Thursday, 12 February 2015
ANWAR MASIH AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH KATA SPEAKER DEWAN RAKYAT
Kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dapat diumumkan buat masa ini dan perlu menunggu 14 hari dari tarikh sabitan Mahkamah Persekutuan, kata Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen pengampunan dalam tempoh tersebut maka status kelayakannya akan diketahui selepas keputusan petisyen itu diumumkan.
"Di bawah perenggan (a) Fasal (4) Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh YB Permatang Pauh disabitkan dan dihukum.
"Sehubungan itu, saya hanya boleh mengemukakan pemberitahuan selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan mengenai kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja kehilangan kelayakan YB Permatang Pauh sebagai ahli Parlimen mula berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan sabitan Anwar dan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadapnya atas tuduhan meliwat Saiful di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada Jun 2008.
Kesalahan Anwar di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan.
Ia dibaca bersama Seksyen 337A Kanun Keseksaan, yang mensabitkan kesalahan liwat dan seks oral.
Anwar didapati bersalah meliwat Saiful di sebuah unit kondominium di Damansara, Kuala Lumpur, pada 26 Jun 2008, mengekalkan hukuman lima tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Dalam ringkasan penghakiman, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria berkata, mahkamah mendapati dakwaan konspirasi politik daripada pasukan pembela sebagai tidak berasas.
Beliau juga bersetuju dengan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang Saiful seorang saksi yang boleh dipercayai.
Beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada dan Australia menyatakan kebimbangan mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Mereka berkata kes Anwar menimbulkan persoalan tentang kebebasan dan keadilan badan kehakiman Malaysia serta kedaulatan undang-undang negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Kalau Anak Anuar brrtanding memang Sah nepotism kat Matang Pauh.
ReplyDeleteNASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).
ReplyDeleteHakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.
Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.
Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.
Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.
Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.
Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
Penulis Buku Fitnah '10 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM" iaitu Khalid Jafri juga koma sebelum mati. Buku itu menjadi asas kes Fitnah 1 DS Anwar.
Baca lah blog The Chulan...
DeleteKadangkala kita bersikap bodoh pada tempat nya tetapi memuja, berlagak hebat dan terpandai sehingga jatuh syirik, tidak lain hanya ingkar dengan kekuasaan Allah SWT.
Jika Malaysia tersimpai dengan IMF, di mana keberadaan dan kebebasan kita sebagai rakyat sejati ?
puja umno lebih2 pun boleh jadi syirik oii maea...
Deletekalu dah syirik tak boleh nak tanam kat kubur islam kat kajang turr...
Demage control!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteINI baru real dulu Bini Ketum, pas tu Ketum la ni Anak Ketum plakk. Wauuu sungguh nepotism ala Korea utara
DeleteYes yes yes anon 15:51 ulang banyak Kali supaya geng geng fitnah liwat 11 sesi 2015 yang tumpul otaknya akan berfikir APA yang terjadi pd para pelakon liwat l. Negara negara kapir US UK Australia Eropah Kanada pun tak sejahat mcm Malaysia yg mendakwa buah negara Islam.buat malu satu dunia aje...puiih
ReplyDeleteadakah ini bermakna sidang parlimen akan diadakan di penjara s.buloh??sepatutnya dsai umumkan terlebih dahulu ds azmin ali sbagai pengganti sebelum masuk penjara.janganlah terlalu ego datuk seri!!!pikier2 kan...
ReplyDeleteYang Benerrrr
Jeff, Ulu Yam.
Reformist Originel
Hidup lagi binatang dari hutan ulu yam ni. Ingatkan dah mampooz kena makan harimau!
DeleteJeff ulu bendul tak habis2 membodek azmin mesti baik ada makna tu
DeleteSori aaaaaaa,
DeleteITU Jeff tiruan, I Dah pindah tempat lebih glamer, hip hop Dan cosmopolitant
Jeff, Hulu Bernam
Didepannya Tanjung Malam. Dibelakangnya rawang
jeff yg bela babi kat ulu yam tu ker?
DeleteRamainya para pelakon Liwat I yang dah masuk dalam tanah...pelakon liwat dua camana pulak cara kematian dia orang.
ReplyDeletebaru seorg yg mati iaitu karpal singh...mati eksiden balasan dari Tuhan kerana mempertahankan peliwat tua...heee
DeleteOrg yg menuduh seseorang muslim berzina/ meliwat tanpa mengemukakan 4 org saksi adalah Qazaf- yg wajib d hukum 80x sebatan dan d tolak kesaksiannya selama-lamanya. Begitu berat hukuman Qazaf, kerana Qazaf adalah perlakuan dosa besar. Firman Allah swt yg bermaksud, adapun org2 yg melemparkan tuduhan zina kpd perempuan baik2, kemudian tidak bawa 4 org saksi, maka sebatlah mereka 80x, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama- lamanya, kerana mereka org2 yg fasiq( surah an- Nur:4). Ulamak berpendapat bahawa kes liwat hukumannya sama dgn kes zina. Menuduh liwat sama dgn menuduh zina iaitu 4 org saksi d perlukan. Menuduh liwat samada melalui lisan mahupun media sosial wajib mendatangkan 4 saksi. Tanpa 4 saksi anda adalah pesalah Qazaf dan BERDOSA BESAR.
ReplyDeleteNauzubillah...mudah2an saya dan ahli kluarga tidak trmasuk dlm golongan ni.
DeleteNak buat camne??dah pkr sendiri tolak rang undang2 hudud yang dibawa oleh pas.bila dah terkena batang hidung sdiri baru la nak menyesal.jangan la smpai terkena diri sndiri baru nak kembali kpd quran.jgan jadi hipokrit@munafiq...
DeleteBukan tak mahu hudud cuma byk lg yg perlu diselesaikan utk melaksanakannya pas tu yg ngok tak faham2 dgn mainan umngok sekejap taknak sekejap sokong pas sekarang pun dah huru hara
DeleteBerapa lama nk selesaikan ngok...nk besarkan kandang babi dulu ke?hukum Allah ko letak no berapa? ngok!
DeleteHoi ngok ni msia lah ko ingat senang2 ke kerajaan nak luluskan hukum hudud umngok saja ckp pusing2 supaya pakatan terbarai sekarang dah terbukti umngok berjaya dah boleh senyum pru nnt pas yg ngok percaya dgn umngok nak laksanakan hudud kalau dah jd kerajaan barulah tak sia2 nak cita hudud ngok
Deletehai anon 17:37...
Deleteko tanya berapa lama nak selesai ngok lagi bongok.... yg umngok tu dah dekat 60 taun dah, tak selesai2 tu ko tak tanya lak... ke tak nak laksana kan terus.... kan 1malaysia ni negara islam tersohor.... tak malu kat brunai ke...
Bodo ngaji lagi la......kapal sink dah mati bala lgi cepat smpi...
ReplyDeleteKau tu yg sepatutnya ngaji lagi supaya kau jd manusia bukan jd binatang!
Deletehey .. tengok2 .... dua ekor batak berekor sedang bertekak... dua2 .... bodoo.....
DeleteAdakah org2 yg Qazaf iaitu menuduh tnpa mndatangkan 4 saksi akan menerima nasib yg sama seperti pelakun2 liwat!!!
ReplyDeleteinsyaallah kalu diperkenankan-Nya
Deleteoh rozana
ReplyDeletebisjutmu & royi ku
tidak dpt dipisahkan
kesukaan jejaka bangla
oh rozana
mencari bisjut berpegang tangan
royi tidak jumpa
sama2 di sekitar kotaraya dan klcc
oh rozana
bersama bisjut & royi
ku hadiahkan padamu
tanda cinta abg bangla padamu
oh rozana
abang teringat kota dhaka
menggengam busjut & royi
untuk di bawa ke melaysia ini
nk bisjut??? nk bisjut???
Hihihi bisjut.
DeleteHati dah keras hitam...bila orang cerita pasal hukum Islam dia pun terus menyanyi nyanyi.alih topik. Malang sungguh mak bapak yg ada anak macam ni.
ReplyDeletehati ko lagi hitam pekat. nmpk jer salah org dlm ni. suh mak bapak ko skolhkn ko blik. ..hati ko kalu baik xde hasad dengki...ko nasihatkn org bebaik...jgn kondem2 k...
DeleteNak belajar hukum Islam pi lah mengaji di U Madinnah, Al Azhar atau lain2 U di Timur tenngah, bukannya di blog2 seperti ini. Blog2 biasa tempat org maki hamun untuk lepas geram.
Deletehidup melayu melaya
ReplyDelete1 malaysia dimalukn oleh keputusan 5 hakim
ReplyDeleteko jangan dok perasanlah
DeleteMsia mana tahu malu
Deletetapi aku maluuuu sangat
Delete