Wednesday 18 February 2015

SIAPA SEBENARNYA MUSUH PASMA INI?????? .... PAS ATAU UMNO????



PasMa perlu nyatakan kepada rakyat siapa musuh mereka, Pas atau UMNO?

Pesuruhjaya Pas, Datuk Iskandar A. Samad, setakat ini, pertubuhan bukan kerajaan itu dilihat menumpukan serangan mereka terhadap Pas bukan UMNO.

“Ianya dilihat sedang menjalankan usaha untuk memastikan Pas sebagai parti politik tidak lagi stabil. Oleh yang demikian, terdapat yang bertanya adakah terdapat satu komplot di antara PasMa dan UMNO,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Iskandar, di Selangor, hubungan di dalam Pakatan Rakyat (PR) telah kembali pulih setelah berakhirnya krisis Menteri Besar dan sekiranya tidak ada hubungan yang baik dalam kalangan parti-parti PR maka sudah tentu agenda membangunkan negeri dan membela nasib rakyat tidak akan tercapai sepenuhnya.

“PasMa perlu mengambil kira realiti politik berkerajaan sebelum mengambil keputusan untuk menggempur Selangor. Kecuali memang hasrat PasMa untuk melihat PR kucar-kacir di Selangor dan kerajaan negeri gagal mencapai sasaran-sasarannya.

“PR perlu terus kukuh di Selangor dengan menjadikannya negeri contoh agar impian menawan Putrajaya menjadi realiti,” ujarnya.

9 comments:

  1. Semua umat islam bersaudara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dinasihatkan balik kepangkal jalan...Akui kesolapan dan kelemahan masing-masing.

      Delete
  2. realitinya PASMA mesra PR ..sepatutnya ini yg ditanya,"Siapa sebenarnya musuh PAS? PASMA atau UMNO?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO memang musuh politik PAS...tapi yang jadi masaalah sekarang ada kalangan tupai tupai dalam pas,pkr dan dap yang cari jalan bermusuh pula dengan PAS sebab PAS tidak ingin diperlembukan sepertimana UMNO diperlembukan oleh MCA dan MIC.... KIHKIHKIH

      Delete
  3. Musuh PASMA ialah ROHMA...MAKMAH...TIMAH...

    ReplyDelete
  4. pasma ini ditubuhkan oleh anwar, ahli dia mesti menyokong peliwat teger ia, ditubuhkan selepas pas tak mahu dengar cakap anwar, jadi pasma harus di tutup selepas anwar masuk penjara

    ReplyDelete
  5. Tupai sebelum tebuk kelapa atau durian, dia akan kencing tempat yang ditebuk supaya kulit mereput dan kemudian mudah digigit...maka pasma sama dengan tupai yang kencing buah pas supaya lebih mudah ditebuk....kalau sesiapa kenal siapa presiden pasma yang gila kuasa nak jadi mb kedah maka jangan terkejut kehkeh keh

    ReplyDelete
  6. Ko belajar ilmu menebuk dari tupai ke? kikiki

    ReplyDelete
  7. perangai orang jahat ialah bertanya tentang musuh, dan perangai orang baik ialah bertanya tentang kawan...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...