Friday 24 January 2014

DATO' DR HARUN DIN KINI STABIL TAPI DATO' DR HARUN TAIB MASIH BELUM SEDARKAN DIRI.



Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal  kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Mohon mohon doakan agar kedua ulama yang sungguh kita sayangi dan hormati ini cepat sembuh dan kesihatannya kemabli pulih seperti sedia kala .. Amin.

8 comments:

  1. kpd sesiapa macai pr yg menghina dan mengeji ust harun din dan ust harun taib sebagai boneka umno krn mempertahankan kalimah Allah, pergi lah memohon kemaafan kpd mereka. jgnlah kamu menghina ulama




    keza

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak suruh ker balaci balaci kerajaan kangkung plak memohon maaf kerana selalu mendendangkan ularmak dan pelbagai panggilan negatif.tak tahu ler pulok kot kot balaci kerajaan kangkong nie kalis neraka.apo cito keza oi.

      Delete
    2. bukan saja ulamak, sesiapa saja pun tidak dibenarkan kita menghinanya termasuklah sama ada dia anwar ibrahim, nik aziz, hadi awang, lim guan eng mahupun karpal singh.

      janganlah pulak ada di minda kita,bahawa ulamak2 dan najib sahaja yang tidak boleh dihina tetapi nik aziz, anwar, lim guan eng, azmin dan mb khalid boleh kita hina sehina-hinanya. Tap,i itulah yang biasanya tertanan dalam minda macai ameno termasuk keza.

      Delete
    3. keza....kalau kat sabah/ sarawak orang bukan Islam turut diharamkan menggunakan kalimah Allah sama seperti Semenanjung Malaysia, esok jugak aku akan minta maaf kerana tidak bersetuju dengan pendapat bukan sahaja ulamak harun taib malah ulamak2 umno termasuk harusani, fatul bari, hasan ali, zul nordin dan lain2.

      Delete
    4. setuju jika kalimah Allah itu tidak digunakan orang bukan islam, tetapi biarlah meliputi semua kawasan pentadbiran malaysia termasuk sabah dan sarawak. Jika penguatkuasaannya hanya di segelintir tempat yang terpilih maka pelaksanaannya telah menzalimi sebahagian daripada mereka. Nak buat, buatlah betul2 dan jangan ada kelemahan yang boleh dipersoalkan di sana sini.

      Kebanyakan melayu PR bukan tidak setuju kalimah Allah eksklusif untuk umat islam, tetapi yg mereka tak setuju ialah apabila pelaksanaannya tidak menyeluruh dan mengundang kelemahan serta tanda tanya dalam kalangan orang bukan islam. Kalu buat seluruh negara, islam PR akan sokong 100 peratus

      Delete
  2. Allah itu Tuhan bagi makhluk sekalian alam(yang bernyawa atau tidak bernyawa) sama ada yang di langit atau yang di bumi. Bukan Tuhan untuk orang Islam dan orang Melayu semenanjung Malaysia sahaja.

    ReplyDelete
  3. Orang umno, parti keturunan keza; pernah menghina arwah bekas mufti selangor apabila arwah menghalang wanita Islam/ melayu menyertai pertandingan ratu cantik. Sudahkan mereka meminta maaf?

    ReplyDelete
  4. anon 00:14 kau tak payah nak mintak maaf, Ust Harun Taib dah kembali ke Rahmatullah. Sedekah Fatihah sudah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...