Wednesday 22 January 2014

BERITA BURUK UNTUK KETUA AMK .. DSAI PUN BERANG INSIDEN PIJAK DAN BAKAR BENDERA JEPUN OLEH SAYAP PEMUDA KEADILAN.




Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam demonstrasi di Kedutaan Jepun semalam dengan memijak dan membakar bendera Jepun.

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun berkata, beliau menyokong tindakan AMK berkenaan membantah keputusan kerajaan Jepun menghalang Anwar memasuki Negara Matahari Terbit berkenaan dengan mengadakan demonstrasi tersebut.


"Saya setuju hak ketua AMK membantah keputusan kerajaan Jepun. Tapi saya tak setuju tindakan memijak bendera Jepun," kata Anwar dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur.


Sayap pemuda PKR semalam mengadakan bantahan terhadap kerajaan Jepun dan menuntut penjelasan larangan mereka terhadap Anwar untuk memasuki negara berkenaan.


Halangan berkenaan jelasnya tidak wajar kerana Anwar difahamkan tidak mempunyai sebarang halangan atau isu sebelum ini dengan negara tersebut.


Dalam demonstrasi itu, turut kelihatan beberapa poster bendera Jepun dipijak dan dibakar oleh peserta demonstrasi.


Kedutaan Jepun semalam dalam satu kenyataan mengesahkan Anwar memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara itu setelah beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.


Jurucakap kedutaan, Tomoko Nagai berkata, Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.


“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.


“Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 dengan kebenaran khas tetapi beliau tidak membuat permohonan sama pada kali ini,” katanya.


Anwar pada Ahad mendakwa beliau dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara itu setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi.


Katanya, beliau bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.


Nagai berkata, tindakan yang diambil itu selari dengan Akta Imigresen Jepun (Pengenalan Pelarian dan Kawalan) yang terpakai kepada mereka yang pernah dipenjarakan dan berhasrat memasuki negara itu.


APAKAH KETUA AMK MASIH BERDEGIL KERAS KEPALA TIDAK MAU MOHON MAAF????

INI DINAMAKAN BODEK MAKAN DIRI .. BODEK JENIS TAK SEDAR DIRI.

9 comments:

  1. Cuba teka binatang apa yang paling bodoh?

    ReplyDelete
  2. Sya tgo dlm gambar yg pijak poster jepun ni bukan anak muda tapi org tua yg dah botak kepala dan putih rambut kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ... tua bangka yang memijak nya.. berapa had umur AMK ?

      Delete
  3. Mereka sudah beri tahu awal-awal lagi bahawa mereka bukan AMK tapi ATK (angkatan tua keadilan)... dan yang heboh pasal pijak bendera itu pun fitnah.... Macam mana nak iktiraf sebagai bendera sedangkan yang dipijak itu adalah plakad yang diconteng dengan warna merah.

    ...ahli PKR permainkan minda orang berfikiran kangkong....amat melucukan....kah kah kah kah kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tak setuju dgn kate2 encik.. Dah terang lagi bersuluh plakad tu menyerupai bendera jepun dgn bulatan merah di tgh. Tiada standard ataupon spesifikasi antarabangsa yg mengatakan bendera harus mempunyai ukuran terap... Menggunakan kain ataupon kertas dan mcm2 lg.. Selagi dah menyerupai bendera sesetengah negara.. Tu dh dikira sama dan boleh dikatakan sehelai atau sekeping bendera juga..

      Delete
  4. hahahahahahah!
    mari kita ramai..pengikut ahli pkr harus mempertahankan tindakan AMK keldai. Apa pun juga kita kasi pertahankan tindakan ini.
    contoh yg paling bagus nak defends bgtu je yg dipijak itu hanyalah kadboard yg ada lukisan bulatan merah. itu bukan bendera!!

    hahahahahahahaahahahahahaha

    ReplyDelete
  5. BANDUAN PERLU MENDAPAT KEBENARAN KHAS NAK MASUK JEPUN!

    benda mudah macam tu pun nak kecoh.

    diulang. BANDUAN! banduan! kerana kes salahlaku guna kuasa dan meliwat.

    MACAM TAK BIASALA PULAK BANDUAN SEKOR NI. TAK DAPAT MASUK PINTU DEPAN...MASUK JE LAH PINTU BELAKANG.KIHKIH

    ReplyDelete
  6. Yang berbaju belang berkaca mata tu namanya Michael Tamilarason A/L Nadaysen...Ahli Majlis MPSJ...bakal calon Ketua Cabang Puchong...SA pasti kenal sesangat...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...