Friday, 27 February 2015

CIKGU ISHAK SURIN SUDAH KANTOI????? ... KENYATAAN BELIAU SEMALAM BUKAN PUN MEWAKILI DAN MENDAPAT RESTU PAS KAWASAN BATU.




KENYATAAN ISHAK SURIN BUKAN PENDIRIAN PAS BATU, BERSIFAT PERIBADI & CELARU

1. Kami menegaskan bahawa saranan supaya Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden dan mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Ishak Surin semalam adalah bukan pendirian PAS Kawasan Batu dan ia tidak pun mewakili aspirasi seluruh ahli PAS Kawasan Batu. Saranan itu tidak pernah pun dibincangkan atau diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Batu. Ia hanya sekadar pandangan peribadi beliau.


2. Dengan keupayaan Tuan Guru Presiden ‘menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa’, kami menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin PAS sebagai Presiden.


3. Pemilihan sebagai Presiden PAS bukanlah soal ‘tokoh baharu’. Tetapi ia adalah soal menepati kriteria dan syarat yang ditentukan oleh syarak; memiliki karater al-Qawiyy dan mempunyai sifat al-Amin; mujtahid dan mujahid.


4. Tidak timbul juga soal menggantikan Mursyidul Am PAS kerana kita serahkan sepenuhnya untuk MSU untuk memutuskan pengganti Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


5. Kami juga ingin membuat sedikit pembetulan fakta yang ditulis oleh Cikgu Ishak Surin. Almarhum Tuan Haji Yusof Rawa bukanlah meletakkan jawatan Presiden kerana menjadi Mursyidul AM tetapi beliau menjadi Presiden dan Mursyidul Am serentak. Hanya pada hujung tahun 1988, beliau jatuh sakit dan melepaskan jawatan Presiden kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor, namun beliau kekal sbg Mursyidul AM.


6. Apa yang lebih munasabah ialah kami menyarankan agar Yang Berbahagia Cikgu Ishak Surin mengosongkan kerusi YDP PAS Kawasan Batu pada pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu pada April ini bagi memberi laluan kepada tokoh yang lebih berwibawa dan berkredibiliti untuk mengepalai PAS Kawasan Batu.


7. Saranan ini juga dibuat berikutan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Cikgu Ishak Surin, komitmen terhadap PAS Kawasan Batu semakin menurun, gagal mengadakan mesyuarat secara berkala dan konsisten, serta kehadiran ke mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang sangat lemah.


8. Sebagai orang lama yang berpengalaman, saranan ini tidak bermaksud kami mahu mengetepikan Cikgu Ishak Surin dalam PAS Kawasan Batu, sebaliknya mencadangkan tokoh Karismatik PAS Kawasan Batu ini diangkat lebih tinggi sebagai ‘penasihat’ kepada kami semua.


Sekian.


1. USTAZ AZHAR YAHYA
Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu


2. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu


3. HAJAH SALBIAH ABD WAHAB
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu


Tarikh : 27 Februari 2015 / 8 Jamadilawal 1436H


Kenyataan media diatas adalah susulan dari menyataan Ishak Surin dibawah semalam ....


KENYATAAN MEDIA

SARAN TG ABDUL HADI BERI LALUAN TOKOH BAHARU ISI KERUSI PRESIDEN, PERKASAKAN MSU JADI MURSYIDUL AM PAS


1. Pas Kawasan Batu menyarankan agar Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden pada pemilihan Muktamar Pas ke 61, Mei ini, bagi memberi laluan kepada tokoh baharu untuk mengepalai parti Islam terbesar ini.


2. Saranan ini tidak bermaksud Pas Kawasan Batu mahu mengetepikan beliau dalam arus perdana politik tanahair, sebaliknya mencadangkan tokoh karismatik Pas ini diangkat lebih tinggi mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am bagi mengggantikan murabbi ummah, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang meninggal dunia pada 13 Februari lalu.


3. Sesuai dengan kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi di peringkat antarabangsa selaku Naib Kesatuan Ulama Sedunia, menjulangnya sebagai Mursyidul Am adalah sangat tepat, efisyen dan mampu membawa Pas menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa.


4. Pas Kawasan Batu juga bersikap terbuka dalam pemilihan pucuk pimpinan parti yg diizinkan oleh Perlembagaan Pas dan tidak mustahil boleh berlaku pertandingan pada semua jawatan utama termasuk kerusi nombor satu Pas pada pemilihan kali ini.


5. Bagi menjaga keutuhan jemaah dan mengecilkan sikap berpuak-puak yang mula menular ketika ini, maka Pas Kawasan Batu mohon Tuan Guru Abdul Hadi mempertimbangkan saranan ini dan melihat ianya sesuatu yg positif dalam jaringan mata rantai perjuangan Islam yg dibawa oleh Pas.


6. Untuk rekod, jawatan Mursyidul Am Pas diwujudkan pada era kepimpinan ulama, dan Yang DiPertua Agong Pas ketika itu, Haji Yusuf Ar Rawa menjadi Mursyidul Am yg pertama sebaik melepaskan jawatan Yang DiPertua Agong (Presiden) pada masa tersebut.


7. Tempat kosong yg ditinggalkan oleh Hj Yusuf Ar Rawa itu kemudiannya diisi oleh Tuan Guru Dato' Fadzil Mohd Noor sebagai Presiden. Setelah Hj Yusuf Ar Rawa meninggal dunia, jawatan Mursyidul Am diamanahkan pula kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


8. Sehubungan itu, Pas Kawasan Batu berkeyakinan penuh, jika diterima saranan ini, kepimpinan Tuan Guru Abdul Hadi mampu memperkasakan MSU sebagai badan yang berwibawa dalam memandu jemaah berada pada landasan yang tepat, progresif, dirahmati dan mendapat limpahan redha Allah SWT.


HAJI ISHAK BIN SURIN
Yang DiPertua Pas
Kawasan Batu, Kuala Lumpur
Tel: 013 3291966

26 Februari 2015

56 comments:

  1. MB KELANTAN PERLU LAWAN MAT SABU DLM PEMILIHAN PAS

    LEPAS PEMILIHAN TGHH SERAH JAWATAN PRESIDEN KPD MB KELANTAN

    TGHH BOLEH DILANTIK JADI MURSYIDUL AM PAS

    KEMUDIAN LANTIK NASRUDDIN HASSAN TIM. PRESIDEN BARU PAS

    JADI TIADA SIAPA DAPAT HINA TGHH LAGI

    ULAMA PAS KENA AJAR SIKIT PUAK2 LIBERAL KHAWARIJ DLM PAS

    APA PUAK2 LIBERAL INGAT DIORANG JE BOLEH RANCANG JATUHKAN

    ULAMA PAS KENA KERAS SIKIT DGN PUAK2 NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. tghh dilantik jadi mursydul am je..datuk ahmad yaakob tanding presiden...nik abduk / nasruddin tantawi tanding tim presiden..tim ulama vs anwarinas..

      Delete
    2. Mat Sabu lawan Hj Hadi untuk Jawatan Presiden. Husam Musa tanding jawatan Timbalan lawan sesiapa saja dari geng Hadi, Khalid Samad, Mujahid, Dr Zul boleh tanding jawatan Naib Presiden. Gerenti geng UG dan ulamak palsu PAS melingkup semuanya.

      Delete
    3. JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI DAN KAMI SUADH PUNYA USAHA,ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL MENDATANG KAN UANG BANYAK.






      JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI DAN KAMI SUADH PUNYA USAHA,ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL MENDATANG KAN UANG BANYAK.

      Delete
  2. Yang senangnya buat pemilihan terbuka.
    Kempen secara sihat dan gentleman.

    Siapa2 boleh masuk bertanding. Tak mcm parti belah sinun.

    ReplyDelete
  3. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni puak babi ulu yam tak yah la sibuk pasal ketua pas. Ko jaga aje la babi2 bapak ko kat ulu yam nun

      Delete
  4. Omak kau baik tinggalkan je pkr mari beramai sertai pas itu lagi baik, pkr dah jadi parti Nepotisme dah tak ada guna nya kau masih lagi dalam pkr itu

    ReplyDelete
  5. Omakkau nak masuk ameno lagi bagusss

    ReplyDelete
  6. PAS = UMNO = PAS, Parti Islam apa namanya, dari atas kebawah x de akhlak Islam. Setakat NAMA atau GRAND DESIGN parti ISLAM boleh la..Harap2 org Melayu Islam yg cintakn ALLAH dan RASUL n ISLAM buka mata jgn termabuk dgn nama Islam,ulamak,ustaz dll yg berunsur Islam, harapkn nama je...Mat Rempit pun boleh Mat Rempit Islam lepas tu merempit puas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 1.37PM??? Tok janggut tadi kau solat jumaat tak????

      Delete
    2. Tahap org BN komen... Tak kira waktu solat.. Kalau jumaat abaikan .. solat fardu yg lain.. Mcmna ya.. WALLAHHUAQLAM

      Delete
    3. cmpm dah termakan budi br1m..

      Delete
    4. Babi mana sembahyang jumaat

      Delete
    5. jangan kamu tuduh sebarangan dlm hal yg kamu sendiri pun samar2.... kerana besar akibahnya kelak... mana dalil korang conform tok janggut tak semayang hah......sembang arr....
      aku menyokong penuh kenyataan tok janggut....kerana walau bergelar ulamak atau ustaz pun sesetengahnya fahaman dan akidah menyeleweng....sesat dan tersasar dari ajaran islam sebenar...maka menyesat kan orang awam yg jahil.... lalu punah ranah habis....

      Delete
  7. Dulu sayangkan Khalid Brahim, kini sayangkan UG PAS pula.... Sorang blogger, tapi tiada kredibiliti dan metaliti macam mak cik Felda (tak tahu menilai kebenaran dan tak masuk maklumat langsung). Satu sahaja yang aku nak katakan kepada OmakKau, kamu ni macam betina jalang yang bersekongkol dengan jantan haramjadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa yang anda pakai menunjukkan perangai anda anda lagi teruk. Hopeless!!

      Delete
    2. Anon 14:27 macamana kau tau perangai betina jalang...emak kau dulu pernah jadi jalang ke?? atau kau biasa bergelumang dengan jalang...

      Delete
    3. Anon 15:54

      Betul kata kamu tu, macam mana anon 14:27 tahu OmakKau perangai seperti betina jalang? Kalau emak Anon 15:54 itu memang bukan setakat betina jalang tapi "Betina Babi" yang mengeluarkan anak ramai tetapi bodoh (macam Anon15:54), yang membela tak tentu hujung pangkal, nak suruh orang lain guna bahasa cantik pula untuk maki orang? Sah bodoh bertingkat-tingkat "anak Betina Babi" ini. Tolong guna bahasa yang lunak untuk beri komen di blog betina jalang ni ye....

      Delete
    4. 1554 tu masa kecik dulu mak dia bagi makan babi kot. tu yg jadi babi tu

      Delete
  8. salah sorang blogger bangang aka babi tunggal betina....blogger umno pun tak bangang mcm ni....menulis cerita yang buat penyokong PR berpecah,,,,,,,bodoh punya org ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehina-hina manusia adalah mereka yang selalu menghina dan memfitnah saudara seagama...beringatlah wahai Anon 15:33, komen biarlah membina dan ke arah positif....kamu memperlihatkan kedangkalan kamu...admin Omakkau, inilah masalahnya dengan para pembaca di sini...segelintir mereka terdiri dari golongan yang suka menghina...saya yakin taraf pendidikan Anon 15:33 terlampau tinggi sehingga beliau berjaya memberikan buah fikiran yang bernas dan komen yang membina seperti ini...syabas saudara Anon 15:33, andalah pemimpin masa depan harapan keluarga dan rakan-rakan terdekat...:)

      Delete
    2. Blogger betina ni sebenarnya yang dok nak pecah dan fitnah parti yang nak mengangkat kebenaran sayang oiiii...... Kamu semua yang menyokongnya memang aku tahu otak ada kat kepala, tapi "kepala butuh". (P/S: Silakan guna bahasa yang halus dan bersopan ye, bagi membela Betina Haramjadah ni.....)

      Delete
    3. 1736...hang ni byk sgt ter makan sup khinzir ni....

      Delete
  9. Ulama' perlu diutamakan sebagai calon pemimpin, demi kemaslahatan parti & umat Islam amnya. Kepada golongan profesional yang bajet progresif tu....saya mintak sangat tolong muhasabah diri...jangan jadi sorang pemimpin di Kelantan tu yang bajet "profesional" dan "progresif"..kerjanya merasmikan majlis pecah tanah projek di Kelantan...alih-alih kebanyakannya kini tinggal batu asas pecah tanah je, semak samun...progresif la sangat!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak apa nya kalu mulut kerja maki hamun?

      Delete
    2. yg maki hamun ni bukan ulamak...tpi pukimak.. kan elok nama mcm tu.. jgn tertipu di sebalik penampilan....alim jadi jadian byk zaman sekarang....yg jenis ni klu kuar hadis dr mulut...bek yg dgr semak dulu jgn percaya bulat.. .takut tafsiran di salah tafsirkan. ingat kita akhir zaman...k bye

      Delete
  10. Pada pendapat ambo .. pada pemilihan PARTI PAS nanti .. Golongan Ulamak akan JATUH .. kerana SEPAK TERAJANG DARI GOLONGAN ANWARINAS + Pengikut DAPigs serfa PASMa yang akan mengguna SENJATA FULUS .. SEBAB YANG ADA DALAM JAMAAH PAS ..ADALAH MANUSIA YANG MENPUNYAI NAFSU ..banyak doh GELECAH REL PERJUANGAN DARI YANG ASAL .. IKUT LOGIK SAJA..MASA n KEADAAN. SEMASA ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelecoh rel perjuangae takpo lagi tapi takut gelecoh rel akidah...nakye la weiii...

      Delete
    2. lagi banyak orang pandai, lagi banyak orang masuk universiti, lagi banyak orang tak pangkah umno

      Delete
    3. lagi banyak orang2 tua meninggal dunia, lagi banyak undi umno kurang.
      Jadi kalu nak selamat, taraf kesihatan perlu dipertingkatkan untuk memanjangkan umur orang2 tua

      Delete
    4. lagi banyak pengndi muda lagi banyak undi pr lagi banyak kerusi umno kalah....
      jadi kalau nak selamat juga taraf kesihatan perlu di rendahkan supaya bayi dilahirkan mati....

      Delete
  11. Sesuatu apa pun terjadi bukan lah sebab satu.orang sahaja. Melabel segala2nya kerana di sebabkan satu orang saje tak betul mengikut ajaran Islam. Bahasa bahasa kesat bukan pekerti Rasulullah. Jom balik semula kepada budi pekerti orang Islam. Nanti kata2 busuk itu Allah balikkan kena semula pada keluarga kita buat nanya saje. Lagi pun ape faedahnya kata2 busuk itu selain hanya memuaskan hati tu. Bahasa menunjukkan bangsa dan diri kita sendiri. Jom Taubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulia betul bahasa sedara malam nih

      Delete
    2. naper...ko tersentuh hati ker hah...
      bagus gitu....jom taubat...

      Delete
  12. Mengupas tajuk di atas, ini maknanya YDP PAS Kawasan Batu tidak sehaluan dengan Ketu-Ketua Pemuda , Wanita dsbnya dalam kawasan tersebut. Biasa la tu...dalam PAS ramai yang meluat dengan Presiden PAS di atas perangai Diktator mengalahkan Hitler dan sering berubah fikiran mengkhianati rakan perjuangan. Sedangkan di satu pihak lagi merupakan penyokong tegar Din Ayam dan kumpulan Al Taraki, Al Tantawi, Al Zawawi dll.

    Jadi OMAK Kau....SEBENARNYA TIADA SIAPA YANG KANTOI DALAM ISU INI. Hanya OMAK KAU yang berperasangka buruk atau suka buat kecoh untuk menarik perhatian pembaca macam tajuk-tajuk berita KOSMO...gempaq saja lebih!

    Apa-apa pun nak tanya TSKI dok buat apa la ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat anon 19.38 dapat info dari blog greenboc. Blog rasmi pasma pasembur. Sampai orang lain nak komen pun tak boleh.

      Delete
  13. JIKA ANDA INGIN MERASAKAN KEMENANGAN DI DALAM BERMAIN TOGEL TLP AKI DARMO DI NMR (_082-310-142-255_) JIKA INGIN MENGUBAH NASIB KAMI SUDAH 5 X TERBUKTI DAN KAMI SUADH PUNYA USAHA,ATAU BERMINAT MEMBELI TUYUL MENDATANG KAN UANG BANYAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babi betol la ko ni.
      Ko bila nak balik indon?

      Delete
    2. Mursyidul am lebih afdhal buat tuan guru harun din ... tuan guru hadi awang kekal presiden ... kepimpinan PASMA ... dikeluarkan dari saf kepimpinan tertinggi .. mat syabu akan membawa mudharat yg lebih besar .. maka dengan jln inilah PAS insyaAllah akan "bertaut" kembali pada saudaranya dlm UMNO... itulah yg lebih menepati syariat ... yg jauh didekatkan ..yg dekat dirapatkan..yg rapat diserasikan .. kerana Allahswt berasbabkan luluhur bangsa melayu ...

      Delete
    3. cukuplah "peringatan"2 kecil yg terlihat dlm nyata dan yg dirasai disebalik hijab .. hak2 bangsamu dipersoal ..akidahmu yg benar diperlecehkan .. ingatlah pesan org yg berilmu .. " bangsa melayu itu pasti akan ditelan gelombang bangsa yg menumpang jika bangsa melayu itu sendiri tidak mahu bersatu" ..lupakan anwar ... buang golongan yg menghalang pada usaha penyatuan antara pihak yg sudah cukup lama berpatah arang berkerat rotan ... jng disambung sifat jelik ini kepada anak generasi yg bakal lahir ... setelah bersatunya bangsa melayu berasbabkan akidah dan susur galur bangsa yg satu ... kemudian insyaAllah usaha amar maaruf nahi mungkar akan lebih berjaya ... akan lebih banyak syariag islam mampu dilaksanakan.. dan kecurangan pemerintahan akan pudar ... laksana tenggelamnya matahari di ufuk .. lembutkan lisan.. doakan pengampunan

      Delete
    4. lancaulah....kalu melayu X ada sekalipun kat dunia ni, islam akan tetap ada di dunia. Macamlah kalu semua melayu bersatu dgn umno, syariat islam akan dilaksanakan 100%.

      Delete
    5. Kalau kerjasama dengan umno sajakah baru dipanggil bersatu?
      Kalau kerjasama dengan melayu parti lain tu tak kira bersatu ker?
      Apa punya fius kepala ko nih...

      Delete
    6. adapun bangsa melayu itu berkumpul dengan banyaknya didlm UMNO dan PAS .. dan kedua2 jemaah ini melindungi hak yg berhak kepada bangsanya dan kemuliaan akidahnya lalu mengesahkannya melalui perundangan (perlembagaan) .. adapun kepada bangsa yg menumpang itu wajiblah mereka menjunjung kedua2 hak yg paling utama ini selagi mereka mahu bernaung didlmnya .. belajarlah kamu .. rujuklah pada matlamat penubuhan jemaah bangsa yg menumpang itu baik dari MCA..MIC..DAP..PPP.. jika kamu berilmu dan berakal tahulah akan kamu siapakah diantara jemaah non muslim itu yg haram untuk di tahalufsiasyi kan...

      Delete
    7. ketahui juga hikmahnya kejadian manusia yg berbangsa2 .. selain untuk saling mengenali antara mereka.. di datangkan juga pada nikmat dan amanahnya dari Allahswt .. dan setiap dari anak Adam akan ditanyakan adakah mereka memelihara dan mempertahankan haq dan amanah dari asal bangsa kejadiannya .. kerana terdapatnya pahala dlm urusan ini ... adapun syariat islam tidak mungkin dapat dilaksanakan 100% berasbabkan fitrahnya kejadian manusia yg tidak bersifat sempurna .. dan sesungguhnya Allahswt Maha Mengetahui apa yg terlandung didlm hati sekalian hambaNya ... bukan urusan manusia untuk menjatuhkan hukum pada syariat yg belum mampu dilaksanakan

      Delete
  14. ko ni tak sudah2....
    asyik nak mengeraskan kepala butoh aje

    ReplyDelete
  15. pergaduhan..pembunuhan..peperangan ... bermula dengan celaan dikuatkan lagi pada adu domba ..diserikan dengan fitnah .. dilengkapkan dengan prasangkan buruk ... kelak benih dari golongan ini akan memulakan semua itu ... percikkannya dapat dilihat pada terjadinya kes memali .. tindakan subversif almaunah dan matinya "imam mahdi" melayu yg bersenjatakan pedang samurai .. jika diteruskan ... golongan para pencela ini akan terus memerangi sipemerintah ...walaupun pada waktu itu sipemerintah bukan lagi dari UMNO@BN... kerana para sipencela menyerap didlm kedua belah pihak .. dan mereka akan menghalang dengan apa jua cara pada usaha penyatuan yg berdasarkan akidah dan bangsa yg satu ... ini bukan ramalan ..kerana janji Allahswt itu benar ...

    ReplyDelete
  16. "jangan dipatuk untuk kedua kalinya".. adalah peringatan umat islam dlm berhadapan tipu daya musuh islam .. bukan dlm usaha penyatuan antara umat islam yg berpecah... terkeluarnya PAS dari BN dimasa yg lepas .. bukanlah semata2 kerana helah UMNO.. ia melibatkan juga hasil usaha curang sebahagian dari kepimpinan PAS dan UMNO ... dan ingatan Allahswt supaya si muslim bersatu lebih besar " pemberatnya" .. dari mengelak dipatuk untuk kali kedua sambil terus dlm keadaan bermusuh... masa berganti...ilmu bertambah..kepimpinan bertukar tangan .. kegagalan penyatuan yg pertama adalah untuk diinsafi dan dijadikan sempadan ..

    ReplyDelete
  17. Yang sebenarnya dulu Pas dan Umno bersatu atas dasar survival bangsa Melayu. Selepas berjaya bersatu biasa lah sifat orang kita mula lah dengki mendengki berebut pengaruh. Engkau Pas tak boleh luaskan pengaruh di kawasan aku dan mungkin begitu lah sebaliknya.Akhirnya perpaduan Melayu yang di mimpikan hancur dan teruslah berpecah belah hinggalah sekarang. Ini di sebabkan pengaruh gila kuasa dan nafsu pada wang ringgit harta dunia. Kalau benar benar ikhlas untuk melihat perpaduan Melayu mestilah atas dasar Islam dan kerana Allah. Kalau tidak kita akan bersatu sementara dan bercakar semula kemudiannya nanti. Perpaduan atas nama Islam bukan lah senang kerana memerlukan pemain2 yang benar benar ikhlas perjuangan kerana Islam. Kena tukar pemain2 nya dulu. Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. Musuh kamu ialah geng yang berkawan dengan Syaitan yang dikenali,ingat musuh akan guna cara keras dan lembut untuk memecahbelahkan PAS dan PR.Janagn termakan jarum yang sedang ditusuk kepada PAS,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau pun kan. dah tu kompromi lg dgn dap pkr jahanam. dap jaga perut cina...pkr parti anak beranak. dap serba serbi rasis dpn mata...tu pun nk buat pakatan. bebal mmg x blh ckp apa la kn..kn...jijik btol

      Delete
    2. Musuh kamu ialah geng yg berkawan dengan penjubur yang dikenali dan siperut boroi mengunung yg sanggup makan babi haramjadah dngn guan eng.

      Delete
  19. ulamak2 pas dah gila nak jadi menteri,barua2 geng2 ulamak dah terbayang nak projek,nanti dah kaya duit dah banyak boleh kawin 4 bini,dulu pakai proton saga boleh le tukar bmw,ulamak2,ustaz2,jubah dah boleh simpan,ketaya boleh ganti ngan topi koboi.......wakaka ustaz2 barua ni ngan geng2 musibat nya,dah jadi pecacai umno....rakyat tetap marhaen juga

    ReplyDelete
  20. Join la UMNO wahai PAS, aku nak tengok sapa yang kena tunggang nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa brg pas nk join. geng pas ni mentaliti low class. dgn dap pun kena pijak. islam dkt mana...kaum sendiri sealiran agama bangsa pun di tindas...apa ni?? buat malu org islam...huru hara si gemok sabu ni. kurang ajar mmg terserlah mamat ni...jijik klu nk perjuangkn atas nama islam...

      Delete
  21. Alangkah sedih membaca personaliti insan yang bergelar muslim berkata dengan lisan buruk . Tiada yang beragama di sini malah jumud dan jahil. Islam itu sejahtera . Jika parti islam tidak di isi sejahtera dari aspek ahli dan pengisian ia memalukan agama . Progresif tidak kelihatan jika idea diselang seli maki cerca muslim seagama. Kotor politik kerana bahasa ahlinya bukan kerana perpecahan pendapat .

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...