Monday 16 February 2015

KERAJAAN SELANGOR PIMPINAN AZMIN ALI TIADA HAK DAN BERKUASA BATALKAN KIDEX TEMPELAK FAEKAH HUSSIN.



PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) kerana perjanjian itu telah dicapai di antara kerajaan Persekutuan dan syarikat konsesi.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Hussin berkata, kerajaan negeri hanya ditugaskan untuk menyediakan tanah dan tidak terlibat dalam perjanjian itu.

“(Menteri Besar) Azmin Ali mungkin telah menggunakan istilah yang salah apabila beliau berkata, projek itu dibatalkan. Beliau bukan orangnya yang menandatangani perjanjian itu.

“Kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa untuk memberikan kelulusan untuk pembangunan tanah yang ada dalam bidang kuasa negeri.

“Kerajaan negeri hanya diberi kuasa untuk memberikan lampu hijau kepada penggunaan tanah tersebut, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi.

Faekah berkata dengan mengumumkan ‘pembatalan’ perjanjian itu, Pakatan Rakyat yang menerajui Selangor telah terdedah kepada tindakan undang-undang.

“Tetapi saya berharap agar keputusan ini dibuat selepas menganalisis laporan semua pihak yang berkepentingan, bukan hanya berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,” kata Faekah, yang sebelum ini berkhidmat sebagai setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata ketika Khalid menjadi menteri besar, beliau telah menggariskan syarat dan pra-syarat yang perlu dipenuhi negeri ini untuk mengeluarkan kelulusan pembangunan.

Terdahulu pada Isnin, Menteri Besar Selangor Azmin Ali mengumumkan pembatalan projek kontroversi berikutan kegagalan pemaju untuk memenuhi tiga syarat yang ditetapkan pada tarikh akhir 14 Februari.

Kidex merupakan lebuhraya bertingkat 14.9km, yang boleh mencapai enam hingga lapan tingkat dan bertujuan untuk mengurangkan masa perjalanan sebanyak 25 peratus antara Damansara dan Kinrara.

Ketua Komunikasi Strategik Kidex Sdn Bhd Datin Hasnah Abd Rahman, ketika dihubungi, berkata mereka menyedari perkembangan terkini ini.

“Kami akan mengeluarkan satu kenyataan dalam masa yang sewajarnya,” katanya.

Khalid tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

14 comments:

  1. Kalau konspirasi politik, ini bukan baru bermula. Ia bermula daripada kes liwat pertama. Kalau begitu konspirasi, orang yang harus masuk dalam konspirasi ini ialah Karpal Singh juga sebab dia timbulkan perkara ini dalam tahun 1997, setahun sebelum Anwar dibuang kerja. Kita hendak tanya Anwar, konspirasi itu apa maksudnya? Apakah konspirasi untuk kenakan dia atas perkara memang dia lakukan atau konspirasi kenakan dia atas perkara dia tak pernah lakukan. Kalau dia lakukan, kalau orang kata kita perlu siasat dan kenakan dia, itu bukan konspirasi yang salah di sisi undang-undang. Polis pun pakat kalau hendak siasat kes tetapi itu konspirasi yang tidak ada maksud membuat kesalahan undang-undang, sebab itu hak polis untuk siasat termasuk kes liwat kedua ini.

    Balasan utk nuwar aljubor atas kezaliman kpd tski

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musibat punya manusia...

      Delete
    2. memang patut dibatalkan sebab aku tak duduk kawasan turr...heeeee

      Delete
    3. aku kan...hari2 lalu lebuh raya Mines. Masalah aku ialah, kalu ikut jalan kanan sekali, mesti ada cibai yang bawak kereta lembap. Kalu aku ikut jalan tengah, mesti jumpa cibai bawak kereta macam kat jalan bapak dia. Kalu aku lalu kiri sekali, mat moto pulak duduk tengah2 buat macam jalan hatokk dia.

      Delete
    4. Bila dah sampai tol plak, aku nampak cibai baru tercarik2 duit nak bayar tol. Ada plak tu sampai tol situ bagi singgit aje, manalah palang besi tu nak naik..... Ada jugak, biasanya betina la, nak tunjuk baru dapat gaji kasi duit tol seratus hinggit. Mamat tol plak nak bagi balik baki kira sampai sebelas kali. Mau tak nya ambik masa setengah jam...

      Delete
    5. Yeah..! aku sokong... banyak tul cibai'ss kat highway.. patut JPJ tuko je silibus skolah mandu tu... mnyusahkan org... kat iklan tv soh kita jgn marah2 pemandu yg bwk lembab... masalah nye depa bukan je lembab bawak kenderaan.. otak pun lembap nak mamposs macam lembu...

      Delete
  2. RM2.2 billion Kinrara-Damansara Expressway (Kidex) highway to UMNO men. Kidex highway was awarded (and confirmed just a few days after tender) to companies linked to lawyer and judge in controversial Perak constituional case

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooooo...
      Tak aci la macam tu

      Delete
  3. Kecoh la faekah pulang dulu duit yg ko amik tu baru bersuara

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit dah taruk kat cayman macam 1mdb

      Delete
  4. Azmin sekarang bina jalan Kidex itu percuma ia jangan cakap tin kosong aje
    Sekarang rakyat makin hari makin Ramai, tak akan bina jalan kecih je, dalam manifasto bagi jalan percuma sekarang gunakan perutukan kerajaan selangor itu jangan cakap tin kosong je, mana rafizi sekarang sebagai penasihat kowangan pkr yg dibuat sendiri paksa lah azmin bina jalan percuma bagi pada rakyat, aku tengok adakah pkr cakap macam tin kosong je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko suruh la bapakk ko buat jalan percuma....

      Delete
    2. kalu lalu situ tak bayar tol aku sokong 100%
      kalu kena bayar tol aku tak nak sokong 100%

      Sebab aku tak suka tengok awek jaga tol
      nak amik duit pom lemah lembut sangat ...

      Delete
  5. hahaha.......
    bodoh juga betina ini.......kalau tanah dah nak minta dari negeri selangor dan azmin ali yg berkuasa maka beliau berhak tak nak bagi ,jadi kenapa pula beliau tak boleh bantah dan cancel ????? kalau lah semuanya tak perlu ikut hak berkuasa negeri malah ikut suka hati pihak persekutuan baik tak yah minta dan negeri tak yah ada menteri besar baik mp buat semua jadi ketua semua negeri .....apa guna pr jadi kerajaan negeri????? maka betina ini bodoh sgt ikut buku peraturan kenapa tak ikut singkatan .
    patutlah negara jadi macam ini sebab byk sgt pengawai bodoh pegang jawatan fikiran sempit buat kerja main lantak sj.....rakyat ni apa?????mana hak rakyat!!!!
    adakah rakyat selamanya jadi org bodoh bila undi rakyat di suruh undi bila berkuasa rakyat tak dipeduli apa ni????? patutlah rakyat selamanya bodoh ditipu baik rakyat sdr memerintah buat apa undi kau org......bodoh bahloi toloi.....muka tak malu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...