Tuesday 21 May 2013

HADIAH KERANA UMNO/BN MENANG DI JOHOR...RUMAH PROJEK PERUMAHAN MESRA RAKYAT (RMR) TAK SIAP-SIAP!!!!!..JANJI DI TEPATI?????



LABIS - “Duit sudah diberi tapi rumah yang dijanjikan masih terbengkalai sehingga kini sejak setahun lalu,” luah pembeli Projek Perumahan Mesra Rakyat (RMR) di Felda Tenang, di sini.

Kamarulhaizan Mahzan, 48, berkata, dia kecewa dengan perkembangan projek tersebut dan terpaksa ‘tebal muka’ menumpang di rumah kedua orang tuanya.

“Kalau kontraktor yang sedia ada memang bermasalah, tukarkan saja mereka dengan kontraktor lain.

“Jangan biarkan kami ternanti-nanti macam ini dan sekiranya ada masalah, maklumkan kepada kami terlebih dahulu,” katanya.

Kekesalan yang sama turut diluahkan Suhaimi Haron, 44, yang hairan permohonan dibuat adalah untuk rumah siap diduduki, tetapi kediaman itu hingga kini masih dalam keadaan sama seperti setahun lalu sejak permohonannya diluluskan April tahun lalu.

“Setiap kali menghubungi Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB) kami diberitahu punca projek tersebut terbengkalai disebabkan kegagalan kontraktor dan mereka berjanji menyelesaikannya dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya, dia dimaklumkan rumahnya akan disiapkan dalam tempoh tidak sampai tiga bulan dari tarikh menandatangani perjanjian.

Sebaliknya apa yang berlaku sudah setahun berlalu dan hanya kira-kira 20 peratus sahaja kerja pembinaan rumahnya siap.

Bagi Norhad Cheding, 44, dia meminta campur tangan pihak SPNB untuk mendesak kontraktor yang dilantik agar menyambung kerja pembinaan rumahnya yang tidak sampai 50 peratus siap dan terbiar sejak lebih dua bulan lalu.

“Bagi mengelakkan masalah serupa berlaku, saya cadangkan adalah lebih baik pihak SPNB beri kelonggaran kepada pemohon untuk melantik sendiri kontraktor berkelayakan agar lebih memudahkan pemantauan pada masa akan datang.

“Apa yang berlaku sekarang, kontraktor yang dilantik ditawarkan dengan bilangan rumah yang banyak dan dari luar kawasan. Keadaan ini menyulitkan urusan mereka termasuk masalah menyediakan tempat tinggal pekerja,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd Latif Bandi berkata, SPNB sepatutnya memantau setiap perkembangan kontraktor yang dilantik.

“Kita ada menerima beberapa aduan mengenai kes yang sama. SPNB sepatutnya bertindak tegas terhadap kontraktor yang degil dan tidak dapat menyiapkan kerja sepertimana mengikut waktu yang ditetapkan.

“Saya akan bincang perkara ini dengan Pengarah SPNB Johor dalam waktu terdekat dan meminta penjelasan daripadanya,” katanya.

JANJIIIIIIII.....DITEPATI.....JANJIIIIIIII....DITEPATI.....JANJIIIIIII... DITEPATI.

9 comments:

  1. Itu mesti kerja penyokong pr saja nak boikot umno kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gile lucu klu org pr bleh dpt job kt johor...kahkah...ni dah berak xtau nk timbus...tnjuk kt org lain...kikikiki

      Delete
    2. Kan kat labis dan segamat bleh tahan gek orang PR walau majoriti BN . Kebanyakan puak puak pembangkang terutama berbangsa melayu di negeri johor ni orang orang yang keras kepala ity reality "!! Bukan semua ada juga yang baik ibarat 1 nisbah 2 .. Yang baik tu 1.tapi apa pun kat johor bukan nak puji walau merka tak sehaluan politiknya tapi kat warung masih boleh bersama jemaah pun tak jadi masallah tak mcam kat negri ......tut tut tut nanti marah pulak puak puak PR kat negri tu ini pengalamam aku la pasal aku selalu gek pusing pusing kat dalam malaysia ni..dah kerja apa nak buat ..pasal artikal di atas tu biasala kontrektor tak kira pr ke umno ke ada gek yang macam ni kalu setandan pisang tu tak semuanya elok.. Apa pun tujuan omak kau keluarkan artikal ni sengaja nak timbulkan keburukan umno nak biar komen dari juak juak pr masuk berduyun duyun kalau omak kau ikhlas cubalah keluar artikal yang menyebelahi umno apa jata jyak juak pr boleh tak beri komen yang ada unsur memperbetulkan kepimpimnan PR pad am nya

      Delete
    3. 11:34 tu sebab Anwar jg ko? Ha..ha..ha...barua BN buta mata fan buya hati.

      Delete
  2. salam, omak kau hanya utarakan berita hot utk penyokong pr n blogger sesawang utk ketahui kebenaran itu je. maka jgn kritik blog omak kau . kita kena kritik pada fakta berita yg diutarakan . pasal project rumah tak siap tu mungkin kontracter bangsa melayu kerana byk kes macam ni memang kontracter melayu sebab murah kan. kalau kontracter cina mahal tertapi siap cepat . malah masalah wang yg diperuntukkan tak keluar maka kontracter melayu tak mampu n berani ambil risiko kalau wang tak ada hanya peruntukkan dalam dokumen tetapi wang tak nampak. bagi rakyat yg kurang cerdik ini harus kamu tahu dimana macam2perbangunan yg kerajaan laksanakan tetapi wang peruntut tak ada atau tak cukup malah lambat maka kontracter mana mampu tangung kewangan ini. jgn fikir kerajaan punya wang yg byk tetapi sebenarnya kerajaan dlm kegawatan kewangan . yg kerja kerajaan pasti tahu yg jawat sektor kewangan . maka kelemahan ini adalah kerajaan n bukannya kontracter yg jadi angjing mati utk tutup kelemahan kerajaan.

    ReplyDelete
  3. tak mesra gomen21 May 2013 at 22:07

    tu la feel gomen.satu rumah mesra rakyat banyak pihak nak hasil.sub punya sub last last tukang lari.tak tahan beb upah murah.Indon pun tau lari.ada satu company ratus ratus dapat projek buat rumah mesra rakyat.makan atas angin.last last rumah dekat 2 tahun tak siap.dah tu design macam cibai.atap fesyen pisang sikat.hidup 1 malaysia

    ReplyDelete
  4. Kesian ketua-ketua mereka duduk dalam istana berjuta ringgit di KL ada kolam renang, garaj untuk enam tujuh kereta siap bilik-bilik untuk orang-orang gaji Indon lagi, macainya tinggal menyewa kerana rumah batu blok tak siap siap. Tokey makan kari daging batang pinang, kuli dapat rasa kuah yang tinggal kat sudu pun jadilah. Dah taraf macai!!

    ReplyDelete
  5. Macam rumah anwar jek nie...lg satu ko lupa nk letak ada satu.bilik khas buat sukma...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...