Wednesday 18 February 2015

MUATNAIK POSTER MERCUNKAN MAHKAMAH ... DUA MAHASISWA DITAHAN POLIS.



Polis semalam menahan 2 mahasiswa universiti yang disyaki memuatnaik poster berunsur provokasi di media sosial berkaitan bantahan terhadap sistem keadilan di mahkamah negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menulis tweet berhubung tangkapan itu pagi ini, mengatakan mereka merupakan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Selangor (Unisel).

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan 2 penuntut, Unisel dan USM, kerana muat naik berikut. Mereka akan direman," katanya merujuk kepada satu gambar yang dilampirkan.

Gambar itu berbentuk poster bertajuk “Mercunkan mahkamah” dengan lukisan mercun dan dacing yang terbalik dengan kata-kata: “18.2.2015 11.40 malam setiap mahkamah seluruh negara, kita lawan mahkamah zalim”.

Ia dipercayai menggesa satu kebangkitan dilakukan terhadap mahkamah pada malam ini berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari dalam rayuan kes sabitan Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7 comments:

  1. Hahaha..masukan mercun dlm rektum ko dan letupkannn.....gong xi fa cai.

    ReplyDelete
  2. Dua mahasiswa ni sedang menjalankan latihan industri ,nak menguji ketahanan bahan binaan....nak test bangunan mahkamah tu tahan gegaran & gempa ke tak,,,mahasiswa kita zaman ni dahsyat2 belakalah....

    ReplyDelete
  3. Ingatkan bom....mercun je rupanya....lawak lawak....mlm ni banyak mercun .... Tak percaya ke? Kaum tionghua kan nk beraya...
    Semalam pun dh ada yg main mercun....

    ReplyDelete
  4. Budak2 tu buat lawak je. Kalu tak kenapa gambar nora yang di pegangnya. Polis tak de sense of humor langsung. Pi lah buat kerja yang lebih berfaedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL BRO. .. .BUDAK TU BUAT LAWAK JE.
      UNTUK MENERUSKAN LAWAK MEREKA ITU SEBAB POLIS CARI DORANG. BILA DAH MASUK LOKAP POLIS BATU NAMPAK SENCE OF HUMORNYA.
      TAK GITU BRO. ?

      Delete
  5. You are wierd bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. THEN ONLY THE SENCE OF HUMOUR COMPLECTED.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...