Friday 17 May 2013

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) SAHKAN PELAKON SHAH JASZLE KENA TAHAN SEBAB KHALWAT!!!!



Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kini Sahkan Shah Jaszle Ditahan Khalwat  Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang di tangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shah Jaszle.


SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Sekian, terima kasih.

19 comments:

  1. ni tak tahu nak komen apa sebab idea tak adalah.....org jantan kalau berkhalwat ni memang dah biasa pun , maka tak hairan ,lainlah kalau perempuan tak jaga maruah nak kata diri islam ini lagi teruk dari kafir....manusia memang susah nak lari dari nafsu bila perempuan berpakaian sexy sampai semua dipertontonkan maka nafsu pun lansung merosakkan minda ikut suruhan syaitan maka islam telah pun ditolak tepi. amin.

    ReplyDelete
  2. inilah jadinya apabila Nafsu menguasai dan mendahului Akal, sepatutnua Akal lah yg menguasai Nafsu. Ikut rasa binasa, ikut hati mati dan ikut nafsu jadi lesu.

    ReplyDelete
  3. apa punya jabatan agama Islam la, aib orang pun nak sebar.
    Dah kena khalwat hukum atau bicara la. ni siap buat surat lagi bagi tau kat orang. Islam ke tu sebar aib orang.

    ke kes tertentu je buat surat..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. JAIS TIDAK PERNAH ATAU BELUM MENGELUARKAN APA-APA KENYATAAN AKHBAR SETAKAT INI...HARAP MAKLUM :)

      Delete
  4. Aku juga tak nak komen pasal Mamat ni. Cuma nak bagi tahu Allah jadikan di dunia ini wanita adalah tarikan nombor satu, baru diikuti oleh anak-anak,, harta dan seterusnya. (Ayat 14 Surah Ali Imran -Al Quran). Nombor satu wanita. Wanita itu berharga. Sebab itu kena 'bungkus'. Lelaki yang tak minat sekurang-kurang nya dalam hati ialah lelaki mati pucuk!! Sebab tu kalau bukan mahram tak boleh berdua-duaan, Lak boleh pegang dan tak boleh bergurau dan bermanja-manja. lelaki pulak hidupnya ada berbagai katogeri!!. No 1. Bayangan Hidup - yang ni terbayang je terus hidup. No. 2. Pandangan hidup - yang ni baru pandang dah hidup. No 3. Pegangan hidup - ini pulak asal pegang je terus hidup, sebab tu kalau bukan mahram tak boleh salam!! ada faham. No 4. Belaian hidup. Yang ni pantang kena belai. Pasti hidup. Yang terakhir No 5. Masaalah hidup atau pun susah hidup. Yang ini minat ada tapi susah hidup tapi dengan bantuan atau talian hidup seperti urut kampung atau pun viagra akan menjadikannya masalah lain iaitu susah Mati!!! Oleh itu wanita yang mulia ooi janganlah mudah menyerah atau bahasa kasarnya jangan mudah bukak coli dan spender atau pun jangan tak bercoli atau tak berspender!! Maaf. Sekian untuk direnungkan

    ReplyDelete
  5. Bukan nak sebar aib, tapi hakikat kesalahan mesti diperbetulkan dan masyarakat terdidik dengan pengajaran disebaliknya. Pikir lah guna hati dan akal yg cerah

    ReplyDelete
  6. aku tak kenal pun mamat ni...dalam paper tulis pelakon terkenal...nampak sangat aku ni jenis tak kenal pelakon...hahaha
    kenal tok guru lagi best.

    ReplyDelete
  7. sebaik2nya jgnlah diheboh2kan sgt..tak baek tauuu..kalau kena kat sedara sendiri,mcmana..kan. ciiiaaannn diaaa..

    MR.SMASHER

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu artis,tp bg dihebohkn...klu pemimpin politik..bnda xbtl pun..ckp btl...yg tv3 siap tayng video lg,yg 2 xaibkn org ker?baik ke cr mcm tu..semua org tgk...pk la skit

      Delete
  8. Ni bkn boipren omak kau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak..nie atuk dia sbelah mak angkat tiri dia..

      Delete
  9. JAIS tidak pernah/belum mengeluarkan apa-apa kenyataan akhbar. Tak pasti di mana pihak tersebut yang menyiarkan gambar salinan kenyataan akhbar dari JAIS ni dapat salinan/surat dari JAIS ni. Pengarah tak pernah tandatangan pun. Tadi petang kat JAIS wartawan Melodi datang nak menemubual Pengarah tapi rasanya Pengarah tak nak jumpa pun.... Balik je laaaa hehee

    ReplyDelete
  10. Don't blame the woman for everything. Jangan jadi sexist/misogynistic macam lelaki 'ultraconservative' Salafi kat Saudi Arabia tu. Both men and women are commanded to lower their gaze and jaga kehormatan diri masing2. To understand and read the Quran thoroughly, learn Arabic is much better to understand Quran. Daripada baca tafsir dalam bahasa Melayu atau bahasa lain yg kita faham bulat2. Sebab banyak tafsiran yang agak corrupt. Quran TAK corrupt. Tapi tafsiran yang dibuat oleh sesetengah scholars sejak modern era ni yang agak corrupt.

    Sorry la kepada sesiqpa yang baca comment saya ni. Cuma nak bagi tahu kalau nak pesan2 kat orang guna ayat al-Quran, jangan blindly copy paste.

    Kesimpulan: Kedua2 lelaki dan perempuan wajib jaga kehormatan/maruah diri masing2. Bulan perempuan je. Byeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Bukan

      (sorry typo)

      Delete
    2. And 1 more thing, jaga kehormatan diri tu bukan cara berpakain ("berbungkus") tu that must be taken in the 1st place. Tapi kelakuan.

      Ada je perempuan 99% berbungkus tapi dah "kantoi" dah sebab berdua2an.

      Delete
  11. Akibat berguru dgn ajaran " lebih baik berkawan dgn syaitan yg di kenali , dari Malaikat yg tidak di kenali " .

    ReplyDelete
  12. Kalo ade hudud kat malaysia ni..pakat lunyai da mamat ni kene rejam...mesti pelakon ni byar lebeyh kat jab agama siap2. ...mane ler tahu. ..kantoi lagi kelak....

    Plz support my blog too..
    Che'en punyer

    ReplyDelete
  13. Memang bagus kalau pandai Bahasa Arab dan boleh mengerti kandungan kitab Al Quran. Namun berapa ramai pula orang Arab yang kafir,berapa ramai pula yang tak percaya dan patuh kepada AlQuran. Ada juga orang Islam bukan bangsa Arab dan tak pandai berbahasa Arab namun patuh sungguh dengan ajaran Rasulullah s.a.w. Berapa ramai pulak orang Melayu yang mengaji di tanah Arab balik ke Malaysia sama saja macam orang jahil. Wanita itu telah dimuliakan oleh Allah swt dan Rasullullah s.a.w. Tapi kalau dah berdua-duaan pakai cawat besi pun belum tentu selamat dari maksiat!!. Yang pentingnya kalau dengan bukan mahram tu jaga-jaga sikit sebab hasutan syaitan bukan mudah nak ditewaskan.
    Hujah wanita menutup aurat tapi yang lain tak dijaga, sering sangat diwar-warkan. Namun kalau orang yang telah menunaikan fardhu haji balik ke Malaysia kata hudud tak relevan orang ramai senyap je, bininya yang hajjah balik ke Malaysia berambut togel tak de pulak yang tegur!! Itu belum lagi yang nampak baik tapi duit rasuah disebat, rasmi kilang arak, makan duit saham syarikat judi dan tak kurang pulak yang ketagih arak!! Berbalik kepada tajuk asal, wanita telah dimuliakan oleh Islam dan ini mesti dijaga oleh semua orang Islam. Yang bersalah bertaubat dan kita juga sama bertaubat. Semuga Allah mengampunkan dosa orang-orang muda ini dan juga mengampungkan dosa kita semua.!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak diheboh hebohkan. Kan negeri Selangor dah berubah, PKR kan  Pemerentah. Yang kau pekit kuat kuat dulu  untuk Ubah! Ubah! Ubah! Bukankah rakyat Selangor dah ubah? Ubahkanlah...tak payah ada JAIS lagi, hapuskan JAIS tumbangkan JAIS, KO JAIS...Buat apa?... menyusahkan saja!  Lagi pun Shah Jaszle  berkhalwat bukan dihadapan khalayak ramai, mereka khalwat didalam rumah. Mereka tak memudaratkan sesiapa. Itu soal peribadi la.... itu mereka punya pasal.......berkhalwat itukan shok Beb....bershok shok kan best.... Kata kau orang sudah bebas...lebih baik khalwat dari rasuah. Kau orang tak main rasuah! Kan khalwat hanya satu reaksi Reformasi Sosial yang baik, betul?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...