Tuesday 17 February 2015

KOLEKSI GAMBAR NURUL NUHA ANWAR MENERIMA TEPUKAN GEMURUH SIRI JELAJAH CERAMAHNYA YANG PERTAMA DI PULAU PINANG.



Nurul Nuha Anwar menerima tepukan gemuruh dan sorakan berdiri orang ramai apabila anak kedua ketua pembangkang itu tiba di ceramah pertamanya di Pulau Pinang malam tadi.

Hadirin lebih kurang 300 orang berdiri dan bertepuk tangan apabila mereka melihat dia berjalan ke dalam Dewan Sekolah Han Chiang, tempat diadakan majlis penghormatan untuk bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sedang berucap, menghentikan ucapannya apabila Nurul Nuha melangkah masuk.

Mereka bersorak dengan kuat, menenggelamkan suara Mohamad Sabu.

Dengan suaranya lembut, Nurul Nuha, 31, gugup sedikit pada awal ucapan sulungnya di Pulau Pinang itu, kampung halaman bapanya tetapi orang ramai terus bersorak memberi semangat.

Membuka kata, beliau membacakan pesanan daripada bapanya.

"Saya menyampaikan salam papa kepada kalian semua di Pulau Pinang. Beliau meminta kalian tidak berputus asa, dan tidak menyerah kalah dalam memerangi rasuah, kezaliman dan penindasan.

"Semangatnya masih tinggi dan kami harap anda akan berdoa untuknya dan membantunya menghidupkan perjuangan ini.

"Papa ditahan kerana beliau bercakap benar dan menentang rejim ini... mesejnya jelas. Kita akan berjuang sehingga kita dapat membina negara yang lebih baik," katanya, sambil menambah keluarganya merindui Anwar, suara, gurauan dan pelukannya.

Beliau berhenti seketika, meminta sedikit air. Nurul Nuha kemudiannya memberitahu hadirin, beliau bukan seorang ahli politik dan tiada stamina berucap panjang.

Beliau yang mengetuai kempen “March to Freedom” untuk membebaskan Anwar, juga menggesa orang ramai menyertai inisiatif itu dan menghantar poskad mengandungi mesej memberi galakan kepada bapanya di penjara Sungai Buloh.

"Kempen ini bukan sahaja untuk membebaskan bapa saya. Ia juga untuk membebaskan semua daripada segala bentuk ketidakadilan," katanya.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun minggu lalu selepas gagal membatalkan sabitan liwatnya. Tanpa pengampunan diraja, beliau akan kehilangan kerusi Parlimen Permatang Pauhnya.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Malaysia berundur ke belakang dengan kes sabitan Liwat II Anwar.

Beliau menggesa orang ramai menggunakan kuasa demokratik mereka menyelamatkan Anwar dengan memastikan Barisan Nasional tiada lagi di Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Itulah seruan perjuangan kita. Menjatuhkan Umno, menjatuhkan BN dan membebaskan Anwar," kata Lim kepada orang ramai.

"Beliau akan melaksanakan takdirnya menjadi perdana menteri Malaysia," katanya pada majlis penghormatan “Solidariti bersama Anwar” itu.

Untuk mencapai matlamat itu, katanya, semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bertanggungjawab menyelamatkan PR dan memastikan gabungan itu kekal bersama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh, yang akan diadakan apabila Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen, bukan sesuatu yang mudah.

Beliau menggesa rakyat memberi pengajaran kepada BN melalui pilihan raya itu nanti dan memberikan kemenangan kepada Anwar.

"Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kita akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh," katanya yang turut memberi amaran yang Umno akan cuba memecahkanbelahkan PR.

Mohamad berkata, PR kehilangan tiga pemimpin dalam tempoh kurang setahun – Pengerusi DAP Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan pada April tahun lepas, Anwar yang dihantar ke penjara Selasa lepas, dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia pada usia 84 tahun pada Khamis lalu.

"Tanpa mereka, adakah PR akan jatuh? Tidak!

"Umno asyik menggembar-gemburkan cerita ini kerana mereka tahu, jika PR jatuh, mereka selamat. Jika kita bersatu, silakan keluar, BN," katanya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, BN menghadapi masalah dengan parti komponen utamanya Gerakan, MCA dan MIC yang sudah hilang kekuatan.

"Nik Aziz kata bertahun lalu, tanpa MCA dan MIC, Umno sendiri akan habis.

"Senjata Umno ialah perkauman... apa Cina mahu, boikot peniaga Cina," katanya merujuk tajuk akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan berita Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas PRU13 dan seruan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Mat Sabu memberi amaran yang sekiranya orang ramai terpedaya dengan mainan perkauman Umno, ia hanya akan memberi nyawa kepada parti itu.

"Di PRK Permatang Pauh, Umno akan memainkan isu perkauman lagi.

"PAS akan bekerja keras. PAS akan menyokong calon PKR, sesiapa saja yang akan diputuskan parti itu," katanya sambil hadirin yang majoritinya daripada masyarakat Cina, bertepuk tangan.

25 comments:

  1. Itu ckp pas Kedah.mat sabu kau ckp Mc tu sebab kau semakin mewah. Pas Kelantan x kan sokong suku sakat kominis yg tentang Hudud, amalan rasuah tu amalan mereka , mereka yg memberi, klu x de pemberi masakan ada penerima, masakan wujub perkataan kowting, mcm mat sabu dah kena kowting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii babi utan. Sejak bila ko dah terlepas kat sini?

      Delete
    2. Kowting??? kowtim lah oii...dah pegi daftar sekolah malam....

      Delete
  2. Besarnya perut Kau mat sabu kenapa ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh betol kapir ni.
      Tuhan dah bagi mcm tu la
      Tu ciptaan Tuhan la bukan ciptaan bapakkk ko

      Delete
    2. Mat Sabooooo

      Delete
  3. Apa lagi Nurul Nuha, masa nilah kau bertanding Kat DUN Melur. Lepas tu kao suruh mb Kelantan blahhh dan calonkan diri kao Jadi mb

    Bapak kau kan dulu pecat TSKI nak bagi jawatan kat Mak kau. Lepas tu bapak kao pura2 tak tau kira. Lebih Dari 2 jawapannya satu.

    Kao buat lagi ni Abuya Arqam tabik spring kat kao
    Takkan takut.

    Last skali Aku salute kat bapak kao punya goreng, habis Adding, mso, tulang Besi, Greenboc, kedahlanue percaya. Kalau kao ada resepi goreng orang, cakap kat Aku okey, boleh buat skim piramid. Ialah banyak mangkuk yg percaya.

    Jesse Labu N9ers

    ReplyDelete
  4. DLM tepuk2 dihati audience mereka akan berkata, tak habis2 nepotism Segam-boot

    ReplyDelete
  5. Balik2 Papa kao. Rakyat koa lupa.... Memang dasar nepotism

    ReplyDelete
  6. nurul nuha tak tau ka selama mak tak penah salam ngan orng jantan yg bukan muhrim hang pi salam ngan apek tu wat pa? tak pa2 ka?haram ka halai ka atau besa ja?oh sori baru aku perasan hang pakai sarung tangan lut sinaq.tang mak ok mai tang anak?????? hanyut!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam liberal meh...tim presiden parti islam pun xleh nk tegur

      Delete
    2. Salam sikit2 biasela budak x brape matang lagi...jgn jadi nenek2 yg suka peluk pelakun hindustan dah la..

      Delete
    3. Benih ko belum tentu lagi bagussss

      Delete
  7. Apasal la bawak anok bawak tok wan...nenek..pokcik..mokcik....jadi pemimpin kepala nepotisme haramjadah...cucu yg umo 3 tahun ajak sksli bertanding naib president akan datang......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut ker?
      Dgn budak tak cukup umur pun takut ker?

      Delete
  8. Aku dah tahu dah anwar akan ulang skip lama dia dulu letakan jijah kipas dan sekarang letakan nurul nuha di pematang pauh ,,sikap nepotisme pkr semakin menjadi2, anwar jenis orang tak percaya pada orang sekelingnya ,macam ini ke nak dijadikan peminpin, anwar latik cucu kau pula ia pada pru ke 15 nanti, ramai lagi akan tinggilkan pkr itu

    ReplyDelete
  9. Bila dikata nepotisme, diorang marah. Sekarang dah terbukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pon diorang marah pasal ko tu bodo sangat, tahap jamban...ko tau ke apa itu nepotisme tu... kut2 tau sebut ajer... apa maknapun tak tau..
      kalo ko betul2 tau maknanya, maka tak timbul lagi soal nepotisme tu sebenar nya...

      Delete
  10. yg ni klu kwen x lama pastu janda la blik....malang klu dpt bini mcm ni....keh..keh..keh...

    ReplyDelete
  11. Peguam Anwar, tidak pernah menafikan bahawa sperma yang dijumpai 4 cm dalam rectum Saiful adalah milik Anwar. Sangkaran hanya mengatakan bahawa ianya dimasukkan ke dalam rektum saiful guna object plastic (straw).

    Soalan 1, Siapalah si malang yang ditugaskan menyedut sperma tu dan tiup balik dalam rektum Saiful? Silap haribulan mau tertelan.

    Soalan 2, Jika benar ianya dimasukkan menggunakan objek plastik, dimana pula kita nak beli, curi atau rampas sperma Anwar tanpa kerjasama beliau?

    Kalau tanya dengan pengamal perubatan, mereka akan berikan 2 jawapan mudah,  Pertama, Anwar telah meliwat Saiful tanpa menggunakan jaket keselamatan.

    Keduanya, sperma Anwar mungkin boleh dicuri dari bank sperma sekiranya Anwar pernah cuba melakukan proses bayi tabung uji untuk mendapatkan anak.  Persoalannya, Anwar atau Kak Wan pernah mengalami masalah ketidaksuburan ke? Satu dunia tahu dia ada 6 orang anak.

    Sperma bukan sesuatu yang mudah untuk dicuri.  Kalau setakat nak curi DNA Anwar, kita boleh dapat dengan mencuri rambutnya yang gugur atau kukunya yang telah dipotong.  Tetapi nak dapatkan sperma, kita tidak boleh pecah masuk rumah Anwar, ketuk lutut dia dan dengan mudah kita boleh dapat sperma beliau.

    Lagipun, persoalan ini tidak sepatutnya bangkit.  Ini disebabkan, sepanjang tempoh proceeding mahkamah, kedua-dua Ketua Pasukan Pembelaan Anwar iaitu Karpal Singh dan Gopal Sri Ram telah menegaskan bahawa apa yang berlaku diantara Anwar dengan Saiful adalah suka sama suka.  Maka tak sepatutnya soalan ini berbangkit

    ReplyDelete
    Replies
    1. hallo anon yg bengap tapi nampak cerdik semacam...
      kepada semua persoalan yg ko ajukan tu , tak yah nak tulis panjang2 pun... cuma sekarang ni apa pun orang boleh buat ... hatta menghilang kan kapalterbang yg sedang terbang...kerana dimana ada kemahuan maka disitu ada jalan...
      lagi pun keputusan perbicaraan telah di ketahui, maka semua persoalan ko tu, tanya lah tok2 hakim tu... sebab depa yg buat keputusan...

      Delete
    2. Anon 16:58, ko penah test amik sperm lelaki lain secara rahsia ke?? hehehe

      Delete
  12. Akhirnya seorang lagi benih busok anak hasil perkongsian kote pakjubori anwar Dan azizah bakal diangkat mnjadi MP.

    ReplyDelete
  13. nape muka mat babun sama mcm muka mat hari rayer? apakah mereka adik beradik kandung???

    ReplyDelete
  14. ini la parti anak beranak... anak beranak hidup senang.. tapi penyokong yg melalak reformasi hidup tahap tu juga.. inikah keadilan untuk semua...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...