Saturday 14 February 2015

AKHIRNYA BEKAS MEJAR (UDARA) ZAIDI MEMBUAT KEPUTUSAN MUKTAMAD UNTUK MENYERTAI PAS



Bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad, yang mula menimbulkan isu mengenai dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), akan menyertai PAS sebaik memperolehi kad pengenalan baru sebagai rakyat biasa.

Bercakap pada majlis pelancaran buku terbaru kartunis Zunar di Petaling Jaya hari ini, beliau mengakui berminat dengan PAS kerana parti itu menegakkan Islam.

"Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang ditamatkan perkhidmatan serta-merta pada 12 Januari lalu selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

"Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya merujuk kepada nama penuh parti pembangkang yang merupakan sebahagian Pakatan Rakyat (PR) itu.

Zaidi dipecat dari TUDM kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran Menteri Pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

Beliau didapati bersalah melanggar protokol dengan membuat pengumuman terbuka mengenai dakwat kekal yang digunakan semasa PRU13 tetapi boleh dibasuh dengan mudah, menimbulkan persoalan mengenai integriti PRU.

Selepas dibebaskan, Zaidi menyuarakan hasratnya memberi ceramah dan meningkatkan kesedaran politik di kalangan orang ramai.

Hari ini beliau menyatakan harapan memainkan peranan menyatukan PR yang ketika ini dilihat seperti berada di ambang perpecahan kerana beberapa isu dan konflik dalaman sesama tiga ahlinya – PAS, PKR dan DAP.

"Saya ni 'middle ground' (pertengahan)... Saya bukan ustaz, insyaAllah saya cuba main peranan untuk satukan PR untuk menghadapi PRU14.

"Cabaran itu memang besar, terutamanya dengan ketiadaan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kita terpaksa menghadapinya, harap-harap pemimpin baru akan muncul," katanya.

Katanya, rakyat memerhatikan tindakan Putrajaya dan dasarnya, dan ini akan menentukan bagaimana mereka akan mengundi dalam PRU berikutnya.

"Apa saja yang mereka lakukan diawasi rakyat. Rakyat tahu siapa benar, siapa salah.

"Apa saja yang kerajaan mahu lakukan, biarkan mereka lakukan. Di pihak kami, kami akan terus berjuang. Kita mohon pertolongan Allah. InsyaAllah, pada PRU14, akan ada perubahan."

Zaidi juga mengulas mengenai pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkannya satu kehilangan besar.

25 comments:

  1. Well done bro.. moga Allah SWT mempermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam pas pun sama jugak. Kalau tak ikut arahan , bebas cakap ikut suka, pun , pun krna tendang keluar jugak
      Semuanya kena ada disiplim.

      Delete
  2. Adooiii iiii...general. ..jgn jdi aruah tok nik udah la.....sesama islam berpecah angkara doa dan ucapan arwah...

    ReplyDelete
  3. Pkr lebih sesui utk kamu wahai pejuang Zaidi...pkr lah parti perjuangan sebenar tanah air!!!marilah bersama membantu yb ds Azmin merampas kembali pmerintahan drpd bn!!

    Yang benerrr

    Jeff, Ulu Yam.
    Reformist Originel

    ReplyDelete
  4. 2145.. Kalau Hg berjemaah setiap solat fardu.. baru Hg akan kenal dunia dan akhirat.. Kalau setakat solat berseorangan.. itu lah hujah hang.

    ReplyDelete
  5. Dpt IC terus memilih PAS.. Segala puji2 bg ALLAH. Teruskan perjuangan anda mejar..

    ReplyDelete
  6. Eiii Jeff Uluyam...Sedar diri lahhh...ko saper nak tentukan minat/ hasrat seseorang...PKR/PAS/DAP ko peduli aper...Asalkan jangan masuk parti Kroni BN..BN...BN...

    ReplyDelete
  7. Tun M pon pernah berkata bahawa hanya orang cerdik dan pandai saja akan join samada PAS, PKR atau DAP.

    Jangan marah kat aku ye sebab ni memang nukilan dari Tun M yang kita kasihi.

    ABU.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Tun M pon bernah berkata bahawa orang yang cerdik dan pandai pasti akan join samada PAS, PKR atau DAP.

    Jangan marah kat aku ye sebab ini memang nukilan ikhlas dari Tum M yang kita kasihi.

    ABU.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Dr M kata dia mungkin buat silap masa jadi PM dulu...tapi pecat anwar bukan satu kesilapan...la ni PKR ajak Dr M jadi KETUM....kah kah kah...Dr M tak sebodoh itu nak jadi KETUM....ahaksss..elok lantik Marina Mahathir jadi KETUM....sebab dia sokong SIS...

    ReplyDelete
  10. aku pun galakan dia masuk pas semoga dia dapat masuk syurga, bak kata para peminpin pas yg lain, kalau dia masuk pkr takut nanti dia diliwat oleh anwar itu, dia pun kena nyala lilin setiap malam ingatkan anwar itu sambil bertakaful ingatkan anwar, kalau mejar masuk dap terpaksa jadi macai ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu masuk ameno kena slalu2 ckp bohong...klu ckp benar kena penjara..

      Delete
  11. Siapa yg bercakap benar di malaysia.. bersalah jadi mcm penjenayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu menipu atau menghina diri sndiri cam saipul menjadi org kaya.

      Delete
  12. Semoga pengorbanan mu di redhoi Allah... Selamat berjuang...

    ReplyDelete
  13. MEJAR ZAIDI AHMAD

    M-mejar zaidi ahmad
    E-engkaulah perwira sejati
    J-jawatan dilucutkan
    A-akibat kejujuranmu.....
    R-rakyat bersamamu..!!!

    Z-zalim...
    A-apakah?
    I-ini telah
    D-dirancang??
    I-individu teranaiya...

    A-alhamdullilah
    H-haluan perjuanganmu kini....
    M-memperkemaskan untuk
    A-amalan
    D-dibawa kesana nanti....

    jkkr jengka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taksub sgt bangang jer bunyi...keh. keh

      Delete
  14. Yg bg pangkat tu kerajaan. Biat ar kerajaan amek balek. Kalau dh benci sgt pd atm tu uniform tu buang je.

    ReplyDelete
  15. Dia ni jenis maknusia yg tak tahu bersyukur. Dia lupa selama ini Allah swr bagi rezeki pada dia adalah untuk anak isteri dia. Dia cuma lah sebagai penyampai saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah akan beri ganjaran yang lebih besar kepadanya atas kezaliman ini..mejar 'melondeh' penipuan spr dan beliau dipecat sebab beliau tahu yang haq dosa pahala dan halal haram tidak semua orang ada 'jiwa' dan 'ruh' seperti ini melainkan kita sanggup untuk bersekongkol dan bersetuju dengan penipuan ini mejar lebih takut azab Allah yang menanti di akhirat....wallahuaklam

      Delete
    2. DIA NI SORANG JE JIWA KACAU DLM TUDM TU.

      Delete
    3. Dia ni sebenarnya tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Dia cuma boleh jadi pengikut. Pengikut membabi buta. Tidak bertanggung jawab.
      Mana tanggung jawab dia pada keluarga ? Pada anak isteri. Sedangkan mencari rezeki untuk anak isteri itu adalah satu ibadah.

      Delete
    4. nk sokong mna2 ikut la. hak masing2. jgn jdi pelingkup masyarakat dah la kn. nk berdemo sana sini merusuh x kira tempat awam. lg jelik mintak petisyen us cmpur tgn. jgn ikut sgt la puak kapir harbi aka BERSIH, MALAYSIAKINI, NEGARAKU....

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...