Thursday, 12 February 2015

PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) DISAHKAN PENGANUT ISLAM.




GEORGETOWN
- Mahkamah Syariah  Pulau Pinang memutuskan pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tunku Bainun, Bukit Mertajam Dr Teh Koon Hoo yang meninggal dunia, 7 Februari lalu sebagai seorang beragama Islam.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin selepas menilai dan meneliti keterangan 12 saksi pemohon yang didengar secara lisan dalam prosiding secara tertutup selama dua hari.

Sejurus keputusan itu, seorang wanita yang dikenali sebagai rakan baik Koon Hoo menitiskan air mata dan bersyukur dengan keputusan itu manakala ahli keluarganya kelihatan tenang dalam kamar mahkamah.

Prosiding mengikut Seksyen 61 (3) (10), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang iaitu pengisytiharan seseorang yang sudah mati sama ada Islam atau sebaliknya yang dibuat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) diwakili peguam Noor Asyimah Ramli manakala ahli keluarga si mati tidak diwakili peguam.

Dalam penghakiman ringkas, Mohd Yunus berkata keputusan Mahkamah Syariah adalah berdasarkan dokumen yang dikemukakan saksi pemohon yang jelas menunjukkan Koon Hoo adalah penganut Islam.

"Mahkamah meneliti setiap keterangan saksi secara terperinci mengikut peruntukan Seksyen 46 dan 47 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) berdasarkan penghakiman fakta dengan keterangan lisan dan keterangan lisan mestilah secara langsung serta menilai secara terperinci bawah Seksyen 48 dan 49 enakmen yang sama.

"Mahkamah mendapati pihak memohon berjaya membuktikan kesahihan bahawa dakwa mereka adalah benar bahawa Koon Hoo sudah memeluk Islam. Mahkamah juga mendapati semua dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pemohon dan  saksinya adalah boleh dan wajar diterima. Ini menunjukkan pihak pemohon membuat tindakan yang sewajarnya yang diterima mahkamah dari sudut undang-undang," katanya.

Menurutnya, berdasarkan saksi pemohon jelas menunjukkan Koon Hoo adalah seorang yang beragama Islam namun secara tidak rasminya berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang seperti mana peruntukan Seksyen 111  Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 sebagai seorang yang memeluk agama Islam boleh membuat pendaftaran mualaf.

"Namun, perlu dijelaskan bahawa Seksyen 111 tidak menjadi satu kemestian kepada mereka yang melafazkan syahadah untuk memohon kepada pihak berkuasa bagi mendaftar memohon sebagai mualaf. Namun berdasarkan peruntukan Seksyen 107, 108 dan 109 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, boleh bersyahadah boleh diterima sebagai Koon Hoo sebagai penganut agama Islam," katanya.

Beliau berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan saksi rakan baik pemohon dan tidak menimbulkan keraguan bahawa si mati melafazkan syahadah sebanyak dua kali dihadapannya seperti yang dikehendaki oleh peruntukan Seksyen 107,108 dan 109 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

"Lagipun, saksi-saksi pemohon adalah kredibel di mana sebahagiannya adalah kenalan dan orang yang paling rapat dengan  Koon Hoo dan sebahagaian lain saksi adalah berautoriti seperti pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya, doktor perubatan, pengarah IPG Kampus Tunku Bainun.

"Justeru itu,  menjawab persoalan si mati mempunyai ciri-ciri dan sifat sebagai seorang beragama Islam, mahkamah mendapati jawapan 'ya' di mana elemen melafazkan kalimah syahadah secara sukarela hadapan rakan baiknya, menjalankan ibadat puasa dan solat dalam masa sama, Koon Hoo sudah berkhatan menunjukkan dia adalah seorang Islam," katanya.

Oleh itu, mahkamah mengisytiharkan Koon Hoo adalah seorang beragama Islam dan MAINPP dibenarkan menguruskan pengkebumiannya dengan segera mulai semalam.

3 comments:

  1. Alhamdulillah...
    perginya seorang syuhadah...

    ReplyDelete
  2. moga Allah mengampuni dosa2 beliau...

    ReplyDelete
  3. Kepada keluar Koon Hoo..takziah...Allahyarham telah bertemu dgn Sang Penciptanya didoakan dalam golongan para Sholihin...Sesungguhnya hidayah lslam itu milik Allah...moga dikalangan keluarga Koo Hoo menuruti jejaknya...dan bersabar dlm menempuh kehidupan ini..Aminnn

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...