Monday 27 January 2014

DEBAT ISU KALIMAH ALLAH ANTARA NOH OMAR DENGAN YB KHALID SAMAD DIBATALKAN.


Air muka Noh Omar telah diselamatkan .. debat bukannya nak cari siapa menang tetapi kebenaran.

SHAH ALAM – Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini (27 Januari 2014) terpaksa dibatalkan.


Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.


“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.

Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau.


Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan.

12 comments:

  1. ...takut rahsia terbongkar jika diteruskan

    ReplyDelete
  2. dalam erti kata lain " Noh ! lain kali jangan nak cabar orang debat kalau telor kamu kecut !! "

    ReplyDelete
  3. Inilah sifat orang Islam kita, terutama Melayu Kita. Suara saja kuat tapi DEFENSIF. Bukankah ini merupakan satu peluang untuk kita membuat penjelasan? Kenapa kita harus biarkan orang kita terus dikaburkan dan dipesongkan?
    Begitu hebat kita mempertahankan kalimah Allah tapi bila minta dibuat penjelasan melalui cara berdebat, kita berundur diri. Awat ni?

    ReplyDelete
  4. Noh udang dah taw mender neh akn jd sepertimana debat pas umngok dulu bila agong masuk campur.so dia kan nak jd hero selangor.skrg dia kan pengerusi lembumno s'gor.so kena aaaar cari satu bende yg bley lonjakkan keheroan dia.keh keh keh.nama pon org pilitic.politik dr sekolah lembumno plak.kah kah kah.tak cayer tgok laa tercongek ker tak ekor lembu noh udang lps neh.bcoz berani lalat dia tuh.baru gerak tgn sket dah terbeng nenong2.kah kah kah.pangeyy hero lalat la plakkk.

    ReplyDelete
  5. pengerusi Media Kraf jadi kambing hitam hihihihi

    ReplyDelete
  6. berkokok riuh skampung..last2 Xde ape pn...

    ReplyDelete
  7. Kalau buat pun buang masa je..takde kesudahannye..yang buat undang2 tu yang patut bertangungjawab, setakat Noh Omar tu...alah kita kenal sangat dia siapa kat Tanjung Karang tu, suruh je dia debat dengan Harman Tino...tengok sape teror...

    ReplyDelete
  8. Drp mendapat malu, elok sorokkan muka. Nasib baik ada alasan untuk dibatalkan debat tu, kalau tidak aku tak ada isu lagi nak kutuk PR


    keza

    ReplyDelete
  9. mana ada debat yang UMNONONO pernah menang.......

    ReplyDelete
  10. Noh Omar hanya ahli politik kampongan berlagak banjingan yang tidak mahir dalam bidang agama islam. Jika beliau tidak tarik diri dari berdebat pekara yang beliau sendiri tidak faham ianya akan memalukan seluruh ahli parti UMNO Baru serta pencacainya.

    ReplyDelete
  11. Laa haula wala... jadi selama ni engko memang tak faham islam ke ...? Laa ilah ha illallah... ulang balik kalimah tu Noh.. kalimah tu adalah kalimah syahadah yang membezakan orang islam ngan orang bukan islam., lepas tu pergi beli mukaddam dan balik ngaji belajar Al Quran kan Kg. Kuantan, atau Kg. Api-api, atau Kg. Asam Jawa, atau Kg. Bukit Rotan, atau Sg. Burong atau Kg. Merbau sempak., masih ada lagi guru-guru yang sudi meng'ajar' murid-murid tua untuk belajar bermula dari mukaddam..., takpe apa nak malukan., kalau malu pun setakat dua hari je.. nyesal betul aku kerana bersungguh-sungguh berharap engko berdebat ngan sesiapa je untuk perjelaskan kepada mereka yang 'kurang arif' (bukan BODOH) cuma kurang arif tentang islam., tak sangka pulak aku rupanya salah seorang yang 'kurang arif' (bukan BODOH) adalah engko sendiri.., kalau mak bapak engko masih hidup lagi tak tau nak kata betapa malunya mereka

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...