Saturday, 14 February 2015
AKHIRNYA BEKAS MEJAR (UDARA) ZAIDI MEMBUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD UNTUK MENYERTAI PAS
Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang mula menimbulkan isu mengenai dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan menyertai PAS sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa.
Bercakap pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya hari ini, beliau mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu menegakkan Islam.
"Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.
"Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya merujuk kepada nama penuh parti pembangkang yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat (PR) itu.
Zaidi dipecat dari TUDM kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.
Beliau didapati bersalah melanggar protokol dengan membuat pengumuman terbuka mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 tetapi boleh dibasuh dengan mudah, menimbulkan persoalan mengenai integriti PRU.
Selepas dibebaskan, Zaidi menyuarakan hasratnya memberi ceramah dan meningkatkan kesedaran politik di kalangan orang ramai.
Hari ini beliau menyatakan harapan memainkan peranan menyatukan PR yang ketika ini dilihat seperti berada di ambang perpecahan kerana beberapa isu dan konflik dalaman sesama tiga ahlinya – PAS, PKR dan DAP.
"Saya ni 'middle ground' (pertengahan)... Saya bukan ustaz, insyaAllah saya cuba main peranan untuk satukan PR untuk menghadapi PRU14.
"Cabaran itu memang besar, terutamanya dengan ketiadaan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kita terpaksa menghadapinya, harap-harap pemimpin baru akan muncul," katanya.
Katanya, rakyat memerhatikan tindakan Putrajaya dan dasarnya, dan ini akan menentukan bagaimana mereka akan mengundi dalam PRU berikutnya.
"Apa saja yang mereka lakukan diawasi rakyat. Rakyat tahu siapa benar, siapa salah.
"Apa saja yang kerajaan mahu lakukan, biarkan mereka lakukan. Di pihak kami, kami akan terus berjuang. Kita mohon pertolongan Allah. InsyaAllah, pada PRU14, akan ada perubahan."
Zaidi juga mengulas mengenai pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkannya satu kehilangan besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Well done bro.. moga Allah SWT mempermudahkan..
ReplyDeleteDalam pas pun sama jugak. Kalau tak ikut arahan , bebas cakap ikut suka, pun , pun krna tendang keluar jugak
DeleteSemuanya kena ada disiplim.
Adooiii iiii...general. ..jgn jdi aruah tok nik udah la.....sesama islam berpecah angkara doa dan ucapan arwah...
ReplyDeletePkr lebih sesui utk kamu wahai pejuang Zaidi...pkr lah parti perjuangan sebenar tanah air!!!marilah bersama membantu yb ds Azmin merampas kembali pmerintahan drpd bn!!
ReplyDeleteYang benerrr
Jeff, Ulu Yam.
Reformist Originel
2145.. Kalau Hg berjemaah setiap solat fardu.. baru Hg akan kenal dunia dan akhirat.. Kalau setakat solat berseorangan.. itu lah hujah hang.
ReplyDeleteDpt IC terus memilih PAS.. Segala puji2 bg ALLAH. Teruskan perjuangan anda mejar..
ReplyDeleteEiii Jeff Uluyam...Sedar diri lahhh...ko saper nak tentukan minat/ hasrat seseorang...PKR/PAS/DAP ko peduli aper...Asalkan jangan masuk parti Kroni BN..BN...BN...
ReplyDeleteTun M pon pernah berkata bahawa hanya orang cerdik dan pandai saja akan join samada PAS, PKR atau DAP.
ReplyDeleteJangan marah kat aku ye sebab ni memang nukilan dari Tun M yang kita kasihi.
ABU.
Sekian, terima kasih.
Tun M pon bernah berkata bahawa orang yang cerdik dan pandai pasti akan join samada PAS, PKR atau DAP.
ReplyDeleteJangan marah kat aku ye sebab ini memang nukilan ikhlas dari Tum M yang kita kasihi.
ABU.
Sekian, terima kasih.
Dr M kata dia mungkin buat silap masa jadi PM dulu...tapi pecat anwar bukan satu kesilapan...la ni PKR ajak Dr M jadi KETUM....kah kah kah...Dr M tak sebodoh itu nak jadi KETUM....ahaksss..elok lantik Marina Mahathir jadi KETUM....sebab dia sokong SIS...
ReplyDeleteaku pun galakan dia masuk pas semoga dia dapat masuk syurga, bak kata para peminpin pas yg lain, kalau dia masuk pkr takut nanti dia diliwat oleh anwar itu, dia pun kena nyala lilin setiap malam ingatkan anwar itu sambil bertakaful ingatkan anwar, kalau mejar masuk dap terpaksa jadi macai ,
ReplyDeleteKlu masuk ameno kena slalu2 ckp bohong...klu ckp benar kena penjara..
DeleteSiapa yg bercakap benar di malaysia.. bersalah jadi mcm penjenayah..
ReplyDeleteKlu menipu atau menghina diri sndiri cam saipul menjadi org kaya.
DeleteSemoga pengorbanan mu di redhoi Allah... Selamat berjuang...
ReplyDeleteSelamat berjuang
ReplyDeletePerjuangan yg sia2.
DeleteMEJAR ZAIDI AHMAD
ReplyDeleteM-mejar zaidi ahmad
E-engkaulah perwira sejati
J-jawatan dilucutkan
A-akibat kejujuranmu.....
R-rakyat bersamamu..!!!
Z-zalim...
A-apakah?
I-ini telah
D-dirancang??
I-individu teranaiya...
A-alhamdullilah
H-haluan perjuanganmu kini....
M-memperkemaskan untuk
A-amalan
D-dibawa kesana nanti....
jkkr jengka.
taksub sgt bangang jer bunyi...keh. keh
DeleteYg bg pangkat tu kerajaan. Biat ar kerajaan amek balek. Kalau dh benci sgt pd atm tu uniform tu buang je.
ReplyDeleteDia ni jenis maknusia yg tak tahu bersyukur. Dia lupa selama ini Allah swr bagi rezeki pada dia adalah untuk anak isteri dia. Dia cuma lah sebagai penyampai saja.
ReplyDeleteAllah akan beri ganjaran yang lebih besar kepadanya atas kezaliman ini..mejar 'melondeh' penipuan spr dan beliau dipecat sebab beliau tahu yang haq dosa pahala dan halal haram tidak semua orang ada 'jiwa' dan 'ruh' seperti ini melainkan kita sanggup untuk bersekongkol dan bersetuju dengan penipuan ini mejar lebih takut azab Allah yang menanti di akhirat....wallahuaklam
DeleteDIA NI SORANG JE JIWA KACAU DLM TUDM TU.
DeleteDia ni sebenarnya tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Dia cuma boleh jadi pengikut. Pengikut membabi buta. Tidak bertanggung jawab.
DeleteMana tanggung jawab dia pada keluarga ? Pada anak isteri. Sedangkan mencari rezeki untuk anak isteri itu adalah satu ibadah.
nk sokong mna2 ikut la. hak masing2. jgn jdi pelingkup masyarakat dah la kn. nk berdemo sana sini merusuh x kira tempat awam. lg jelik mintak petisyen us cmpur tgn. jgn ikut sgt la puak kapir harbi aka BERSIH, MALAYSIAKINI, NEGARAKU....
Delete