Thursday 23 May 2013

KOLEKSI SEDUTAN GAMBAR PERBICARAAN ADAM ADLI DI MAHKAMAH JALAN DUTA KUALA LUMPUR, ATAS PERTUDUHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN!!!!


Mahkamah hari ini menetapkan 2 Julai depan bagi sebutan kes terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim atas dakwaan menghasut rakyat Malaysia turun ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan.

Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam dengan ikat jamin RM5,000 oleh seorang penjamin di Mahkamah Seksyen di sini.

Adam  Adli didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Adam yang berbaju T hitam diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor dan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah.

Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

“Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam,” kata N. Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai.

“Kita akan fail permohonan untuk batalkan pendakwaan ini di Mahkamah Tinggi secepat mungkin.”

Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan.

Adam telah ditahan pada 18 Mei di Bangsar Utama.

Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah: “Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macan negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita.

“Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ...”

Seramai 18 aktivis termasuk empat wanita yang berhimpun bagi menuntut pembebasan Adam Adli telah ditahan ketika kira-kira jam 9.45 malam tadi berhampiran dengan balai polis Jinjang.

Media melaporkan lebih kurang 1,000 orang berhimpun untuk menuntut pembebasan aktivis mahasiswa itu.

Diantara yang ditahan adalah Peter Chong, pegawai khas kepada ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa, dan semua yang ditahan dihantar ke Balai Polis Jalan Travers di sini.

14 comments:

  1. Najib tipu lagi.

    ReplyDelete
  2. Ini baru betul pejuang. Bukannya berkumpul ramai-ramai dengan perlindungan polis. Bukannya macam pekasam sama p>>K***dia. Bila ramai tunjuk garang. Bila sorang pakai baju persatuan pun tak berani. Ingatkan bila Rentap mati, bila Tok Janggut, Tok Gajah, Rosli Dobi, Mat Indera, Ustaz Ibrahim Libya dah tiada, semua jadi lemah lutut dan lena dengan gula-gula ameno. Rupanya tidak. Patah tumbuh hilang berganti. Ini dia anak Malaysia sejati!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suroh lah 'anak Malaysia sejati' ni pi ke Lahad Datu lawan Lanun-lanun Sulu yang bos besaq dia bawak masuk. Tu baru betoi ye dak.....

      Delete
    2. suruh dia sorang saja ka!! hang x nak pi jgk ke?

      Delete
  3. ini operasi lalang baru akan kecundang juge idea mahathirisme ni. Akan rakyat ragut kerakusan kuasa besi BN sekarang. Dunia akan terbalik yang tertindas akan bangun yang menindas akan dihumban kepenjara dan diadili dunia hakim yang baru adil dan saksama. Pemerintah BN akan bertempiaran lari ada yang menyelimut mengigil di rumah,ada yang akan cuba membunuh diri. Dunia akan lihat drama ini.....tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon 15:20.....

      yeah....dream on, dream on.....kahkahkah

      Delete
  4. betul,betul,betul!!!! ada satu kumpulan 2 konon nak b'juang tapi siap tutup muka!! nak kata jerebu cuaca nampak ok je!! nak kata ada virus h5n9 rasanya belum ada lg kat malaysia ni!! entah ler x paham aku.

    ReplyDelete
  5. Hidup Adam Adli bakal pemimpin Melayu dan teras pemimpin Melayu. Bukan macam pemimpin Melayu UMNO yang sibuk kaut duit rakyat. Lepas tu nak letak anak depa jadi pemimpin supaya dapat kaut lagi duit rakyat. Ni UMNO Utusan meloya apa ko buat. Yang ni anak muda melayu.

    Seorang Pemimpin misti rasa perih perjuangan untuk maju ke hadapan. Allah Bersama kamu Adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak tak cukup umuq lagi yang ko orang sokong. Tenat dah PR le ni...eich,eich,eich....kecian......ada aku peduli......kahkahkahkah

      Delete
  6. salam,
    apa yg saya lihat dimalaysia skrg adalah satu perubahan utk demokrasi rakyat yg lebih telus n adil.
    maka kalau perubahan ini tak belaku malah rakyat takut utk perubahan maka malaysia akan jadi macam india atau indonesia dimana rakyatnya majoriti miskin n sgt miskin . malaysia mesti berubah utk rakyat sama2 maju bersama kemajuan negara dgn seimbang.bangkit rakyat utk perubahan malaysia.
    amin.

    ReplyDelete
  7. Perbandingan yg x berasas...indon ekonomi hancus disebabkan gokongan cm anwar yg memutarbelitkan keadaan akibatnya terperangkap dgn pinjaman IMF...india golongan kaya bertambah kaya cm puak2 pr yg mengekaplotasi pemikiran rakyat...akhirnya rakyat terperangkap pasal kebodohan sendiri diekplotasi golongan2 yg konon membela nasib rakyat sebaliknya utk kepentingan sendiri...wang dan kuasa menjadi buruan...sistem kasta menjadi pedoman rakyat...mahatma gandhi cuba menukar pemirikan2 org india...namun gagal disebabkan kepercayaan yg diterap telah sekian lama berlaku...namun beberapa tahun baru dapat yakinkan rakyat supaya tidak terpedaya dgn helah2 dan janji2 puak2 yg hanya mementingkan nama darjat kuasa wang...

    ReplyDelete
  8. Hidup adam adli....krajaan gak yg salah...rakyat cma nk telus...bkn tipu.jga kroni..isi poket sndiri..dh trg2 budak tu nk bankang mst ada yg dia rsa xkena...ckp dgr n rsa nadi rkyt...hak tuih kt kpala yg ckp tu...klau dgr pk la...buat apa yg rakyat nk...ni x wat pekak..dasar bodo..kuar tv plak ckp sume elok...barking like a dying dog...bg yg macai plak....sume kaya ke?ank2 korang dpt krja bagus x?mnum air boh gula x?guna keta pakai kuasa solar?pk la skit wei....projek yg dpt skrg blum tentu ank korang akn dapat....n jgn igt org sume kaya mcm ko....bodoh..mluat aku dgn kaki ampu ni...nk aman knon...mmg mlysia xde bencana alam tp igt...warga asing..kes ragut..tembak...buang bayi...arak..judi...rompak...sume ni bala..bila nk selesai...?bila sedara mara korang kena baru korang fhm yg 'bencana alam' ni xknal umno @pr...kaya @ miskin...jgn igt kita kt malaysia ni selama aman..n jgn jd bodoh lg..open up your eyes..

    ReplyDelete
  9. Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak? Jika ya hubungi kami di (excelservices.managementonline@gmail.com) untuk informasi lebih lanjut .

    Nama :
    jumlah :
    durasi :
    Pin Telepon :
    negara :

    menawarkan pinjaman

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...