Tuesday, 17 February 2015

SETELAH DIBIDAS TERUK AKHIRNYA AZMIN ALI MUNCUL DI PREMIS PENJARA SUNGAI BULOH.



Setelah Anwar Ibrahim merengkuk dalam penjara masuk hari ketujuh dan Azmin Ali dibidas teruk atas bawah, kiri kanan dan depan belakang dengan kata-kata retorik halwa telinga penyedap jiwa betapa jika Anwar dipenjarakan mereka akan robohkan pagar penjara dan tidak akan benarkan Anwar masuk penjara walaupun sehari.

Tetapi kehadirannya bukan untuk merobohkan atau rempuh pagar penjara atau ajak rakyat gali buat terowong membebaskan Anwar Ibrahim tetapi sekadar menjadi tukang pemberi semangat dan penambah angka kehadiran dalam program nyalaan lilin bersama-sama dengan 70 orang depan pagar pintu Penjara Sungai Buluh.

Antara ciri-ciri Munafik Dalam Islam:-

1)  Khianat
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

2)  Ingkar Janji
Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

Omak Kau secara peribadi tidak setuju dan sokong politik ganas melanggar undang-undang dan perlembagaan negara .. berpolitik ikut saluran yang diiznkan oleh undang-undang.

Tidak terpukau dan tersilau maupun terpesona dengan politik retorik dengan kata-kata hebat seronok didengar sebagai halwa telinda, penyedap hati dan pendingin jiwa yang resah dan gusar.

Cukup kuat berpegang kepada politik pro kebenaran walaupun pahit .. politik berpegang teguh kepada janji sebelum dan selepas berkuasa .. benci politik flip flop berdolak dalik .. meluat politik matlamat menghalalkan cara ... menyampah politik retorik omong-omong kosong.

Semasa berucap di Kongres Nasional PKR di Johor, 25 November 2011 lalu, Azmin dilaporkan berkata PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

"Sekali lagi malam ini saya nak ikrarkan, saya akan bekerja, saya akan lawan pastikan satu hari pun anwar tidak akan merengkok dalam penjara" - Azmin Ali  ... ucapan melancarkan Reformasi 2.0 sempena PRK Kajang.

Kalau tidak mampu lakukan jangan bersuara kencang, sebab itu segala kata-kata Azmin Ali kini, dipandang sinis sipi oleh rakyat .. dengar boleh pegang dan percayanya jangan... jangan persalahkan rakyat dan anggota-anggota parti kerana bersikap dan berpendirian sedemikian, sebaliknya salahkan diri sendiri.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

18 comments:

  1. Berdoa aku tak marah sangat, tapi bertakakur samba menyalakan lilin itu apa cerita itu bukan kah itu amalan agama kristen , mungkin ustaz2 dalam pkr boleh cerita apa mereka lakukan semasa mula anwar masuk penjara itu dan menberi penjelasan pada rakyat yg beragama islam itu

    ReplyDelete
  2. Tak rock la omak kau cakap macam tu kat Azmin. Dia paham ni semua kerja sia sia. Dari nyala lilin baik bakar lemang. Jualan untuk mangsa banjir.

    Dia Dah buat yg terbest lagi komplen.

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist bukan cap ayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak tu, bakar lemang lagi ada hasilnya. PKR ingat TS Najib nak bebaskan Anwar ke? buang masa, wang tenaga aje berlonggok depan penjara tu, buatlah perkara befaedah sikit.
      Buat solat Hajat kat surau, masjid atau kat rumah dapat jugak pahalanya. Azmin pergi pun kerana diasak kiri dan kanan, kalau tak dia tak akan perginya krn dia tahu itu adalah kerja org yn tak cerdik.

      Delete
  3. Awal-awal lagi dia kata pembelaan dia ialah alibi. Sebanyak 13 nama dia beri masuk tetapi seorang pun dia tak panggil sebab daripada awal lagi dia hendak tipu. Dia hendak kata dia bukan di apartment itu tetapi di apartment sebelah. Akhirnya apabila kita tunjuk kamera litar tertutup (CCTV), dia sudah terpegun. Alibi dia semua habis terbang. Saya pun hendak tengok dia panggil Wan Azizah untuk apa. Dalam keterangan dari kandang pun dia tidak kata alibi. Jadi, alibi kira lesap terus.


    Benda psl alibi pun dia xjwb lagi..knp xpanggil padahal nuwar yg bagi nama2 saksi ni

    ReplyDelete
  4. Kondo tu knp bagi sepul password ?masih xberjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi badigol....dah si Sepol tu masa tu pegawai khas Nuor mestilah Nuor bagi password kat dia untuk keluar masuk kondo tu....bangang tak boleh di ajor...persoalan ko ni secara tak langsung menunjukkan selama ni Nuor dapat barisan peguam yang langsung tak boleh pakai, sampaikan tak pernah diorg terfikir pulak pasal isu password bagai neh bila berhujah....ko hebat sangat pegilah ke Bamboo River Resort tu melalak kat sana...tak pun pegi kedai beli buah limau purut 3 biji buat main golf kat depan gate tu... ada faham maksud sindiran aku neh??????

      Delete
    2. Apa sebab saiful boleh dpt password? Bayangkan jika saiful xde password..tentu kejadian liwat tidak berlaku..

      Delete
  5. Azmin berfikiran waras, tak guna buat kerja sia-sia. Dia tak nak cakap terang-terangan tapi penyokong perlu faham.

    ReplyDelete
  6. Salam admin..
    Khabarnya Datuk Khusrin SUK Selangor telah dapat "tangkap" beberapa penjawat awam Selangor yang asyik minum pagi & membeli belah ketika waktu bekerja beberapa hari lepas....mohon highlight perkara ini...kami pembayar cukai berasa tindakan segelintir PENJAWAT AWAM ini amatlah KEJI sekali....sekeji penerima rasuah, baik pegawai yang di atas mahupun staf-staf yang di bawah! Mohon perkara ini DIHENTIKAN serta merta! Jaga amanah, jaga tingakh laku dan JANGAN MAKAN GAJI BUTA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon gak SUK negeri lain tu buat tangkapan macam SUK selangor , pasal penjawat awam negeri lain pon nampak nya ramai bersepah2. dok bukan setakat minum pagi, malah minum tengahari dan minum petang pun... dan dok shoping sakan ketika waktu kerja...

      Delete
  7. JIJAH PRESIDEN PKR WAJAR PECAT AZMIN ALI...JIJAH ADA KUASA PECAT SEBAB TIDAK TOLONG ANWAR DI PENJARA. ...GAN BAGI CACING NAIK KE MATA....

    ReplyDelete
  8. Ajmin ni mulut dia samalah macam simulut longkang Ajwan Ali dan si anak derhaka Umipida Ali.Adik beradik sepuki mulut aura longkang!!!!!

    ReplyDelete
  9. azmin terselamat untuk 5 th.. jubo eh tak dirodok oleh aljubori nuar brahim.. berehatlah dan buat latihan kemut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi jubo ko tu masih tak selamat ...!!! jangan dok sedap sangat tau, pasal kat luar tu , masih lagi berkeliaran penjubo tuya.... awas kau, kalau kena naye badan tu.. jawap nya tak lih jalan tiga hari la , macam saipol tu... he he he ....ko doh buat latihan kemut tubi ker hah ...

      Delete
  10. Azmin berjuang untuk siapa dan untuk apa ? Lebuhraya kidex di batalkan atas desakan siapa ?

    Jangan lah kita mati dalam kemusyrikan. Sesungguh nya kemusyrikan yang kita lakukan akan terserlah mengikut amalan kita di dunia-jika ada pengikut nya dan pasti menjadi bahan bakar neraka kerana suka menghalalkan cara konon nya lebih mursyid dalam agama nya sehingga memakan daging saudara sendiri itu menjadi perkara 'wajib' di amalkan !

    MasyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mkn daging sedara sendiri tu la yg slalu dok berdemo...merusuh..kn..kn. yg ni jatuh apa plak harus haram halal?? langkh kajang tu mkn apa?? mkn babi kot kn..maae...lu pikir la sndiri...

      Delete
  11. ooo... hari ini siap bawa hadis nabi omak kau yer.... macam ostazah laa...ostazah aper nyer... ostazah omak kau... !!! kelas gitu.... he he he kelakor nyer...
    pun tak kesah lah tu... nak jadi ostaz ke , tuan guru ke , lantak ko la , wa tadak peduli ooo.... tadak kesah ma...
    yang aku nak kesah kan nyer ialah... semua sifat munafik tu sebenar nya ada 100% kat boleh dikata kan kebanyak kan pemimpin umngok bongok yang najib sendiri cakap bangang tu... sebab itu lah omak kau jangan bersuara kencang sangat kalau mata tu rabun , gajah depan mata pun tak nampak.... bukan aper takut nanti macai2 yg menhurungi blog ini akan pandang sinis sipi kepada omak kau... baca boleh, pegang dan, pecayanya jangan....nanti jangan persalah kan macaii2 pulak dek kerana sikap yg kepura puraan sedemikian , sebalik nya omak kau salah kan diri sendiri le yer....


    macai ori
    ulu legeh

    ReplyDelete
  12. Cakap2 nak azmin nak roboh pagar penjara seolah2 negara kita ini tiada undang2 &peraturan &t idak bertamadun....

    kalau hidup dizaman batu & mengunakan undang2 rimba bolehlah cakap macam itu....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...