Wednesday, 25 February 2015
APAKAH TUDUHAN KEATAS TSKI SELAMA INI TANPA DI SOKONG DENGAN FAKTA DOKUMEN BANK ISLAM???????
Inilah persoalan yang berlegar-legar diminda dan kepala rakyat kini mengenai pertuduhan roadshow yang dihadapi TSKI suatu ketika dulu betapa beliau perlu diganti sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dimana cara penyelesaian hutangnya dengan Bank Islam cukup meragukan sekali apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan PKR dan mantan Setiausaha Agungnya untuk memperolehi dokumen-dokumen berkaitan dengan hutang TSKI dengan Bank Islam.
Kini rakyat di akar umbi sudah bersuara setelah mindanya dicuit, bahawa pertuduhan dibuat atas landasan hentam kromo semborono .. tuduh dulu kemudian minta mangsa yang kena tuduh buktikan yang dirinya tidak bersalah bukannya beban pembuktian setiap pertuduhan adalah terletak dibahu sipenuduh.
Setahu Omaklah .. Saifuddin Nasution ni jenis pemimpin akan bersuara dan membuat pertuduhan dengan bukti dan fakta ... Bab ini mengapa digambarkan betapa pertuduhan dibuat tanpa disokong dengan dokumen-dokumen yang berkaitan???? ... Pelik juga rasanya.
Perlunya pihak terbabit memberikan respon segera agar tidak terus terbina dan kekal abadi dalam minda rakyat betapa TSKI rupa-rupanya adalah mangsa politik Machiavelli matlamat menghalalkan cara.
Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam menolak permohonan bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mendapatkan dokumen berkenaan penyelesaian hutang Bank Islam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perkara itu selepas mendapati permohonan yang difailkan oleh Saifuddin dalam kes saman fitnah terhadapnya tidak mempunyai merit.
Mahkamah turut menetapkan selama empat hari bermula 18 Mei depan untuk perbicaraan kes saman itu.
Pada 18 Ogos tahun lepas, Abdul Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin secara peribadi dan atas kapasiti beliau sebagai setiausaha agung PKR (ketika saman difailkan) berhubung pengedaran dokumen laporan 'Keputusan menggantikan menteri besar Selangor', bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah bekas menteri besar itu.
Selain menuntut ganti rugi, Abdul Khalid yang memfailkan saman melalui Tetuan Bon, memohon perintah menghalang Saifuddin atau wakilnya, pekerjanya dan kakitangannya dari menerbit, mengeluar, mengedar, mencetak atau menyebabkan perkataan yang memfitnah beliau (Abdul Khalid).
Pada 9 Jan lepas, Saifuddin memfailkan permohonan bagi mendapatkan daripada Abdul Khalid beberapa dokumen berkenaan penyelesaian hutang di luar mahkamah di antara bekas menteri besar Selangor itu dan Bank Islam atas alasan dokumen tersebut penting untuk menyokong kes saman terhadap beliau.
Abdul Khalid dalam afidavit jawapannya antara lain memberitahu bahawa beliau tidak dibenar untuk menzahirkan terma penyelesaian di luar mahkamah berkenaan tanpa keizinan pihak Bank Islam kerana beliau terikat dengan perjanjian ketakdedahan (non-disclosure agreement).
Bekas menteri besar itu berkata jika terma penyelesaian tersebut didedahkan, ia akan memprejudis dan menjejaskan penyelesaian di antara beliau dengan Bank Islam.
Selain itu, Abdul Khalid yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang berkata Saifuddin memfailkan permohonan tersebut dengan niat jahat dan merupakan satu 'fishing expedition' (percubaan 'memancing' maklumat) semata-mata.
BONGKAR DAN HEBAH DEMI KEBENARAN WALAUPUN PAHIT UNTUK DIHADAM ... AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
KALAU BENAR TSKI ATAU SESIAPA PUN MELAKUKAN KERJA YANG BOLEH MENIMBULKAN KERAGUAN DEMI KEPENTINGAN DIRI DIPERSILAKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA DEDAHKAN .. PASTIKAN PENDEDAHAN ITU CUKUP KUAT DENGAN SOKONGAN BUKTI-BUKTI YANG CUKUP MENYAKINKAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Bila kawan dh jd lawan gitu lh rupenye ....
ReplyDeleteKejahatan Anuar memang tiada tolok bandingnya. Anuar tidak rasa berdosa bila menfitnah. Tapi suruh orang yg menfitnah beliau rasa berdosa.
ReplyDeleteNah lilin kau ptuiiiiiiiiii
Haaaa ingat gang2 lilin. Jadilah orang yg berguna. Ni tak bakar lilin justice for mat Matang. Cuba buat solat ka, kempen sambil menolong Anak Yatim ka.
ReplyDeleteKalau dah bodoh, memang bodoh tahap jamban. Jeni's macam ni nak membawa reformasi. Wushhhhh bodooooo bodoooooo
(Aku tau WFauzdin cukup takut besiber bahas dgn aku. Ahakkss)
Yg Benerrrrr
Jeff Ulu Bernam
Reformist yg originel
Anon 10.42 kau tahu kejahatan anwar je.bagaiman dengan kejahatan Khalid pulak,kau diam je ke.bodoh piang.tolong bagi hukum apakah halal atau haram wang 2.6 juta dibahagi sesama perompak.jawablah janagn diam,itu duit mak bapak kau.
ReplyDeleteKata bg tempoh 2 minggu...dh menguap2 tggu ni..xkan another fishing expidition kot..ada ke xder kes ni. Lg satu dah terbukti bersalah ke nak kata haram...
DeleteAnon 12.44 betul ke 2.6juta tu duit haram.. sapa yg merompak dan sapa yg dirompak.. tolong bagi tau sikit.. ada bukti ke pengaliran duit keluar 2.6 juta dr kerajaan neg. selangor.. knp smpi skrg azmin x dedahkan jika ada berlaku penyelewangan 2.6 juta ... apa lah makang dan suwey mak bapak kau dapat anak bodoh piang tujuh keturunan mcm kau pn tak tau la..
DeleteDaripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)
ReplyDeleteRakyat di bawah masih tercari cari .. yang mana PEMIMPIN ASLI @ PALSU .. SEMUANYA MENGEJAR KEBENDAAN .. CAKAP PERJUANGKAN UTK RAKYAT .. SEMUANYA PALSU BELAKO..
ReplyDelete