Thursday 26 February 2015

PETISYEN PENGAMPUNAN AGUNG PERLU TANDATANGAN ANWAR KATA PEGUAM KANAN


Tanpa persetujuan dan restu tuan punya tubuh maka secara otomatik petisyen pegampunan DiRaja akan ditolak.

Maksudnya Anwar Ibrahim sedar dan dalam pengetahuannya akan penyerahan petisyen pengampunan DiRaja oleh Kak Wan dan anak beranak ke istana negara Selasa lalu.

Tidak perlulah kita nak jadikan ianya suatu isu perdana kerana ini didalam ruang lingkup perlembagaan negara.


Petisyen Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pengampunan Diraja tidak sah sekiranya tidak ditandatanganinya sendiri dengan senarai faktor bagi pengampunan, kata seorang peguam kanan.

Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung.

"Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan mengejut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat.

Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan.

Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja.

"Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya.

Jagjit, 70, mengendalikan banyak permohonan ke Lembaga Pengampunan, termasuk permohonan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang disabitkan bersalah kerana membunuh Datuk Mohd Taha Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada 1982.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kemudiannya menukar hukuman mati Mokhtar kepada hukuman penjara lebih ringan yang akhirnya membawa kepada pembebasan awal daripada penjara.

Jagjit juga mengendalikan anak guam dihukum mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan dijatuhkan hukuman mati kerana melanggar undang-undang keselamatan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan.

Peguam itu juga berkata, dalam semua kes, anak guamnya sendiri menandatangani surat untuk permohonan pengampunan dengan menyenaraikan faktor yang boleh meringankan hukuman mereka.

"Dari segi undang-undang, pemohon sudah pun bersalah atas kesalahannya. Lembaga hanya boleh meringankan hukuman yang dijatuhkan mahkamah," tambahnya.

Anwar mula menjalani hukuman 5 tahun penjara pada 10 Februari selepas panel 5 hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jagjit berkata, sekiranya petisyen Anwar diterima, beliau boleh menjangkakan pengampunan penuh ataupun separa pengampunan, merujuk kepada meringankan durasi hukuman penjara.

Beliau berkata, tiada jadual masa bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, tetapi ia mungkin mengambil masa 6 bulan selepas petisyen dibuat.

Minggu lepas, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata lembaga tersebut merupakan pilihan terakhir bagi pengampunan walaupun ia tidak dapat menukarkan sabitan kesalahan kepada tidak bersalah.

"Lembaga boleh mempertimbangkan mana-mana perkara yang relevan dalam membuat keputusan," katanya sebagai respons kepada kenyataan bekas komando Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, mengatakan menerima arahan daripada orang atasannya sewaktu melakukan jenayah itu.

Sirul yang berlepas ke Australia pada Oktober lalu kini ditahan di pusat tahanan imigresen selepas notis merah dikeluarkan Interpol.

Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993 berkata lembaga itu tidak terikat dengan pendapat peguam negara walaupun perlu mengambil kira nasihatnya.

Talib berkata permohonan Anwar bagi pengampunan Diraja akan diketuai sultan dan ahli lembaga akan terdiri daripada perdana menteri, ketua hakim negara dan dua lagi ahli.

9 comments:

  1. Apa ke bangang nuwar ni . mtk ampun Kat Allah la atas dosa meliwat. Tu pun tak tau ke.

    ReplyDelete
  2. Keluarga ni mme sah bodoh piang tak tau law rupa rupanya.....nnpk pandai tapi bangang bertingkek tingkek....bang non pun stakat genral degree klas 3 jer....padan la tu......

    ReplyDelete
  3. Ramai yg susah hati nuar nk mintak ampun nampaknye ...hee ...kalau dh diampun ramai yg mati gamaknye ...hee

    ReplyDelete
  4. NASIB PELAKON KES LIWAT 1 (1998).
    ************************************************

    Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada 2010 di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

    Ummi Hafilda Ali: Salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal. Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut.

    Azizan Abu Bakar: Rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan mengaku berzina depan hakim syariah lalu dihukum enam bulan penjara.

    Rahim Nor: Bekas Ketua Polis Negara pertama dimasukkan ke penjara, hilang pencen, tiada siapa mahu dekat dengan dia kini.

    Aziz Samsuddin: Ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalan raya dan isterinya juga meninggal dunia (selepas beliau bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dalam konspirasi). Apabila mereka mengambil jenazah isterinya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

    Peguam Negara (Mohtar Abdullah) pada masa itu, yang bertanggungjawab menyediakan perbicaraan Anwar. Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut. Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan-akan kepala kera. Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

    Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi. Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar. Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Samsudin, tetapi Aziz menolak. Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

    Datuk Khalid Jafri Bakar Shah merupakan penulis yang menulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. Khalid Jafri meninggal dunia pada 29 Ogos 2005 kerana pehanya dipotong akibat penyakit kencing manis. Akhirnya dia mati sebelum sempat meminta maaf kepada DSAI.


    *****************************************
    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh”. (Q.S. al-Baqarah: 217)

    Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Q.S. al-Hujurat: 6)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak macai2 umno jd gile meroyan...kahkahkah

      Delete
    2. bro, takde umnu meroyan pun dlm ni, tp pompuan meroyan masih dilamun cinta gelap dgn khalid berahim yg tulis semua tu.

      dendam tk sudah cinta terbengkalai ditengah jalan. mcm KIDEX yg dibuat khalid dn umnu tp musnah dek azmin

      Delete
  5. Aku rasa Permatang Pauh akan menyaksikan jijah kipas remote control kalah.

    ReplyDelete
  6. Haaaa ingat gang2 lilin. Jadilah orang yg berguna. Ni pi bakar lilin justice for mat Matang. Cuba buat solat ka, kempen sambil menolong Anak Yatim ka.
    Orang Islam dilanda musibah kita kena berdoa bukan bakar lilin
    Kalau dah bodoh, memang bodoh tahap jamban. Jeni's macam ni nak membawa reformasi. Wushhhhh bodooooo bodoooooo

    (Aku tau WFauzdin cukup takut besiber bahas dgn aku. Ahakkss)

    Yg Benerrrrr
    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg originel

    ReplyDelete
  7. ketika anwar di lepaskan oleh pak lah atas peampunan agong di pining di timpa tsunami
    Ketika anwar jadi mb takdir juga menhalang anwar
    Ketika anwar pecat kahlid takdir juga anwar menyebut 50 jan surat di hantar pada kahlid di kahlid untuk pecat menbuktikan anwar seorang pemutar belik
    Ketika pas kelantan sokong peliwat kelantan di tempa bala banjir balak
    Ketika anwar di janji menjadi mb 16 sep takdir dihalang .
    Ketika bersih dulu allah telah tunjuk bahawa anwar di sokong oleh golangan mutad dan golongan LGBT sampai bendara pelangi LGBT di kibarkan ketika bersih
    Ketika puak pkr berdoa dan sembahyang hajat allah tunjuk anwar di dapati bersalah di mahkamah
    Ketika anwar di penjara sungai buluh anwar allah telah tunjuk kan pehormatan di beri pada anwar dengan menyalakan lilin pada seolah2 anwar bukan beragama islam, ingat dengan menyalakan lilin adalah amalah perhormatan orang gereja, allah telah tunjuk bahawa anwar di hina sehina nya

    buka mata korang ini Pkr

    Sedar lah nak jadi pm semua ditakdirkan macam mana pun anwar usaha, allah akan menjaga malaysia dari jatuh tangan peliwat dan merosak malaysia

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...