Tuesday 14 May 2013

SURAT SETIAUSAHA SULIT DYMM SULTAN SELANGOR MENGENAI ALASAN-ALASAN TUANKU SULTAN SELANGOR PERKENAN MELANTIK TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM SEBAGAI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!




SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.


"Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga memenuhi semua syarat yang diperlukan bagi jawatan Menteri Besar Selangor seperti mana diperuntukkan di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor 1959," katanya.


Mohamad Munir berkata satu lagi sebab ialah Sultan Selangor berpendapat Abdul Khalid pernah menjadi menteri besar sebelum ini dan pengalamannya boleh membantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau menjelaskan bahawa kelewatan melantik menteri besar ialah kerana Sultan Selangor menunggu calon-calon menteri besar dikemukakan oleh ketiga-tiga parti itu.

"Di samping itu, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah menyatakan sebelum pilihan raya bahawa calon menteri besar tidak semestinya Abdul Khalid apabila PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.


"Justeru itu, Sultan Selangor menunggu parti-parti komponen PR mengemukakan calon menteri besar dan akhirnya berpuas hati bahawa hanya seorang calon yang dikemukakan,"

18 comments:

  1. Mohon view my new blog wahai kengkawan pakatan semua

    Che'en punyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog tak laku, blog kaki kelentong.... kahkahkah.

      Delete
    2. Kahkahkah....cuba ko orang tengok gambar Khalid Gagap angkat sumpah.....siap kena pegang tombak beb....udah lah tu dia kena baca aku janji manifesto PR....kahkah....haaa tu lah, habak lagi manifesto bukan janji. Kali ni kalau dia belit lagi pasal aku janji tu, aku rasa kena sula dek tombak tu!!!

      Tuanku Sultan agaknya bengang dengan spesis ulau ni.....nak buat camana, tak ada choice....dah lah Jijah Sepet bagi satu nama saja kat Tuanku Sultan... depa ingat depa boleh trap Tuanku Sultan...kahkahkah sorrylah beb, Tuanku Sultan lagi terror dari juak-juak PR ni semua....yang bestnya macai-macai PR ni - bab Khalid Gagap kena baca akujanji, depa tak habak pulak.....dah termalu lah tuuu...

      Delete
    3. kenapa ada makhluk ciptaan Allah yg suka menghina orang lain dgn x abis2 mengata orang gagap? adakah diri anda itu betul2 sempurna?.. kalau dah X suka tinggal di sgor bawah MB khalid.. anda boleh berambus.!! sgor x perlukan makhluk yg ada otak tp x ada akal yg x tau nak bersyukur..

      Delete
    4. Anon 10:23.....
      Bila pulak aku hina orang. Aku cuma menyatakan kebenaran. Khalid tu memang dah gagap. Dalam paperpun ada keluaf gelaran Khalid Gagap....ko tak baca paper ke...oppps...aku lupa sepsis macai PR macam ko ni lebih percayakan fitnah hanyir blog macai-macai PR ko dari arus perdana....nak buat macam mana beb....lagi satu aku tak tengok pun blog macai PR membincangkan pasal Khalid G kena bacs aku-janji dari Tuanku Sultan sambil pegang tombak??? Agak-gak apasal tu?????

      Delete
    5. Anti PR engkau baca Utusan yg slalu buat fitnah dan kena byr saman sbb menipu. Oop engkau pun jenis mcm tu jg. Org mcm kau ni suka Toyo jd MB sbb engkau ni spesis sama kan.

      Delete
  2. Perkataan alasan alasan tidak elok di gunakan membicarakan tentang perlantikan MB oleh Dymm Sultan Selangor.
    Sepatutnya bahasa blog ni di tulis - Tuanku perkenan perlantikan Khalid sebagai MB atas sebab...
    Sila maklum menteri besar hanya boleh di lantik setelah mendapat perkenan Tuanku.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam, saya bersyukur diatas perlantikan DS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal yang kedua. Moga-moga Allah mempermudahkan urusannya dan sentiasa menjaganya agar berada di atas landasan yang diredhaiNya termasuklah sikap amanah, cekap, cergas, cerdik, adil, rendah diri dan sentiasa bersedia untuk bermusyawarah.

    Namun, yang agak mendukacitakan ialah sebab-musabab yang dikemukakan Tuanku diatas perkenannya Baginda melantik DS Khalid Ibrahim.

    Sepatutnya, antara sebab yang WAJIB dinyatakan ialah ketelusan dan kecekapan DS Khalid Ibrahim semasa menjadi Menteri Besar penggal pertama sehingga Selangor berjaya mengumpul rizab sehingga RM2.6 billion, berjaya menyelesaikan pelbagai masalah rakyat termasuk projek rumah terbengkalai dan hakmilik tanah dan berjaya berkongsi kemakmuran negeri dengan rakyat.

    Sebab-musabab yang dikurniakan Tuanku seolah-olah menunjukkan Tuanku tidak sedar akan masalah-masalah rakyat sebelum ini dan tidak sedar kenapa PR berjaya merangkul kejayaan hebat di dalam PRU 13.

    Maaf jika saya terkasar bahasa tetapi jika Sultan-Sultan di Malaysia sedar akan keadaan negeri masing-masing tentunya rakyat tak menderita di bawah BN.

    ReplyDelete
  5. Biduk berlalu, kiambang bertaut.
    Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA
    semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

    Produk Bumiputra dan Melayu seperti berikut:
    1.Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
    2.Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
    3.Minyak Masak Tiara (FELDA)
    4.Minyak Masak Saji (FELDA)
    5.Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
    6.Susu Manis Cair Saji (FELDA)
    7.Magge Sajimee Saji (FELDA)
    8Mayonis SajiMayo Saji (FELDA)
    9.Marjerin Pelangi (FELDA)
    10.Sos Cili Pelangi (FELDA)
    11.Sos Tomato Pelangi (FELDA)
    12.Jem Peanut SunBear (FELDA)
    13.Sardin Agromas
    14.Sardin Pertima
    15.Kopi Hang Tuah
    16.Bihun Sufi
    17.Mi Kuning Sufi
    18.Kuey Teow Sufi
    19.Garam Sufi
    20.Sos Lada Hitam Sufi
    21.Sos Cili/Tomato Sufi
    22.Kicap Masin/Manis Sufi
    23.Tepung Goreng Sufi
    24.Minyak Masak Sufi
    25.Telur Cap Sufi
    26.Ubat gigi Najwa
    27.Ubat gigi Halagel
    28.Garam Halagel
    29.Tepung gandum Cap Bidara
    30.Tepung gandum Faiza
    31.Jus minuman Safina
    32.Syampoo D'herbs
    33.Mydin
    34.MyMart (kedai keluaran Mydin)
    35.Bihun Kampung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa dia gunting dlm lipatan..? vincent tan ke? Ananda kut..klau x pun Robert kuok..emmm Tun Madey? 55 thn Umno perintah..org Melayu hnya pandai buat Mee & Bihun..kah kah kah kah kah pastu pandai buat roti..kah kah kah kah kah

      Delete
    2. tumpang gelak jugak... kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah

      Delete
    3. selama 55 tahun otak org melayu semakin layu dibawah UMNO/BN......tak kreatif...lagi satu asyik meniru jer tahu.......PM dier mcm tu.......semua ditiru......

      Delete
    4. X pyhapi2 kan perkauman. Apa engkau buta ke apa org ckp engkau ikut. Sbb org2 cina x sokong BN nak boikot barang2 org2 cina. Kenapa sblm ni x nak boikot. Pemimpin ckp yg x betul jgn ikut ikut yg betul je. Buat apa sek tinggi2 tp x cerdik ikut apa org ckp. Jgnlah sbb PTU13 hubungan antara kaum renggang.

      Delete
    5. X pyhapi2 kan perkauman. Apa engkau buta ke apa org ckp engkau ikut. Sbb org2 cina x sokong BN nak boikot barang2 org2 cina. Kenapa sblm ni x nak boikot. Pemimpin ckp yg x betul jgn ikut ikut yg betul je. Buat apa sek tinggi2 tp x cerdik ikut apa org ckp. Jgnlah sbb PTU13 hubungan antara kaum renggang.

      Delete
    6. X pyhapi2 kan perkauman. Apa engkau buta ke apa org ckp engkau ikut. Sbb org2 cina x sokong BN nak boikot barang2 org2 cina. Kenapa sblm ni x nak boikot. Pemimpin ckp yg x betul jgn ikut ikut yg betul je. Buat apa sek tinggi2 tp x cerdik ikut apa org ckp. Jgnlah sbb PTU13 hubungan antara kaum renggang.

      Delete
    7. X pyhapi2 kan perkauman. Apa engkau buta ke apa org ckp engkau ikut. Sbb org2 cina x sokong BN nak boikot barang2 org2 cina. Kenapa sblm ni x nak boikot. Pemimpin ckp yg x betul jgn ikut ikut yg betul je. Buat apa sek tinggi2 tp x cerdik ikut apa org ckp. Jgnlah sbb PTU13 hubungan antara kaum renggang.

      Delete
  6. Brtuahnya rakyat Selangor..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...