersempena kedatangan GST yg tak dpt dielakkan ni, sy ingin memberi peluang kepada tuan puan sekalin utk mendapatkan penjimatan melalui penggunaan telefon bimbit tuan puan sekalin.
    Bukan itu sahaja, tuan puan jugak boleh menjadikan telefon bimbit masing2 sebagai sumber pendapatan.
    Untuk maklumat lanjut, boleh wasap sy.
    Jgn segan jangan malu.
    Siapa yg berusaha pasti berjaya!
    [05/04 11:09] ‪+60 194807269: Tak guna kita merungut, ada usaha dan cara yg boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan bagi menangani isu GST ini.
    Jalan ada, sapa yang serius mahu berubah boleh wasap

    ReplyDelete
    Replies
    1. stakat nk promot xox tu xyah mat.dh nek menyampah dgn nyamuk cam korang ni. x minat lah aku.pi mai pi mai same jugaakk...

      Delete
  11. Bare kecek sajo .. ekor penoh dengan tahi .. kami rakyat MARHAEN LAGU MANO WEI !!!

    ReplyDelete
  12. Alahai aku cukup geli hati tengok nama jawatan. Ahli panel pemikir. Sejak bila orang pandai membodek boleh berfikir. Orang Melayu macam mana pandai pun kalau mercedesnya, banglonye dan laba perut nye dari duit kerajaan janganlah nak tunjuk pandai. Kalau tak membodek tak kan kekal kat situ. Banyak sangat contoh-contoh orang Melayu bijak yang tidak disukai oleh UMNO. Sebab itu DR M kata orang cerdik tak masuk UMNO dn kalau masuk pun tak lama akan ditendang. Aku tulis ni kerana pagi ni teringat kat Pak Ungku Aziz dan Almarhum Pendita Zaaba.

    ReplyDelete
  13. Kita tak boleh salahkan PM kita 100%. Apa yang kita alami sekarang adalah hasil daripada pemerintahan peminpin dahulu yang juga teruk, pandai putar alam dan jatuhkan orang lain. Kita tengok media mana yang lantang bersuara menentang PM kita, dipihak Tun kalau tak media ciptaan beliau. Fikir2kan....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...