Wednesday, 25 February 2015
HARI INI MASUK HARI KE ENAM BELAS ANWAR MERENGKUK KEDALAM PENJARA ... MANA DIA JANJI DAN IKRAR KERAMAT AZMIN ALI PASTIKAN ANWAR TIDAK MERENGKUK DALAM PENJARA WALAUPUN SEHARI????
Semasa berucap di Kongres Nasional PKR di Johor, 25 November 2011 lalu, Azmin dilaporkan berkata PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
"Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkuk dalam penjara" - Azmin Ali ... ucapan melancarkan Reformasi 2.0 sempena PRK Kajang.
Talk is cheap .. buatnya???? .. Sebab itu jangan sembang terlalu kencang akan setia tenggelam dan terapung bersama DSAI.
Sebelum duduk di kerusi kuasa bukan main lagi kencang berbicara dan berpidato .. naik seluruh bulu roma bersemangat seolah-olah tiada pemimpin didalam dunia yang sanggup lakukan apa sahaja hattan melanggar undang-undang sekali pun demi memastikan DSAI tidak merengkuk kedalam penjara untuk kali kedua.
Hakikatnya????? .. Tidak memerlukan otak genius pencipta roket ke angkasa untuk berfikir dan menilai.
Kalau tidak mampu lakukan jangan bersuara terlampau kencang, sebab itu segala kata-kata Azmin Ali kini, dipandang sinis sipi oleh rakyat .. dengar boleh pegang dan percayanya jangan... jangan persalahkan rakyat dan anggota-anggota parti kerana bersikap dan berpendirian sedemikian, sebaliknya salahkan diri sendiri.
Antara ciri-ciri Munafik Dalam Islam:-
1) Khianat Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.
2) Ingkar Janji Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)
Omak Kau secara peribadi tidak setuju dan sokong politik ganas melanggar undang-undang dan perlembagaan negara .. berpolitik ikut saluran yang diiznkan oleh undang-undang dan perlembagaan. .. Politik matang bukan politik binatang .. Politik Budiman bukan Politik Sawan.
Tidak terpukau dan tersilau maupun terpesona dengan politik retorik dengan kata-kata hebat seronok didengar sebagai halwa telinga, penyedap hati dan pendingin jiwa yang resah dan gusar.
Cukup kuat berpegang kepada falsafah politik pro kebenaran walaupun pahit .. politik berpegang teguh kepada janji sebelum dan selepas berkuasa .. benci politik flip flop berdolak dalik .. meluat politik matlamat menghalalkan cara ... menyampah politik retorik omong-omong kosong.
KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR .... MEMBUJUR LALU MELINTAH PATAH .... LAWAN TETAP LAWAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Dulu lagi dah cakap....sila pecat azmin dari PKR....klu
ReplyDeletePRK di matang pauh jadi...apa lagi azmin nk cakap pasal Anwar Ibrahim....sah ahli PKR kena tipu dng azmin....president kena guna kuasa veto pecat azmin segera....
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli semalam dengan penuh angkuhnya mengatakan bahawa Anwar tidak mengeluarkan arahan kepada peguamnya untuk memohon Pengampunan DiRaja kerana tetap dengan pendirian “tidak bersalah”.
ReplyDeleteMaka ketika itu semaraklah semangat anak-anak muda seperti Adam Adli, Fahmi Zainol dan lain-lain lagi kerana mempunyai seorang idola yang kononnya berpegang kepada prinsip serta tinggi daya juangnya.
Hari ini pula, tiba-tiba Sivaji The Boss telah menghantar isteri dan anaknya Nuha untuk meminta Pengampunan DiRaja dan sekaligus mematikan api perjuangan anak-anak muda dan para demonstran yang jenuh terpekik terlolong setiap kali demonstrasi Kita Lawan diadakan.
Kekecewaan yang dirasai oleh penyokong Anwar ini sangat saya fahami kerana saya turut merasainya ketika ditahan di bawah ISA sekitar tahun 2001-2003 dulu kerana mengepalai beberapa siri demonstrasi.
Jangan bagi ruang Azmin bertanding sebarang jawatan.lama lama bungkus la dia.
ReplyDeleteAnuar ada prisip....? yg org ramai nampak sekarang ini bknnya prinsip tapi 'misi', misi balas dendam, misi jadi pm, misi nak huru harakan Malaysia misi yg ini dah hampir berjaya, ramai yg babitkan najib dgn tuya tapi mc mana klu ini juga salah satu misi beliau? Nuar memang tak de prinsip hanya "" misi"" klu ada prinsip dia taken mintak pengampunan, selamat tinggal PkR.
ReplyDeleteprinsip nuar aljubo hnyalah..liwat tetap liwat..kelentong tetap kelentong..kihkihkih
DeleteNASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).
ReplyDelete************************************************
Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.
Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.
Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.
Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.
Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.
Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi. Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
Datuk Khalid Jafri Bakar Shah merupakan penulis yang menulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. Khalid Jafri meninggal dunia pada 29 Ogos 2005 kerana pehanya dipotong akibat penyakit kencing manis. Akhirnya dia mati sebelum sempat meminta maaf kepada DSAI.
*****************************************
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh”. (Q.S. al-Baqarah: 217)
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)
Dah. . .azmin dah pegi penjara sg buloh pagi tadi pukul 8:30 waktu pejabat. Jgn risau.
ReplyDeleteHidup Azmin. . . . . ! ! !