Sunday, 5 April 2015

KPN CABAR BEKAS KOPERAL SIRUL DEDAH BUKTI PEMBABITAN INDIVIDU PENTING DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA



Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya.

Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu.

Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut.

Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya.

Sirul, dalam panggilan telefon dari Sydney dengan Malaysiakini awal pagi semalam, menuduh Khalid berbohong selepas ketua polis itu berkata pegawai telah dihantar ke Australia untuk menemubualnya tetapi tiada petunjuk baru ditemui.

Sirul kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia.

Sirul memberitahu Malaysiakini bahawa tidak ada pegawai polis Malaysia yang pernah menemuinya sejak dia melarikan diri dari negara ini.


ULASAN OMAK KAU:-


Sepertimana yang telah Omak Kau nyatakan sebelum jika merasakan ada bukti kukuh dan fakta mantap tidak perlu bekas Koperal Sirul mau jadikan isu ini sebagai bargaining chips demi mau melepaskan tengkuknya dijerut dengan tali gantung .... setuju 101% dengan cabaran Ketua Polis Negara  ... dedahkan sahaja ... jangan nak acah-acah.

Pendedahan tidak semestinya dinegara ini .. nak buat pendedahan di Syney Australia pun boleh, tidak menjadi hal .. peliknya dah berlanjutan sekian bulan, kata nak dedah dan bongkar konon adanya arahan individu penting arahkan beliau melakukan pembunuhan keatas Altantuya ... tetapi tidak juga dedahkan.

Ikut hukum akal logik ... kalau benar ada rahsia dan maklumat penting yang mampu mengaitkan individu penting dala pembunuhan Altantuya .. dah lama beliau lakukan, sama ada dalam kenyataan kepada polis maupun dimahkamah terbuka dalam bersumpah ketika diminta membuat pembelaaan diri.

Selepas keputusan Mahkamah Tinggi dapati bersalah .. senyap tidak kata apa .... selepas Mahkamah Rayuan membebaskan dari pertuduhan lagi senyap dan terus cabut lari ke luar negara .... hanya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan dapati bersalah baru nak bising kata ada arahan dari individu penting yang mengarahnya bunuh Altantuya ... masa dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi mati-mati tidak mengaku melakukan pembunuhan ... selepas Mahkamah Persekutuan kata bersalah baru nak mengaku bunuh Altantuya tetapi atas arahan individu penting .. After thought punya kenyataan.

Falsafah asas Omak Kau mudah ... ialah jika benar perlu berani dedah tidak perlu nak acah-acah.

7 comments:

  1. Bukankah ini taktik yg biasa digunakn oleh pemimpin dan bekas pemimpin pkr...berlori2 dan berkotak2 dokumen tntng rasuah dan segala kepincangan kerajaan bn (umno)...tapi bak kata ora utara..."SAMPAI LAAA..."

    ReplyDelete
  2. Tak dapat di terima oleh akal yang sihat bahawa Sirul membunuh kerana saje nak bunuh. Orang kita berfikir begitu ke.

    ReplyDelete
  3. Hahaha......
    Rahsia kalau ada mesti ada sokongan dari pihak tertentu malah kalau bukti terbocor sewenangnya tidak ke hagus begitu sj.. ...
    Namun tiada siapa boleh berbuat apa selagi bukti belum terbukti malah yg mati tak akan hidup kembali.

    ReplyDelete
  4. bukan senang sirul nak mendedahkan semuanya,,,..tiada jaminan keselamatan untuk keluarganya disini atau dirinya sendiri di sana, berat mata memandang berat lagi bahu memikul, PI Bala dah lakukan lihat apa kesudahnnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kesudahannya cai...PI Bala mati knp??? Tkkn pr tk mmpu upah PI lain atau james bond utk siasat PI Bala mati sbb dibunuh atau 'bala' dari Allah...sblm lu smpati pd PI Bala baik lu smpati pd akal lu...

      Delete
  5. Klu dia dedah ada tindakan tak?
    Laju ke lembap?

    ReplyDelete
  6. alaaa...tunggu mahathir buat kerja dia....tak payah menyibuklah klu stakat perempuan macam Omak ni.....lendir berketul-ketul

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...