Wednesday 25 February 2015

PENYAMUN DIBELASAH SAMPAI MATI OLEH SUAMI MANGSA.

                                   Lokasi di mana mayat suspek ditemui, semalam

TAMPIN - Percubaan seorang lelaki untuk menyamun seorang wanita, berakhir dengan dia mati dibelasah oleh suami mangsa di luar sebuah rumah di Air Kuning Tambahan, Gemencheh, 30 kilometer dari sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 49 tahun itu ditemui terlentang dengan tangan diikat ke belakang, menggunakan tali rafia. Satu topeng juga ditemui di situ.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memberitahu terdapat pergaduhan di kampung itu.

“Sebaik tiba di lokasi, lelaki itu ditemui sudah mati. Turut ditemui di lokasi kejadian ialah sebilah pisau, dua biji batu dan serpihan batang paip," katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam apabila lelaki itu menyerang pasangan suami isteri berusia 57 dan 50an itu yang baru tiba di kawasan rumah selepas membeli makanan.

Menurutnya, sebaik sahaja si isteri, seorang warga Singapura, turun dari kereta, dia diserang lelaki tersebut.

"Si suami cuba meleraikan pergelutan dengan memukul lelaki itu dengan batang paip. Si isteri cedera di lengan kiri dan luka pada jari telunjuk.

"Wanita itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan oleh suaminya sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya.

Kooi Cheang berkata, polis sedang mencari waris si mati, yang dipercayai dari Cheras, Kuala Lumpur.

“Mayatnya kini di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk bedah siasat," katanya.

Beliau meminta mereka yang ada maklumat mengenai kes itu menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tampin, Asisten Superintendan Mohd Safari Sidik atau Asisten Superintendan P Pusparani di talian 06-4411222 untuk membantu siasatan.

Kooi Cheang menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak memukul suspek jenayah.

“Orang ramai hendaklah menangkap dan menyerahkan suspek kepada polis. Memukul suspek sehingga cedera atau mati menyalahi undang-undang," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun serta mencederakan orang, serta seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis sudah mengambil keterangan daripada pasangan suami isteri berkenaan semalam.

13 comments:

  1. Nasib badan. Susek jadi mangsa. Tapi yang tak best tu ayat ni "...Kooi Cheang menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak memukul suspek jenayah..."

    Penjenayah pukul mangsa ok, mangsa tak boleh pukul penjenyah?

    Merak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Inilah undang2 galakkan penjenayah boleh bunuh boleh pukul mangsa tetapi mangsa atau rakyat tak boleh lepas tangkap lepas balik lakukan jenayah boleh kurang ke jenayah???? Hahaha.......lain kali buka pintu sj biar mrk ambil sesukahati lg senang sambil ucap tq dtg rumah.

      Delete
    2. Jangan fikir nesihat polis tu bolih guna sangat.......lanyak dulu baru bagi kat polis.

      Delete
  2. Penjenayah dah melakukan jenayah dan telah menyerang mangsa dan mencederakan mangsa masih lagi kene berbuat baik kepada penjenayah? Polis pun jika diugut dgn senjata tajam akan tembak trus penjenayah inikan org awam. Jadi mangsa cuma mempertahankan diri dari dibunuh oleh penjenayah.

    ReplyDelete
  3. Sbbnya polis takleh nak pukul pjenayah kerana doh mampus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila undang2 islam berjalan semua terbela.itu janji allah

      Delete
  4. Mangsa dah banyak yg mati..penjenayah masih bebas di luar sana..itu x apa ke..?

    ReplyDelete
  5. Tak salah kalau pukul penjenayah dalam kawasan rumah kita...sampai mampus pun tak pe..janji dalam kawasan rumah kita

    ReplyDelete
  6. Ada kawan cermin keta kena hentak dgn tngan samsing sblah rumah, retak seribu.pergi balai...polis kata tk boleh ambil tindakan sbb siSamsing tak guna senjata...kalau cekik org sampai mampus pun tkpe sbb tak guna senjata...tuuiih

    ReplyDelete
  7. Kl penyamun serang dan rompak..mangsa dinasihatkan member nasihat,buat air dan hidangkan makanan pd mereka... Mayan lh penjenayah dgn sopan santun...kita kn rakyat Malaysia...kih..kih

    ReplyDelete
  8. Hahaha.....
    Polis mkn gaji je......tak jaga keselamatan org cuma jaga harta mrk sj.....kalau ada laporan br terjah buat kerja seperti biasa bawa senjata utk tunjuk lagak gaya bertapa mrk menjaga keselamatan awan.
    Inilah malaysia......indah dgn rupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Ipoh Pk bini puleh kena semeleh mati,
      Kooi Cheang tak bagi nasehat ke, jangan apa apakan penyangak
      kalu kena atas kepala Kooi Cheang sendiri sudah tentu dia SABAR

      Delete
  9. Ada peruntukan undang2 untuk orang mempertahankan diri.
    kalau da kena samun, pas2 kena beduk dgn suami atau empunya diri tu pon salah dari segi undang2. kadang2 polis kena ckp berdasarkan rang undang2 yang sedia ada. nak tangkap penjenyah, adakah polis ingat nak tangkap diowang dgn lari2 kejar tangkap mcm main kejar2 diowang serunder. da tentu bergelut, kalau da ada senjata confirm2 berntak dulu. So sekrang ni semua main mengarut. agaknya nak kena kat batang idong sediri baru nak melatah agaknya.

    Hurm

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...