Wednesday 8 May 2013

BERITA YANG MENGGEMBIRAKAN SELURUH RAKYAT SELANGOR!!!!!... PAS TETAP SOKONG TAN SRI KHALID SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR!!!!!



SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

INI DINAMAKAN POLITIK REALITI TANPA MEMENTINGKAN DIRI... MELETAKKAN KEMAHUAN DAN HASRAT RAKYAT DENGAN MENGENEPIKAN SUARA-SUARA SUMBANG.

48 comments:

  1. Alhamdullillah, permimpin berjiwa rakyat, kehendak rakyat didahulukan. semoga Allah memberkati dan sejahtrakan Selangor AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ribut berlalu, kiambang bertaut. Kuatkan semula ekonomi Melayu. Buy Malay product FIRST. Kita dah tahu siapa musoh kita sekarang ini. Sedar lah bangsa melayu semua. Ayoh bersatu!!!!!!

      Delete
    2. sokong melayu kununnnnnn....tengok fakta ni....

      1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
      2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
      3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

      4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
      5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
      6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
      7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
      8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
      9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
      10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
      11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
      12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
      13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

      Delete
    3. jijan mali ni pndai bckp je.fakta bdoh makhluk ni..

      Delete
    4. Jangan bagi ke PKR.PAS jawatan MB.Akan datang mesti ada bertelagah tak sehaluan lagi dan loncat parti nak ungkit kemudian x guna dah.....PAS Lebih layak ikut majoriti Dun.PAS MB SELANGORRRR....

      Delete
    5. Anuar,Khalid,Azmin,Semua gila kuasa,PKR dah tak layak sebagai MB Selangor tak tau malu kerrrrrr.masih nk jawatan tu,lebih baik lantik aku jadi exco dan lantik aku jadi MB kamu.kah3.

      Delete
    6. Stops Spenda!!

      Delete
  2. Alhamdulillah aku rakyat Selangor mengalu-alukan TSKI sebagai MB Selangor yg baru....prestasi cemerlangnya dalam 5 tahun lepas sudah terbukti untuk dia meneruskan dasar2 yg telah digubal oleh PR.......jangan biarkan lagi bisikan2 syaitan yg dikenali membisikan hasutan......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bagi formula; MB TSKI dikekalkan. Lantik exco 4 dari DAP, 4 dari PAs dan 2 dari PKR. Speaker dari PAS. Molek tak?

      Delete
    2. Alhamdulillah,PKR/PAS menang majoriti mudah,Selangor antara negeri Kaya,umno bee end terliurlah, Nasib baik bee end/(barang naik) tak dapat rampas negeri Selangor dll, Gigit jarilah bee end nak ajukan projek kroni Langat 2 dll, ,mudah-mudah penyokong bee end insaf,ada peluang lagi, Bolehlah kerajaan Selangor teruskan agenda yang tentunya lebih baik untuk Rakyat Selangor,

      Delete
  3. Biar org yg ada lesen + berpengalaman drive kereta. Takat ada lesen je bukan segalanya.

    Saya tak pro TSKI tapi kedah dah tinggalkan pengajaran yg bermakna.

    Perancangan Allah mmg power!!!

    ReplyDelete
  4. Marilah sama-sama kita mengadakan dan buat sujud syukur kepada Allah S.W T yang telah memberi kemenangan ke atas Pakatan Rakyat( PAS,PKR,DAP) di Selangor...

    SEMOGA SELANGOR LEBIH SUKSES...

    HAPUSKAN SYAITAN (BN/UMNO) DI SELANGOR..

    TAKBIRRR...TAKBIRRR..TAKBIRRRR....

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.sy ahli pas bngi. sy sokong TSKI kekal MB, BIJAK MGUruskan wang rakyat selangor,dan pntadbirannya, hutang umno bn masa pmerintahan mereka,sudah byk dilangsaikan,dan audit ngara menunjukkan slngor ant ngeri trbaik.bebas rasuah.DS NAJIB, SILA LETAK JWTAN.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah saya selaku ahli PAS melihat pimpinan masih waras kerana kita bukanlah ketua dalam Pakatan Rakyat.. sedarlah tanpa Anwar PAS orang tak undi pun.. jadi sekarang ni lah kita perlu tunjukkan pengorbanan dan juga menunjukkan kita bukanlah ingin menjadi dominan.. tentang exco pun kita perlu turut apa yang PKR dan DAP bagi pada kita..InsyaAllah pas akan mentadbir mengikut islam..

    ReplyDelete
  7. Apa yg perlu PAS lakukan ialah teruskan kerja2 dakwah supaya rakyat Islam Selangor terus faham Islam sebenar. InsyaAllah bila rakyat faham Islam sebenarnya mereka akan sokong kita selagi kita tidak menyeleweng dari Islam.

    Semoga Allah berkati Selangaor dgn Islam............

    ReplyDelete
  8. Ya. Itu yang terbaek. Tan sri khalid dah buktikan kewibawaan beliau. So tak payah susah2 nak cari MB lagi.. Tapi pada amatan saya, dalam pakatan rakyat harus dilantik satu leadership parti seperti umno supaya keyakinan rakyat tidak berbelah bagi. So sekiranya keadaan sekarang ni DAP jauh mendahului PAS dan PKR maka masyarakat tidak mengatakan bahwa PAS dan PKR sebagai boneka.

    Pada kita pendokong pr tiada masalag yang cuma pandangan orang2 kampung yg menjadikan isu ini sebagai satu ancaman. Katanya dalam pr tiada kesepekatan. Dari itu untuk menghadapi pru 14 sesuatu perlu diubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong bro.. jadi sekarangni DAP la kita kena lantik jadi ketua.. tapi aku rasa PKR la paling layak iaitu DSAI.. PAS aku tak nampak.. sori bro.. aku bukan tak sokong PAS tapi realiti kerusi PAS paling sedikit.. takkan PAS nak jadi ketua pulak .

      Delete
    2. sila semak fakta DUN dimenangi PR sebelum komen.silap tu bro.15 PAS,15 DAP;14 PKR.

      Delete
  9. Maaf saya mencelah.. DSAI bukanlah penentu PAS dpt undian.. Segalanya atas kekuasaan ALLAH kekuasaan penuh hanyalah pada ALLAH.. Bergantung penuhlah pada ALLAH janganlah beremosi bila bercakap.. Saya respek semua pemimpin d MALAYSIA yg adil..amanah..tidak rasuah..tidak amalkan politik perkauman.. Soleh dan soleha.. Takbir!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. DSAI adalah salah satu faktor sokongan rakyat pada PR berdasarkan pengalaman beliau di dalam kerajaan, kredibaliti, kesungguhan beliau dlm perjuangan. Memang benar segalanya atas kekuasaan Allah, namun setiap sesuatu yg Allah jadikan pasti ada sebab dan musabbabnya, walaupun hakikatnya ianya juga tidak memberi bekas selain dari izinNya. Anda juga jgn emosi sampai menidakkan apa yg telah berlaku...

      Delete
    2. betultu.. PRU13 membuktikan yang PKR dan DAP yang rakyat pilih.. dan bukan tidak kerana PAS letak calon untuk lawan sesama sendiri kita menang di beberapa kawasan lagi..

      Delete
  10. semoga keadaan di negeri Selangor menjadi contoh apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat.. untuk jawatan PM sudah tentu PAS takkan tuntut.. untuk jawatan kabinet pun kita takkan tuntut.. kita takkan tunjukkan yang kita ni abang besar.. kita ni hanya menumpang popular DAP dan PKR..

    ReplyDelete
  11. http://www.sinarharian.com.my/azizan-nasihati-mukhriz-dua-perkara-1.158072        
    Mohon baca dan buat kesimpulan yer...tahniah kepada mb kedah dan bekas mb

    ReplyDelete
  12. ustaz Azizan tengah nazak pun duk mengutuk lagi ka..

    ReplyDelete
  13. Tak kira sape jadi MB janji mereka yang amanah untuk tadbir Negeri, Tahniah Pada PAS,PKR Dan DAP harap semuanya akan menjalankan amanah yang kami rakyat Selangor berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami nak PKR.. takmau PAS..

      Delete
    2. 1355 ni pncacai umngok..mlalui tulisan kau aku dah tahu kau jnis makhluk yg brhati binatang..maaf,knyataan.. kau dan najib patut malu dgn kemerosotan puak kau dlm parlimen.

      Delete
    3. 1355 apa maksud kau nak PKR.. ingat PKR boleh dapat jadi MB ka.. kami mau kepimpinan ulama.. PAS paling banyak dalam DUN Selangor.

      Delete
  14. salam, sy gembira pas sudah mahir berpolitik sejak msk parti pr. dsai adalah tokoh melayu yg harus diberi mandat oleh rakyat kerana beliau pr tertubuh n kerana beliau rakyat bersatu, maka berhak sebagai ketua pasukan baik parti, negeri atau pun negara . pas,dap akan beri sokong pada dsai sebab beliau belaku adil pada semua parti n berkerja kuat demi kekuatan parti. maka pr n rakyat harus bersatu bersama2 dsai, perjuangkan hak rakyat utk anakcucu kita. amin.

    ReplyDelete
  15. Selangor dan P. Pinang sepatutnya menjadi negeri dan pentakdbiran contoh PR. Lihat bertapa hebatnya serangan keatas dua negeri ini tetapi ketuanya dapat mengendalikannya dengan baik tanpa menuduh atau memburukkan sesama pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betultu.. ini menunjukkan DAP dan PKR boleh memerintah dengan baik.. harapkan PAS entahla..

      Delete
    2. Ribut berlalu, kiambang bertaut. Kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Buy
      MALAY and BUMIPUTRA product FIRST. Kita dah tahu siapa musoh kita sekarang ini.
      Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA semua.
      Ayoh bersatu!!!!!!

      Delete
    3. Sokong melayu kununnnn....tengok fakta ni

      1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
      2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
      3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)

      4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
      5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
      6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
      7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
      8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
      9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
      10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
      11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
      12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
      13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)

      Delete
  16. ape2 pun, WAKIL PKR KE,DAP KE,PAS KE,NK JD MB SLANGOR,KAMI TAK KISAH.JANJI JGN MCM PERANGAI SYAITON NIRRAJIM PUAK UMNO BN.SORY.. MENGGELUPUR PUAK NI KALAU XDPT MKN BNDA HARAM,PROJEK ATAS ANGIN..SORY,TANYA KEPALA BN SLANGOR SNDRI.
    -MANKON-

    ReplyDelete
  17. wakil DAP yg kafir pun kami terima.. itu tafsir versi 2013 kita guna..

    ReplyDelete
  18. Sy ahli PAS dan menetap di Selangor. Sy menyokong penuh Tan Sri Khalid Ibrahim

    ReplyDelete
  19. sy ahli DAP dan menetap di Selangor. Sy menyokong penuh selain dari PAS jadi MB Selangor

    ReplyDelete
  20. semuga datuk sri khalid di berikan idea yg lebih tajam oleh Allah utk memerintah selangor agar terus dapat membela rakyat yg tertndas dan zalim di zaman pemerintahan UMNO dulu...

    ReplyDelete
  21. moga tan sri khalid tidak ikut telunjuk PAS nanti kerana penggal kali ini suara PAS banyak dalam kerajaan Selangor.. ambil iktibar penggal yang lepas. PAS akan cuba menjadi dominan kerana mereka mewakili banyak kerusi. jika PAS cuba menunjukkan kuasa diharap tan sri gunakan pengaruh DAP supaya menyekat suara PAS..

    ReplyDelete
  22. Muafakat membawa berkat. tan sri khalid MB. Barisan Ulama menasihat dan menyokong dari belakang. SYABASSS

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong. ini membuktikan Ulama hanya perlu menasihat dan menyokong dari belakang. serah pada profesional saja mentadbir. Takbir.

      Delete
  23. Maaf..Pas selangor takda calon yang sesuai untuk jd MB k..harap maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa cakap.. tapi sebab kami bukan dominan dalam pakatan tu yang tak jadi MB

      Delete
  24. Bagus lah bgi PKR lah MBnya d Selangor..kerana PR mng 3 negeri je bgi sorng 1..PAS dpt MBnya d Klntan,DAP d Penang..wlaupun PAS lbh kerusi Dun..muafakatlah..lgipun Khlid Ibrahim tu MB yg svt bgus...yg aku heran & mnyampah tu tukang sibuk yg xlaku2 tu lebih sudu dri kuah..dah le di pecat dr PAS,.xbertanding pun atas parti sndiri dok minta MB Selgor bgi ke PAS..lu tu sape nyibuk..gile talak ke meroyan nak jadi MB le tu tpi mjur le d tndang awal2 tidak hncur PR angkaranya..kenapa xbertanding atas Parti JATI kau tu..rasanya bukan stkat hlng deposit malah pohonJATI yg ada ditampal posternya HA pun terus mati strok kerana malu...

    ReplyDelete
  25. Bguslah TSKI MBnya .dia akan teruskn dasar kcmerlgn Slgor..jgn dok dgr si Hssn Ali tu dok sibuk lebih jaga rmh org..pi lah jaga pondok buruk hang di bwh pohonJATI yg nak tumbang myembah bumi tu..hantu langsuir penanggal pun malu nak berteduh inikan burung hantu..tunggu di sodok jentolak MBSA je buat arang kayu JATI

    ReplyDelete
  26. betultu.kita lupakan slogan kepimpinan ulama kita.lagipun pas bukan pandai tadbir pun.nanti jadi macam kedah.

    ReplyDelete
  27. Yang buat aku terasa kenyataan dari timbalan Keadilan yg menyatakan " Pas & Dap" jgn nak menyibuk" walhal rata rata rakyat mencadangkan MB terdahulu patut diberi mandat memimpin kerajaan selangor.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...