Sunday, 22 February 2015
KOLEKSI GAMBAR PROGRAM JELAJAH LIWAT II KECOH ANTARA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM DENGAN PENYOKONG UMNO/BN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI.
Program Jelajah Liwat II kecoh apabila penyokong Pakatan Rakyat dan UMNO/BN bertikam lidah, menjerit dan maki-hamun antara satu sama lain di luar pekarangan Politeknik Seberang Perai, di sini, malam tadi.
Kekecohan itu berlarutan kira-kira tiga jam sejak kedua-dua penyokong mula berhimpun di luar pekarangan kampus berkenaan jam 8 malam sebelum memasuki dewan di mana berlangsungnya program itu yang dihadiri ketua pendakwa raya kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Hingga jam 11.15 malam, keadaan di sekitar Dewan Seri Mutiara politeknik itu bertambah kecoh dengan jumlah orang ramai semakin bertambah.
Dianggarkan lebih 100 anggota polis, termasuk daripada Unit Simpanan Persekutuan, berada di antara kumpulan penyokong untuk mengelakkan sebarang insiden yang lebih mencabar.
Media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis tentang ceramah peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.
Shafee, yang mengetuai pasukan pendakwaan, sedang mengadakan siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat 11 terhadap Anwar.
Ceramah tersebut yang dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’, dianjurkan oleh NGO pro-Umno, Kelab Warisan Mutiara Pulau Pinang.
Penganjur ceramah itu meminta pemberita meninggalkan dewan di Politeknik Seberang Perai sebelum ia bermula.
Beberapa ratus orang hadir untuk mendengar Shafee menjelaskan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas tuduhan liwat.
Shafee telah dilantik oleh Jabatan Peguam Negara untuk mewakili pihak pendakwa dalam rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari, yang didengar oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.
"Kami diminta keluar dan jika tidak, kami akan diiring keluar.
“Bagaimanapun, kemudiannya, mereka membenarkan kami hadir untuk mendengar (ceramah itu) dan gambar kami diambil," tambah wartawan itu.
Selasa lepas, Shafee bercakap dalam satu forum anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (Akhi), Pemuda Umno di mana beliau mendedahkan butiran mengenai dakwaan pelakuan seks antara Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Manakala kumpulan pro dan anti Anwar berhimpun di pintu masuk
Sementara itu, kira-kira 50 penyokong Anwar berhimpun membantah ceramah Shafee malam ini. Mereka yang diketuai oleh pemimpin Pemuda PKR Pulau Pinang, Khairul Annuar Kamaruddin; Ketua Permatang Pauh, Amir Ghazali dan penyelaras PasMa negeri Zulkifky Lazim berkumpul di hadapan pintu masuk Politeknik Seberang Prai sejak jam 8 malam.
Mereka membawa sepanduk dengan kata-kata terakhir Anwar di mahkamah "Saya tidak akan menyerah".
Mereka turut melaungkan slogan "Reformasi, keadilan untuk Altantuya (Shaariibuu)" dan seruan "Lawan Tetap Lawan".
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin tiba di tempat itu kira-kira jam 11 malam.
Mereka kemudian disertai kumpulan anti-Anwar - juga kira-kira 50 orang - yang diketuai oleh wakil Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Salleh Ismail dan beberapa pemimpin dari GPMS.
Mereka pula melaungkan "Liwat Tetap Liwat", dan bertanya bagaimana sperma Anwar dalam dubur Saiful.
Pihak polis mengarahkan kedua-dua kumpulan itu bersurai.
Afif kemudian mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pro-Anwar di atas sokongan mereka.
Tiada kejadian yang tidak diingini yang berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Yg bantah tu banyak sepupu sepapat nurul dan anwar.....dtg dari ceruk ceruk to kun...banyok tu jer yg bantah.....ko pergi bantah kat azmin ali lagi bagus....langkah kajang tak jadi pasal azmin jadi barua.....pentingkan diri sendiri....dana march4free azmin dah sekat tak bantu pun .....pecat azmin langkah kajang gagal disebabkan azmin jadi barua.....
ReplyDeleteCam mana hang boleh tau banyak sepupu sepapat nurul dan anwar?
DeleteYou ada "CUBIT NEH! NEH! Saifool ke?????
dari hang layan gambar kunun sepapat nurul lg baik layan gambar altantuya, ada manisnya.
DeleteHahaha.......
DeleteNama dah pendakwa tak kan sokong yg di dakwa kalau dakwaan benar dan hakim jatuhkan hukuman dgn bukti kukuh kenapa nak buat ceramah lg. Nak kukuhkan dakwaan atau takut dakwa dgn hakim akan tergugat dan penuh misteri. Dubur dlm ada mani kamu org ada nampak dan lihat ke?????
Mrk buat mrk tahu mrk dakwa mrk hukum mrk berkuasa boleh ke seadilnya????
Kalau adil kenapa rakyat tak berpuashati dgn ekonomi dan saraan hidup malah tak setimpal dgn keadaan semasa????
Maka mana buktinya keadilan dan saksama malah kekayaan berat sebelah.
Rajinlah berusahalah bijaklah mcm2 alasan kamu rasa senang ke kumpul harta berbillion2???? Yg bodoh ikut caya sama penipu yg bijak ikut caya sama bukti dan terbukti apa lg nak butapelit.
Puak2 Umno ni tak puas2 lagi nak mengundang murka Allah dengan menjaja fitnah ke hulu ke hilir. Sedarkah mereka apa hukumnya memfitnah orang dan menyebar2kannya pula pada orang ramai? Memang selayaknya mereka ini mendapat laknat Allah.
ReplyDeleteOrang bukan nk crita langkah kajang bahalol,klau kau nk bangang sikit2 cukup,orang sekarang crita pasal mengapa dan mcmana peguam india paria yg mengaku melayu ni, boleh jadi BARUA umno bahalol..
ReplyDeleteJELAJAH LIWAT II HAK ASASI MANUSIA
ReplyDelete-MAJLIS PEGUAM
peguam 'chicken brand ....'
DeleteAzmin punca pkr berpecah belah ...ambil kesempatan atas kesulitan orang lain. ....pecat azmin ali.....punca pkr pecah belah disebabkan azmin jadi barua....
ReplyDeletepsssttt....psssttt..... jangan layan... gilo gilo.....
Delete