Tuesday 14 May 2013

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI MENTERI BESAR SELANGOR BAGI PENGGAL KEDUA.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru saja pagi tadi  mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang .

Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik"..kata beliau.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

20 comments:

  1. mudah2an Selangor dipimpin secara Islam seperti yang diharapkan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.sejak PR printah selangor.masjid dimakmurkan.kuliah,penuh jadual dalam 7hari.ramai dah nak blajar agama dah.dana dari kerajaan negeri tak putus2 untuk mengimarahkan masjid.masa BN printah.nak ajar fardu a'in pun susah.banyak prosuder.hukum tauhid lagi la susah.apa teruk sangat pemerintah BN sampai susah sangat nak bagi ilmu Allah islam tersebar.macam yahudi rasanya tengok cara BN printah Selangor dulu.Allah Maha besar.Maha Esa..we love Allah&Muhammad Rasullullah.menjadikan pemerintah yg menjaga rakyat untuk terus memahami Allah yg Esa&membela Muhammad Rasullullah dalam mengembangkan dakwah islamiah...Takbiirr...Allahu Akhbar...3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tunjukkan kehebatan sendiri berbanding nak burukkan orang lain.. Rasullullah dalam meniaga pun ajar kita tidak memburukkan pesaing.. alangkah indahnya Islam..

      Delete
    2. salam, tahniah pada mb selangor. tak boleh salahkan bn sebab mrk tak tahupun apa penting sgt islam pada rakyat selangor ,bagi mrk kemajuan lg penting utk selangor malah mrk pun tak punya ulama yg benar2 memahami islam,kalau ada pun semua dah msk pas parti pr sebab tu biarlah pr angkat mertabat islam di bumi malaysia ni pasti riuh satu dunia. amin.

      Delete
    3. masih jugak sebut tentang BN? Alhamdulillah ada lagi slogan negara Islam berbanding negara berkebajikan..

      Delete
    4. BN, BN dan BN....so what !!!! Kalu ko betul baik, lebih baik ko keluar dari BN yang sesat lagi menyesatkan. Yang menolak perlaksanaan hukum Allah, yang mengajak pada kemungkaran dan memusuhi kebaikan. Kalau buat baik pun tak ikhlas, nak di kenang jasa....ko ingat tak sape cakap cina tak kenang jasa....bukan puak2 ko ke? Kaki fitnah sape ? Kaki video porno sape ? Kaki perkauman sape ? Tolak hudud sape ? Lulus Bible dalam BM sape ? Bawak k-pop dalam perhimpunan belia sape ? Bawak gangnam style sape ? Jawab la macai.

      Delete
    5. Anon 18:04 dah hilang sabar dah. Tak boleh nak salah kn dia. Selangor & Penang banyak sumber jadi dpt majukan negeri. Kami frust bila PAS diperkecil2kn walaupun Tok Guru Nik Aziz bersusah payah membangunkan Kelantan dengan hak royalti serta dana tahunan yg dinafikan. Ingat tak Mahathir kata PAS paling lama dpt tadbir Kelantan 3 bulan je? Sebab dia sekat duit kepada kerajaan negeri Kelantan dan salur kpd UMNO Kelantan. Kami rakyat Kelantan takkan lupa sampai mati. Kalau BN betul2 nak tolong melayu, kami semua mesti pangkah BN punye & PAS takkan teragak2 join BN membentuk kerajaan Malaysia. Tapi yelah, Allah SWT pon laknat org yg bersekongkol dgn pemimpin yg jahat. Inilah akibatnya bila bertuhankan kuasa politik.

      Delete
  3. kalau kita mencari akhirat insyaallah dunia akan sujud pada kita.....TAKBIR........

    ReplyDelete
    Replies
    1. mna akhiratnya jika pminpinnya yg di kta ulamak snang snang ble mludah org.mgkfirkn org.itu kah yg d kta ikut sfat nabi.pa gnanya alquran jka tdak d fhami

      Delete
  4. 12 kerusi BN itu apa pecahannya? Parti ketuanan Melayu dapat berapa, parti tokey Cina dapat berapa dan parti MIC (Make Indians Cry) dapat berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. abaikan BN.. PAS tunjukkan kehebatan Islam..

      Delete
    2. khebatan islam mgata.hkum ikut sdap mlut.mna akidahnya.

      Delete
  5. Biduk berlalu, kiambang bertaut.
    Penduduk Malaysia mesti bersatu terutama sekali bangsa teras iaitu MELAYU DAN BUMIPUTRA. Ayuhlah kita kuatkan semula ekonomi MELAYU dan BUMIPUTRA. Kita dah tahu siapa gunting dalam lipatan kita sekarang ini. Sedar lah bangsa MELAYU DAN BUMIPUTRA
    semua. AYOH KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA TERCINTA!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, bersatu rakyat malaysia hancurkan banglayu yg cuba nak musnahkan islam di bumi malaysia ini. bangkit lawan halau banglayu ke hutan nusantara supaya mrk tahu apa itu kebangkitan islam tegakkan keadilan pada semua umatnya . amin.

      Delete
    2. masih persepsi negatif?.. banglayu? jika PAS buktikan kehebatan secara Islam InsyaAllah PAS akan menang besar.. sebenarnya tiada pun banglayu tetapi hanya ada Islam yang majoriti melayu.. maka bersatulah hendaknya Islam..

      Delete
    3. Bersatulah atas dasar Islam. Allah tak tanya kamu bangsa apa di Masyar nanti.Jangan taksub sangat dgn Melayu tu, bila mati nanti tinggallah ia. Saya amat kesal dgn fitnah yg disebarkan oleh Melayu masa PRU13, memalukan bangsa, tak ingat pulak Melayu bila gila kuasa. Sanggup tikam Melayu seperti menahan royalti minyak di Kelantan, munafik betul. Ingat, munafik tak cium bau syurgapun.

      Delete
  6. Alhamdulillah.. tak rugi undi adun di sepang untuk p.r... alhamdulillah juga t.s khalid yang nmpak biasa sahaja masih dpt mnjadi mb di selangor.. tahniah atas kejayaan lalu.. dan bersedia lsh fgn ranjau yg baru... yg pasti pembangkang negeri selangor tetap akn mncari silap anda.. bersedia berkerja dgn jujur dan gigih.. aku percaya 5 tahun lagi.. pr akan 100% di selangor.. kalau segala jnji ditunaikan.... insaAllah di bawah t.s khalid... doa ku ada brsamamu...

    Ryochi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rakyat selangor bersama TS Khalid.

      Delete
  7. Dlm islam ada banyak bangsa. Dlm bangsa belum tentu semanya islam. So mana lbh baik? Perjuangkan islam ke bangsa? Jgn la mcm katak bwh tempurung... Mcm kwn aku.. Jumpa tepi jln duk sembang pasal melayu pecah belah. Psl cina nk rmpas kuasa melayu. Abis sembang aku tanya, nk gi mana ni.. Kwn tu ckp nk gi chai jap. Peh!!! Melayu la sgt... Sapa fhm chai tu apa, fhm2 sendiri dh ler ye...

    ReplyDelete
  8. mna dtgnya pktaan chai klu bkan dri org cina.spa yg tk fham

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...