Sunday, 15 February 2015

MASA HIDUPNYA ALMARHUM TGNA DI CACI CERCA OLEH MEDIA ARUS PERDANA .. SUDAH TIADA MEDIA YANG SAMA MENJULANG DAN MEMUJA.



1. Sejak bermulanya berita Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pulang ke rahmatullah tersebar, seluruh Malaysia bahkan umat Islam sedunia turut merasai akan kesedihan atas pemergian tokoh terulung ulama yang disayangi lagi dihormati segenap lapangan masyarakat. Media arus perdana seperti televisyen, radio dan akhbar turut memberi liputan khas berkenaan Almarhum Tuan Guru.

2. Begitulah penghormatan dan kemuliaan yang dianugerahkan kepada Almarhum Tuan Guru semasa hayat sehinggalah ke majlis pengkebumian. Kesemua pihak menyebut keindahan akhlak, kebaikan, dan jasa yang ditabur Almarhum Tuan Guru. Namun, yang agak menghairankan kita ialah kerana suatu ketika dahulu pihak media yang samalah sering menyekat, memutar-belit dan memburukkan Almarhum Tuan Guru khususnya ketika bergelar Menteri Besar Negeri Kelantan yang dipilih secara sah melalui jalan demokrasi.

3. Dahulunya, amat jarang sekali untuk kita melihat Almarhum Tuan Guru diberikan peluang untuk muncul menyampaikan ucapan dan tazkirah di kaca mata televisyen, corong radio mahupun dada akhbar. Ironinya, ia terus berubah apabila Almarhum Tuan Guru meninggal dunia. Media pun memuji dan menyatakan betapa negara kehilangan Murabbi Ummah yang begitu berjasa kepada kita semua. Jelas, ini membuktikan segala berita selama ini yang sering memburukkan Almarhum Tuan Guru adalah palsu semata-mata.

4. Sungguhpun demikian, saya tetap menzahirkan lafaz tahniah dan terima kasih kepada kesemua media yang memberikan liputan terbaik sepanjang majlis pengkebumian Almarhum Tuan Guru. Semoga keberanian untuk menyebarkan kebenaran itu akan kekal dan memanfaatkan ramai lagi tokoh sedia ada yang masih hidup yang perlu disebarluaskan nasihat mereka.

5. Usahlah menunggu insan hebat itu tiada lagi barulah kita mahu menyebarkan khabar yang benar mengenai jasa dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang hayatnya. Sepertimana yang sering dipesan Almarhum Tuan Guru, sesungguhnya segala amal baik dan buruk yang kita lakukan tetap akan dikira dosa-pahalanya maka kita tidak boleh berlepas diri daripada apa jua yang ditulis dan disebarkan kepada umum

Dato' Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat.

36 comments:

  1. ADA HAL YG DIPERSETUJUI & ADA HAL YG TAK DIPERSETUJUI


    HORMAT TETAP HORMAT


    YG GELAR NIK AZIZ ULAMA TEROMPAH SIAPA??

    ReplyDelete
  2. mmg arwah baik. berkeserderhanaan dlm byk segi. jgn taksub sgt smpai nk mengagungkan manusia. hrp akidah x terpesong. nnti jdi mcm abuya arqam plak. sekadar nasihat.

    ahli pas
    bachok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada istilah taksub jgn berlakon disebalik nama ahli pas bachok tidak sama perbandingan antara TGNA dengan Ust Ashaari kecuali kedua2nya hamba Allah jua yang telah menemui Penciptanya

      Delete
    2. ramai yg taksub melampau. kluarga arwah pun x mcm tu. pengikut ni kekadang alim ikut ikutan. da x nmpk dek akal benda yg lari dr akidah sbb terlampau mengagungkan ulamak. nabi pun sentiasa mengingatkan hal ni. nk perbetuklkn skit. hrp dpt trima. sekian

      Delete
    3. 14:06....Bukan taksub tapi sekadar menghormati dan memuji mereka yang sanggup bersusah-payah untuk menegakkan Islam tetkala pada masa yang sama ramai pihak yang cuba menjatuhkan Islam dengan menggunakan pelbagai agenda yang tersembunyi..... Harap faham tu.

      Delete
    4. pengikut ni mmg....nk solat yg wajib pun ikut mazhab politik. x mau bercampur kalu ada yg soking parti lain. ada ke dlm islam smpai mcm tu. ni pengikut yg di katakan lari akidah. patut ke x?? bila ckp taksub nk mrh plak kn...pikir la ye...jgn hati makin gelap dek pahaman politik.

      Delete
    5. Kalau kita hormatkan sosok A kita dikata taksub. Kalau mereka hormatkan sosok B mereka kata mereka tak taksub.

      Macam kita sedih bila bapak kita meninggal, bila guru kita meninggal, tak bermaksud kita taksub. Kita sayang bapak kita, kita sayang guru kita, tak lah bermaksud kita taksub. Cuma kita sayangkan dia, kita sedih kehilangan dia. Lebih sedih lagi bila ada orang yang kurang sempurna akal menghina, mencaci, mengkeji dia ketika dia sudah tiada di muka bumi ini.

      Dan lebih malang lagi, bila kita cuba menjawab cacian, penghinaan serta makian mereka bagi pihak dia yang sudah tidak mampu mempertahankan diri/ sudah meninggal dunia, kita pula dikatakan taksub. Makhluk apakah ini??

      Delete
    6. realiti nya...politik mna pun hormat arwah. tiap2 manusia bukn maksum mcm nabi. bek umno pkr dap menghormati arwah. ada yg segelintir mungkin pegangan agama x cukup...cpt bertindak di luar batasan. bukn semua pemimpin politik perfect. kalu slh tegur. bukn merusuh sana sini. yg baiknya bantuan ttp di berikan pada mangsa banjir di sana. sekian

      Delete
    7. Yang solat ikut fahaman politik masing2 tu bukan semua umat Islam kat Malaysia. Adalah sorang dua. Jadi janganlah label semua penyokong parti bersikap seperti itu. Tak betul kalau generalize macam tu. Jangan kerana sekor dua berperangai macam tu, habis satu negara nak disebutnya.

      Samalah jugak, dua tiga ekor dalam parti yang kerja rembat duit rakyat. Tapi takkanlah semua penyokong parti pun nak kita kata perembat duit rakyat. Tak betul tu...

      Delete
    8. Nak bagi bantuan bagilah kalu mampu. Tak payah nak ungkit2, jaja sana sini. kang baik2 dapat pahala, hilang pulak pahala sebab riak.

      Berapa kali nak cakap, bukan taksub tapi sekadar menghormati simati. Menjaga kemuliaan simati. Bukan memaki dan menghina simati. Kalau islam dah tebal, kalau iman dah kuat benda maki-memaki sesiapa saja yang mati patutnya tak wujud. Kita menasihati sahaja bukan nak tunjuk pandai. Janganlah menjatuhkan maruah simati, jangan merendahkan simati seolah2 kita ni lebih baik drp simati. Kalau iyapun kita ni lebih baik drp simati, tak payahlah kita nak riak, tujuk hebat....sebenarnya dalam hati kita ni, kita pun tahu siapa kita berbanding dgn simati. Cumanya, kita ni ego sangat, sombong sangat, dendam sangat....Kita nampak macam kita ni kuat sangat iman TETAPI sebenarnya tak sampai manapun....

      Delete
    9. taksub/ mengagungkan berbeza dgn hormat/ menghargai. taksub sehingga islam berpecah dua. memutuskan silaturrahim sesama islam kerana pegangan politik yg ekstrim. tinggal sekampung tetapi tiada perpaduan. tmpat berjemaah pun ikut parti masing2. hormat pula menghargai jasa2 seorg pemimpin. kehilangan yg besar seorg ulamak yg dikenali ramai. tiap2 pemimpin akan ada jasa pada rakyat x kira politik mana skalipun.

      Delete
    10. Tak ada sesiapapun penyokong parti yang kata dia maksum. Yang kata maksum sana maksum sini tu ialah pihak lawan yang kurang senang apabila simati ramai pengikutnya. Nak heran apa dia ramai pengikut, dia tu guru agama dulu, anak murid ramai. Hari minggu bagi kuliah agama, masa free bagi nasihat agama, menteri besar lagi....jadi tak heranlah kalau dia banyak pengikut. Bila banyak pengikut, banyaklah penyokong. Tapi janganlah sampai mereka-reka penyokong anggap dia maksum.

      Bukan sebab dia maksum atau bukan sebab kita taksub kepada simati tetapi sebab rasa hormat, rasa sayang kita kepada guru kita, guru agama kita, bekas pemimpin kita.... Mintaklah jangan salah faham. Tak adapun penyokong Pas yang pernah kata dia maksum... Perkataan tu bukan keluar dari mulut penyokong tetapi daripada mulut orang yang dendam kpd simati.

      Delete
    11. Siapa yang putuskan hubungan silaturrahim? Tak bersatu dalam politik tak bermaksud berpecah. Tak masuk umno tak bermaksud tak wujud silaturrahim. Tak sama dalam satu parti pun kita tengok hubungan baik di mana-mana. Org parti A boleh saja duduk aman damai dgn orang parti B. Boleh soalt masjid sama2. Boleh bertandang masa raya bersama2. Boleh kenduri kendara sama2. Boleh menziarahi orang meninggal sama2. Kat mana yang dikatakan pecah-belahnya, bunyinya macam teruk sangat...

      Yang kata pecah-belah ni parti sana tu. Bila kita tak nak join sama dalam politik, dikatanya kita pecah belah. Bila tak sekepala satu politik, dikatanya kita pecah belah. Kenapa tidak dibenarkan saja perbezaan pendapat. 4 mazhab tu pun asalnya sebab perbezaan pendapat. Tidak pulak puak sana kata 4 mazhab tu asalnya sbb pecah belah.... Jadi mintaklah hormati pandangan orang lain. Orang lain ada pandangan jugak sama macam kita ada pandangan sendiri. janganlah pulak bila pandangan kita lain drp org lain, kita kata org tu sesat la, taksub lah, pemecah belah, maksum la.....

      Delete
    12. tapi kalu taksub disumbat br1m xpe pulak ek... kami bangga bkn taksub.. ulamak bersama kami, dulu kini selamanya...

      Delete
  3. Takkanlah korang nak hormat ibrahim, taipingmali dan zam lebih drp guru agama korang..... Tapi kalau korang nak, korang punya pasallah. Aku takde hal....

    ReplyDelete
  4. org pas ni mmg x blh tegur pon. yg ok tu mmg ok. yg ko pun byk. perangai x sama mcm pemimpin dorang. umno buat sume x btol. dap pkr buat aka merusuh pon x pe...blh join plak tu...kn..kn...hatta tlg pulihkn banjir pun...bukn ungkit...tpi yg berjasa slalu x nmpk...alim jadi jadian mmg byk. serban tinggi tpi hati mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa.. xpelik pun kalu ayah bayarkn yuran sekolah anak2.. baik xpyh menang psktuan kalu nk jaga negeri dia ja.. pening2..

      Delete
    2. pastu kalu bg br1m, xpakai tudung pun dicium tgn... rezki allah.. faham hakikat dan faham syariat..

      Delete
    3. tau pun kn.nmpk brim ye...dh dpt merusuh plak...demo sana sini....lebai tinggi rendah serban melilit pun bersubahat...alim apakah ini?? d mnakah letaknya ilmu agamanya?? baju nya ka?? ckpnya ka?? akhlaknya ka?? kpla lututnya ka??

      Delete
  5. dok bertekak pasal taksub pulak dah...
    puak2 bodo ni bukan nya cerdik sangat , pandai sebut ajer tu... kalau tanya apa makna @ pengertian taksub pun tak dak sekor boleh jawab... tapi berlagak pandai, gitu lah , gini lah....
    hoi bengap... kakau dah tau seseorang tu bukan maksum... dan mungkin dia boleh melakukan kesalahan .... maka apabila ada orang menegur tentang perbuatan ker ... atau perkataan nya yg salah... yg tak betul tu, kena terima lah. bukan kah dia tak maksum... jadi tentu ada salah silap nya... sekali pun dia seorang guru besar.....!!! maka apabila yg dah terang salah atau tak betul pun , kita masih dok pertahan , sokong dan bela dengan bersungguh2 dan bermati2an .... malahan marah dan tuduh kepada orang yg menegur pulak... maka itulah dinamakan taksub.... ada faham...!
    pendek kata, semua yg dibuat atau dikata tu betul, benar belaka dan tak salah... lalu di sokong dan di pertahankan.... sekali pun mengaku bukan maksum.... maka ketahui lah yg bahawa pada ketika itu, kita sudah bersifat taksub.... mungkin tanpa kita sedar....


    atas pagar
    macai ori

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer ko komen psl ibrahim raja bomoh...aka zam zam alakazam....dn jaguh golf seantero...

      Delete
  6. pasni kalah berdemo lgi tepi jln. songkok serban tu buang....buat malu org islam. umpama telanjang di jalanan. satu dunia tgok. buat malu malaysia...

    ahli umno
    selayang

    ReplyDelete
  7. muak dgr psl ni. tukar la cite lain. nk berdemo ke lantak la dorang. nnti dpt la tu hidayah. kita yg x terlibat ni...jaga akhlak masing2. say no to rusuhan n BERSIH..

    K BYE

    ReplyDelete
    Replies
    1. husnul qotimah..
      afala tatafakkarun??? (firman)

      Delete
  8. Akhbar arus perdana pun membidas TGNA kerana kenyataan kontroversialnya. Bukan arus perdana sahaja yg membidasnya malah ramai ulama-ulama yang mempertikaikan pendapatnya.

    Kita ni manusia bukan semuanya betul termasuk juga TGNA memang ada kelemahan. Kena terimalah teguran untuk kebaikan.

    Masaalahnya pengikut2 tidak boleh terima. Segala kenyaraan TGNA adalah segala2 nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan itu isu utamanya tp yg kami dok bangga ni sbb xsabar utk dibangkitkan dmahsyar kelak bersama ulamak yg kami cintai.. itu isunya.
      br1m memg tak mampu...

      Delete
  9. Almarhum tak perlu sanjungan dari orang yang tak yakin dengan Islam. Lebih-lebih lagi melayu yang hidup dengan duit rasuah, kaki betina, minum arak, anti orang ugama, sekat aktiviti ugama, mengguna kuasa polis dan tentera untuk kepentingan sendiri, utamakan perut dan nafsu dari kepentingan negara. Tak payah nak bodek sesiapa. Kalau mulut macam longkang ia tetap busuk jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X elok cite bab TGNA. tpi yg perangai busuk serban tinggi aka alim ikut ikutan mng byk. ni yg haprak lg menjijikan. JGN cite la >> duit rasuah, kaki betina, minum arak, anti orang ugama, sekat aktiviti ugama, mengguna kuasa polis dan tentera untuk kepentingan sendiri, utamakan perut dan nafsu dari kepentingan negara <<<. Yg bergelar alim ustaz lg org penting pas kantoi main bini org..pe cite...buat malu. brapa byk tahfiz skolah agama yg kerajaan bantu?? kalu x de polis..esok2 kot2 anak bini mak bapak ko adik2 ko kena samun rompak pecah rumah...ko cari sape?? tu bantuan pulih banjir dr mana??? kapir dap ke yg bgi..brapa byk?? ada dap tlg bina rmh low cost??? jgn ckp pakai kepala lutut. ni contoh manusia x penah nk bersyukur. yg slalu provoke ni bangsa dap...pakatan korang. tu pun buta hati. jenis ko ni la yv rajin buat kerosakan aka rusuhan jalanan demo bagai. pelingkup keamanan org awam. dan gila x bertempat. merusuh len kali buat depan umh sendiri...k bye

      Delete
  10. Komen org yg tak sembahyang berjemaah sebilang masa Mmg mcm longkang. Tak kenal masjid tak kenal surau apa nak heran... tanya diri sendiri berapa kali sehari aku berjemaah sebelum bertebaran mencari rezki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa kali berjemaah dan berapa kali mengata org...ibarat keje x dpt gaji...kn..kn...lu pikir la sendiri

      Delete
    2. ar2 yek.. sblm pimpin negara, baik berani utk pimpin bini pakai tudung dulu..

      Delete
  11. apabila matinya seorang anak Adam .. wajiblah disempurnakan fardhu kifayahnya ( simati) oleh umat islam yg masih hidup .. didoakan pengampunan dan ditutup segala keaibannya .. demikianlah yg berlaku kepada arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ... dan golongan yg suka mengungkit segala keaiban seseorang yg telah mati ..maka demikianlah keadaannya selepas mati .. apatahlagi arwah Tuan Guru merupakan seorang yg tinggi amalan zahirnya(fardhu ain dan fardhu kifayahnya) maka tinggalkanlah amalan batinnya kepada Allahswt ... mahfuz omar tergolong dlm mereka yg mengambil kesempatan terhadap apa sahaja hatta kepada matinya Tuan Guru .. tak salah rasanya untuk disifatkan Tuan Guru tergolong dlm mereka yg matinya dlm keadaan yg mulia (pandangan peribadi dan doaku kepada arwah)..sehingga "musuh" politik turut memberikan penghargaan yg setaraf dengan kemuliaan Tuan Guru ... apa niatnya "musuh politik" itu serahkan kepada Allahswt .. jng mengadu domba ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. membangun bersama islam,
      usaha tolak liberal sekular...
      isbat nafi dlm politik.

      Delete
  12. pada aku dlm kepimpinan PAS .... Datuk Harun Din..MB kelantan .. Tuan guru Hadi awang .. antara mereka yg masih boleh "bersaudara" pada UMNO atas dasar islam dan susur galur bangsa yg sama ..masih belum terlambat untuk bertaut semula atas dasar yg paling kukuh ini .. ingat sipemimpin yg memimpin bukan golongan yg dipimpin(rakyat) yg menentukan ...inilah syariat islam ...kerana sipemimpinlah yg pertama dimasukan kesyurga atau ke neraka .. dan sifatnya setiap manusia juga adalah pemimpin ..paling kurang adalah kepada dirinya sendiri ... buruk atau baik sipemimpinlah yg bertanggungjawab.. ajar dan tanamkanlah kepada golongan yg dipimpin sifat syukur ... selamatlah kita semua .. kelak sipemimpin ( jika berjaya atau mempunyai niat ke arah sifat syukur) itu akan mewariskan kepimpinannya kepada golongan kepimpinan yg setaraf atau lebih baik dari kepimpinannya ..jng tertipu lagi dengan slogan "people power" .. " rakyat penentu kepimpinan" .. soalnya tahukah kita ? dan bersediakah kita ?

    ReplyDelete
  13. Makilah Almarhum sekehendak hati mu sumpahlah Almarhum sesuka hatimu. Giliran yang lain untuk disumpah seranah pun akan tiba jua. Kita tengok nanti apa kesudahan yang lain adakah menyerupai Kamal Attaturk atau Saddam atau Sharon atau Gaddafi atau Shah Iran atau Aidit atau macam Stalin dan Lenin!!

    ReplyDelete
  14. We should know what the ex Igp rahim noor n utusan editor say when they say tgna syaitan..jika x Tobat x tahu lah 2 brook ni

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...