Saturday 25 January 2014

BEBERAPA RAKAMAN GAMBAR SEKITAR KEHADIRAN ORANG RAMAI MEMBERIKAN PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA ALLAHYARHAM TUAN GURU DATO' DR HARON TAIB.



Gambar Sekitar Kehadiran Orang Ramai memberi penghormatan terakhir terhadap Seorang Murobbi Allahyarham Tuan Guru Dato' Dr Ust Haron Taib, Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang yang beriman. Sesungguhnya kita kehilangan seorang tokoh yang cukup banyak berjasa dan pengorbanannya demi Islam hingga ke akhir hayat.


Al Fatihah...

19 comments:

  1. perginya seorang yang menegakkan kalimah Allah di muka bumi Malaysia ini.. Arwah tidak pernah bersetuju membenarkan kalimah Allah diguna oleh orang bukan Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang pernah pegi jumpa arwah ke sebelum ni? atau hang main agak agak aja atau hanya baca berita berita yg dispin saja...arwah tu ilmunya tinggi dan rasanya jauh melangit berbanding dgn hang. jutaan lebih baik jika kita sedekahkan fatihah kpd arwah drp dok tulis benda yg tak pasti...takut jadi fitnah...salam sesama islam..

      Delete
  2. Pemergian Tuan Guru Dato' Harun Taib merupakan satu kehilangan besar buat parti kita, PAS.

    Allahyarham Tuan Guru antara merupakan pemimpin kita yang disegani di kalangan penyokong UMNO kerana ketegasan beliau dalam mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh kaum bukan Islam.

    Sama2 lak kita menghayati 10 perkara yang Allahyarham Tuan Guru telah secara halus cuba menyampaikan maksud tersirat pada kita semua.

    1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

    2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

    3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

    4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

    5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

    6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

    7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

    8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

    9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka PKR DAP membantah itu (keputusan pilihan raya),”

    10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isi nya belum ranum".

    Semoga roh Allahyarham Tuan Guru di cucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

    ReplyDelete
  3. ramai tokoh terbilang dalam PAS pergi dahulu dan tinggallah yang buruk di dalam PAS.. Sunnatullah.. Allah tarik orang berilmu dan tinggallah puak jahil..

    Bahawasanya Allah tidak menarik ilmu dengan mencabutnya dari manusia tetapi Allah menarik ilmu dengan mematikan ulama hingga apabila tidak ada lagi orang alim, manusia akan mengambil orang-orang jahil sebagai ketua, maka mereka ditanya, merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, maka sesatlah mereka dan menyesatkan pula.

    Arwah Ustaz Azizan.. Arwah Ustaz Harun Taib.. dan sekarang Ustaz Harun Din pulak sakit mudahan Allah segera menyembuhkan..

    yang tinggal hanyalah TGHA.. TGNA.. Mat Sabu.. Mustafa Ali.. Khalid Samat.. Mahfuz Omar..

    apa lagi nak diharap kepada PAS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15.09....cara hang bercakap ni macam la hang ni paling baik berbanding dengan orang2 yang hang kutuk tu..... hang ni sebenarnya siapa haa? Aku nak tau jugak apa peranan hang dalam menegakkan islam di malaysia ni. Kalu setakat mengutuk, aku pun pandai mengutuk. Mengutuk lebih hebat drp hang pun aku tau buat kalu aku nak...... Tak nak la aku kutuk hang, cuma nak tau, APA PERANAN HANG DALAM MENEGAKKAN ISLAM KAT MALAYSIA NI? SETAKAT MENGUTUK ORANG BERBAKUL2, TAK AKAN TERTEGAK ISLAM .....

      Delete
    2. 1509, mungkin orang yang sedara kata/ fitnah itu berjuta2 kali lebih baik daripada sedara sendiri.......

      Delete
  4. Negara kehilangan seorang lagi tokoh agama yang mati-matian mempertahankan kalimah allah, kesucian agama islam.

    Alfatihah pada Harun taib.

    Malang bagi Pas.

    Alangkah baik kalau mat sabu ker, khalid samad ker, mujahid rawa ke yang jalan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 15.27....mulia betul doa kau tu..... doa umat umno yang beriman..... bagaimana agaknya kalau orang lain nanti mendoakan doa yang sama macam kau doa itu jika ditujukan kepada diri kau sendiri, bapa, emak, kakak, adik2, isteri dan anak2 kau? Seronok kah?

      Delete
    2. aku nak tanya kat 1527. Doa macam yang hang buat tu kalu org lain ramai2 buat kat keluarga ko bole ker?

      Delete
  5. PM membenarkan khalimah Allah kat sabah sarawak camne lak,salah Pas jg ke?undang2 Islam kat malaysia Pas yg jaga ke,pasal agama pun macai nak spin.aku doakan ko boleh spin lg dlm kubur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kes kebaikan yang ada pada arwah.. Arwah banyak memperjuangkan Isu Umat Islam walau kadangkala tidak sependapat dengan TGNA..

      Delete
    2. dah ape masalah kaitkan Pas pulak psl khalimah Allah,PM senyap je macai x salahkan.patutnye najib umum kat seluruh malaysia kristian xleh guna khalimah Allah.habis cite,

      Delete
    3. ada kaitkan PAS ke? ini takdak kaitan dengan PAS.. hanya arwah saja yang memperjuangkan isu kalimah Allah.. syukur Alhamdulillah..

      Delete
    4. 'hilang tokoh ugama tahan khalimah Allah,malang bg Pas'
      'apa lg yg di harap pada Pas'
      'ramai tokoh ulama dah p,tinggal ulama buruk dlm Pas'
      x faham bahasa ke x reti bahasa macai?

      Delete
    5. Allah Tuhan sekalian alam sama ada di bumi atau di langit, sama ada yang bernyawa atau yang tidak bernyawa. Hukum Allah sama di serata dunia dan bukan di tempat tertentu sahaja.

      Delete
  6. Utk anon 15.27 Alangkah syukurnya kalau kau yang pergi dulu...... Innalillah Hi Wainna Illahiraajiuun.....AlFatihah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan aku dah kata dah 15.27.... ko doa buruk utk orang, ingat org nak doa baik utk ko???

      Delete
  7. Eh...terasa ke bro? Baguslah...kalau muslim sejati tak akan mendoakan musibah atau kematian pada orang lain kecuali muslim yg pada nama je...kau ni macam lebih islamik dari orang lain...tah...tah...hal fardu ain pun kau tak tahu...puiiiii.........aku memang macai tapi macai pada agamaku...ISLAM................

    ReplyDelete
    Replies
    1. ".tah...tah...hal fardu ain pun kau tak tahu...puiiiii......." Tak elok hang cakap macam turr... yang KITA sangka buruk tu mungkin lebih baik daripada KITA. Kalu nampak orang makan taik, janganlah KITA ikut makan taik jugak. Kalu dah tau orang lain terjun neraka, janganlah KITA pun nak ikut terjun neraka jugak. Patutnya KITA nasihatkan cara baik.

      Tak gitu?

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...