Tuesday, 24 February 2015
AKHIRNYA PEMANDU LIM GUAN ENG DISAMAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) KERANA PAKIR KERETA DEKAT PILI BOMBA SETELAH KESALAHAN ITU TERSEBAR LIGAT DI INTERNET.
GEORGETOWN - Pemandu khas Ketua Menteri Pulau Pinang tampil menjelaskan berhubung kesalahan kereta rasmi itu diparkir sebelah pili bomba yang menjadi viral dalam media sosial kelmarin.
Rozali Ishak, 54, berkata, ketika kereta itu diparkir, dia berada dalam kenderaan itu kerana semua kotak parkir di hadapan Dewan Perniagaan Cina penuh.
“Pada hari kejadian, saya menghantar Ketua Menteri ke Dewan Perniagaan Cina untuk menghadiri sebuah majlis.
Bagaimanapun, semua kotak parkir berdekatan sudah penuh dan saya kemudiannya bergerak ke Lebuh King untuk parkir di sana. Saya akui, memang saya parking di sana tetapi saya tidak tinggalkan kereta di situ, saya berada di dalam kereta untuk menunggu Ketua Menteri.
“Pada waktu itu, saya nampak seseorang mengambil gambar kereta tetapi hanya membiarkan sahaja kerana saya bukannya tinggal kereta itu sebaliknya menunggu di dalam kereta,” katanya kepada media semalam.
Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Rozali sudah menerima saman dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikeluarkan semalam.
Guan Eng turut meminta agar perkara itu tidak diperbesarkan sebaliknya meminta media menumpukan pada isu besar yang lain.
“Sebelum ini saya ada nyatakan, jika ada yang tidak kena, kita akan minta MPPP ambil tindakan. Tetapi media janganlah menjadikan isu parkir ini satu isu yang besar. Banyak lagi isu besar yang boleh ditulis dan dilaporkan. Saya hairan, banyak isu penting lain, mengapa isu parkir kereta saya diperbesarkan pula. Rozali menjadi pemandu saya sejak 2008 dan dia tidak mempunyai sebarang masalah.
“Saman sudah dikeluarkan MPPP dan pemandu saya sudah terima saman berkenaan.
"Ia menunjukkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang cakap serupa bikin selain tidak mengamalkan pilih kasih (double standard).
"Kita juga sebuah kerajaan yang menegakkan undang-undang, apa yang dijanjikan, kita tepati,” katanya.
Guan Eng turut menyindir beberapa orang pemandu khas kepada menteri yang didakwa melakukan perkara sama namun tidak dilaporkan media.
“Kereta rasmi menteri lain pun ada yang parkir di tempat yang tidak dibenarkan tetapi mengapa tidak dijadikan viral?
“Saya mohon agar media tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ apabila menulis laporan berita,” katanya.
Terdahulu, kereta Guan Eng jenis Mercedes Benz S300L dengan nombor pendaftaran PG1 sekali lagi dijadikan viral dan dikecam teruk dalam media sosial berikutan pemandunya meletakkan kereta itu bersebelahan pili bomba di Lebuh King.
Sebelum ini, kereta Guan Eng pernah menjadi viral di internet kerana diparkir di lorong basikal di hadapan Depoh Hin Bus di Jalan Gurdwara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Hah,apa macam? puas dah hati Omakkau??
ReplyDeleteDah kena komplen baru ambil tindalan?
DeleteIsh ish ish!!! telus sungguhhhh
betoi, betoi, ada isu yg lebih besaq. antaranya tarif ayaq di p. pinang naik berganda, cukai pintu & tanah pun naik.
ReplyDeleteSatu lagi.
DeleteKalau tak bayaq kat pejabat ayaq, kena tambah 90 sen.
Mat Maslan mesti nenyak tido ni...ada modal la nak bwak isu dlm kempen PRK nanti....!!!
ReplyDeletekalau driver ada kat dlm,apa masaalah nya,melainkan tempat tak boleh menunggu..saja nak jadi isu..
ReplyDeletesetuju dengan zullelo.apalah masalahnya. driver memang kt dlm kete tu. pelik la korg ni. mulut sape la mule cite ni. semoga tuhan beri petunjuk pda mu. haha.
Deletekalau driver ada kat dlm,apa masaalah nya,melainkan tempat tak boleh menunggu..saja nak jadi isu..
ReplyDeleteriset macam lim guan end buat sendiri je,
ReplyDeleteMinyak dah turuh
Bila lagi kadar tarif air turun
Minyak dah turun bila lagi kadar cukai pintu nak turun
Dah naik dua.kali tak reti ke naik turun
Alasan yang hanya menghalalkan cara...dah terhantuk baru terngadah...sebagai Chief Minister, bukankah selalunya penganjur mana-mana majlis rasmi atau tidak rasmi yang meilbatkan kehadiran beliau akan menyediakan parkir khas untuk VVIP??? Owhhh...mungkin LGE terlampau zuhud taraf wali.....
ReplyDeleteHanya MB/KM BN saja yang dilayan VVIP dieskot lip lap2 siap siren lagi...parking khas betul2 pintu utama tempat majlis polis yang buka pintu....tabik spring aku pada MB/KM PR kerana tiada semua layanan protokol begitu
DeleteMemang dah agak...so omak kau dah puas hati! kalau nak kutuk bukan main lagi...tak relevan omak kau, makin hari kutuk je.
ReplyDeleteSEPERTI KADOK KENA BAJA
ReplyDelete(Orang yg tidak berguna tapi amat lama hidupnya)
♫♪ Senyum.....Tak Perlu risau apa2 ♫♪