Thursday, 26 February 2015

PELAKON YANG DIDAKWA MEMPUNYAI HUBUNGAN ROMANTIK DENGAN MENTERI KANAN UMNO DIARAHKAN OLEH MAHKAMAH TINGGI BAYAR RM150,000 DAN KOS RM40,000 KEPADA BEKAS PEMANDUNYA KERANA KALAH SAMAN FITNAH.



Bekas pemandu dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon Zahida Mohamed Rafik (Zahida Rafik) bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya.

Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November  2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

Zahida sebelum ini juga didakwa mempunyai hubungan romantik dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang juga merupakan seorang menteri Kabinet.

7 comments:

  1. Patutlah fitnah org sesuka hati rupa2 nya ada hubungan dgn menteri ameno.

    ReplyDelete
  2. "Saya bersumpah saya tidak mengenali zahida..." hehehe

    ReplyDelete
  3. saya bersumpah saya tidak mengenali tuya....
    ho ho hooo......

    ReplyDelete
  4. saman... jangan tak saman..
    ayyoo..banyak dapat haaa...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Banyaknya duit Zahida. Berlakon drama dah tak nampak lama dah. Kerja apa dia ni?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...