Wednesday 25 February 2015

ISU PAS MENERIMA AMARAN DAN UGUTAN AGAR KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT ... MUSTAFA ALI TEMPELAK GOBIND SINGH DEO.



Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu tidak akan keluar dari Pakatan Rakyat walaupun menerima ugutan dan amaran daripada rakan gabungan, DAP.

Katanya, PAS menganggap kenyataan berbaur amaran oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dua hari lalu menunjukkan pemimpin DAP itu tidak faham dengan konsep Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, isu pelaksanaan hukum Hudud oleh PAS Kelantan sudah lama dibangkitkan dan tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pihak termasuk rakan gabungan Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP dan PKR.

“Pas tidak akan terkeluar daripada PR. Gobind tidak faham dan isu Hudud telah lama kita bangkitkan,” katanya dalam entri terbaharu facebook beliau semalam.

Selasa lalu, Gobind yang juga Ketua Biro Undang-Undang DAP dalam kenyataannya kepada media berkata, PAS bukan lagi sebahagian daripada rakan gabungan pakatan pembangkang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya membentangkan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan II (Hudud) Mac ini.

Kata beliau, undang-undang hudud yang hendak diperjuangkan PAS itu tidak terkandung dalam perjanjian Dasar Bersama Pakatan Rakyat antara parti itu dengan PKR dan DAP.

Kenyataan Gobind turut mendapat maklum balas daripada Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Ulamak PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

Kata mereka, PAS Kelantan akan tetap membentangkang rang undang-undang berkaitan hudud pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bermula 16 hingga 19 Mac ini.

1 comment:

  1. Diantara PAS dan daPIGS aku hakkul yakin PKR akan sokong saudara sealiran mereka daPIGS

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...