Thursday 26 February 2015

KES DENGGI DI NEGERI PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI, SELANGOR, NAIK 66% WALAUPUN TERJAHAN DILAKUKAN SENDIRI OLEH MB SELANGOR YANG DIKASIHI RAKYAT, AZMIN ALI.


Kes demam denggi di Selangor terus menunjukkan peningkatan dengan 12,427 kes direkod sehingga 21 Februari, naik 66 peratus daripada 7,507 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
              
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi berkata daripada jumlah kes itu sebanyak 29 kematian akibat demam denggi dilaporkan dalam tempoh berkenaan.

"Pada bulan Jan, jumlah kematian akibat demam denggi adalah sebanyak 17 kes manakala untuk bulan ini sehingga 21 Feb pula mencatatkan 12 kes yang mana menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 29 kes," katanya dalam sidang akhbar di Shah Alam hari ini.
              
Beliau berkata daerah Petaling masih mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 5,967 diikuti Hulu Langat dengan 2,222 kes dan Klang sebanyak 1,824 kes.
              
Mengulas lanjut, Daroyah berkata tapak pembinaan dikenal pasti menjadi faktor utama menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di daerah yang mencatatkan kes demam denggi yang tinggi.

"Berikutan itu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan operasi bersepadu di tapak-tapak pembinaan sekitar Selangor bermula 10 Februari lalu, bagi membendung peningkatan kes denggi selain mengurangkan risiko jangkitan.
              
Daripada 46 lokasi yang telah diperiksa, 45 daripadanya didapati positif dengan pembiakan nyamuk Aedes," katanya.
              
Beliau berkata berikutan itu pemaju tapak pembinaan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan membenarkan pembiakan serangga pembawa penyakit di lokasi berkenaan.

6 comments:

  1. Ya laa Omakkau dulu zaman TSKI , Selangor takder kes demam denggi kan ? Sekarang ni je kan nyamuk2 suka beranak penak kat Selangor sebab Azmin tak cekap kan ?? Kan?? Haha...

    ReplyDelete
  2. KALAU NAK BUAT KERJA JGN LUPA BAWA CAMERAMAN AMBIL GAMBAR


    NANTI BARU LA RAKYAT PUJI BAGUS PEMIMPIN BUAT KERJA


    ReplyDelete
  3. Oleh kerana kurang pengalaman mentakbir, yg selalu difikirkan mudah oleh pembangkan inilah hasilnya, ini baru masalah nyamuk belum lg air, pengaguran, pelaburan ,ekonomi, jln raya dll lg besar boleh ke satu hari pembangkang mentabir negara ini baru kes nyamuk&air pun tak blh handle apa kan lg masalah negara, rakyat dah nampak kelemahan kpd pembankang.

    ReplyDelete
  4. Sedar ke kontraktor UMNo bertahun2 berpaut di Majlis Daerah/Perbandaran yg dpat kontrak selenggara tak buat kerja cuci longkang parit. Cuba tanya YDP kenapa asik org tu dpat tender bertahun2? Mengapa cuci longkang tak dibuat berkala? Mengapa tidak denda pemaju atau semak projek rumah yg parit tersumbat? Nak salah org ramai jugak? Skrg mat bangla indon nepal pakistan begitu ramai di Slngor sudah pandai menyewa flat apartmen teres dan tinggal ramai2 guna kolah & sgt mudah nyamuk membiak???? Kenapa salahkan state govern??? Apa kerja PBT kereta2 buruk yg tersadai yg jadi tempat nyamuk bertelor di tepi jalan, rumah, kedai, mesjid surau? Kenapa tak diangkut buang? Brape byak aduan dibuat terhadap kereta2 buruk yg dibiarkan merata2????

    ReplyDelete
  5. Yang kau babitkan indon, bangla, nepal, Pakistan tu knp dia org bawak nyamuk dari sana ke, citanya skr semenjak Selangor diambil alih. Kes denggi meninkat 66% sebab tak pandai takbir urus lagi satu x de kena mengena dgn kontraktor umno, kau ni bengngap ke apa.

    ReplyDelete
  6. Nak cerita kes denggi, kalau umno pun sama juga zaman TSKI..kebersihan tanggungjawab sendiri la, sendiri mau ingat..Allah swt bagi penyakit sbb nak bg sedar, punca penyakit dtg dari manusia sendiri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...