Tuesday, 24 February 2015

MUFTI PERLIS SETUJU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO DEMI MEMPERBAIKI POLITIK UMNO.


Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyarankan PAS membentuk kerajaan campuran bersama dalam usaha menjayakan matlamat parti Islam itu yang selama ini berjuang memperbaiki politik Umno.

Beliau berkata, kerjasama antara PAS dan Umno dilihat sebagai usaha yang membawa ke arah kebaikan dan dianggap sebagai suruhan agama dan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

"PAS berjuang di luar sekian lama untuk membaiki politik Umno, mengapa tidak PAS mencubanya pula dalam satu kerajaan," kata Asri dalam tulisan di. Facebooknya awal pagi ini.

" Ia satu projek islah siasah parti lawan dan juga segala kelemahan diri sendiri."

Mufti Perlis itu menulis di laman Facebook sebagai reaksi terhadap cadangan  seorang pemimpin PAS‎ yang mahu parti Islam tersebut bergabung dengan Umno.

Asri melalui tulisannya memberikan tujuh sebab bagi menyokong hujahnya mengenai kerjasama antara PAS dan Umno.

Katanya kerjasama antara dua parti tersebut bukan bermakna identiti PAS mahupun Umno dihapuskan sama sekali.

Katanya dengan gabungan antara kedua parti tersebut membolehkan PAS dan Umno menegur sesama sendiri ke arah kebaikan.

‎"Tetapi gabungan yang mengekalkan identiti namun sering 'pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran'," katanya.

Tambahnya krisis yang dihadapi PAS hanya akan menggugat kepercayaan rakyat yang selama ini mahukan persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang

"Jika PAS terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, yang akan melemahkan persaingan sihat dan menjadikan suatu pihak akan begitu dominan," katanya.

Beliau berkata, gabungan antara PAS dan Umno bakal mewujudkan politik idea yang baru di negara ini apabila kerajaan akan mempunyai saingan daripada dalaman dan pembangkang dapat membuka ruang kepada ‎'platform' baru politik menggantikan tempat PAS.

"Banyak (common ground) antara PAS dan Umno selama ini, terutama di sudut aliran kefahaman Islam kedua parti itu. Hanya bahasa yang berbeza, tapi isi mereka banyak yang sama.

"Golongan Muslim yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baru yang jelas di medan siasah dengan hilangnya bayangan Islam PAS yang selama ini dilihat pelbagai versi," katanya.

Katanya gabungan tersebut turut dilihat sebagai medan rakyat menguji kejujuran politik antara kedua parti Melayu-Islam itu dan penilaian secara matang dapat dilakukan.

AKHIRNYA ANWAR SAH TIDAK MOHON PENGAMPUNAN DIRAJA




Walaupun mempunyai pilihan untuk memohon pengampunan diraja untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan megambil tindakan itu.

Tindakan itu terus membuka peluang baginya untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II oleh Mahkamah Persekutuan.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli semalam berkata Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon pengampunan diraja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang peguam Anwar, Latheefa Koya, yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Tindakan memohon pengampunan diraja boleh membawa maksud seakan-akan Anwar mengaku bersalah dalam kes yang disabitkan pada 10 Februari lalu.

Anwar terus mempertahankan beliau tidak bersalah dan mendakwa terdapat konspirasi dalam kes itu.

Mahkamah mensabitkan beliau bersalah melibat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Antara ahli politik yang pernah mendapatkan pengampunan diraja sebelum ini ialah bekas menteri besar Datuk Harun Idris, yang berdepan tuduhan rasuah.

Jika Anwar memohon pengampunan diraja, permohonan harus dibuat dan kerusi Permatang Pauh kekal miliknya selagi keputusan belum dibuat.

Dengan perkembangan terbaru hari ini, speaker Dewan Rakyat dijangka mengumumkan kekosongan kerusi itu dan pilihan raya kecil harus diadakan dalam tempoh 60 hari.

AKHIRNYA PEMANDU LIM GUAN ENG DISAMAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) KERANA PAKIR KERETA DEKAT PILI BOMBA SETELAH KESALAHAN ITU TERSEBAR LIGAT DI INTERNET.




GEORGETOWN - Pemandu khas Ketua Menteri Pulau Pinang tampil menjelaskan berhubung kesalahan kereta rasmi itu diparkir sebelah pili bomba yang menjadi viral dalam media sosial kelmarin.

Rozali Ishak, 54, berkata, ketika kereta itu diparkir, dia berada dalam kenderaan itu kerana semua kotak parkir di hadapan Dewan Perniagaan Cina penuh.

“Pada hari kejadian, saya menghantar Ketua Menteri ke Dewan Perniagaan Cina untuk menghadiri sebuah majlis.

Bagaimanapun, semua kotak parkir berdekatan sudah penuh dan saya kemudiannya bergerak ke Lebuh King untuk parkir di sana. Saya akui, memang saya parking di sana tetapi saya tidak tinggalkan kereta di situ, saya berada di dalam kereta untuk menunggu Ketua Menteri.

“Pada waktu itu, saya nampak seseorang mengambil gambar kereta tetapi hanya membiarkan sahaja kerana saya bukannya tinggal kereta itu sebaliknya menunggu di dalam kereta,” katanya kepada media semalam.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Rozali sudah menerima saman dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikeluarkan semalam.

Guan Eng turut meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan sebaliknya meminta media menumpukan pada isu besar yang lain.

“Sebelum ini saya ada nyatakan, jika ada yang tidak kena, kita akan minta MPPP ambil tindakan. Tetapi media janganlah menjadikan isu parkir ini satu isu yang besar. Banyak lagi isu besar yang boleh ditulis dan dilaporkan. Saya hairan, banyak isu penting lain, mengapa isu parkir kereta saya diperbesarkan pula. Rozali menjadi pemandu saya sejak 2008 dan dia tidak mempunyai sebarang masalah.

“Saman sudah dikeluarkan MPPP dan pemandu saya sudah terima saman berkenaan.

"Ia menunjukkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang cakap serupa bikin selain tidak mengamalkan pilih kasih (double standard).

"Kita juga sebuah kerajaan yang menegakkan undang-undang, apa yang dijanjikan, kita tepati,” katanya.

Guan Eng turut menyindir beberapa orang pemandu khas kepada menteri yang didakwa melakukan perkara sama namun tidak dilaporkan media.

“Kereta rasmi menteri lain pun ada yang parkir di tempat yang tidak dibenarkan tetapi mengapa tidak dijadikan viral?

“Saya mohon agar media tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ apabila menulis laporan berita,” katanya.

Terdahulu, kereta Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1 sekali lagi dijadikan viral dan dikecam teruk dalam media sosial berikutan pemandunya meletakkan kereta itu bersebelahan pili bomba di Lebuh King.

Sebelum ini, kereta Guan Eng pernah menjadi viral di  internet kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.

PAS TIDAK AKAN SESEKALI BERGABUNG DENGAN UMNO TEGAS DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN.


Saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang. Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi parlimen. Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal.

Bahkan, Presiden PAS telah menegaskan di dalam Muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno. Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti.

Jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.
Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?

Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bilamana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembanguanan, lebuhraya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma. Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?

Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
24 Februari 2015

KEPUTUSAN YANG TEPAT LAGI BIJAK ... PAS MENYOKONG KAK WAN MENJADI KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN DAN BUKANNYA AZMIN ALI



Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.

"Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

“Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa, merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang,” katanya.

DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gabungan itu sepatutnya memutuskan siapakah yang bakal menggantikan Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk memenjarakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Anwar termasuk Dr Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali dan anak kedua ketua umum PKR itu Nurul Nuha.

Pada 22 Februari Ulama PAS mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang kerana beliau adalah tokoh berpengalaman dalam PR.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk menjadi ketua pembangkang walaupun Adun Salor itu bukanlah anggota Parlimen
.

Monday, 23 February 2015

SETPOL AZMIN ALI GAGAL CABAR PERLEMBAGAAN DAN AKTA HASUTAN 1948 SERTA DIARAH BAYAR KOS RM2,000.


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei yang juga Setiausaha Politik kepada Azmin Ali, hari ini gagal dalam percubaannya untuk mencabar perlembagaan dan Akta Hasutan 1948.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak saman pemula difailkan Mat Shuhaimi dengan kos RM2,000 selepas mendengar hujahan daripada Peguam Andrew Yong, yang mewakili Adun itu selaku plaintif dan Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching, mewakili kerajaan (defendan).  
  
Hakim Asmabi turut menolak permohonan Mat Shuhaimi untuk menangguhkan prosiding di mahkamah itu bagi mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan berhubung Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, dengan kos RM4,000.

Beliau berkata permohonan penangguhan itu adalah salah guna proses mahkamah dan ia di luar bidang kuasa.

Mat Shuhaimi, 47, Adun daripada Parti Keadilan Rakyat, memfailkan saman itu pada 15 September tahun lepas, bagi memohon satu deklarasi bahawa Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dibaca bersama-sama Seksyen 4 akta sama bercanggah dengan fasal 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu adalah batal dan tidak sah.

Beliau mendakwa Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 apabila dibaca secara keseluruhan mencabuli hak asasi untuk kebebasan bersuara mengikut Fasal 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 7 Februari 2011, Mat Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan memuat naik artikel berbaur hasutan dalam blognya, Srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di Shah Alam pada 30 Disember, 2010.

Pada 1 April, 2011, Mat Shuhaimi memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi di Shah Alam memohon pertuduhan hasutan terhadapnya dibatalkan atas alasan Akta Hasutan melanggar perlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.

Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 26 Ogos, 2011, menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan menghasut itu, dan beliau juga tidak berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang ditolak pada 17 Mei tahun lepas.

ISU GAMBAR MIRIP WAJAH ADUN DAP BALAKONG SEDANG RANCAK BERJUDI YANG TERSEBAR DI LAMAN SOSIAL ... DAP TELAH MENGARAHKAN ADUN BERKENAAN BERIKAN PENJELASAN BERTULIS




PETALING JAYA: DAP telah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong di Selangor, Ng Tien Chee supaya memberi penjelasan bertulis mengenai penyebaran gambar seorang lelaki miripnya sedang berjudi.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai memberitahu Sinchew Daily, walaupun DAP tidak menyatakan secara hitam putih mengenai kegiatan judi, tetapi amalan berjudi secara tradisinya adalah dilarang parti.

Ditanya sama ada Tien Chee diberi tempoh masa tertentu untuk menyerahkan laporan bertulis, Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP berkata, parti bersedia memberi sedikit masa memandangkan ADUN Balakong itu sedang bercuti di kampung di Batu Pahat, Johor.

Menurut Kok Wai lagi, DAP setakat Ahad belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai Tien Chee yang dikatakan terlibat dalam kegiatan berjudi.

Gambar seorang lelaki mirip Tien Chee sedang berjudi telah tersebar melalui media-media sosial termasuk Facebook sekali gus mencetus kontroversi.

Gambar itu tertera tulisan Cina yang berbunyi “ADUN Balakong daripada DAP Selangor, YB Ng Tien Chee menganjurkan permainan judi secara terbuka dan bergembira bersama rakyat.”

Selain itu, gambar itu juga tercatat perkataan “ADUN kaki judi” seakan-akan mempersendakan individu terbabit.

AKHIRNYA ADA PEMIMPIN KANAN UMNO BERSUARA YANG SIRI JELAJAH CERAMAH LIWAT II AKAN BERKAHIR DENGAN TRAGEDI MAKAN DIRI.




Seorang pemimpin kanan Umno mengakui tindakan peguam kanan Tan Muhammad Shafee Abdullah menjaja kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim memakan diri.

“Perkara itu sudah dibawa dan dibincangkan panjang lebar di ibu pejabat Umno oleh jawatankuasa pengurusan pusatnya,” kata pemimpin itu yang enggan namanya disebut.

“Saya fikir sudah sudahlah.

“Saya setuju bahawa tindakan itu memakan diri dan mereka patut kasihan pada (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya untuk biarkan perbincangan terbuka, terutamanya berkaitan butiran perbicaraan tertutup.”

Pemimpin Umno bagaimanapun berkata Umno tidak memainkan sebarang peranan ketika perkara itu dibincangkan.

Sumber juga menjelaskan bahawa ceramah itu dianjurkan oleh NGO dinamakan Bona Fide Friends (BFF), yang dipimpin oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

“Umno tidak terlibat,” katanya sambil berkata BFF dibentuk untuk menarik perhatian sokongan peguam muda Melayu kepada Umno.



ULASAN OMAK KAU:-



Bagaimana nak nafikan ianya bukan anjuran UMNO??? ... boleh kah rakyat percaya ianya tiada kaitan dengan UMNO????

NGO yang menganjurkan siri Jelajah Ceramah Liwat II seluruh pelusuk negara ini ialah dipimpin oleh seorang Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Muar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO .. mau nafikan tiada kaitan dengan UMNO?????

Yang Omak Kau lihat yang ramai hadir dalam sesi ceramah Liwat II oleh Shafee Abdullah ini ialah kaum hawa dari Wanita dan Puteri UMNO ... yang nak diyakinkan ialah ahli-ahli totok lagi tegar UMNO????

Apa keuntungan dari segi politiknya??? .. Tidak diceritakan kepada mereka pun mereka tetap sokong UMNO/BN.

Ini dinamakan program syok sendiri penglipur lara sebagai pemujuk jiwa kepada penyokong yang sentiasa setia yang bakal berakhir dengan tragedi makan diri bila tiba PRU ke-14 nanti.

KETUA AMK PUSAT NIK NAZMI AHMAD BUKAN KENA TANGKAP TETAPI DIBAWA POLIS KEBALAI UNTUK DIRAKAMKAN PERCAKAPAN SAHAJA.

Nik Nazmi menerusi akaun Twitternya @niknazmi awal pagi tadi berkata: "Alhamdulillah selesai keterangan sy diambil. Sy dibebaskan sekitar jam 2pg. TK kpd semua #KitaLawan #BebasAnwar #March2Freedom."

Sebelum ini, Nik Nazmi berkata beliau juga hampir ditangkap pihak berkuasa ketika berada balai polis petang itu.

Katanya, beliau mengecam tindakan kasar polis dan dalam kekecohan itu, orang ramai menariknya meninggalkan balai polis itu.

Menurut sumber, Nik Nazmi sedang disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan 5 orang atau lebih dengan niat jenayah.

Jurucakap polis juga turut berkata, pihak penganjur sepatutnya menggunakan saluran yang betul mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dan memaklumkan kepada polis mengenai perhimpunan itu.

WAJAH PENYOKONG BOLASEPAK SELANGOR KENA TANGKAP SEBAB CIUM SEORANG KONSTABLE WANITA .. DISAHKAN PESAKIT MENTAL DAN DIBEBASKAN.



Seorang penyokong bola sepak ditahan kelmarin selepas dipercayai telah mencium seorang anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) wanita di Stadium Shah Alam, malam itu.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.45 selepas tamat perlawanan Liga Super antara pasukan Selangor dan JDT yang berkesudahan seri 1 - 1 sama.

Suspek telah mencium seorang Konstabel berusia 31 tahun dan terus melarikan diri selepas di tolak oleh rakan polis wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, suspek berjaya ditahan selepas kejadian dan soal siasat mendapati lelaki terbabit tidak siuman.

"Siasatan mendapati lelaki itu tidak siuman malah ada surat pengesahan doktor yang menyatakannya sakit mental dan berikutan itu dia sudah dibebaskan," katanya.

Sunday, 22 February 2015

KETUA AMK NIK NAZMI BAHARU DI TAHAN OLEH POLIS DANG WANGI DIRUMAHNYA..


Mendapat berita yang polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi baharu sahaja tangkap Ketua AMK merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Nik Nazmi Nik Ahmad dirumahnya sebentar tadi.

Kini beliau dikatakan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk ditahan semalaman.

GAMBAR KERETA RASMI LIM GUAN ENG PARKIR DI PILI BOMBA MENERIMA KRITIKAN KERAS DARI RAKYAT.




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima kritikan keras dan pedas di laman sosial Facebook hari ini selepas foto tersebar menunjukkan kereta rasmi Ketua Menteri, nombor pendaftaran PG 1, didapati telah parkir di garisan kuning dan menyekat pili bomba.

Bekas Naib Pengerusi MCA Bukit Bendera Tan Khai Beng berkata gambar yang menunjukkan PG1 di King Street berhampiran Esplanade pada jam lebih kurang 1.50 tengah hari di sini hari ini.

Tan berkata kereta rasmi Ketua Menteri telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dengan menghalang pili bomba.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan mempersoalkan mengapa pegawai-pegawai penguatkuasa majlis tempatan, yang begitu cepat dalam mengeluarkan saman letak kereta kepada orang lain, telah gagal berbuat sama untuk PG1.

Beliau menarik perhatian bahawa ramai penunggang motosikal dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) semasa Tahun Baru Cina tempoh cuti semasa. "Tetapi MPPP tidak berani mengeluarkan kompaun kepada PG1, yang diletakkan di sepanjang garisan kuning dan disekat suatu pili bomba. Ia adalah satu kesalahan berganda. Lain dikeluarkan saman. Mengapa dua piawaian? "

Ini bukanlah julung kali kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak Lim Guan Eng menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang melakukan kesalahan melanggar peraturan lalulintas
.

SULTAN KELANTAN CEMAR DULI ZIARAH KUBUR ALMARHUM TGNA.



KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat ke kubur bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka, hari ini.

Baginda berbaju putih tiba 6.15 petang dan meluangkan masa hampir kira-kira 15 minit membaca surah yasin dan berdoa.


Turut hadir Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Syukri Mohamad dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.


Dalam pada itu, anak kepada Allayarham, Nik Omar Nik Abdul Aziz yang mewakili keluarga berkata, baginda mengucapkan salam takziah kepada ibunya, Datin Tuan Sabarian Tuan Ishak dan keluarga keseluruhannya.


Beliau mengucapkan junjung kasih kepada tuanku yang sudi meluangkan masa untuk melawat kubur ayahandanya.

GAMBAR MIRIP WAJAH ADUN DAP BALAKONG SEDANG MAIN JUDI PAKAU TERSEBAR DI INTERNET.



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Balakong Eddie Ng ditimpa malang apabila gambar miripnya yang sedang bermain pakau beredar di Internet.

DAP melarang semua anggota parti itu terlibat dalam kegiatan perjudian.

Pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai memberitahu China Press bahawa parti itu melarang kegiatan itu, walaupun tidak melibatkan wang.

Tan berkata beliau sudah menghubungi Ng dan mahukan penjelasan bertulis tentang perkara itu.

Ng enggan mengulas ketika dihubungi Nanyang Daily.


Nah!!! ketika isu Zahid Hamidi utus surat kepada FBI mengenai Raja Judi Paul Phua membantu kerajaan dalam isu keselamatan negara bukan main bising gegak gempita riuh rendah macam nak terbalik dunia dilakukannya.

Kini ADUNnya sendiri terlibat dalam perjudian pakau apa bicara dan alasan mau diberikan pula??? ... Masalah peribadi????

Rakyat menunggu reaksi dan tindakan susulan yang bakal diambil oleh DAP yang slogannya Cekap Telus dan Akauntabiliti (C.A.T)

RUPA-RUPANYA YANG RAMAI HADIR SIRI JELAJAH CERAMAH LIWAT II BERSAMA SHAFEE ABDULLAH IALAH WANITA DAN PUTERI UMNO?????


Ceramah Liwat II yang dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang. telah di adakan di dewan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang malam tadi.

Pergh!!! rupa-rupanya yang cukup ghairah dan bersemangat datang berduyun-duyun dalam dewan untuk dengar penerangan dari Shafee Abdullah ialah kalangan Wanita dan Puteri UMNO.

Diberitakan dalam sesi penerangan itu Shafee Abdullah menerangkan secara terperinci segala keterangan yang diberikan dalam perbicaraan Liwat II termasuklah keterangan-keterangan yang diberikan secara tertutup.

Apakah ini memberi gambaran betapa yang minat cerita-cerita lucah dikalangan ahli-ahli UMNO majoritinya adalah Wanita dan Puteri UMNO jika diambil kira kehadiran di Politeknik Seberang Perai malam tadi????

Atau adakah yang kurang yakin akan kes Liwat II ini dikalangan ahli-ahli UMNO ialah kalangan Wanita dan Puteri UMNO?????.

Omak Kau secara peribadi melihat siri Jelajah Ceramah Liwat II ini lebih merupakan ceramah dan program yang tidak membawa dan memberi untung kepada UMNO/BN dari segi sokongan moral maupun mampu meraih simpati dan undi rakyat serta boleh dijadikan senjata ampuh untuk menyerang Pakatan Rakyat, tetapi sebaliknya ianya akan menjadi senjata makan tuan dan rakyat akan berfikir dengan hujah logik betapa jika benarlah DSAI meliwat Saiful dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengapa perlu nak buat siri jelajah khas pula??? .. Bukankah ini dinamakan bersikap gelabah dan perbuatan overkill???

Perlu ingat jika keterlaluan menyerang musuh.... jangan katakan yang anti UMNO akan marah dan rasa simpati, ahli-ahli UMNO yang berjiwa dingin pun akan beralih sokongan apatah lagi rakyat yang duduk diatas pagar.

Politik kini memerlukan akhlak yang budiman selain cerdik, berlapang dada dan berdingin kepala.

Rakyat lebih mau melihat apakah polisi dan dasar kerajaan yang boleh meringankan beban hidup mereka yang kian terhimpit dan tertekan dengan kos sara hidup yang melambung naik.

Anak-anak muda lepasan universiti mau melihat peluang pekerjaan selepas tamat pengajian , tawaran menarik untuk memiliki kediaman dan kenderaan.

Cukuplah merayau kepelusok negara dengan kisah ranjang dan lucah ini, kerana dalam jangka panjang jika ianya tidak dihentikan percaya dan yakinlah ... UMNO/BN akan kerugian besar dalam meraih sokongan dan undi dari rakyat pada PRU 14 nanti.

KOLEKSI GAMBAR PROGRAM JELAJAH LIWAT II KECOH ANTARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM DENGAN PENYOKONG UMNO/BN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI.



Program Jelajah Liwat II kecoh apabila penyokong Pakatan Rakyat dan UMNO/BN  bertikam lidah, menjerit dan maki-hamun antara satu sama lain di luar pekarangan Politeknik Seberang Perai, di sini, malam tadi.

Kekecohan itu berlarutan kira-kira tiga jam sejak kedua-dua penyokong mula berhimpun di luar pekarangan kampus berkenaan jam 8 malam sebelum memasuki dewan di mana berlangsungnya program itu yang dihadiri ketua pendakwa raya kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Hingga jam 11.15 malam, keadaan di sekitar Dewan Seri Mutiara politeknik itu bertambah kecoh dengan jumlah orang ramai semakin bertambah.

Dianggarkan lebih 100 anggota polis, termasuk daripada Unit Simpanan Persekutuan, berada di antara kumpulan penyokong untuk mengelakkan sebarang insiden yang lebih mencabar.

Media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis tentang ceramah peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Shafee, yang mengetuai pasukan pendakwaan, sedang mengadakan siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat 11 terhadap Anwar.

Ceramah tersebut yang dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.

Penganjur ceramah itu meminta pemberita meninggalkan dewan di Politeknik Seberang Perai sebelum ia bermula.

Beberapa ratus orang hadir untuk mendengar Shafee menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas tuduhan liwat.

Shafee telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, yang didengar oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.

"Kami diminta keluar dan jika tidak, kami akan diiring keluar.

“Bagaimanapun, kemudiannya, mereka membenarkan kami hadir untuk mendengar (ceramah itu) dan gambar kami diambil," tambah wartawan itu.

Selasa lepas, Shafee bercakap dalam satu forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno di mana beliau mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelakuan seks antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Manakala kumpulan pro dan anti Anwar berhimpun di pintu masuk

Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar berhimpun membantah ceramah Shafee malam ini. Mereka yang diketuai oleh pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang, Khairul Annuar Kamaruddin; Ketua Permatang Pauh, Amir Ghazali dan penyelaras PasMa negeri Zulkifky Lazim berkumpul di hadapan pintu masuk Politeknik Seberang Prai sejak jam 8 malam.

Mereka membawa sepanduk dengan kata-kata terakhir Anwar di mahkamah "Saya tidak akan menyerah".

Mereka turut melaungkan slogan "Reformasi, keadilan untuk Altantuya (Shaariibuu)" dan  seruan "Lawan Tetap Lawan".

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin tiba di tempat itu kira-kira jam 11 malam.

Mereka kemudian disertai kumpulan anti-Anwar - juga kira-kira 50 orang - yang diketuai oleh wakil Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail dan beberapa pemimpin dari GPMS.

Mereka pula melaungkan "Liwat Tetap Liwat", dan bertanya bagaimana sperma Anwar dalam dubur Saiful.

Pihak polis mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai.

Afif kemudian mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pro-Anwar di atas sokongan mereka.

Tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku.

MALAM SOLIDARITI BERSAMA ANWAR IBRAHIM DEPAN PENJARA SUNGAI BULOH ANJURAN KEADILAN CABANG PETALING JAYA SELATAN DAN KELANA JAYA YANG HAMBAR DAN SURAM.



Malam Solidariti bersama Anwar Ibrahim di depan Penjara Sg Buloh  Cabang Petaling Jaya Selatan (PJS) dan   Kelana Jaya malam tadi amat mendukacitakan sekali dari segi sambutan yang diberikan.

Kehadiran cukup hambar dan suram dengan mengambil kira yang datang ialah Naib Presiden KeADILan yang juga anak sulung DSAI merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar selain peguam Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Apakah budaya himpun dan bantah sudah tidak lagi mendapat sambutan serta dianggap bukan lagi budaya dan cara terbaik untuk menumbangkan kerajaan sedia ada????

Adakah rakyat sudah mulai rasa mual, bosan dan letih diheret turun kejalanraya????

Inilah persoalan yang berlegar-legar diminda rakyat termasuk para pemerhati dan penganalisis politik sekarang ini.

Suasana hebat, meriah dan ghairah seperti era Reformasi'98, rasanya kembali mengambil tempat dalam waktu setahun dua ini, bolehlah dianggap sebagai mustahil, memandangkan suasana dalam Pakatan Rakyat itu sendiri, kelihatan kurang harmoni dan padu, termasuk Parti KeADILan Rakyat sendiri, selepas Langkah Kajang yang diakui sebagai suatu langkah gagal dan merenggangkan perhubungan sesama komponen Pakatan Rakyat khasnya dan sesama anggota KeADILan amnya.

Tanpa penglibatan Dewan Pemuda PAS dan para NGO-NGO yang berpengalaman dalam menggerakkan massa maka jangan mau bermimpi setiap program dinamakan Himpunan apa sekali pun selagi ianya dianjurkan oleh AMK secara solo dan sendirian akan mendapat sambutan.

Rakyat mau lihat adanya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat sesuai seperti nama gagasan tersebut terlebih dahulu baru rasanya rakyat mau turut serta.

Dengarlah rintihan rakyat diakar umbi jika tawan Putrajaya masih lagi suatu visi dan misi.

Lakukan sesuatu dengan kadar segera sebelum menjadi parah seperti barah peringkat empat.

SOLIDARITI UNTUK ADAM ADLI DAN FARIS MUSA YANG TIDAK MENUNJUKKAN ADANYA SOLIDARITI .. HANYA 30 SAHAJA YANG BERSOLIDARITI.


Itulah gambaran yang diberitahu mengenai program Solidariti Untuk Adam Adli dan Faris Musa didepan Lokap Berpusat Jinjang malam tadi.

Tiada nama-nama besar yang turun berikan sokongan moral melainkan kelihatan blogger dan aktivis Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub.

Sekumpulan anak-anak muda yang sebelum ini membuat bantahan depan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tidak meneruskan semangat bantahan mereka dengan menyusul dan muncul di depan Lokap Berpusat Jinjang .. jelas semangat mereka amat pantas pudar dan luntur .. sifat darah panas dan amarah cepat dingin dan kendur.

Pagi ini diberitahu bahawa kedua mereka akan dibawa kedepan Majistret untuk mohon ditahan reman dibawah Sek 117 Kanun Prosedur Jenayah yang pasti akan dibantah oleh para barisan peguam sepertimana dilakukan keatas percubaan mohon tahanan reman keatas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sdr Arul dua hari lepas yang ditahan dibawah Akta Hasutan 1948.

Apakah permohonan untuk menahan kedua mereka dibawah Sek 117 KAJ akan dibenarkan??? .. sama-sama kita tunggu perkembangannya.

POLITIK JALANAN TIDAK LAKU LAGI :- ASPAN ALIAS.



Demonstrasi jalanan bukan lagi budaya politik menentang kerajaan pada hari ini. Zaman berdemonstrasi sudah mula reda dan tidak mungkin menjadi perkara biasa lagi kerana rakyat sudah mula terasa letih dengan demonstrasi jalanan. Penghakiman terhadap Anwar pada 10hb yang lepas menunjukan dengan jelas yang penyokong Ketua Pembangkang itu tidak lagi mempunyai keupayaan untuk mendapatkan sambutan ramai. Walaupun Anwar sendiri telah menjelajah seluruh negara sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat, sambutannya nampak sangat sudah berkurangan.

Semalam kumpulan mahasiswa yang mewngadakan perhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman tidak mendapat sambutan dan brerakhir dengan penahanan pemimpin mahasiswa itu buat kedua kalinya. Jelas mengadakan perhimpunan tidak lagi menjadi cara untuk mendapatkan perhatian umum dalam politik hari ini.

Penjelajahan Anwar yang terakhir ialah di padang Jalan Timur, Petaling Jaya pada 9hb februari, Petaling Jaya dan kehadirannya tidak seramai yang diharapkan walaupun isu Sodomi 2 ini cuba diperbesarkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Hanya 2000 orang sahaja yang hadir dan jumlah itu tidak cukup untuk membina aura penentangan yang kuat terhadap kerajaan. Tujuan untuk memindahkan pandangan orang ramai untuk mengkritik sistem Kehakiman negara tidak berjaya sepenuhnya.

Jumlah 2000 orang itu adalah terlalu kecil jika dibandingkan besarnya isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang termasuk Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan beberapa orang pemimpin PAS seperti Mat Sabu dan yang lain. Pada tahun 1998 dahulu, ratusan ribu manusia terus berbaris ke Seri Perdana di hari pemecatan Anwar sebagai ahli UMNO pada malam itu juga. Jika ada yang masih merasakan yang aura sokongan manusia di negara ini untuk Anwar jelas telah merudum dan tidak akan kemana-mana selepas ini.

Ada beberapa sebab penting kenapa Anwar tidak boleh lagi menjadikan demonstrasi jalanan untuk menunjukan kekuatan beliau.

Walaupun Anwar tampil kedepan sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan itu dimerata tempat dengan ucapan yang berapi yang beliau tidak akan tunduk dengan tekanan politik terhadap beliau dan ketiadaan beliau tidak menjejaskan usaha membawa rakyat mara ke depan menentang kerajaan.

Sampai ke hari ini pemimpin-pemimpin pembangkang masih lagi menjual isu yang sama dengan nada yang sama yang sudah tidak menjadi isu lagi. Malahan setengah dari pemerhati politik tanahair menjangkakan isu Anwar dengan pensabitan beliau dengan kesalahan meliwat ini tidak akan pergi ke mana-mana dan ada yang mentafsirkan keadaan ini menunjukan yang Anwar sudah beransur-ansur menjadi ‘spent force’ politik dan dalam jangka masa yang pendek sahaja Anwar tidak akan mampu untuk membawa penyatuan terhadap kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Sebab yang paling ketara sekali ialah minat dan sokongan orang ramai telah mula pudar semenjak pertelingkahan di antara pemimpin-pemimpin DAP dan PAS beberapa ketika dahulu hasil dari perbezaan dalam sudut perjuangan parti-parti itu yang berbeza dan tidak sependapat dalam banyak isu. Pertelingkahan terbuka pucuk pimpinan PAS dan DAP sesungguhnya membuatkan penyokong PR dan mereka yang duduk diatas pagar telah meninggalkan minat mereka untuk menyokong itu jauh kebelakang.

Kita boleh lihat unit amal PAS tidak lagi menampakkan kehadiran mereka dalam setiap ceramah PKR mahu pun DAP sejak kebelakangan ini dan dari psikolojinya sahaja ia telah meranapkan aura sokongan terhadap mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat itu. Pemimpin yang masih bergelora dengan kenyataan dan kritikannya terhadap kerajaan BN sekarang ini hanyalah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja dan tidak ada kecenderungan pemimpin Melayu Islam yang kedepan secara ganas untuk membawa dan menyambung kerja buat Anwar dahulu.

Dengan merudumnya aura Anwar sejak akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menunjukan keletihan mereka untuk meneruskan perjuangan mereka. Ramai di antara pemimpin mereka yang bercakap dengan saya mengakui yang perjuangan untuk mempertahankan Anwar sudah tidak boleh diteruskan lagi. Isu mempertahankan Anwar itu sudah berlarutan keterlaluan dan stamina untuk meneruskannya sudah tiada lagi.

Rakyat sedang menghadapi isu-isu yang lebih menekan kerana isu terlalu banyak yang di lemparkan kepada pihak BN dan kerajaan. Mereka tidak lagi menganggap isu Anwar sebagai isu yang terpenting kerana dikalangan UMNO dan rakyat sendiri sedang berlaku pergolakan besar menentang kepimpinan Najib dan sekutu-sekutunya dalam parti itu.

Rakyat lebih cenderung untuk melihat perubahan dalam UMNO dan mereka berpendapat mereka mempunyai peluang besar untuk membetulkan parti-parti dalam BN dari memperjuangkan nasib Anwar seorang itu. Mereka mempunyai keyakinan yang jika UMNO dan BN mampu membawa perubahan kepimpinannya maka tidak mungkin Pakatan boleh menempa kemajuan lebih dari apa yang mereka capai dalam pilihanraya yang lalu.

Pilihanraya 2014 adalah peluang terakhir bagi Pakatan Rakyat untuk menjejak kaki di Putrajaya dan peluang itu telah berakhir dengan masalah-masalah intra-parti yang berlaku dalam gugusan longgar Pakatan Rakyat itu. Pakatan Rakyat tidak boleh lagi bergembira dengan kemenangan undi popular 52 peratus yang mereka perolehi dalam PRU yang lepas. Itu sudah menjadi sejarah kerana tidak mungkin persahabatan yang terjejas di antara PAS dengan DAP itu akan mampu mempertahankan undi popular 52 peratus yang mereka capai pada PRU 2014 yang lepas.

Kekuatan PR itu telah tercapai semasa itu, kerana diwaktu pilihanraya 2014 sedang berlaku perpaduan di antara parti-parti dalam PR begitu kukuh dan jitu. Sekarang ia tidak lagi begitu. Jika masih ada dikalangan pimpinan PR percaya yang mereka akan lebih kuat selepas Anwar dipenjara, itu adalah seperti ‘mimpi di siang hari’ semata-mata.

Memomokan sistem kehakiman yang keterlaluan yang dilakukan pihak pembangkang jelas telah menjadikan ramai yang berasa mual dan tidak mahu lagi menyokong tindakan mereka. Membawa isu konspirasi politik juga sudah menjadi perkara yang basi dan ramai yang sudah menjemukan selera rakyat untuk berjuang bersama pembangkang.

Pembangkang hanya akan menjadi bertambah kekuatannya jika tindakan perubahan yang dilakukan oleh UMNO sekarang ini tidak berjaya dan mereka yang berada dalam barisan kepimpinan hari ini masih berkuasa semasa menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Hakikat ini benar, jika masih lagi barisan kepimpinan hari ini berada dan berkeliaran di Putrajaya semasa kita menghadapi pilihanraya nanti, itu bermakna UMNO dan BN sememangnya menempah kekalahan dihadapan rakyat.

Itu sahaja peluang yang ada bagi pembangkang untuk mengekalkan kekuatan yang sebanyak sedikit telah hilang sekarang ini. .. ASPAN ALIAS.

Saturday, 21 February 2015

FARIS MUSA DAN ADAM ADLI KENA CEKUP DENGAN POLIS TETAPI NIK NAZMI SEMPAT DIBAWA LARI.



Aktivis Adam Ali ditahan polis ketika menyertai perhimpunan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi minggu kedua di depan kompleks membeli-belah Sogo.

Kira-kira setengah jam kemudian, Faris Musa dari Jingga 13 turut ditahan di depan Kompleks Pertama.

Kedua-duanya kini ditahan di balai polis Jinjang.

Adam ditahan kira-kira jam 5.25 petang selepas beliau berucap di depan Sogo. Dia ditahan oleh tiga anggota polis dan dibawa ke balai polis Dang Wangi.

Ekoran itu, lebih kurang 70 penyokong berhimpun di hadapan balai polis berkenaan. Kira-kira lima minit kemudian, Adam dibawa ke balai polis Jinjang.

Difahamkan, Adam ditahan di bawah seksyen 143, Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan 'Kita Lawan' minggu ini, di samping disyaki menjadi penganjur perhimpunan yang sama.

Seksyen 143 Kanun Keseksaan itu berkaitan dengan Akta Himpunan Aman 2012.

Pada satu ketika berlaku pergelutan antara anggota polis dengan para penyokong ketika mereka cuba menahan Nik Nazmi yang mempertikai tindakan polis menahan Adam itu.

Bagaimanapun, difahamkan penyokongnya sempat membawa Nik Nazmi pergi dari situ.

Sehingga jam 5.50 petang tadi, masih kira-kira 20 orang di depan polis itu, termasuk bapa Adam – Abdul Halim Abdul Hamid.

Manakala Faris pula ditahan polis depan pertama kompleks kira-kira jam 6 petang dan sudah dah dibawa balai polis Jinjang.

Sehingga ini belum diketahui sebab mengapa Faris ditahan polis.

Perhimpunan kali ini bermula di depan kompleks membeli-belah Sogo bermula kira-kira jam 4.50 petang.

Difahamkan para penyokong mau berkumpul di balai polis Jinjang pada pukul 8 malam ini.

Ia bermula dengan tarian singa keadilan yang menarik perhatian kira-kira 200 pengunjung ke pusat membeli belah itu.

Kumpuan tarian singa itu kemudiannya menyerahkan tulisan khat Cina kepada anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim – Nurul Nuha.

Selain Nuha, turut hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad yan berucap di depan Sogo.

Turut hadir ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan Adam Adli.

Kelihatan kira-kira lima anggota polis beruniform di situ serta 10 orang lagi yang berpakaian biasa yang dipercayai anggota polis.

Anwar sedang menjalani hukuman lima tahun penjara selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap sabitan tuduhan liwat ke atasnya.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...