Thursday, 12 February 2015
MURSYIDUL AM PAS, DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA.
Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia malam ini.
Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.
Laporan lewat malam ini menyebut, Nik Abdul Aziz sudahpun dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.
Nik Abduh dalam tulisan di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.
Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.
Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.
Katanya lagi, jenazah bapanya itu akan disembahyangkan pada jam 10 pagi esok di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka.
Gambar yang dirakam pada malam ini menujukkan ramai penyokong berhimpun di perkarangan rumah bapanya itu di Pulau Melaka.
Terdahulu, Nik Aziz dibawa pulang ke kediamannya dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 8.40 malam ini.
Nik Abduh dalam tulisan terdahulu di Facebook petang ini berkata, tahap kesihatan bapanya itu merosot selepas rawatan ulser semalam.
Bekas menteri besar itu, yang turut mengidap kanser prostat dimasukkan ke HUSM pada 19 Januari lalu.
Tahap kesihatannya merosot ketika bah besar melanda negeri itu.
Allahyarham, 84, meninggalkan seorang isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan sepuluh orang anak.
Seorang daripadanya, Nik Abduh menjadi ahli politik PAS dan kini menjadi MP Pasir Mas.
Allahyarham mendapat pendidikan dalam bahasa Arab dan perundangan di Universiti Al-Azhar di Mesir dan merupakan seorang ulama yang disegani di kalangan masyarakat Islam.
Nik Abdul Aziz memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (kini Pengkalan Chepa) dalam pilihan raya kecil 1967, selepas menyertai PAS pada tahun itu.
Beliau juga memainkan peranan utama dalam mengukuhkan semula PAS dan membolehkan parti itu menawan semula Kelantan pada 1990 dan menamatkan pentadbiran BN selama 12 tahun.
Beliau seterusnya dilantik menjadi menteri besar dan kekal di jawatan tersebut sebelum bersara pada 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Alfatihah ...
ReplyDeleteAda dua berita kegembiraan untuk rakyat malaysia pada bulan febuari 2015...semoga malaysia aman sentosa dan maju jaya....syukur alhamdulillah....
ReplyDeleteAl-Fatihah.
DeleteMudah-mudahan Allah mencucuri rahmat-Nya.
kita yang hidup bakal menyusul pula
Deletealfatihah....
hanya hati orang2 kafir yang akan berasa gembira apabila disampaikan berita kematian orang islam. Mudah-mudahan kita tidak menjadi sebahagian daripada golongan tersebut.
DeleteAlfatihah...semuga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Banyak sangat ilmu agama yang telah saya pelajari drp allahyarham yg tisak ternilai harganya. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan sepanjang masa.
DeleteAlfatihah....semuga ditempatkan bersama mereka yang beriman dan bertaqwa.
Al Fatihah buat Tuan Guru.
ReplyDeleteSesiapa yang kencang sangat mengutuk Tuan Guru di medan sosial ini, kalian bawalah DOSA kalian sampai kiamat.
Sekian, terima kasih.
Al Fatihah...moga dicucuri rahmat..
ReplyDeleteJalan jugak akhir nya Pok Cik ni. Aku malas nak cakap lobih-lobih. Roh dia sekarang dah dialam lain. Apa yang dia buat kat bangsa Melayu di dunia ni sekarang ni biarlah dia yang jawab nanti. Masa kita akan menyusur juga.....
ReplyDeleteAl-Fatihah.
DeleteSemoga Allahyarham ditempatkan dlm kalangan org yg beriman dan bertakwa. Amin.
Al Fatihah seharusnya kita bersedih kerana Allah mengambil seorang demi seorang ulama yang juga merupakan salah satu tanda2 kiamat....bukan mengeji allahyarham
DeleteSesombong manapun kita kepada Allahyarham, kita juga bakal mengikuti allahyarham menemui pencipta.
DeleteAlfatihah.... semoga allahyarham ditempatkan bersama orang2 yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
Alfatihah kepada Allahyarham...22.31 tahap anda di mana tahap dia di mana..anda sendiri tahu..
Deletealfatihah buat TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ...zamm k2 bikerz
ReplyDeleteKau ni memang bodohlah
ReplyDeleteAl-Fatihah....
DeleteSemoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya
Semua yang bernyawa, baik yang mulia mahupun yang angkuh pasti mati.
ReplyDeleteAl-Fatihah dan semoga dicucuri rahmat ke atasnya.
Innalillahiwainnailairojiuun.
ReplyDeleteALfatihah...semoga arwah trgolong d kalangan org briman dn brtaqwa..
Daripada-Nya dia datang, kepada-Nya dia kembali.
ReplyDeleteAl Fatihah dan semoga syurgalah tempatnya.
Innalillah...semoga roh tok guru dirahmati Allah jua. Al-fatihah....
ReplyDeleteAl Fatihah. Semoga ditempatkan dalam kalangan mereka yg beriman dan bertakwa.
ReplyDeleteTakziah buat keluarga Allahyarham.
Kita semua yg islam.... sy minta jgn sekali kali mengutuk sesama islam terutama yg telah meninggal dunia. Sy tak sokong mana2 pihak tapi jgn lah kita mendapat dosa sia sia hanya kerana nak suka2 atau terlalu ikut perasaan. Jgn marah semua. Tkasih.
ReplyDelete22:40. .
DeleteTERIMA KASIH. MAKNUSIA ITU SENTIASA DLM ALPA. INGAT MENGINGAT ITU WAJIB.
Terima kasih...peringatan yang baik..
DeleteAl-fatihah
ReplyDeletetakziah kpd keluarga allahyarham
Alfatihah...
ReplyDeleteKehilangan allahyarham amat2 dirasai
Amat-amat dirasai oleh anjing-anjng yang selalu menyalak kat Almarhum!! Kena salak kat orang lain pulak!!
DeleteAlfatihah...perginya seorang ulamak kesayangan
ReplyDeleteSemoga Alah swt mencucuri rahmat ke atas beliau. Mana-mana melayu yang tak suka kat Almarhum bolehlah buat parti sakan!!
ReplyDeleteAl fatihah ... semoga roh tok guru dicucuri rahmat .. adalah diwajibkan supaya didoakan kebaikan dan pengampunan kepada sesiapa sahaja ..banyak jasa bakti yg dicurahkan arwah tok guru Nik Aziz bin Nik Mat ...yg lepas biarkan berlalu dibawa kenangan ...aku turut berasa sebak....bangsaku hilang sebutir lagi bintangnya ....Ya Allah Ya Tuhanku perkenankanlah doa pengampunan dan keselamatan seluruh umatMu kepada allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat ...hentikanlah segala kata2 buruk kepada arwah Tuan guru ..kenanglah segala kebajikannya ..Amin
ReplyDeleteAl fatihah ... semoga roh tok guru dicucuri rahmat .. adalah diwajibkan supaya didoakan kebaikan dan pengampunan kepada sesiapa sahaja ..banyak jasa bakti yg dicurahkan arwah tok guru Nik Aziz bin Nik Mat ...yg lepas biarkan berlalu dibawa kenangan ...aku turut berasa sebak....bangsaku hilang sebutir lagi bintangnya ....Ya Allah Ya Tuhanku perkenankanlah doa pengampunan dan keselamatan seluruh umatMu kepada allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat ...hentikanlah segala kata2 buruk kepada arwah Tuan guru ..kenanglah segala kebajikannya ..Amin
ReplyDeleteAlfatihah...
ReplyDeleteYa Allah Ya Tuhanku perkenankanlah doa pengampunan dan keselamatan seluruh umatMu kepada allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat
Al fatihah juga......tetapi kehilangan hasbullah awang lebih dirasai dan ditangisi......arwah hasbullah mencipta gelombang perpaduan untuk agama dan bangsa serta negaranya malaysia.....hasbullah awang satu satunya wira yang tak didendang..bangsaku hilang sebutir lagi bintangnya....alfatihah......
ReplyDeleteKehilangan saudara seagama kita amat kita rasai terutamanya saudara seagama kita yang selalu menjadi pakar rujuk dalam agama, yang mengajar kita supaya mendekatkan diri kpd perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
DeleteAlfatihah....
Al-Fatihah..
ReplyDeleteMalam Jumaat yang dijanjikan syurga dengan kehendakNya,
Amin Ya Rob
DeleteAl-Fatihah...
Yang mengeji..yang menghina almarhum..Selamat membawa bekal dosa kalian ke akhirat nnt.Allah tidak akn ampun dosa org yg mengumpat sehingga dia mminta ampun dr yg d umpat...allahuaklam...
ReplyDeleteJgn menungkit ungkit...terlalu ramai membuat dosa kpd org lain termasuk kamu
DeleteAlfatihah dan takziah buat keluarga tok guru...
Alfatihah....
ReplyDeleteUmat Islam berduka atas kehilangan seorang ulamak yang telah banyak menyumbang jasa kepada agama dan bangsa.
23:08...nmpk sangat perangai org yg x dk agama.. Dah la akal bodoh,jahil agama pulak...malangnya Kau...malangnya ibu bapa Kau tu...
ReplyDeletemintak jangan mulakan.
DeleteAl-fatihah....semoga allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman dan bertaqwa. Amin..
kamu boleh terus saling mencela jika itu boleh memberikan ketenangan buatmu ...tetapi almarhum Tuan Guru Nik Aziz haram buat kamu jadikan sandaran kerana telah putus hubungan almarhum pada dunia dan segala isinya .. melainkan jika kamu mendoakan atau mengenang sesuatu yg baik dan lupakan yg perkara buruk mengenai Tuan Guru Nik Aziz ...cukuplah tu ...
DeleteKehilangan besar bg malaysia..Allahummaghfirlahu warhamhu..smoga arwah ditempatkan bersama para shuhada dan anbiya
ReplyDeleteA non 23.12
ReplyDeletesekurang2 nya dia sedekah alfatihah juga..ada makna yg sinis untuk difahami...hak kebebasan yg sllu dicanangkan selama ini....yang ko emo ssgt ape hal....