Tuesday 21 May 2013

ISU BERHIJRAH KE NEGARA LAIN...ZAHID HAMIDI TERUS MENERUS DIBELASAH DENGAN TERUKNYA... KINI GILIRAN KETUA PEMUDA PAS PULA HENTAM BELIAU!!!!



SHAH ALAM - Walaupun dilihat berkobar-kobar untuk menjalankan tanggungjawab di kementerian yang baru, beliau nampaknya terus dihentam dari pelbagai sudut.

Kali ini disifatkan pula mengamalkan politik rimba serta politik primitif yang telah ketinggalan zaman.

Demikian gambaran Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Rakyat merasa bimbang negara menuju kemusnahan jika dipimpin oleh pemimpin seperti ini," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat berkata tindak tanduk Ahmad Zahid yang mengeluarkan kenyataan beremosi mencerminkan Kabinet seangkatannya sebagai tidak cerdik, tidak matang dan tidak berfikiran jauh.

"Baru seminggu dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan.

"Kenyataan Zahid itu bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik.

"Dengan angkuh dan bongkak beliau menyarankan agar mereka yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia supaya meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari," katanya yang dipetik dari akaun Facebooknya semalam.

Nasrudin berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Umno yang menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya yang digemari.

Beliau yang dipetik menyarankan Ahmad Zahid supaya belajar daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, biarpun masih mentah bergelar menteri namun mempunyai akal yang panjang.

"Beliau tidak melatah dan bersikap dendam terhadap musuh politiknya sebaliknya bersikap ‘gentle’ dengan mendamaikan, bukan menjarakkan jurang politik.

"Inilah politik baru yang diinginkan oleh rakyat dan bersikap terbuka dalam sesuatu perkara, bukan menghukum membabi buta," tegasnya.

Katanya Ahmad Zahid sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana rakyat masih sayangkan negara dan bersikap patriotik hingga sanggup berhimpun untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

"Rakyat tidak mahu sistem pilihan raya berlangsung dengan penipuan, penyelewengan dan kecurigaan. Ia akan memberi kesan terhadap kerajaan dan pemimpin negara yang dipilih.

"Rakyat tidak mahu pemimpin yang menipu, korup, zalim dan ditolak oleh rakyat sebagai pemimpin mereka.

"Rakyat merasa bimbang negara menuju kemusnahan jika dipimpin oleh pemimpin seperti ini," katanya.

46 comments:

  1. Aku sokong apa yang Zahid Hamidi cakap. kalau ko orang pikiaq Negara lain lebih berkali-kali bagus dari sini, pergilah pindah kat sana. Tak ada siapa yang halang. Kalau duduk kat sini, hormati rukun Negara dan etika harmoni rakyat tempatan disini. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

    Ini dak, sikit-sikit demo, sikit-sikit demo. Aku cukup seronok kalau satu hari nanti polis-polis kita dilengkapi dengan rotan dan biaq depa belasah pendemo-pendemo bangang ni macam budak sekolah terutamanya geng-geng beruk Adam Adli. Biaq depa rasa sikit. Ada otak tak nak pakai. Belajaq malas. Bila dah fail dan kena bayaq PTPTN, mulalah demo tak nak bayaq, bodoh punya macai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala hotak kau 'anti demo'. Rakyat bukan membantah pru, tapiii rakyat berdemo utk menuntut keadilan lagi bersih dlm pru. Itu je,..kalau org tipu kau takkan kau diam diri,dasar pencacai. Kita rakyatlah berkuasa menentukan kerajaan melalui pru. Tapi dah dgn cr tipu mestilah kita bangkit bantah dgn cr aman. Apalah cacai ni benda mudah pun tak faham, itulah bila hati dah buta. Kebenaran tak dpt di terima lagi. O..o...o

      Delete
    2. Bagaimane pula ngan puak umno yg x menyokong hudud dilaksanekan di malaysia ni...?ad3kah puak2 umno ni patut keluar dari bumi ALLAH NI?CE CITE CE CITE

      Delete
    3. Anon 14:41....
      Inilah contohnya macai yang telah mengkepala lututkan otak mereka. Nak bersih macammana lagi ni???? Nak pakai klorox ke brother??? Tiga negeri dapat kat pembangkang. Jumlah kerusi pembangkang meningkat di Parlimen dan ADUN. Bersih macam mana lagi BANGANG oiiiiiii????????

      Delete
    4. Biduk berlalu, kiambang bertaut.

      Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA
      semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

      Delete
    5. mamat Anon 14:19....
      Ko ni dari team Red Bean team DAPpigs jangan nak menyibuk isu hudud. Ko jangan nak jadi batu api.

      Delete
    6. salam, tak usah marah atau menghina sebab kalau kita bising2 kat sini pun tak guna buat benci je. kita patut komen dgn bernas n berfakta bukannya mencaci atau menghina kerana ini hanya menunjukkan seseorg tu sudah ketandusan idea malah cuba lari pada kebenaran utk menutup kelemahan diri n mula memaki hamun tanpa punya pendirian yg matang maka org ini telah kalah dr segi ilmu pengetahuan yg jauh lebih berfikiran terbuka menerima kritikan yg wajar atas kelemahan diri . amin.

      Delete
    7. buatle dunia sendiri21 May 2013 at 21:42

      kah.kah.kah.kah macai umporno bila bab hudud emo bro.betul ape....tolak hukum Allah,pi la buat dunia sendiri.kah.kah.kah.kah.tau tak pasai ape umporno tolak hukum hudud.pasai penzina,pemabuk,pencuri tu banyak dalam umporno.termasuk ler macai macai umporno.kah.kah.kah.

      Delete
    8. memang hajat aku nak hijrah tapi negara lain susah nak bg taraf warganegara kat orang asing, kat malaysia je mudah nak dpt !!! klu kau nak tolong rekomen ok gak, tapi rekomen la kat negara2 yg best ckit! jgn kau rekomen kat uganda dah la!!

      Delete
    9. balik ke basic, rakyat yg pilih pemimpin.....sekarang ni rakyat pulak nak dihalau...ini tidak patut!!!! tidak logic!!!!

      Delete
  2. Kenyataan seperti inilah yang perlu dikeluarkan secara rasmi oleh pucuk pimpinan PAS, khususnya sayap Pemuda PAS.

    Saya sendiri melihat tindakan Zahid Hamidi mengugut media dan terlalu beremosi sebagai perbuatan yang tidak matang yang tidak mencerminkan peribadi seorang pemimpin senior Melayu yang berumur lingkungan 50-an.

    Sepatutnya kerajaan BN menerima kritikan pedas yang dilemparkan dengan rendah diri. Tetapi mereka masih bongkak dan mengugut rakyat dengan tindakan undang2.

    Rakyat sebenarnya bukan suka untuk keluar menunjuk perasaan tetapi ini suatu cara menzahirkan ketidakpuasan kerana menggunakan saluran yang sah nampaknya tidak mendatangkan hasil yang jitu.

    Kerajaan sepatutnya berterima kasih kerana perhimpunan yang diadakan sejauh ini dibuat secara aman dan tiada sebarang insiden. Saya percaya rakyat Malaysia telah matang dan mereka menolak budaya tunjuk perasaan yang melampau yang merosakkan harta benda dan mengorbankan jiwa.

    ReplyDelete
  3. Biasala bro org melayu dh menjadi kebiasaan org kita pinjam xnak bayar...tapi dapat pinjaman rasa diri dh macam org kaya beli smartphone motor kereta...buku x beli jugak buku rujukan pun fotostat jek...

    ReplyDelete
  4. Halo...anti demo...apa yang merepek ni..labu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awat Arjuna 14:00....apa yang aku cakap tu kena kat batang hidung hang ke????

      Delete
  5. Wei Tantawi bangang.....apa kebendanya yang tak adil pasal system pilihanraya kita ni??? Kalau tak adil, macam mana ko boleh menang??? Bangang punya statement. Tiga negeri masih lagi kat bawah opposition - SPR tak adil lagi ke?? Statement ko tu Tantawi menghina para pengundi marhean Negara.

    Kedah menang kat BN sebab masa bawah PAS-piss-pussy dulu, juak-juak ko kat Kedah tu pandai ke perintah???? Dok bergaduh tak habis-habis antara geng pahrolrazi dengan Azizan. Udah lah hutan belantara jahanam ko orang kerjakan. Memang patutpun ko orang kena sepak keluaq dek rakyat Kedah.

    Aku sokong cara keras Zahid Hamidi tu. Bahasa kasaq saja yang sepesis2 macam ko ni faham. Tak payah nak bagi amaran macam bawah Menteri Amaran tu dulu. Kepada yang naik tochang dan langgar undang-undang, balun saja dulu, ask question later. Honeymoon time bawah Menteri Amaran dulu dah habih....Padan muka ko orang semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. "...balun saja dulu, ask question later." = undang2 rimba

      Kalau Dato Seri Zahid nak ambil tindakan sangat, orang2 seperti ini tidak harus dikecualikan.

      Negara ini ada undang2; dan undang2 sedia ada tidak menghalalkan prinsip "balun dulu;tanya kemudian".

      Nampaknya pro-KDN dah ketandusan idea, sampai dah meroyan dan memaki hamun. Lupa bahawa diri dia tu Melayu dan Islam.

      Delete
    2. salam, bukti dah ada malah tersebar luas kat sesawang kecuali akhbar n tv je tak ada . maka dah terbukti kamu bukan blogger sesawang yg active malah mungkin kamu tak dapat terima dgn hati terbuka yg umno kamu sokong adalah si penipu yg tak berhak pimpin negara malaysia ini. maka kata byk2 sdr pukul kepala sdr n buat2 tak tahu kerana takut terima kenyataan atas kelemahan diri. baik duduk diam usah buat bising2 kat blog sebab kamu hanya malukan diri sj. amin.

      Delete
    3. pro kdn/polis.amp.amp tu ape kebenda nye.ala tulis ler ampu ampu.malu plak.dah sinonim dgn diri ko.ape nak segan.nak ampu si zahid plak.dulu sutun diampu ampu nye.cai ampu ampu dok ampu ampu teloq bos kdn.kah.kah.kah.kah.haktui.....pekat lagi hijau kat muka ampu ampu.

      Delete
    4. menang tu memang la menang, tapi tipu tu memang tipu!!! cuba kau pikir betul2!! bn main tipu pr menang, klu x main tipu lagi la pr menang!! mungkin majoriti 2/3,

      Delete
  6. Kesian.umno.untuk orang no otak.hahahaha....beruk mana nak kawan ngan orang.mesti p cari beruk juga.kita tengok kat sini berapa org spesis no otak.hahahaha....

    ReplyDelete
  7. Mengata dulang paku serpih mengata org dia yg lebih...dh ckp pasal beruk pula mesti suku sakt darwin nie...

    ReplyDelete
  8. Malas lauan.hahaha....no otak...hahaha.UMNO.untuk melayu no otak.haha.buat bodoh diri la hangpa.

    ReplyDelete
  9. UMNO = LEMBU

    ReplyDelete
  10. salam, sebab tu sy kata sebelum ni umno/bn tak punya org cerdik pandai lagi sebab semuanya keluar dari bn mala penyokong umno pun beralih arah pada pr n yg tinggal hanya penyokong kurang cerdik n malu terima kenyataan n bangsa resis sj yg terus sokong tanpa rasa malu n bermaruah. . biarkanlah mrk2 tu sebab tiada nilai utk kita malah hanya pandai buat bising n cari gaduh je . inilah perosak bangsa n negara yg hanya buat auta putarbelit abuk pun tak da. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. umno x risau kalau rakyat x sokong dia lg.umno ada pengundi import,undi pos,petugas spr pun bawah dia,agensi kwrajaan semua bawah kuasa umno.bak kata semuanya berlambangkan umno,bukan untuk rakyat.

      Delete
    2. salam, ada harta ada kuasa semuanya ada tetapi maruah tiada rakyat benci sampai anakcucunya akan dihina selamanya dalam sejarah malaysia umno gila kuasa umno perasuah umno banglasia umno pengkianat umno resis umno putarbelitkan islam maka tak malu ke anakcucu mrk nanti. senang skrg kita susah nanti anakcucuk buat apa ? nilah penting diri macam kucing makan anaknya sdr oleh si jantan tak guna. amin.

      Delete
  11. Pandai sgt le tu spm pun x lepas...tu la masalah melayu kalau dh terlampau pandai bongkak menguasai diri...rasa diri tu terlampau bagus sampai lupa asal usul...

    ReplyDelete
  12. Punyalah bodohnya Zahid ni kepala dia dah penuh dengan najis agaknya. No. Satu negeri ini bukan negeri dia sorang. Kalau Cina pendatang sama juga dengan orang Minangkabau dari Sumatera, orang Jawa dari Pulau Jawa dan orang Banjar dari Banjarmasin dan tak tinggal juga orang Bugis dari Selawisi!! serta orang Malayali dari India!! Kedua selalunya orang yang berhijrah akan membawa semangat dan cita-cita yang teguh untuk berjaya di luar negara dan kembali ke negara mereka semula. Sejarah di Amerika, Timur Tengah Amerika Tengah dan tidak tertinggal Asia dan Afrika, berapa ramai diantara mereka yang berhijrah kembali ke negara asal mereka bukan sahaja sebagai doktor, jurutera dan sebagainya...bahkan beratus-ratus dan beribu-ribu telah kembali sebagai tentera penakluk terutama mereka yang berhijrah ke US, UK dan Perancis. Tidak hairanlah satu hari nanti bila negara ini bergolak dan tersalah urus maka yang datang mengiringi tentera US dan juga Nato ialah sebagai contoh cucu Haji Kassim yang bserasal dari Lengong, cucu Yap Swee Leong dari Tangkak yang memegang jawatan major dalam US Marine, anak saudara apai Robert Ngindang dari Konawit yang berkhidmat dengan Foreign Legion Perancis. Kalau perkara ini boleh berlaku kepada Iraq, Lubnan, Panama, Afghanistan dan juga Libya maka tak ada sebab ia tidak boleh berlaku di Malaysia!!. Yang ketiga tidak ada jaminan dari sesiapa yang umno akan berkuasa selama-lamanya seperti Kesultanan Melaka, Kerajaan Shah Iran dan juga keperkasaan kerajaan Firaun Laknatullah. Berbagai kemungkinan boleh berlaku dan bila berlaku tiada siapa yang boleh menduga dan meneka apa yang akan terjadi termasuk profesor-profesor kangkung Melayu ramai di negara kita!! Kebangkitan negara China menjadi kegusaran US. Mereka telah pun mendapat pengkalan di Singapura. Adakah kita boleh mengatakan US tidak berminat menduduki Malaysia. Jangan terlalu celupar kerana yang merana bukan awak sekeluarga kerana awak mempunyai wang untuk lari ke Australia atau pun pulau Jawa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cari punca kenapa sampai zahid membuat kecaman sedemkian rupa sebagai menteri biasa nay mereka menjaga tatasusila ..dulu kita aman umno selesa tapi kesilapan melepaska seekor anjing yang tersepit membuat kadaan dah tak selesa seperti dulu .. Anjing yang kuat melalak menganggu ketenteraman sampai banyak yang melalak bersama anjing tu orang menegur kau marah anjing menyalak kau orang ikut betulah kau orang ni anak anjing. Anjing menyalak bukit takan runtuh bukit tu ..faham faham he la

      Delete
    2. salam, umno cumalah satu parti politik yg tidak perlu rakyat malaysia kena kesian dgn umno n apa yg pernah mrk lakukan kerana dulu n skrg sgtlah berbeza tiada lagi parti ditempat pertama tetapi dah tiba masanya rakyat yg ambil alih pucut pimpinan , rakyat yg berkuasa menentukan masa arah tuju masa depan negara bukannya umno. ubah malaysia utk kebaikkan bersama. apa guna negara maju pada 2020 kalau rakyat gelap dgn pengetahuan malah di tipu macam rakyat bodoh malah rakyat pula yg kena tangung kewangan negara yg telah di ambil oleh pihak yg tak bertanggungawap ini. bangkit rakyat yg memahami n berjiwa rakyat cintakan malaysia ubah malaysia yg semakin gelap ini . amin.

      Delete
    3. Yang nak kau sokong tu datang dari mana ? Asal umno juga cuba kau kembali masa dia berkuasa bandingkan dengan umno hari ni . Hanya orang celik hati jer yang nampak umno yang kau benci sewaktu dia.untuk mengubah membaiki kerosakan yang di buat bukan dapat dalam masa yang singkat perlu masa beb . Dan sekarang dah nampak sikit demi sikit dapat di olah oleh pm kita yang baru empat tahun menjalankanya .kalau di ikut perancangan yang sedang dan akan dijalankan insyallh bertambah baik umno ni .nampak tak dalam masa empat tahun ni penambahan yang umno perolihi .cuma kesilapan percaturan dari kaum cina jer yang menganggu.jagan lah ada yang nak menuduh bangla la black out la dah basi isu tu cuma dimainkan balik pasal tak berjaya nak menawan putera jaya .. Apapun kalu kau orang islam tentu kau faham rezeki allah bagi takan sertamerta dan tkdir allah penentu segala . Apa yang terjadi ada hikmahnya. Dan bidalan melayu ada menyebut penyakit akan menyerang bagai ribut pergi bagai semut

      Delete
    4. Aku sokong bab perubahan n transfomasi tu!!! tapi transfomasi pun transfomasi jgk, yg aku takut byk yg berubah jadi robot transfomer!!! makin senang la bn nak kontrol. Belum buat transfomasi pun dah ada yg jadi robot transfomer, klu dah transfomasi byk lg yg jd transfomer!!

      Delete
  13. Sokong penuh menteri YB Zahid. Tak guna berlembut dgn puak pelampau yg menabur fithnah PRU dan mghasut dan mheret rakyat buat protest.
    Sudah la tu mencerca sistem pru selama ni first past the post dan mdewa2 kan sistem dinegara lain. Semua nya buruk di sini. Tengok dsai bercakap bohong dlm CNN dah sekian lama. Kaum cina pun ramai dah naik tocang angkuh.
    Kalau ada apa tak setuju boleh bawa ke dewan rakyat. Bukan berjaja mengkeji kempen lepas undi. Kalau negara ini dah begitu teruk dan negara lain bagus, Sila migrate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong zahid.buat operasi mengutip kembali mykad.takut nanti kita semua kena keluar malaysia.ayuh.ayuh.ayuh.helo....ram prasad kasi balik itu my kad.

      Delete
  14. Aku sokong..hidup otai bagan datoh!!!

    ReplyDelete
  15. ZAHID KAU SEDAR TAK SEKARANG RAMAI ORANG ASING DAH BELI HARTA KAT MALAYSIA KECUALI DI KELANTAN? ORANG MELAYU TAK MAMPU BELI BANGLO ATAU KONDO HARGA SEJUTA KE ATAS KECUALI GUNAKAN DUIT MENIAGA LEMBU ATAU DUIT KOMISYESN BELI KAPAL SELAM? DI CHERAS TERDAPAT RUMAH-RUMAH DIMILIKI OLEH RAKYAT CHINA HARGA RM2 juta!! Bayar pendahuluan 4 atau 5 ratus ribu bayar bulanan 20 atau 30 ribu sebulan. ADA JUGA YANG BELI TU ASALNYA RAKYAT MALAYSIA TETAPI SEKARANG DAH JADI RAKYAT AMERIKA DAN UK. MELAYU KINI DAN AKAN DATANG DUDUK DALAM KOTAK KASUT BOLEHLAH!!! BEGITU JUGA CERITANYA DI JOHOR, PENANG, MELAKA, LANGKAWI DAN SEBAGAINYA. BERANI KE ZAHID CAKAP TAK TENTU KEPADA WARGA ASING YANG BERDUIT TU!! SIA-SIA SAJA PROGRAM TALENT CORP YANG MENJEMPUT RAKYAT MALAYSIA PULANG BEKERJA DISINI. YANG BALIK TU MUNGKIN DAH NAK BERSARA. KALAU KERJAYA TENGAH BERKEMBANG DAN BALIK KE MALAYSIA MEMANG SILAP BESARLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis kat kltn tak de apa yang nak di beli kropok likor adala

      Delete
    2. Air ada tp karat..

      Delete
    3. byk lg yg boleh dibeli kelantan!! kau je yg takde duit. sbb 2 kepok lekor je yg kau mampu beli!!!

      Delete
    4. air yg karat 2 semua kat rumah org bn, kat rumah org pas x karat!!! sbb yg tunjuk kat tv 2 semua org bn, pelik betul la. Orang bn x bayar bil air kot, sbb 2 air kat rumah diorang karat.

      Delete
    5. Kelantan pandai jaga kepentingan Melayu Islam. Itu pun sebab PAS memerintah. Bagi kat umno dah lama hancus!!!

      Delete
    6. Saya sebenarnya pun nak keluar hijrah pergi negara lain sebab kat malaysia banyak yang x adil

      Delete
  16. Yang aku tau tiap kali cuti sekolah wanita UMNO lah selalu buat rombongan ke Kelantan beli periuk belanga,kain baju. Aq agaklah anon 09.17 tak pernah jejak kaki ke Kelantan. Kamu memang jenis spisis katak dalam gelas nampak tapi tak merasa. Kalau spisis katak bawah tempurung lagi terok dengar tapi lansung tak tau biji butir. Dah tahun 2013 anon ooiii cuba2 lah hidup dalam dunia serba terbuka bukan hidup dalam dunia kamu sendiri. Melayu macam kamu ini orang maju kehadapan kamu undur kebelakang bila nak sampainya. Hindu yg weld weld 3 langkah kehadapan selangkah ke belakang lama lama sampai juga kat Tokong dia.Kamu ini selangkah kehadapan tiga langkah kebelakang mana nak sampai. Lemah sungguh budak ini kalau dekat dgn aku mahu aku luku je kepalanya

    ReplyDelete
  17. Ini lah contoh salah satu menteri yg tidak berakal bila memberi komen please bear in mind mr zaid your pay comes from our pocket since you join as a government servant and this the way you talk to your paymaster what a shameful act. As a minister you should be talking radically this is our country you are just managing it for us and if we feel that you fail in doing so please resign as it will show that you are responsible for your own shameful mistake. Please bear in mind we are the owner of the country not you ok. You are just working for us please remember that dear sir in the ministry level. Thank you.

    ReplyDelete
  18. Tak payah zahid suruh rakyat keluar pun rakyat dah dah keluar negara lain..mana taknya di malaysia ni banyak yang x adil contohnya kapal selam boleh beli tapi pendidikan percuma x boleh kasi kata boleh bankrap lah itu lah ini lah.....negara x boleh maju lah kalau kasi pendidikan percuma........cuba tengok negara jerman negara paling maju di eropah tu boleh pun kasi pendidikan percuma lepastu negara turki yang tiada hasil minyak pun boleh kasi pendidikan percuma kenapa malaysia x boleh.......sebab tu la ramai rakyat malaysia dah berhijrah sampai amerika,kanada dan lain-lain negara sebab x sanggup tanggung kos hidup yang tinggi di malaysia bila nak cakap kat media kerajaan x beri sampai rakyat terpaksa buat 'bersih' lepastu layan rakyat teruk-teruk.....ingat rakyat berhijrah suka-suka ka ingat rakyat berhijrah sebab cuaca kat malaysia ni panas ka........tentulah tidak tentulah sebab rakyat kecewa dengan pentadbiran kerajaan bn.....bukan rakyat x setuju kerajaan kutip cukai daripada rakyat tapi biarlah berpada-pada janganlah mintak cukai dpd rakyat banyak sangat

    ReplyDelete
  19. saya sokong...........pandangan anymous di atas.......... kalau kerajaan nak kutip cukai bukan rakyat x setuju tapi jamgan lah banyak sangat rakyat bukannya suka-suka menentang kerajaan tapi sebab kerajaan lebih kan kroni sebab tu rakyat marah dan akhirsekali rakyat tiada pilihan dan berhijrah keluar negara sebab bila nak tukar kerajaan pun bn ngan spr tipu pilihanraya lepastu rakyat bantah keputusan sebab x puas hati dan dapat layanan buruk dpd pemerintah dan akhirnya demi kehidupan lebih baik terpaksalah rakyat berhijrah ke luar negara rakyat berhijrah bukan sebab cuaca kat malaysia panas tapi sebab tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan bn

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...