KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 24 February 2015

KEPUTUSAN YANG TEPAT LAGI BIJAK ... PAS MENYOKONG KAK WAN MENJADI KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN DAN BUKANNYA AZMIN ALI



Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.

"Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

“Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa, merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.

Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang,” katanya.

DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gabungan itu sepatutnya memutuskan siapakah yang bakal menggantikan Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk memenjarakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Anwar termasuk Dr Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali dan anak kedua ketua umum PKR itu Nurul Nuha.

Pada 22 Februari Ulama PAS mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang kerana beliau adalah tokoh berpengalaman dalam PR.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk menjadi ketua pembangkang walaupun Adun Salor itu bukanlah anggota Parlimen
.

8 comments:

  1. Yeesss!....Tahniah KAK Wan,Tahniah PAS...aku sokong 110% semuga KAK Wan menang bergaya.rasa macam dapat semangat baru.padan muka Azmin padan muka macai sombong.silap haribulan gombak pun terlepas...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hahaha.....
    Kak wan memang berhak sebelum ni memang beliau yg gantikan anwar tiada siapa akan bantah.
    Semoga menang besar.......!

    ReplyDelete
  3. susah sangat buat pilihan raya pr pilih ketua pembangkang ,korang pilih yg mana satu
    1)Jijah kipas
    2)Hadi
    3)Mat sabu
    4)Usam
    5)Lin guan end

    ReplyDelete
  4. Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

    Kah..kah...kah...
    Dulu Hadi kata Azizah tidak layak jadi MB Selangor kerana tak pandai berhujah..

    Tapi kenapa sekarang kata ada peluang jadi ketua pembangkang. Apakah jadi ketua pembangkang tidak perlu berhujah ?

    Pemimpin PAS bikin U-TURN....kah..kah..kah

    Apabila lembu suci berlaluan pada Azizah bermakna PAS mahu memberi bola tanggong pada Barisan Nasional dan memerangkap Azizah agar bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang...

    Bila Azizah bertanding puak itu akan sabotaj agar Azizah kalah.... Kalau kawan sendiri mereka boleh belasah dalam mesyuarat..inikan pula bersaing pengaruh.

    Hanya orang gila saja yang percaya dan wala pada lembu suci...kah...kah...kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan soal U-Turn lah. Tanggung jawab sebagai MB lebih berat drp Ketua Pembangkang. Lagi pun jawatan MB perlu pekenan Sultan.

      Soal remeh macam ni pun tak arif ke????

      Delete
  5. kalo betul la jijah jadi ketua pembangkang.... nampak gaya nya akan bertambah lah masaalah dan huru hara dalam pakatan....korang tengok ajelah nanti kalo tak caya.
    macam takde orang lain lagi la.... , orang pompuan gak yg di perkenan....
    heran la aku, heran....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Knp tak datuk seri Abdul Hadi Awang jadi ketua pembangkang, tak dpt kepercayaan DAP ke, mcm mana nak jalanlankan hudud dan menjadi pm Malaysia klu dlm PR pun tak dapat kepercayaan, keluar jelah kalau tak boleh kerja sama dgn umno Jalan solo macam dulu dgn ego PAS , biar linkup melayu di tanah sendiri........

      Delete
  6. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete