Tuesday 24 February 2015

KEDUDUKAN ANWAR SEBAGAI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH AKAN DIPUTUSKAN OLEH AGUNG KATA SPEAKER DEWAN RAKYAT.



Kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh hanya akan diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Anwar masih lagi kekal sebagai ahli Parlimen selepas keluarganya memohon pengampunan Diraja selepas dikenakan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan kes liwatnya,

“Dimaklumkan bahawa saya selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima sesalinan petisyen bagi suatu pengampunan pada 24 Februari 2015 yang difailkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar dan Nurul Nuha Anwar bagi pihak Yang Berhormat Permatang Pauh kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Maka kehilangan kelayakkan Yang Berhormat Permatang Pauh hanya akan mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu diputuskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Pandikar, perkara itu selaras dengan peruntukkan undang-undang di bawah perenggan (c) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuaan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bermula daripada tempoh itu, Anwar diberi selama 14 hari untuk memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong sebelum kelayakan sebagai ahli Parlimen digugurkan iaitu pada 24 Februari 2015.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini mengesahkan Ketua Pembangkang itu tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes liwat yang dihadapinya.

Bagaimanapun, keluarga Anwar diketuai isterinya Wan Azizah telah memohon pengampunan Diraja bagi hukuman atas kesalahan kes liwatnya pada saat akhir.

13 comments:

  1. anwar mengaku bersalah ke?? OMG

    ReplyDelete
  2. Perangai bang non yg macai bontot paling suka ialah "saya ade alibi bila diluar mahkamah...bila dlm mahkamah haramjadah tak bawa alibi...."saya tak akan minta ampun..at last ampoon tuanku patik nak minta ampon..."bila orang lain nepotisma....bila langkah kajang angkat bini nk jadi MB"....puiiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ko ni stress sangat nape, si sepol pun dh x nk komen ko lk yg lebih2 ... agong yg akan beri ampun bukan ko ...gi marah agong lh kalu berani ...sibuk je x tentu pasal, org lain cool je ko lk mcm org gile ..kahkahkah...macai2 ...kahkahkah

      Delete
  3. Jangan menghina orang...Allah tahu siapa kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa time hina org lupa Allah...time kene hina....baru terigt...

      Delete
  4. Puak2 pasma bihun sup n juak2 pkr dlm pas perlukan aura anwar utk menghadapi pemilihan pas tahun ni....tgkla lambakan sogokan utk perwakilan2 plus tipu daya undi demi memenangkan juak2 mereka...tipu kt dunia xper ikit depa ni...janji ke putrajaya. Belum smpi lg dah menipu....

    ReplyDelete
  5. Anwar otak keling. Yg mohon rayuan ialah keluarganya. Anwar xmohon pun. Sepatutnya pesalah jenayah yg mohon pengampunan.

    Kalau dpt pengampunan atau dikurgkan hukuman..maka akan melalak lah nuwar yg dia tak bersalah sbb bukan dia yg mohon.

    Pelakon terbaik berturut turut tiap bulan.kihkih

    ReplyDelete
  6. Kita cinta bangsa kita. Tapi itu lah. Dah terjerumus dalam politik fitnah dan umpat mengumput. Negara dah nak bankrap masih bercakaran kisah dalam kain. Dalam Quran ada kata bala datang sedangkan mereka bertengkaran. Mari muhasabah diri. Cukup2 le buat dosa kering ni.Jangan overconfident nak masuk syurga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huru hara negara ini dan bangsa melayu kerana mempertahankan kaum sodom yg gila talak nak jadi perdana menteri. Gilo.

      Delete
    2. Cuba lar keluar sikit dari minda politik liwat ni. Banyak lagi isu yg lebih berfaedah nak di fikirkan. Jangan asyik salahkan satu orang saje jadi penyebab segala2 nya. Tengok diri sendiri dah pasti memang banyak kelemahannya.

      Delete
  7. NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).
    ******************************

    Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

    Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

    Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

    Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

    Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

    Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

    Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi. Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

    Datuk Khalid Jafri Bakar Shah merupakan penulis yang menulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. Khalid Jafri meninggal dunia pada 29 Ogos 2005 kerana pehanya dipotong akibat penyakit kencing manis. Akhirnya dia mati sebelum sempat meminta maaf kepada DSAI.


    *****************************************
    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh”. (Q.S. al-Baqarah: 217)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

    ReplyDelete
  8. KITA TUNGGU NASIB PARA PELAKON ,MACAI ,DAN PENYEBAR KES LIWAT II PULAK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pasti semua akan mati dan di soal apa yang telah kita perbuat. Mudah2 an ajal tak datang besok sebelum sempat bertaubat kerana asyik mengumpat.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...