Wednesday 25 February 2015

NEGERI TERENGGANU AKAN LAKSANAKAN HUKUMAN NAIK VAN JENAZAH TERHADAP LELAKI TERUTAMANYA MAT REMPIT TIDAK SOLAT JUMAAT.


Persoalannya siapa yang melakukan penangkapan???? .. Jika pihak penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam), beerti dia pun tidak solat Jumaat juga????? .. Yang tidak solat Jumaat tangkap yang tidak solat Jumaat????  BEGITU?????

Kerajaan Terengganu bakal melaksanakan hukuman denda menaiki van jenazah terhadap lelaki Melayu khususnya golongan mat rempit yang didapati tidak menunaikan solat Jumaat.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihak berkuasa agama tempatan akan bertindak membawa mereka yang bersalah berarak di sekitar pusat bandar raya negeri itu dengan menaiki van jenazah sekiranya ditangkap.

Katanya, proses penelitian hukuman bagi kesalahan tersebut sudah selesai dan akan dimulakan tidak lama lagi.

Razif berkata, hukuman tersebut dijalankan kepada mereka yang masih lagi berdegil mengulangi kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat meskipun sudah diberikan kaunseling.

"Mereka yang terbabit termasuk mat rempit didapati tidak menunaikan solat Jumaat akan ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Terengganu (Maidam) dan diberi kaunseling serta bimbingan agama terlebih dahulu," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Pada masa sama, Razif yakin Maidam dapat menggalas tugas dan peranan mereka dengan sebaik mungkin dalam usaha menangani gejala sosial.

Beliau berkata, ini termasuk keputusan menambah jumlah anggota penguat kuasa wanita selain memperkemas kekuatan sedia ada bagi membolehkan penguatkuasaan berjalan dengan baik.

Selain itu beliau berkata, kerajaan Terengganu juga memaklumkan kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal agama negeri, Datuk Mohd Rozali Salleh untuk mewujudkan sebuah pusat pemulihan atau pondok pemodenan bagi memberi khidmat kaunseling dan pendedahan ilmu agama kepada pesalah terbabit.

Awal Januari lalu, kerajaan Terengganu mengarahkan kesemua pasar raya menutup premis pada waktu solat Jumaat selama dua jam.

5 comments:

  1. cadangan ustaz mana la ni

    kesian la ustaz2 ni

    bila nabi dah dapat kuasa kerajaan di madinah nabi teruskan dakwah

    nabi tak gunakan kuasa untuk paksa orang

    nabi tak gunakan kuasa untuk malukan orang

    nabi terukan berdakwah agar orang faham islam

    itulah istimewanya nabi akhir zaman

    ustaz2 sekarang yg katanya ikut sunnah, tapi malas berfikir

    bila masa paksa & malukan orang jadi sunnah nabi??

    nabi suruh bertafakur bagaimana cara memperbaiki manusia

    nabi dah bagi clue "manusia akan jadi baik kalau hatinya baik"

    takkan ustaz2 ni jahil sangat??

    bertafakur la bagaimana nak ubah hati orang jadi baik

    bukan paksa & malukan orang

    betul la di akhir zaman ramai ahli ibadat yg jahil & ulama yg fasiq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara begini tak lama lagi dua malaikat yg menjaga kita tu bolih pencenlah.

      Allah berfirman "tak ada paksaan dalam ugama", mereka tak setuju. Mereka nak paksa juga. Orang nak menganut ugama Islam pun akan jadi takut.

      Delete
  2. woiii berapa banyak dakwahlah lu pikir....berapa lama...macam tu pun dakwah la jugak.....cakap elok elok tak mahu dengo.....suruh tak mahu ikut...ajar tak dengo cakap....denda ajelah....
    weiiii minah omakkau....penguatkuasa pompuwan la buat koje...apa la......ko ni tak bangge ke spesis omakkau yg tangkap lelaki tak solat jumaat....tak gitu...

    ReplyDelete
  3. Nak Tanya Ustaz tu yg x sembahyang dapat dosa, tapi yg meaibkan org tu dpt pahala ke? Betul ke hukuman yg di buat, kaunseling tu ok lah boleh diterima.

    ReplyDelete
  4. Pompuan tangkap lelaki....pompuan bawak van jenazah....silap2 lain jadinya....kalau mat rempit tu musafir camner....terengganu darul paksa.....hukuman ni ada dalam islam ke...????...kulit kulit berbagai warna kulit.....buat apa paksa.... Kasi faham lah....esok ostard2 tu semua masuk neraka sbb jadi riak....penyakit riak ni nabi takuti pada umat akhir zaman....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...