Tuesday, 24 February 2015
MUFTI PERLIS SETUJU PAS BERGABUNG DENGAN UMNO DEMI MEMPERBAIKI POLITIK UMNO.
Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyarankan PAS membentuk kerajaan campuran bersama dalam usaha menjayakan matlamat parti Islam itu yang selama ini berjuang memperbaiki politik Umno.
Beliau berkata, kerjasama antara PAS dan Umno dilihat sebagai usaha yang membawa ke arah kebaikan dan dianggap sebagai suruhan agama dan perlu dilaksanakan secepat mungkin.
"PAS berjuang di luar sekian lama untuk membaiki politik Umno, mengapa tidak PAS mencubanya pula dalam satu kerajaan," kata Asri dalam tulisan di. Facebooknya awal pagi ini.
" Ia satu projek islah siasah parti lawan dan juga segala kelemahan diri sendiri."
Mufti Perlis itu menulis di laman Facebook sebagai reaksi terhadap cadangan seorang pemimpin PAS yang mahu parti Islam tersebut bergabung dengan Umno.
Asri melalui tulisannya memberikan tujuh sebab bagi menyokong hujahnya mengenai kerjasama antara PAS dan Umno.
Katanya kerjasama antara dua parti tersebut bukan bermakna identiti PAS mahupun Umno dihapuskan sama sekali.
Katanya dengan gabungan antara kedua parti tersebut membolehkan PAS dan Umno menegur sesama sendiri ke arah kebaikan.
"Tetapi gabungan yang mengekalkan identiti namun sering 'pesan memesan kepada kebenaran dan kepada kesabaran'," katanya.
Tambahnya krisis yang dihadapi PAS hanya akan menggugat kepercayaan rakyat yang selama ini mahukan persaingan sihat antara kerajaan dan pembangkang
"Jika PAS terus berkrisis seperti sekarang yang boleh membawa pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang, yang akan melemahkan persaingan sihat dan menjadikan suatu pihak akan begitu dominan," katanya.
Beliau berkata, gabungan antara PAS dan Umno bakal mewujudkan politik idea yang baru di negara ini apabila kerajaan akan mempunyai saingan daripada dalaman dan pembangkang dapat membuka ruang kepada 'platform' baru politik menggantikan tempat PAS.
"Banyak (common ground) antara PAS dan Umno selama ini, terutama di sudut aliran kefahaman Islam kedua parti itu. Hanya bahasa yang berbeza, tapi isi mereka banyak yang sama.
"Golongan Muslim yang lebih progresif mungkin akan mempunyai ruang baru yang jelas di medan siasah dengan hilangnya bayangan Islam PAS yang selama ini dilihat pelbagai versi," katanya.
Katanya gabungan tersebut turut dilihat sebagai medan rakyat menguji kejujuran politik antara kedua parti Melayu-Islam itu dan penilaian secara matang dapat dilakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Aaiik???? takkan UMNO tak boleh baiki diri sendiri????atau.....dah terlalu busuk! hukum tanam ajela....hahaha
ReplyDeleteassalam tok peti, jangan lupa pula dlm umno sendiri tak sampai 10% pun yg nak tegakkan hukum islam..umno sendiri dah carca marba...dlm umno ada mca ada mic ada gerakan, tapi dlm tiga tiga parti tu tak ada pun umno.
DeleteBtol, perpaduan bdasar quran hadis, bukan taik campor susu, cukupla dr maza
DeleteSepatutnye umno masuk pas bukan pas masuk umno ...hee
ReplyDeleteIni tidak adil!!!!
ReplyDeleteTak setuju.
Pas hanya kerjasama dgn umno.
Hanya kerjasama macam pr. Tiada siapa ketua atau lebih besar.Pilihanraya tetap guna lambang pas
Hanya untuk memerintah cara islam.
Tak perlu masuk bn.
Habis pkr ape macam, x kn masuk dap kut ...kahkahkah
ReplyDeleteMau ke pas tu ...
ReplyDeletePAS di galakan tubuh kerjasama gan BN.membaiki dan perkukohkan kuasa politik
ReplyDeleteorang melayu.Dan undang hudud dilaksana secara sistematik.
Maka process persempadan semula dan tambahan kerusi kerajaan pusat boleh
dengan dua pertiga majoriti.
Tapi adakah BN bersetuju jika di kalangan mereka hidup mewah dengan
pelbagai ke istemewaan dandan rambut rm beribu, pakaian rm beratus. mahliga rm berjuta kereta mewah, melancong???
Adakah Hadi termakan umpan BN.Apa kata persempadan semula tidak
untungkan PAS dan PAS kalah teruk PRU 14 dan pupus dari politik.
dan tak Undang yang di fikir memudaratkan gaya hidup orang BN.Janji tinggal janji.
Akhirnya PAS , Pakatan pun tak mau.
Bn dandan rambut tak ada netopisma suka rebut jawatan, pr ada beg gucci sampai kan jawatan dewan peniaga pining pun nak di sapu oleh dap dan ada jawatan pun nak bagi pada anak itu sikap netopisma pkr
DeletePas jgn mudah ditipu umno/bn lg ...umno/bn memang x leh dipercayai ... itu ular jgn kasi dia patuk dua kali itu sama punya tempat jugak dulu dia sekali sudah patuk...sendiri mau ingat aaa ...hee
ReplyDeletePas jgn mudah ditipu umno/bn lg ...umno/bn memang x leh dipercayai ... itu ular jgn kasi dia patuk dua kali itu sama punya tempat jugak dulu dia sekali sudah patuk...sendiri mau ingat aaa ...hee
ReplyDeleteDatuk dr janagn hanya beri pendapat je,kalau bolih tuan sendiri jadi orang tengah yang bolih mencntumkan Umno dengan Pas.setak nasihat je mungkin tak jalan.silakan Datuk
ReplyDeletePAS dan UMNO Baru memang patut bergabong bagi menyelesaikan masaalah hutang negara yang bertambah dan membukit setiap hari...
ReplyDeleteRakyat sudah tidak percaya pada Najib kaki penipu dan bersubahat dalam 1MDB, FGV, nilai ringgit jatuh...
UMNO Baru terpaksa guna ahli PAS dalam mengekalkan kuasanya sebagai pemerintah kerana dalam parti PAS ada LEMBU SUCI yang amat ditaati oleh melayu nak masuk syurga.
UMNO Baru perlukan melayu jenis itu untuk kekal menyokong mereka....
Cuma nak tanya kalau PAS dan UMNO Baru bergabong... Berapa nilai harga agama yang bakal ulamak PAS akan jual pada orang melayu ?
kalau unmo bergabung dengan pas, pas mesti kena dapat elaun lebih dari umno ,pas kerja malas macam mat sabu tak apa di buat pining itu
DeleteJangan marah.... PAS hanya mencari keredhaan Allah....buktinya PAS menang bertanding dalam kubu kuat UMNO Baru di Johor tapi kalah dalam kubu sendiri dalam negeri Kelantan.
DeleteCuma nak tak tanya... Berapa banyak buku yang telah ditulis oleh ulamak PAS yang boleh dijadikan rujukan.... Atau.langsung tidak ada ?
Hallo bro. . .jgn lena diulit mimpi. Hiduplah berpaksi kenyataan.
DeleteSudah lebih 57 thn bn memerentah negara ni tanpa party pas. Pas jugak masih melelih air liur. Masuk pakatan haram kerusi pas paling curut dlm parlimen. Dap jugak leading dlm pakatan haram. Pkr pulak cuma menumpang kpd pas. Dap jugak untung.
Nampak sangat kurang membaca ko.ni.berapa byk buku dari ulama pas pun ko tak tahu.betul lah kata che det.hanya yang bodoh je ada dalam umno.
DeleteK.sikit
Betul tu anon 16:20...keldai umporno mana minat baca buku agama,mereka hanya suka cerita porno,liwat,sek,jubo,taik anjing...jadi para keldai ni spesis minda beku,buta hati dan tuli telinga dalam membuat pilihan atau justifikasi antara PAS dan Umporno....lain yang PAS kata lain pula yang mereka faham keh keh keh
DeleteHanya pemimpin unggul macam Tun Razak mampu melaksanakannya. Tengok pemimpin2 kerajaan yang ada sekarang?. IQ nya tak kesampaian. Datuk sajelah cuba mulakannya. Mudah2an ada keberkatannya.
ReplyDeleteT.A. Rahman adalah PM yang paling unggul..dia adil kepada semua rakyat idak mengira bangsa dan agam...PERKIM yang ditubuhkan telah ramai mengislamkan orang bukan Islam...Ada tak PM lain selepas yang buat kerja dakwah seperti dia..
DeleteBeliau juga tidak racist..adil kepada semua kaum di Malaysia ..yang penting dia bijak kerana memileh menteri yang bijak, berlayakan dan rajin berkerja..Walaupun Malaysia baru merdeka, dengan pimpinan dan idea beluai Malaysia maju dan setanding dengan Singapura..Menteri kewangan masa itu adalah orang China...Ringgit dan Singapore dollar sama nilai..Pound sterling pula dalam kadar RM 3 sahaja...walaupun masa itu Malaysia eksport getah dan bijih timah.. Tetapi respek dengan TAR , dengan harga getah dan timah yang tidak stabil...harga makanan murah - semurahnya..Harga gula sekilo cuma 15 sen dan tepung cuma 10 sen..Selepas beliau, harga makanan berdentum. Lesen import beras, tepung dan gula dikuasai oleh mereka yang ada bau2 bacang dengan *****
Dan juga PM selepas itu telah merosakan Melayu jadi pemalas, bangsa subsidi, bangsa BRIM, rosak dan tiada inovatif..MARA yang ditubuh oleh kerajaan menjadi lombong duit orang UMNO...berapa ramai mereka yang meminjam wang tidak membayar balik...
Yang sedih ada PM kononnya mahu menjadi Malaysia industry...tetapi hakikatnya menjadi orang Melayu jadi buruh murahan untuk pelabur jepun dan orang putih..Kilang milek asing yang ingin beroperasi di Malaysia dikena syarat 40 % equity dipunyai oleh orang Malaysia..Siapa orang Malaysia itu?
Kebelakangan ini ekonomi Malaysia telah hancur lebur sebab keborosan pimpinan beberapa PM dalam menguruskan ekonomi Negara. Ringgit jatuh merosot sehingga 7 pound dan 2.5 Singapore dollar walaupun Malaysia mengeksport minyak.
Yak aktikal kau memang tak boleh pakai
DeleteKalau dulu gaji rm100 nasi lemak baru 30sen ia sama je sekarang nasi lemak rm 1.50sen gaji 900rm sama je tak beza nya,
Lupa pesan pada kau ini kau tahu berepa ramai kebulur ketika getah jatuh dulu, sebab itu kita beralih pada industari perkilangan,
Cuba tengok syarikat bp british dulu rugi berapa ramai kena buang kerja di sebab kan minyak jatuh, orang tak tahu ekonomi boleh kau bohong ia,
Boros apa ia aku rakyat malaysia ini gemuk2 makan cukup2 tengok keadaan sekeling kau itu
Hahaha,,,budak bodoh !! Gemuk tanda kemewahan? Macam tu orang Hawaii, Negro dan Samoa tu kaya la...lawak2...sebenarnya dia orang obese sebab salah makan
DeleteKau tengok sekeliling kau...China yang kaya raya yang tinggal di Bangsar, Hartamas, Damansara tak gemuk pun...tapi Melayu yang duduk PPR gemuk, pengidap darah tinggi, kencing manis...apa silapnya..Ikut kata doktor yang gemuk itu pemalas...suka tidur dan tidak exercise....makan tak seimbang...hari2 makan nasi lemak, nasi, maggi, roti canai. ayam pencen dan telur ...
BP rugi sebab kena bayar berbillion kena ganti rugi tumpuhan minyak di pantai USA...lagipun bisnes dia orang berkurangan kerana krisis politik di Asia Timur dan Nigeria..Jadi kenalah downsizing dia punya oraganisation...
Kenapa tak komen kejatuhan ringgit Malaysia...Aku takut ringgit jadi macam India Rupee..Tahun 60an 1 Rupee sama dengan 1 ringgit...Tapi sekarang 10 Rupee jadi 1 ringgit...
Tanah di Malaysia...subur...yang kebulur cuma orang pemalas, dan suka tidur dan bersembang...campak apa boleh tumbug....tapi dasar pemalas...kalau dia kebulor...aku tak kesian pun.....nak tahu pemalas orang Melayu...pergilah kampong Melayu, belakang rumah semak macam hutan simpanan..tidak seperti orang Jawa di Indonesia...sampai atas gunung dia bercucuk tanam...susah nak cari yang tidak diusahakan
Yg komen banyak2 kat sini kau faham ka isunya??
ReplyDeleteIsunya adalah Anuar tak laku lagi. Ada faham !!!!
Tak isunya Anon 16:33....rosmah tak banyak keluar TV...TV semua takut orang change channel setiap kali rosmah appear kat TV..or5ang kata surat khabar pun...kalau letak gambar rosmah front page, sales menurundum....tak ada siapa nak beli..
DeleteApa kata mana-ana ahli pas yang penat berjuang tapi tak kaya-kaya, tak dapat pakai bmw, tak dapat istana dan tak dapat tambah bini keluar pas dan masuk umno bersama tok mufti perlis. Macam mufti harunsani. Itu lagi cantik.
ReplyDeleteKalau isu nya Anuar dah tak laku apa pasal pulak Pas kena bergabung dengan Umno. Ada faham ke?
ReplyDeleteMufti Perlis ni pun tak boleh pakai juga ni. Lalang juga ni..
ReplyDeleteDulu mula-mula nampak dia dekat dgn umno. Bila pru-13 nampak PR makin kuat..dia lebih condong pada PR pulak.
Mufti ni pun 2 x 5..tak boleh pakai. Perasan dia yg terhebat..ngok
Yg boleh pakai hanye pemimpin2 umno yg warak2 dn macai2 nye yg cerdik pandai ...hee
Deleteye lah... muka ni rasanya biasa tengok gambar dia kat you yube... mufti yg buat onar dalam majlis mufti tu kut.....kalo yer, kena berhati2 sikit pasal takut terpesona ngan pemikiran dia tu.....
Deleteinfonya sangat bermanfaat sekali gan, makasih. beritanya bagus dan sangat menarik sekali untuk di baca. Ijin share ya gan, thanks..semoga semakin bermanfaat!
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeletePerpatah Melayu, "buang yang keruh ambil yang jernih", Apa saudara se-Islam dan sebangsa tidak boleh bersatu... Sedang Rasullah & Allah, menyeru umat Islam bersatu, baru anak cucu dapat shafaat -
Apalah sangat kita ni, hanya hamba allah... Sedang Allah boleh ampunkan umatnya - kita ni kecik sangat, tak kan tak boleh memaafkan sesama Islam?
'parti Islam itu yang selama ini berjuang memperbaiki politik Umno'.
ReplyDeletebekas presiden abim yg masuk umno (lupa pulak nama dia aih), pun kata lebih kurang lagu tu. macamana nak bersih tong yg penuh dgn taik, masuk kedalam?
Yaa ampunnnn tuanku.....ampun beribu ribu ampunnn..harap bisa diampunn...walaupun patik ego dan bodoh sombong demi nepotisma dan keluarga dan macai2 bodoh patik mau diampun tuanku...walau patik selama ini tidak suka sama tuanku demi kuasa dan cita2 mau jadi PM patik mau
ReplyDeletediampun...kiikiki..itu la kata akhir anwar mintak ampun....kikiki...puiiii
Tahniah azizah yg berusaha menyatakan yg suaminya adalah prnjubo tegar.
ReplyDeletePas tak perlu brgabung dgn Umno. Pas perlu keluar dari PR. Dua dua tu tak boleh dipercayai.
ReplyDeletePas patut kembali spt asal, berjuang menegakkan Islam sendirian kerana mereka tak pernah jujur. Tak printah negeri atau negara pun tak apa, asalkan rakyat Malaysia kian mengamal dan mencintai Islam. Nabi saw pun tak perintah dunia tapi Islam tersebar seluruh dunia.
tak boleh pakai mufti ni....
ReplyDeleteKalau kenyataan dia menyebelahi pakatan dia adalah mufti adil. Kalau tak menepati kehendak pakatan dia mmg mufti zalim. Konspirasi mufti ni. Sial punya mufti
ReplyDeletepenyatuan atas dasar akidah dan leluhur bangsa yg sama adalah menepati syariat islam .. maka barang siapa yg memghalangnya atas dasar apapun jatuhlah ia kedlm golongan mereka yg dicela seluruh isi langit dan bumi ... ingatlah dlm diri setiap anak adam ada seketul hati yg duduknya diibaratkan telur yg diimbangi dihujung sebilah pisau .. serahkan kepada Allahswt apa niat diantara PAS dan UMNO dlm usaha untuk bertaut kembali ..ia bukan urusan manusia ...semoga usaha penyatuan ini dimakbulkan Allahswt ..amin
ReplyDeleteAmin ! ! !
DeleteAlmarhumTGNA dh kata jangan kena patuk oleh ular yg sama..xkan tu pun x faham dato.. Sedangkn Umngok pun x bleh nk baiki diri sendiri.. Pi mampus la dgn hal gabung ni..
ReplyDeleteAlmathim ko tu bongok sebenarnye.....elok la almathum cepat....almarhum kedaun tul la.....
ReplyDeletejng dikaitkan pada almarhum Tuan Guru Nik Aziz .. biarkan "peringatan" yg dilafazkannya sekadar menjadi pedoman ... baik atau mudharat peringatannya itu dikembalikan kepada Allahswt ..arwah Tuan Guru bukan org yg tiada berilmu (banyak tanda yg diperlihatkanNya pada kemuliaan Tuan Guru)... tetapi tidak juga bersifat maasum .. teruskan usaha yg diredhai Allahswt ... bersatu atas dua dasar yg paling kukuh yakni akidah dan susur galur bangsa yg sama ..
ReplyDeleteTajuk silap tu....gabungan bukan nak baiki UMNO...tapi bergabung setelah berabad dok bertelagah tak sepakat...hingga golongan ulama turut berpuak...ada yg condong ke kiri...ada yg ke kanan...spesies melayu pula dibuai & dihayun hingga terperangkap dgn rentak pecah-belah. Tapi ini cuma omongan sorang mufti saje...belum cukup kuat...yg lain masih membisu seribu bahasa
ReplyDeleteTak sangka pulak En.Ngasri Jainal"abidin isi burang masok OMNO tak lama selepas gemulah Tok Guru pjammata
ReplyDeleteHmm...takkan hilang melayu di dunia...bersatu la xkire parti politik,demi agama dab bangsa kite sndri,xkan nk tggu hilang tahta bru nk dcari smula..ingt la..melayu di himpit dgn kaum lain di tanah sndri,xkan nk bgaduh kerana politik yg boleh hncur kn kaum sndri..bsatu demi bangsa kite,dan agama..
ReplyDeleteHmm...takkan hilang melayu di dunia...bersatu la xkire parti politik,demi agama dab bangsa kite sndri,xkan nk tggu hilang tahta bru nk dcari smula..ingt la..melayu di himpit dgn kaum lain di tanah sndri,xkan nk bgaduh kerana politik yg boleh hncur kn kaum sndri..bsatu demi bangsa kite,dan agama..
ReplyDeletesudah tiba masa untuk pas bergabung dengan umno demi agama dan bangsa
ReplyDelete