Friday 17 January 2014

BERITA GEMBIRA YANG DI NANTI-NANTIKAN OLEH PARA PENYOKONG UMNO TERENGGANU .... CUKAI PINTU KAWASAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU AKAN DINAIKKAN TAHUN DEPAN.


Dulu pada tahun 1999 setelah Terengganu jatuh ke tangan PAS .. langkah pertama yang diambil Menteri Besar Terengganu ketika itu Dato Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang ialah memansuhkan cukai pintu di semua daerah dalam negeri Terengganu .

Pada pilihanraya tahun 2004 setelah UMNO/BN dibawah pimpinan Idris Jusoh berjaya merampas kembali Terengganu ... langkah pertama yang beliau lakukan pula ialah mengadakan semula cukai pintu yang dimansuhkan.

Kini setelah menang untuk kali ketiga nampaknya rakyat Terengganu khususnya Kuala Terengganu diberi imbuhan dan hadiah berupa cukai pintu dinaikkan .... sebab itu ketika Kuala Terengganu mau di istihar dan naik taraf dari Majlis Perbandaran ke Majlis Bandaraya para pemimpin PAS sudah mengingatkan penduduk Kuala Terengganu akan jangan seronok sebab penaikkan taraf akan dibayar dengan kenaikkan cukai pintu.

Nah!!! Sekarang apa jadi .. apa yang diperkatakan oleh para pemimpin PAS/PR bakal menjadi realiti.

Mungkin warga Kuala Terengganu penganut UMNO tidak akan terkesan sebab mereka semua warga kaya raya????????.

Harga barang-barang keperluan termasuk tarif elektrik naik .. kini warga Kuala Terengganu bakal dibebankan dengan kenaikkan cukai pintu yang wajib dibayar 2 kali setahun.

Omak Kau cukup yakin dan percaya berdasarkan kepada pengamatan dari pengalaman silam .. kalau cukai bandaraya Kuala Terengganu naik maka tidak ada sebab dan alasan mengapa Majlis Perbandaran Daerah lain di Terengganu cukai pintu tidak di naikkan....

UMNO/BN Terengganu menang PRU 13 lalu dengan majoriti celah tinggi .. Itu pun sanggup dera rakyat dengan mau menaikkan cukai pintu ... cuba bayangkan kalau menang besar dengan majoriti melebehi 2/3?

Jadi momokkan dan label BN Barang Naik bukannya omong-omong kosong atau retorik politik tetapi adalah kenyataan yang benar-benar berlaku didepan mata dan dirasai.

6 comments:

  1. Huh naye gini. Abih le pitih nok baya cukai belake. Susoh le nak makang ngang gi jalang jalang.. ke guaner? Kah kah kah kah kah..

    ReplyDelete
  2. Kalau dah tak mampu bayar cukai boleh berambus dari Terenggganu...

    Tolong jangan ganggu Ahmad Said kerana beliau akan mengadakan “lawatan saintifik” ke Antartika yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Yayasan Diraja Sultan Mizan.

    Kehadiran beliau akan membantu kerajaan Malaysia dalam menubuhkan pusat kajian bersama Instituto Antarctico Chileno berkaitan perubahan iklim yang sejak akhir-akhir ini menjadi semakin tidak menentu.

    Bagi rakyat Terengganu berbangsa melayu, sepatutnya bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan kerana walaupun bodoh tetap dapat makan.

    Kangkung dulu naik...sekarang dah turun....
    BSN dulu naik..... sekarang dah turun....
    mcacam haramjadah.

    ReplyDelete
  3. Tak payah komplen sbb yang ni mmg kehendak rkyt tganu,klu x xkn mreka pilih umno bn....

    ReplyDelete
  4. Tak nak bayar cukai pintu sila tinggal ditepi parit.kangkong banyak dan murah..kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Masa zaman PAS perintah Terengganu dalam tahun 1999-2003, hapus cukai pintu kepada rakyat hanya retorik pemimpin mereka semata-mata. Janji mulut sahaja tapi tak mengubah dasar PBT. Ini menyebabkan penduduk terbabik dibebani dengan cukai tunggakan. Nasib baik Menteri Besar ketika itu, Dato' Seri Idris Jusoh menghapuskan tunggakan yang melegakan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Org kg x pnh baya cukai ni. Bule kautim ngn jkkk je. Kenaikan ni satu hukuman kpd pengundi KT terutama kaum cina dun bandar yg wipe out pengaruh umno. Lps ni nk kautim ngn sape? Yb2 semua pas. Hehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...